Anak Sungai Derhaka |
- Kos Perkahwinan anak lelaki Ali Rustam didedah!!
- Wah!! Banyaknya duit depa... mai dari mana?
- Ali Rustam kata Majlis Perkahwinan anaknya itu murah sajee..
- Gara-gara Najib takut berdebat, Peniaga Roti Canai guna Istilah 'Roti Najib' ganti 'Roti Tiada Telur'
- Siapa lantik Zamil jadi jurucakap PKR Pulau Pinang ni?
Kos Perkahwinan anak lelaki Ali Rustam didedah!! Posted: 03 Oct 2012 06:59 AM PDT Inilah yang dikatakan sebagai murah oleh seorang pemimpin UMNO!! RM600,000 belanja untuk sebuah Majlis Perkahwinan anak lelakinya dianggap sebagai murah... KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu. Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000 hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh menjamu tiga orang. Dalam kenyataan kepada The Malay Mail, naib presiden Umno itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta untuk majlis perkahwinan tersebut, "mungkin tidak pernah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung. "Mungkin beliau hanya menghadiri majlis makan dengan sup sirip ikan Yu yang berharga RM100 satu kepala, sebab itu beliau tidak faham." Sementara itu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Melaka mempersoalkan dakwaan pegawai khas ketua menteri (KM) Melaka itu, Datuk M S Mahadevan bahawa perkahwinan anak lelaki anak Mohd Ali ditaja. Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka itu diperolehi secara percuma. "Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut. "Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew meminta Mohd Ali supaya mendedahkan secara terperinci pihak-pihak yang memberi tajaan majlis perkahwinan anak beliau. "Ketua Menteri perlu mendedahkan siapa yang memberikan tajaan kepada perkahwinan anak beliau. "Beliau harus telus, kita juga mahu tahu mengapa mereka menaja perkahwinan anak Mohd Ali," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi. Adun Kota Laksamana itu turut mengatakan Mohd Ali kini lebih popular dariapada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkahwinan anaknya dihadiri seramai 130,000 orang. "Rumah terbuka perdana menteri hanya 100,000 orang datang. "Rumah ketua menteri 130,000 orang datang, maknanya ketua menteri lebih popular daripada Najib," katanya. Ketua Penerangan PAS Melaka, Asyraf Mukhlis Minghat pula mempertikaikan tentang penggunaan harta kerajaan dari majlis kerajaan tempatan oleh Mohd Ali dalam majlis perkahwinan anaknya "Kita dapat maklumat dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, peralatan logistik seperti khemah, kerusi dan banyak lagi diambil dari kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. "Ini adalah satu kesalahan kerana menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi," katanya. Tinjauan The Malaysian Insider di laman sosial Facebook dan Twitter juga mendapati isu majlis perkahwinan anak Mohd Ali yang memecahkan rekod Malaysian Book of Record kerana dihadiri oleh lebih 130,000 orang juga menjadi bahan kutukan rata-rata penyokong dan simpatisan PR. Seorang pengguna Facebook yang bernama Abu Nawas tidak dapat menyembunyikan kemarahannya tentang isu perkahwinan anak Mohd Ali dengan mengatakan,"Seramai 130 ribu yang hadir ke majlis perkahwinan anak ketua Menteri Melaka berapa ramaikah yang makan di meja VVIP, berapa ramaikah yang makan di meja VIP dan berapa ramaikah pula yang makan di meja anjing dan kucing dengan menggunakan pingan polyform? Harap2 semua 130 ribu tetamu yang hadir di layan sama rata tak kira yg miskin atau yang kaya yang ternama atau tidak bernama. Harap tidak tidak ada orang miskin yang hadir makan menggunakan pinggan pinggan anjing dan kucing." "TERDEDAH: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) digunakan untuk menaja perkahwinan anak Ketua Menteri, Ali Rustam yang memakan belanja jutaan ringgit. Duit rakyat diseleweng untuk kegunaan majlis peribadi pemimpin Umno!" tulis Zunar Kartunis di Facebook. Di laman Twitter pula pengguna yang menggunakan akaun @safibnrahman menulis, "Majlis perkahwinan anak Ali Rustam di anggarkan RM3 juta. Ingat kawan-kawan. Ini hasil menabung. Jom menabung. Ptuih!" "KHAMIS 4 OKT 11am SPRM Melaka-Pimpinan Pakatan Rakyat Melaka diketuai SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN akan kemuka aduan siasat 'majlis' Ali Rustam," tulis @rozanazen. ~ The Malaysian Insider | ||
Wah!! Banyaknya duit depa... mai dari mana? Posted: 03 Oct 2012 02:36 AM PDT Sejumlah RM224,073 wang tunai telah dilaporkan dibawa oleh wakil Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang ke Komtar hari ini sebagai tanda setuju untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis. Selain dari berapa buah rumah kos rendahkah yang boleh dibina di atas tanah seluas 0.445 hektar itu kini pula timbul persoalan dari manakah datangnya RM224,073 wang tunai tersebut? Jika perkara ini iaitu membawa wang tunai sebegitu banyak dilakukan oleh Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat.. jangan kata pintu pejabat kerajaan negeri.. baru sampai ditangga Komtar pun dah kena serbu dengan SPRM.. Tapi dalam hal ini aku sokong Barisan Nasional dikekalkan sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini, kerana mereka jauh lebih prihatin akan nasib rakyat ketika menjadi Pembangkang berbanding ketika mereka berkuasa.. Mungkin kerana terlalu banyak masa terluang.. Tapi.. aku yakin bukan aku saja yang suka .. UMNO/BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini malah ramai pemimpin UMNO/BN juga begitu.. mahunya tak suka.. peruntukan melimpah ruah buat mereka... Laporan berkaitan... Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah. | ||
Ali Rustam kata Majlis Perkahwinan anaknya itu murah sajee.. Posted: 02 Oct 2012 10:09 PM PDT Ini adalah maklum balas oleh Ali Rustam berkenaan Majlis perkahwinan anak lelakinya yang telah memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu. Majlis yang berlangsung hujung minggu lepas di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26. Antara tetamu yang hadir adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan. Kata Ali Rustam " Penganjurannya adalah murah.. Majlis Perkahwinan itu nampak gah dan meriah kerana jumlah yang hadir…."
Murah bagi orang yang kaya raya.. tapi mahal bagi rakyat macam kita ni.. pencacai UMNO tak kira sebab diaorang semua kaya raya pasal tu ramai yang persoalkan kenapa Majlis Kahwin anak Ali Rustam ini dijadikan isu.. Murah tu berapa agaknya?? Jika Ali Rustam kata penganjuran Majlis kahwin itu adalah murah.. Pegawai Khas Ketua Menteri itu pula berkata ianya adalah ditaja... Baca ni... LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu. Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma. Yang mana satu betul ni?? menggunakan belanja sendiri yang murah atau ditaja?? Jika beberapa hari lalu tajaan jet peribadi yang digunakan Anwar dijadikan isu oleh pencacai-pencacai UMNO, kononnya ianya perlu disiasat kerana kemungkinan pihak yang menaja mengharapkan sesuatu sebagai balasan dari Anwar... Majlis Perkahwinan anak Ali Rustam ni tak nak minta di siasat sama ke? Manalah tahu mungkin ada udang disebalik batu..... | ||
Posted: 02 Oct 2012 06:46 PM PDT Semalam ketika melayari laman micro blogging Twitter membaca soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Najib (#Tanya Najib) dalam sessi Google Hang-out malam ini terbaca aku satu soalan.. Soalan yang dijangka langsung tak akan dijawab oleh Najib. Soalan yang ditanya oleh @azhar1975 itu berbunyi "Dato Seri tau tak ada roti canai dinamakan roti najib?".. sila lihat di ( SINI ) Memang diakui ada sesetengah Kedai atau Restoran mamak yang menggunakan istilah itu untuk roti canai mereka, ianya digunakan untuk roti kosong (roti tiada telur). Dan ramai anak muda menggunakan istilah 'Roti Najib' jika ingin menikmati roti canai tiada telur. Peniaga roti canai pun sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'Roti Najib' itu.. Tapi tak pernah lagi aku jumpa kedai yang yang seberani ini.. tengok gambar di bawah.. Gara-gara takut dengan cabaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang meminta Perdana Menteri, Najib berdebat dengannya semasa sesi perbahasan Bajet 2012 oleh Anwar pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'! | ||
Siapa lantik Zamil jadi jurucakap PKR Pulau Pinang ni? Posted: 02 Oct 2012 05:00 PM PDT Kebelakangan ini, individu yang dilihat sering memperkatakan tentang PKR Pulau Pinang ialah Zamil Ibrahim yang telah dipecat dari KITA Kedah.. Beliau bercakap seolah-olah beliau adalah Jurucakap kepada Parti KeAdilan Pulau Pinang. Banyak yang disuarakannya dan yang terbaru ialah beliau mendakwa kebocoran maklumat lengkap atau sulit, mesyuarat PKR kepada pihak luar bukanlah sesuatu yang baru. "Ianya telah berlaku sejak dari beberapa tahun yang lalu" dakwa Zamil. Dakwanya lagi pimpinan PKR negeri sememangnya telah menyedari perkara ini dan mengesyaki pemimpin PKR tempatan yang punya hubungan rapat dengan DAP menjadi dalang kerja-kerja sabotaj ini. Tambah Zamil lagi orang begini sering dilabelkan sebagai "Hantu DAP bertopeng PKR". Berdasarkan maklumat dalaman PKR kata Zamil, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan menerima segala maklumat termasuk maklumat sulit dari "Hantu DAP bertopeng PKR" dalam masa lima minit sahaja selepas mesyuarat bermula.. Seterusnya sila baca di bawah... GEORGE TOWN: Internal leakage on details of Penang PKR meetings to outsiders, especially DAP, is not something new. Hantu DAP bertopeng PKR? mana mai pulak dah ni??.. dah lama aku dalam PKR ni tak pernah pulak aku dengar ada benda macam ni... Bagaimanapun kenyataan Zamil ini seolah-olah benar tetapi apa yang tersirat ialah ianya adalah satu percubaan untuk menimbulkan rasa sangsi atau curiga sesama pemimpin PKR Pulau Pinang selain melaga-lagakan antara PKR dan DAP. Cuma aku tertanya-tanya siapakah yang telah melantik Zamil ini sebagai jurucakap kepada PKR Pulau Pinang? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan