Muslimeen United |
- Jangan jadi batu penghalang kepada kemenangan Islam - Dato' Tuan Ibrahim
- Nak kata apa kalau bukan BODOH... [GAMBAR]
- Gempar...satu kampung ahli Umno keluar parti
- Rosmah Jadi 'Kaduk Naik Junjung' Lagi..
- Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta?
- [VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi
- Kerana Bengang!!.. Facebookers Edit Gambar Rosmah Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei
- [PELIK] Bekas Anggota Polis 6 Kali Mengundi Tiada Kad Pengenalan
Jangan jadi batu penghalang kepada kemenangan Islam - Dato' Tuan Ibrahim Posted: 12 Nov 2012 03:30 AM PST
Padang Rengas: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS". itulah antara pesanan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Majlis Kembara Ilmu Bersama Ketua Penerangan PAS Pusat di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas baru-baru ini. Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan". tegas beliau lagi. Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam. "Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam". seloroh beliau. Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol. kemudian Hitea di Kg Biong, sauk. Kuliah Maghrib di Kg luat Lenggong dan Ceramah Umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.
| ||||||
Nak kata apa kalau bukan BODOH... [GAMBAR] Posted: 12 Nov 2012 03:29 AM PST Penyokong Umno dan macai-macai yang sewaktu dengannya adalah bangsa yang paling BODOH tak terhingga... Tak caya? Nah, ini ha gambar sebagai buktinya! Diorang buat demo jalanan untuk membantah demo dijalanan... Diorang main politik jalanan untuk membantah apa yang depa katakan sebagai politik jalanan... Diorang memang jenis cuci tong najis dengan masuk sendiri kedalam tong najis... Hadoiiihh... Yang boss kat atas sana, gelak guling-guling... Nah amek kaw... Kahkahkah... | ||||||
Gempar...satu kampung ahli Umno keluar parti Posted: 12 Nov 2012 03:28 AM PST KISAH GEMPAR BERGAMBAR!!!!!.... SATU KAMPONG AHLI UMNO KELUAR PARTI!!!!!!... NAJIB DAH GOYANGGGGGGG!!!!! Gambar ini dirakamkan di sebuah kampung di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor, DUN N21 Parit Yaani Dikhabarkan seluruh ahli UMNO cawangan itu melahirkan rasa marah dan kecewa kepada UMNO kerana gagal menunaikan janji serta menjaga kebajikan penduduk kampung. Mereka merasakan diri mereka dilayan macam sampah oleh para pemimpin UMNO. Setiap kali tiba pilihanraya maka bermacam-macam janji manis ditabur oleh para pemimpin UMNO tapi tunaikannya, habuk pun tarak!!! Ini menyebabkan penduduk kampung yang rata-rata adalah ahli dan penyokong UMNO naik minyak dan bertekad berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO dengan mengambil tindakan membubarkan cawangan UMNO Batu 5, Kg Mohd Noor Parit Sulong, Johor. Petanda awal yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan kejatuhan UMNO bukan lagi perkara mustahil. TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG.... NANTI JAWAB NAJIB... JOHOR DAH NAK TUMBANGGGGGGGG. | ||||||
Rosmah Jadi 'Kaduk Naik Junjung' Lagi.. Posted: 12 Nov 2012 03:25 AM PST Belum pernah dalam sejarah negara ini sejak merdeka, isteri perdana menteri mendapat publisiti meluas setaraf suaminya sendiri, hingga kadang-kadang melebihi batas sehingga ada kalanya menimbulkan rasa meluat yang teramat sangat. Hatta, Siti Hasmah Mohd Ali yang menjadi isteri perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun pun tidak pernah mendapat publisiti berlebihan daripada suaminya sendiri, Mahathir Mohamad! Semasa membelek akaun laman sosial Twitter beberapa penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) malam tadi, saya terpandang sekeping gambar yang dirakam seorang pengikut BN semasa perdana menteri Najib Altantuya mengadakan lawatan sehari ke Terengganu beberapa minggu lalu. Najib Altantuya yang merasmikan program bersama rakyat yang diadakan di kubu kuat PAS dalam DUN Batu Burok itu seperti biasa turut ditemani isterinya, Rosmah Mansor dan disertai menteri besar, Ahmad Said, isterinya Norliza Mahmud dan exco kerajaan negeri. Apa yang menghairankan, nama Najib Altantuya hanya ditulis YAB Perdana Menteri sedangkan nama penuh Rosmah siap dengan gelaran kebesarannya sekali turut tertera di bawahnya. Sepatutnya nama Najib Altantuya ditulis penuh dan nama Rosmah tidak perlu diletakkan kerana ia melibatkan majlis rasmi tetapi seperti biasa rejim Najib Altantuya telah menyalah gunakan kemudahan kerajaan (rakyat) untuk kepentingan parti Umno dan BN. Sedangkan, semasa zaman pemerintahan mana-mana perdana menteri sebelumnya, nama isteri masing-masing tidak tercatat di papan rentang belakang (backdrop) sesuatu majlis kecuali perasmi majlis adalah isteri sendiri dan perdana menteri hanya mengiringi isterinya merasmikan sesuatu majlis. Kurang pasti sama ada perkara ini disengajakan atau tidak, ataupun tujuan penganjur majlis hanya untuk mengampu Rosmah berlebihan atau memberi isyarat halus kepada Najib Altantuya bahawa Umno negeri bakal mensabotaj mana-mana pemimpin pilihan mereka yang tidak tersenarai dalam pilihanraya umum akan datang. Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rosmah seringkali membayangi pergerakan suaminya sendiri demi mendapat publisiti dan glamor termasuk kununnya menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Hilir Perak, Jumaat lalu. Yang pasti, jika Abdullah Badawi ditendang kerana melindungi menantunya Khairy Jamaluddin, satu lagi cerita hampir serupa bakal berlaku terhadap Najib Altantuya kerana dianggap lemah mengawal tindak tanduk isterinya sendiri! ~jalanpulang | ||||||
Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta? Posted: 12 Nov 2012 03:20 AM PST (Jalan satu lorong dari pejabat Ketua Menteri ke DUN Sabah sejauh 0.9 km bernilai RM14.9 juta?) KOTA KINABALU: Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta? Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini. (Inilah pintu masuk DUN Sabah yang dihubungkan oleh jalan ini) Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah. Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan lalu setelah ia disiapkan. Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini. Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi. Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Wakil Harakahdaily yang melihat sendiri jalan itu mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah (gambar) dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik. Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu. "Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwa Azmin Ali (PKR-Gombak) ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini. Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur. Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama. -Hrkh | ||||||
[VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi Posted: 12 Nov 2012 03:19 AM PST Zulfahmi akhiri musim 2012 dengan podium kedua di Valencia PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol semalam. Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo. Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s. Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan tersebut sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan semalam. "Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga merupakan keputusan hebat.... saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC). "Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas. "Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya. - Bernama KEPUTUSAN PENUH MOTO3 RACE: (24 laps = 96.12 Km) POS / RIDER / NAT. / TEAM / MOTORCYCLE / TIME / KM/H / GAP 1 / Danny KENT / GBR / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.891 / 127.88 / 2 / Sandro CORTESE / GER / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.947 / 127.878 / 0.056 3 / Zulfahmi KHAIRUDDIN / MAL / AirAsia-Sic-Ajo / KTM / 45'06.005 / 127.875 / 0.114 4 / Brad BINDER / RSA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'06.322 / 127.86 / 0.431 5 / Hector FAUBEL / SPA / Andalucia JHK t-shirt Laglisse / FTR HONDA / 45'10.262 / 127.674 / 4.371 6 / Louis ROSSI / FRA / Racing Team Germany / FTR HONDA / 45'13.496 / 127.522 / 7.605 7 / Jakub KORNFEIL / CZE / Redox-Ongetta-Centro Seta / FTR HONDA / 45'20.822 / 127.179 / 14.931 8 / Maverick VIÑALES / SPA / Blusens Avintia / FTR HONDA / 45'24.386 / 127.012 / 18.495 9 / Niklas AJO / FIN / TT Motion Events Racing / KTM / 45'29.071 / 126.794 / 23.18 10 / Luis SALOM / SPA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'29.136 / 126.791 / 23.245 11 / Philipp OETTL / GER / HP Moto Kalex / KALEX KTM / 45'33.423 / 126.592 / 27.532 12 / Juan Francisco GUEVAR / SPA / Wild Wolf BST / FTR HONDA / 45'36.222 / 126.463 / 30.331 13 / Niccolò ANTONELLI / ITA / San Carlo Gresini Moto3 / FTR HONDA / 45'37.146 / 126.42 / 31.255 14 / Alessandro TONUCCI / ITA / Team Italia FMI / FTR HONDA / 45'40.551 / 126.263 / 34.66 15 / Josep RODRIGUEZ / SPA / Moto FGR / FGR HONDA / 45'56.413 / 125.537 / 50.522 Pole Position: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h Fastest Lap (New record): Zulfahmi KHAIRUDDIN 1'49.622 131.524 Km/h Lap 24 Circuit Record Lap: New category Circuit Best Lap: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h 2012 FINAL CHAMPIONSHIP POSITIONS:> 1 CORTESE 325, 2 SALOM 214, 3 VIÑALES 207, 4 KENT 154, 5 RINS 141, 6 FENATI 136, 7 KHAIRUDDIN 128, 8 OLIVEIRA 114, 9 FOLGER 93, 10 VAZQUEZ 93, 11 ROSSI 86, 12 SISSIS 84, 13 MASBOU 81, 14 ANTONELLI 77, 15 KORNFEIL 71.
| ||||||
Kerana Bengang!!.. Facebookers Edit Gambar Rosmah Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei Posted: 11 Nov 2012 04:45 PM PST Hasil kecanggihan teknologi kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali. Seperti mana yang terjadi ke atas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo, sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter. Rosmah yang hadir kelmarin di majlis resepsi pasangan mempelai pada malam kedua persandingan mereka bukan setakat dicemuh, malah mengelirukan para penonton yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen selama sejam bermula 8.30 malam Sabtu lalu. Seorang pengguna Facebook yang bengang dengan tindakan tersebut sempat mengambil beberapa keping gambar Rosmah dan pasangan pengantin secara terus dari hadapan televisyen lalu dengan usahanya itu, maka terhasillah apa yang kita semua lihat pada gambar di atas. Walaupun mengakui ia tidak dapat memuaskan hatinya sendiri dan orang lain, sekurang-kurangnya dengan ketiadaan Rosmah di dalam gambar tersebut sedikit-sebanyak perasaan marah melihatkan Rosmah menganggu majlis bahagia orang lain terubat. Ramai juga yang memberi komen positif di atas tindakannya membuang gambar isteri Najib Altantuya itu sambil mengucapkan tahniah kerana berani menyiarkannya selepas diedit menggunakan perisian Adobe Photoshop. Mungkin ini satu kerja remeh dan dianggap sia-sia, tetapi sebenarnya ia memberi kesan langsung terhadap rakyat terutama kaum Cina yang majoritinya menonton upacara tersebut yang semakin meluat dengan susuk tubuh Rosmah mencari publisiti murahan dalam majlis orang! ~jalanpulang | ||||||
[PELIK] Bekas Anggota Polis 6 Kali Mengundi Tiada Kad Pengenalan Posted: 11 Nov 2012 04:44 PM PST Kulim - Setelah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 32 tahun, seorang lans koperal terkejut apabila dia menerima surat pihak berkuasa, mengatakan dia tidak memiliki kewarganegaraan Malaysia. Lelaki berusia 55 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, mendakwa masalah berkenaan timbul apabila dia diarahkan memohon kad pengenalan awam oleh Bahagian Perjawatan di Bukit Aman, di mana dia bertugas. Kad pengenalan awam itu penting kerana dia dijadualkan bersara dua tahun lagi. Dia terkejut dan kecewa apabila permohonannya ditolak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurutnya, dia menunjukkan sijil asal kelahirannya kepada pegawai JPN selepas penolakan itu, tetapi masalahnya masih tidak dapat diatasi. Mat menunjukkan surat beranaknya kepada Sinar Harian yang menunjukkan dia dilahirkan di Kulim pada 1955. Dia mendakwa memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 April 1980. Katanya, mengikut penjelasan JPN kepada Bukit Aman, dia tidak miliki kewarganegaraan Malaysia dan disebabkan itu, dia bimbang ia akan menimbulkan pelbagai permasalahan apabila dia bersara. "Sepanjang 32 tahun saya bertugas dalam PDRM, masalah ini tidak pernah timbul. Saya sudah enam kali mengundi melalui pos, menggunakan kad kuasa. Sekiranya saya bukan rakyat Malaysia, bagaimana saya boleh mengundi?" katanya. Dia mendakwa surat daripada Bukit Aman itu bertarikh 23 Oktober dan salinan surat itu dihantar kepada beberapa pengarah dan penolong pengarah yang bertugas di Bukit Aman. "Sudah lima kali saya memohon kad pengenalan awam tetapi gagal. Saya bimbang disebabkan masalah ini, wang pencen dan lain-lain (yang terkumpul) sepanjang saya berkhidmat dengan PDRM dibekukan," katanya. Dia bercadang membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai hingga mengakibatkan dia tidak mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia. "Saya akan saman pihak terlibat. Kerana kecuaian merekalah saya berhadapan dengan masalah ini. Pihak itu tidak seharusnya hukum saya dengan menyatakan saya tidak layak menyertai PDRM. "Kalau saya tidak layak, bagaimana saya boleh bertugas dengan PDRM selama 32 tahun, menerima BR1M dan banyak kemudahan lain daripada kerajaan?" katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan