Addin |
- 2 Ahli Parlimen Keluar BN 24 Nov Ini?
- Rosmah Jadi 'Kaduk Naik Junjung' Lagi..
- Petanda Umno Johor Bakal Bungkus.. Ini Buktinya
- Gila!! Umno Berkempen Secara Terbuka Dalam Kem Tentera.. Surat Ni Sebagai Bukti
- Video Pelumba Negara, Zulfahmi Lari Dari Arak Di GP Spain Tersebar..
- Kerana Bengang!!.. Facebookers Edit Gambar Rosmah Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei
2 Ahli Parlimen Keluar BN 24 Nov Ini? Posted: 12 Nov 2012 09:15 AM PST Sejak kebelakangan ini, kedai mamak dan warung-warung kopi telah menjadi tumpuan ramai ahli-ahli politik untuk menjual air liur dan memancing pengaruh. Antara berita paling hangat yang dijaja ialah bakal kemunculan dua lagi Ahli Parlimen BN di Majlis Ceramah Perdana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini di Tawau, Sabah. Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai dan kini dijaja dari bibir ke bibir, sms ke sms, facebook ke facebook, twittter ke twitter dan segala media elektronik dan ICT, telah hangat diperkatakan bahawa '2 MP' yang sebelum ini disebut-sebut Anwar akan muncul pada 24 November ini Antara dua nama yang dijaja termasuklah Rakan Karib Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO; iaitu 'Brother Ghapur', nama jolokan kepada Ahli Parlimen Kalabakan ketika Anwar di kemuncak kegemilangan. Seorang lagi Ahli Parlimen yang dijangka berani menunjuk muka ialah yang pernah digossipkan dengan artis. Menurut sumber, kedua-dua Ahli Parlimen daripada UMNO itu masih samar-samar menyertai parti Pakatan Rakyat dan mungkin mengikut jejak Bumburing dan Lajim yang bersetinggan di luar BN; tetapi bibit perpecahan dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah sudah ketara kerana sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan. Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net Wilayah Sandakan banyak menerima dan mengumpul maklumat mengenai tingkah laku beberapa orang Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang akan keluar daripada kengkangan UMNO/BN secara bergilir-gilir pada masa terdekat ini. Menurut satu sumber, semakin ramai Ahli-Ahli Parlimen di Sabah akan meninggalkan BN jika senarai calon telah diumumkan Perdana Menteri; kerana sudah pastinya 10 daripada 25 Ahli Parlimen akan digugurkan pada PRU-13. Walaupun tidak banyak isu yang boleh menjadi senjata pembangkang pada PRU 13, namun 'pemuja politik' masih mengharapkan untuk mengitar semula isu 20 Perkara, Perjanjian Malaysia, Royalti Minyak, PTPTN; namun yang agak menyengat ialah tanah adat (NCR) dan PATI. Seolah-olah tidak nampak isu pembangunan dicanangkan kerana tradisi 'Gambar Agong' akan menjadi katalis kepada pemangkin undi di Sabah. Kata-kata kapitalis bahawa "Wang Adalah Tuhan Manusia. Tiada kata-kata yang berjaya menakluki manusia selain wang!"; mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat berputih mata sekali lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 Kerusi Parlimen untuk memudahkan mereka mencapai Visi Tawan Putrajaya! Salam Hormat, SAIMON S JUMADI |
Rosmah Jadi 'Kaduk Naik Junjung' Lagi.. Posted: 12 Nov 2012 03:10 AM PST Belum pernah dalam sejarah negara ini sejak merdeka, isteri perdana menteri mendapat publisiti meluas setaraf suaminya sendiri, hingga kadang-kadang melebihi batas sehingga ada kalanya menimbulkan rasa meluat yang teramat sangat. Hatta, Siti Hasmah Mohd Ali yang menjadi isteri perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun pun tidak pernah mendapat publisiti berlebihan daripada suaminya sendiri, Mahathir Mohamad! Semasa membelek akaun laman sosial Twitter beberapa penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) malam tadi, saya terpandang sekeping gambar yang dirakam seorang pengikut BN semasa perdana menteri Najib Altantuya mengadakan lawatan sehari ke Terengganu beberapa minggu lalu. Najib Altantuya yang merasmikan program bersama rakyat yang diadakan di kubu kuat PAS dalam DUN Batu Burok itu seperti biasa turut ditemani isterinya, Rosmah Mansor dan disertai menteri besar, Ahmad Said, isterinya Norliza Mahmud dan exco kerajaan negeri. Apa yang menghairankan, nama Najib Altantuya hanya ditulis YAB Perdana Menteri sedangkan nama penuh Rosmah siap dengan gelaran kebesarannya sekali turut tertera di bawahnya. Sepatutnya nama Najib Altantuya ditulis penuh dan nama Rosmah tidak perlu diletakkan kerana ia melibatkan majlis rasmi tetapi seperti biasa rejim Najib Altantuya telah menyalah gunakan kemudahan kerajaan (rakyat) untuk kepentingan parti Umno dan BN. Sedangkan, semasa zaman pemerintahan mana-mana perdana menteri sebelumnya, nama isteri masing-masing tidak tercatat di papan rentang belakang (backdrop) sesuatu majlis kecuali perasmi majlis adalah isteri sendiri dan perdana menteri hanya mengiringi isterinya merasmikan sesuatu majlis. Kurang pasti sama ada perkara ini disengajakan atau tidak, ataupun tujuan penganjur majlis hanya untuk mengampu Rosmah berlebihan atau memberi isyarat halus kepada Najib Altantuya bahawa Umno negeri bakal mensabotaj mana-mana pemimpin pilihan mereka yang tidak tersenarai dalam pilihanraya umum akan datang. Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rosmah seringkali membayangi pergerakan suaminya sendiri demi mendapat publisiti dan glamor termasuk kununnya menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Hilir Perak, Jumaat lalu. Yang pasti, jika Abdullah Badawi ditendang kerana melindungi menantunya Khairy Jamaluddin, satu lagi cerita hampir serupa bakal berlaku terhadap Najib Altantuya kerana dianggap lemah mengawal tindak tanduk isterinya sendiri! ~jalanpulang |
Petanda Umno Johor Bakal Bungkus.. Ini Buktinya Posted: 11 Nov 2012 11:58 PM PST BATU PAHAT - UMNO cawangan Kampung Mohd Noor dilaporkan akan dibubarkan akibat kekecewaan penduduk kampung khususnya ahli UMNO terhadap wakil rakyat dan pemimpin masyarakat mereka. Penduduk Kampung Mohd Noor mula merasa muak dengan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu turun padang dan tidak mengambil endah tentang masalah mereka. Kekecewan penduduk kampung ini berpunca daripada isu pembuangan sampah untuk daerah Batu Pahat dan Yong Peng yang dibuat berhampiran kampung tersebut oelhe sebuah konsultan yang dilantik oleh pihak berkuasa tempatan tanpa mendapat persetujuan daripada penduduk. Difahamkan, penduduk kampung tersebut telah mengadakan satu sesi dialog bersama konsultan yang menguruskan projek tersebut dan kebanyakkan penduduk yang ahdir menyatakan bantahan mereka terhadap projek tersebut atas faktor tempat yang tidak bersesuaian. Menurut Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Parit Yaani yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Tuan Haji Aminolhuda Hassan, bau busuk yang terhasil daripada tapak pembuangan sampah tersebut bakal mendatangkan masalah kepada penduduk kampung. "Saya ambil serius berkenaan isu ini. Penduduk kampung jelas tidak bersetuju dengan tapak pembuangan sampah yang berhampiran dengan kampung mereka. Pihak berkuasa tempatan juga tidak dapat hadir dalam dialog bersama penduduk ini seolah-olah mereka tidak ambil kisah tentang untung rugi nasib penduduk. "Kita mempersoalkan kenapa projek ini hendak dibuat di kawasan yang mempunyai penempatan penduduk dna kenapa tidak dibuat dikawasan yang jauh daripada penduduk?. Saya bimbang kesihatan penduduk kampung akan terjejas sekiranya isu pembungan sampah ini terus dilaksanakan. Saya mencadangkan kepada pihak konsultan agar tapak pembuangan sampah itu dipindahkan ke Dusun Damai yang jauh daripada penempatan penduduk", jelas beliau lagi ketika dihubungi. Sementara itu, ketika diminta mengulas berkenaan pembubaran UMNO cawangan Kampung Mohd Noor, beliau menyatakan bahawa tindakan penduduk kampung tersebut tepat kerana wakil rakyat mereka sudah tidak lagi memperdulikan nasib mereka. Beliau juga menyatakan bahawa penduduk kampung tersebut sudah mula membuka ruang kepada PAS yang dilihat lebih baik menyantuni penduduk kampung untuk membuat ceramah di kampung tersebut. Selain itu, hasrat untuk mewujudkan cawangan PAS di kampung tersebut akan berhasil dalam masa terdekat. ~nusajayakini |
Gila!! Umno Berkempen Secara Terbuka Dalam Kem Tentera.. Surat Ni Sebagai Bukti Posted: 11 Nov 2012 09:49 PM PST SEREMBAN - PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan 'apolitical' membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik. Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat. Beliau menjemput penduduk hadir ke 'Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat' pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat). "Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno. "Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali 'apolitical' tentera sudah tidak ada lagi. "Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali. "Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera. "Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat," kata Aminuddin dengan nada sinis. Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir. "Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini," kata Aminuddin. ~fmt Addin : Umno sudah terdesak dan panas punggung.. PRU13 makin hampir.. hayat mereka makin hampir. Sanggup buat apa sahaja bagi mengekalkan kuasa, jika tiada kuasa pemimpin yang bermasalah pasti di sumbat ke penjara.. |
Video Pelumba Negara, Zulfahmi Lari Dari Arak Di GP Spain Tersebar.. Posted: 11 Nov 2012 08:47 PM PST Pertamanya tahniah buat pelumba Moto 3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin kerana berjaya menaiki podium di tempat ke 3 dalam perlumbaan di Grand Prix Velencia. Lebih istimewa tahniah sekali lagi buat Zulfahmi kerana tidak meraikan kemenangan dengan Champange. Beliau dilihat meninggalkan pentas ketika acara penyampaian air kencing setan itu disempurnakan. Dan datang semula ketika sesi bergambar. Beliau melakukan perkara yang sama ketika meriah tempat ke 2 di Grand Prix Sepang pada Oktober lalu. Sebagai pelumba muslim beliau tahu batas halal dan haram dalam Islam walaupun beliau kini berada di pentas dunia dalam arena lumba motosikal. Satu contoh yang baik ditunjukkan Zulfahmi untuk kita semua. Lihat video di sini. ~tintahijau |
Kerana Bengang!!.. Facebookers Edit Gambar Rosmah Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei Posted: 11 Nov 2012 05:53 PM PST Hasil kecanggihan teknologi kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali. Seperti mana yang terjadi ke atas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo, sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter. Rosmah yang hadir kelmarin di majlis resepsi pasangan mempelai pada malam kedua persandingan mereka bukan setakat dicemuh, malah mengelirukan para penonton yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen selama sejam bermula 8.30 malam Sabtu lalu. Seorang pengguna Facebook yang bengang dengan tindakan tersebut sempat mengambil beberapa keping gambar Rosmah dan pasangan pengantin secara terus dari hadapan televisyen lalu dengan usahanya itu, maka terhasillah apa yang kita semua lihat pada gambar di atas. Walaupun mengakui ia tidak dapat memuaskan hatinya sendiri dan orang lain, sekurang-kurangnya dengan ketiadaan Rosmah di dalam gambar tersebut sedikit-sebanyak perasaan marah melihatkan Rosmah menganggu majlis bahagia orang lain terubat. Ramai juga yang memberi komen positif di atas tindakannya membuang gambar isteri Najib Altantuya itu sambil mengucapkan tahniah kerana berani menyiarkannya selepas diedit menggunakan perisian Adobe Photoshop. Mungkin ini satu kerja remeh dan dianggap sia-sia, tetapi sebenarnya ia memberi kesan langsung terhadap rakyat terutama kaum Cina yang majoritinya menonton upacara tersebut yang semakin meluat dengan susuk tubuh Rosmah mencari publisiti murahan dalam majlis orang! ~jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan