Telok Bakong Online |
Denyut Nadi UMNO Parit Terhenti Seketika..Pentas PAS Dikuasai Orang Umno Posted: 11 Nov 2012 04:30 PM PST Gelombang kebangkitan rakyat semakin hebat dan yang terkini ianya juga turut melanda ahli ahli Umno.Setelah banyak kempen kempen pencerahan kepada rakyat serta penerangan demi penerangan dilakukan ,telah berjaya menanamkan kesedaran dan keinsafan kepada rakyat tentang perlunya untuk mereka melakukan perubahan perubahan demi memperbaiki sistem pemerintahan Negara yang kian hampir menuju kemusnahan. Umno semakin tidak bermaya apabila rakyat mula sedar dan mula mempertikaikan setiap tindak tanduk partai tersebut.Kalau dahulu setiap polisi atau dasar yang dijalankan oleh kerajaan yang memerintah tidak dapat tentangan dari rakyat kerana mereka beranggapan segala yang dilakukan kerajaan adalah benar dan sah.Namun dengan kesedaran yang tinggi,sekarang rakyat mula mempersoalkannya. Mereka ingin tahu apakah kesan dan akibat sesuatu dasar atau tindakan yang dijalankan itu kepada rakyat.Mereka akan mempersoalkan apakah polisi polisi itu diwujudkan demi kebaikan rakyat tanpa adanya muslihat disebaliknya. Cikgu Khatib disisi YDP Pas Parit Ustaz Ismi. Langkah kerajaan melancarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES ) telah mendapat tentangan yang hebat daripada rakyat.Mereka sedar bahawa sebenarnya kerajaan tidak ada niat yang mendalam untuk mengurangkan kadar kemalangan dan meningkatkan disiplinrakyat.Apa yang mahu dibela ialah kroni dan keluarga sendiri.Telah terbukti bahawa syarikat yang dilantik untuk menjalankan AES ini adalah syarikat yang mana keluarga Umno dari Johor dan MCA mempunyai kepentingan.Syarikat ini akan menerima habuan dari banyaknya saman yang dikeluarkan.Ini dapat diterangkan kenapa begitu banyak kamera dipasang diseluruh Negara dengan hadlaju yang terlalu rendah. Contoh diselekoh Changkat Melintang akan dipasang kamera AES dan hadlaju yang ditetapkan adalah 50km/jam.Satu jalan di Langkap akan dipasang kamera dengan hadlaju 30km/jam!. Disebabkan langkah langkah kerajaan yang membelakangkan rakyat ini,menyebabkan ramai ahli ahli Umno telah bertekad meninggalkan partai ini dan menyertai parti parti dalam Pakatan Rakyat. Terkini seorang tokoh lama Umno Parit iaitu Encik Khatib Sanusi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Khatib telah mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS.Beliau merupakan Mantan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Parit.Beliau merasakan bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat, dimana banyak penipuan penipuan dilakukan untuk membela kepentingan keluarga dan kroni.Padanya UMNO sudah tidak relevan lagi untuk memerintah Negara. Umno sudah tidak lagi dapat menjalankan amanahnya sebagai pemimpin untuk orang Islam kerana banyak dasar dan polisi yang dibuat tidak selaras dengan hukum hukum Islam.Beliau adalah seorang ahli Umno yang sangat dihormati di daerah ini juga merupakan seorang yang amat berpengaruh dikalangan warga pendidik.Semoga dengan penghijrahan menuju kebaikan ini akan disertai oleh lebih ramai ahli Umno. Bertempat di Markas Pas Titi Gantung bekas bekas ahli Umno ini telah berkumpul dan mengunakan pentas PAS ini untuk memberikan penerangan kepada Rakyat.Turut berucap ialah Dato' Arif Sabri bekas ADUN Lubuk Manis dan Ketua Penerangan Umno Pekan Pahang,Cikgu Khatib dan Encik Nazri Nordin ,Bekas AJK Umno Gopeng. Mereka telah mengambil kesempatan yang berharga ini menerangkan tentang penghijrahan mereka dan memperjelaskan tentang isu isu terkini kepada rakyat. |
Kenapa Bekas Pengarah Polis Sertai PAS.. Posted: 29 Oct 2012 11:58 PM PDT Kenapa Bekas Pengarah Polis Dato Fauzi Shaari menyertai PAS sebagai wardah perjuangan.Marilah kita ikuti sajak beliau yang diperdengarkan di Ceramah Umum Isu Isu Semasa Taman Jutaria Batu Gajah 28 Oktober 2012 yang lalu..boleh dinyanyikan mengikut stail Lagu M.Nasir Kepada Mu Kekasih.. Kepada Mu Ya Allah Diri ku ikhlas Segala silap dan salah ku Aku bertaubat Ku tahu Engkau memahami kelemahan ku Diriku menyembah menuntut keampunan Mu Kepada Mu Ya Allah Aku berserah jiwa raga ku juga segalanya Semoga Kau menerima ibadahku ini Jangan kelak Kau meluntar ku Ke neraka jahanam Mu Kepada Mu Ya Allah Aku tinggalkan Segala yang bathil yang kau bencikan Apa yang aku impikan Hidup yang diredhaai Dan dirahmati.... Kepada Mu Ya Allah Diri ku sadar Tiada yang ragu segala wahyu Mu Ampunkan segala dosaku maafkan daku Izinkan kami menuju ke syurga ciptaan Mu Msinc-kalau dinilai dari sudut seni suara Dato Fauzi boleh diangap penyanyi yang baik kerana mempunyai tone yang macho dan lunak serta vibrato yang baik.Syabas Dato, kerana memberi kelainan dan pembaharuan dalam kaedah kaedah penceramahan. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan