Rabu, 3 Oktober 2012

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Tok Guru saman Dr.Mashitah

Posted: 03 Oct 2012 12:13 AM PDT

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 30 Oktober ini untuk tarikh akhir pengurusan kes saman fitnah difail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tulisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian didakwa mengandungi unsur fitnah.

 

Tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof bagi merekod keterangan defendan terlibat, semasa prosiding sebutan kes tersebut di sini semalam. Abdul Hadi, selaku plaintif memfail saman pada 18 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai defendan pertama kes itu.

 

Beliau turut menamakan Sinar Karangkraf Sdn Bhd iaitu Penerbit Sinar Harian sebagai defendan kedua dan Ultimate Print Sdn Bhd iaitu pencetak akhbar berkenaan sebagai defendan ketiga. Menurut dokumen itu, plaintif menegaskan menteri itu dengan niat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah ke atas plaintif dalam kolumnya iaitu 'Langit Terbuka' bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu di muka surat 17, di mana kata-kata fitnah itu dikeluarkan defendan pertama sebagai kolumnis dan akhbar Sinar Harian sebagai penerbit, manakala Ultimate Print Sdn Bhd, pencetak.

 

"Kata-kata fitnah itu secara langsung terus merujuk kepada plaintif kerana nama dan jawatan plaintif disebut secara spesifik dalam artikel itu," katanya. Menurut pernyataan tersebut, kata-kata fitnah itu merupakan fitnah yang amat jahat ke atas plaintif sama ada dalam kapasiti peribadinya atau jawatannya selaku Presiden Pas.

 

Pernyataan itu juga menegaskan, meskipun plaintif melalui peguamnya telah menghantar notis pada tarikh 20 Jun kepada Sinar Harian, dan meminta syarikat tersebut menarik balik tuduhan fitnah, meminta maaf, dan membayar ganti rugi, namun Sinar Harian tidak berbuat demikian.

 

Antara dituntut, ganti rugi am; ganti rugi teladan; ganti rugi melampau; perintah mengarahkan defendan kedua meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah writ saman itu di muka depan Utusan Malaysia; dan kos.s/harian

Tiada ulasan: