shalehudin |
- Allahuakbar! Bantuan dari Mesir mula tiba!
- Inilah empat perkara yang menghantui Najib...
- MP Be End neh tetiba jadi GILA, kenapa?
- Tak salahkan dia, kak Mah hanya ikut feng shui...
- Jawapan sorang kakitangan kerajaan buat Umno
- Gambar PM Israel lari tak cukup tanah...
Allahuakbar! Bantuan dari Mesir mula tiba! Posted: 19 Nov 2012 10:00 AM PST Pemuda Mesir yang berada di Gaza : "Terima kasih Gaza, yang telah mengumpulkan kami bersama-sama untuk satu matlamat iaitu untuk menentang penjajah. Kami telah datang tanpa arahan bahkan tiada siapa berhak menghalang kami untuk memasuki Palestin apabila kita mahu untuk menyokong pejuang Gaza."Hampir 600 pemuda Mesir sukarela memasuki Gaza siang tadi selepas pintu sempadan Rafah dibuka dan bantuan disalurkan tanpa memerlukan pasport. Sumber : Aman Palestin p/s : Teruskan doa kita semua! Allahuakhbar!!! |
Inilah empat perkara yang menghantui Najib... Posted: 19 Nov 2012 08:00 AM PST UMNO LUNYAI !!! 400 keluar BN sertai PKR Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin. Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan. Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin. Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah. Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno. Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu. "Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas. Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah. Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya: Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); Kedua takut dengan hantu Altantunya; Ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) Keempat takut dengan pilihanraya," ... ujar Azmin sambil berseloroh. Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan. "Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13. Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net |
MP Be End neh tetiba jadi GILA, kenapa? Posted: 19 Nov 2012 05:14 AM PST Meroyan tu pun sejenis gila gak Deris woii... KUALA LUMPUR 16 November: Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dari Barisan Nasional (BN) 'meroyan' apabila disoal tentang Scorpene. Ketika dihubungi Keadilan Daily, beliau ditanya berhubung kesediaannya untuk hadir mendengar taklimat Scorpene yang akan disampaikan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham di Parlimen minggu depan. Idris menjawab, "Saya tak perlu dengar keterangan penipu macam itu, orang macam itu akan guna apa cara sekalipun untuk buktikan dia betul," katanya penuh emosi. Lebih teruk lagi, beliau turut merapu dengan menghambur kata-kata 'pedas' terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memburukkannya. Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen BN menafikan kebenaran kes rasuah pembelian Scorpene yang melibatkan pemimpin tertinggi negara. Antaranya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas kononnya pembelian kapal selam Scorpene adalah mengikut prosedur perundangan. Kerajaan juga mengatakan tiada kes sedang berjalan di Mahkamah Perancis. Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia. Berbeza dengan Idris, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga pemimpin BN dilihat agak profesional kerana sedia untuk hadir taklimat tersebut Khamis depan.- KD |
Tak salahkan dia, kak Mah hanya ikut feng shui... Posted: 18 Nov 2012 11:55 PM PST Sebab musabab kenapa si Rosmah Mansur duduk antara Chong Wei dan Mew Choo! Kehadiran Rosmah Mansur di tengah-tengah mempelai mendapat cemuhan hebat dari ramai pihak. Ada yang kata si Rosmah neh sengaja menghuru harakan majlis orang. Namun, anda harus tahu, ada sebab sebenar kenapa beliau duduk situ. Tak salahkan dia, Rosmah hanya ikut feng shui... tu jaa... Tak baik kan orang yang selalu pandang negatif kat dia tuh... Kahkahkah... |
Jawapan sorang kakitangan kerajaan buat Umno Posted: 18 Nov 2012 07:29 PM PST Huaarrgghhhhhhhh...... Soklan bodo piang macai Umno... Awak lahir di hospital KERAJAAN, sekolah pun sekolah KERAJAAN, sambung belajar pun masuk Universiti KERAJAAN , sekarang kerja pun dengan KERAJAAN, tapi hari-hari dok kutuk KERAJAAN... tak mengenang budi langsung la...Jawapan saya: Saya lahir hospital KERAJAAN.... yang telah dibina menggunakan duit rakyat dari hasil mahsul negara, bukannya duit Umno. Saya pi sekolah KERAJAAN.... yang telah dibina menggunakan duit rakyat dari hasil mahsul negara, bukannya duit poket Umno. Masuk Universiti sambung belajar kat universiti KERAJAAN yang jugak dibina menggunakan duit rakyat dari hasil mahsul negara, bukannya duit Umno. Saya bekerja dengan KERAJAAN MALAYSIA... bukannya KERAJAAN Umno. Mengutuk jugak bukan kutukkan KERAJAAN Malaysia tapi kutukan buat Umno... Gaji yang dibayar bukannya dari duit poket Najib dan Umno tapi dibayar dari duit rakyat dan hasil mahsul negara....P/S: Apasal ramai yang tak reti-reti bahasa lagi neh bahawa Umno tu bukan kerajaan? Susah sangat ke nak faham? |
Gambar PM Israel lari tak cukup tanah... Posted: 18 Nov 2012 03:10 PM PST TV Israel: "Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."Sumber: Qassam Media Gambar Benjamin Netanyahu sedang lari tak cukup tanah menyelamatkan diri... Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat. Allahu Akbar... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan