Rabu, 3 Oktober 2012

Addin

Addin


Video #TanyaNajib Di Padam, Twitter Teruk Di Kritik.. Bukti Najib Di Tolak Majoriti Rakyat

Posted: 03 Oct 2012 10:19 AM PDT

Sebentar tadi Addin mengikuti program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.

Najib kelihatan berjoli sakan semata-mata untuk promosikan mempromosikan program tersebut.

Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan mengiklankan di Google.

Ianya dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda. (rujuk sini).

Najib seolah-olah cuba menandingi Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.

Namun malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga internet.

Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube]

gambar-milosuam

Namun, tak sampai setengah lepas tu video YouTubetersebut telah diprivatekan (kata mudah, padam). Sungguh memalukan, setelah pelbagai usaha di buat untuk promosi program tersebut berakhir dengan kegagalan. Lihat di bawah dan klik sini.


Manakala di Twitter #TanyaNajib, Najib teruk di belasah oleh pengikutnya. Pelbagai soalan yang tak logik tetapi ianya menggambarkan warga internet sudah bosan dengan Najib. Maka medan inilah menjadi tempat melepaskan ketidakpuasan hati terhadap Najib dan pentadbirannya.



Kesimpulannya, apa yang di buat oleh Najib dan pentadbirannya di tolak kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan permainan mereka.

Rakyat hanya tak sabar untuk mengundi pada PRU13 bagi menumbangkan Najib dan gerombolannya.




Iklan





Surat Mesyuarat Jabatan Kerajaan Sempena Perkahwinan Anak Ali Rustam Tersebar

Posted: 03 Oct 2012 07:53 AM PDT

Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.

Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?
[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]

Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.

Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.


Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.

Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.

Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.

Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang



Iklan




Apa?? Gaji CEO Tabung Haji RM85,000 Sebulan

Posted: 03 Oct 2012 06:38 AM PDT

Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam sidang dewan rakyat sebentar tadi membahaskan bajet 2013 Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti penyata gaji bulan Disember 2011 milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang hanya bekerja secara kontrak memperolehi gaji sebanyak RM85 ribu sebulan dan bonus pada tahun yang sama sebanyak RM700 ribu!

Beliau mempersoalkan bagaimana status CEO yang hanya diambil secara kontrak boleh memperolehi gaji sebesar itu sedangkan dalam masa yang sama gaji dan bonus CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bekerja tetap tidak sampai sebanyak itu, malah melebihi gaji dan bonus perdana menteri sendiri.Beliau mengesyaki bahawa adanya penyelewengan yang berlaku dalam institusi terbabit sehingga berlaku ketidak puasan hati sesetengah pegawai kanan yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan perkara sedemikian berlaku.

Pendedahan Mahfuz membuatkan ahli parlimen BN terdiam seketika tanpa mampu membalas hujah Mahfuz.Ini termasuklah pendedahan pada 9 April lalu yang mana Mahfuz mempertikaikan dakwaan pemindahan wang Tabung Haji sebanyak RM300,000 ke dalam akaun peribadi ketua pegawai eksekutif badan tersebut, Ismee Ismail.

Mahfuz berkata, kerajaan dan Tabung Haji perlu menjelaskan dakwaan tersebut ekoran jawapan yang diberikan timbalan menteri kewangan, Donald Lim Siang Chai di Dewan Rakyat masih tidak memuaskan.

Mahfuz berkata, Donald sekadar menjawab bahawa langkah itu dibuat mengikut prosedur tetapi tidak menjelaskan sebab pemindahan wang itu dilakukan."Duit itu untuk apa"," soalnya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen.Duit berkenaan mungkin untuk bayaran gaji Ismee "berjumlah RM85,000 sebulan", kata Mahfuz lagi yang turut mengedarkan dokumen berhubung dakwaan tersebut.

Dokumen yang diedarkannya itu antara lainnya menunjukkan arahan terperinci ketua pegawai kewangan Tabung Haji kepada pengurus banknya supaya memindahkan wang ke akaun peribadi Ismee. ~mpr



Iklan





Adun DAP Gesa SPRM Siasat Ali Rustam

Posted: 03 Oct 2012 03:00 AM PDT

AYER KEROH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perbelanjaan majlis perkahwinan anak Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi mengenal pasti punca dana bagi majlis itu. Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ia penting kerana wujud keraguan dan  persoalan mengenai punca dana yang digunakan untuk majlis perkahwinan berkenaan. Menurutnya, ini kerana sekiranya mengikut pengiraan konservatif RM10 untuk setiap pengunjung, jumlah 130,000 sebagaimana dilaporkan menghadiri majlis itu membabitkan  belanja RM1.3 juta.

Sehubungan itu katanya, Ketua Menteri perlu membuat pengisytiharan mengenai perbelanjaan untuk majlis itu sama ada ia ditaja pihak tertentu, menggunakan dana kerajaan ataupun duit persendirian.

"Jika beliau ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan jika ia ditanggung individu tertentu, tolong nyatakan siapa yang taja.

"Tiada apa yang perlu beliau takutkan jika SPRM menyiasat kes ini sekiranya dana bukan daripada sumber yang salah, malah secara tidak langsung membantu membersihkan namanya," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi yang timbul akibat majlis perkahwinan anak lelaki Mohd Ali pada Ahad lalu, di mana 130,000 pengunjung dilaporkan hadir, sekali gus membolehkan majlis itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

Beberapa pihak, terutama pembangkang menggunakan portal media alternatif untuk meminta Mohd Ali mengisytiharkan perbelanjaan dan punca dana yang digunakan. ~sinar


Iklan



(Gambar) Sekitar Himpunan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Di Istana Kehakiman, Putrajaya

Posted: 03 Oct 2012 01:56 AM PDT


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.

Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.

Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.

Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.

"Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.

"Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.

"Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya. ~harakahdaily










Gambar ~FB & Harakahdaily



Iklan



Najib Makin Ketar Lutut?

Posted: 03 Oct 2012 12:07 AM PDT

NGO yang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu badan siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.

"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Pada Jun lalu, Suaram berkata dua peguamnya di Perancis, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, antara orang terpenting dalam skandal proses pembelian kapal selam Scorpene itu.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.

Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang Suaram cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.

Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Najib Altantuya; Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda; isteri Razak - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak Baginda - Abdul Malim Baginda.

Jumlah komisen yang setakat ini diketahui berjumlah EUR114 juta (RM547 juta). ~mpr




Iklan



Hebat!! Ali Rustam Tidak Keluar Satu Sen Pun Untuk Majlis Perkahwinan Mega

Posted: 02 Oct 2012 10:53 PM PDT

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menolak dakwaan jamuan perkahwinan anak lelakinya diadakan secara mewah. Ketika dihubungi, Mohd Ali yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata beliau tidak boros. "Adakah murah untuk menganjurkan majlis? Majlis perkahwinan itu dilihat gah kerana jumlah mereka yang hadir adalah ramai," katanya.

Sementara itu, pegawai khas kepada Mohd Ali, Datuk S. Mahadevan berkata orang ramai hadir pada majlis itu kerana mereka mahu memberikan ucapan tahniah kepada pengantin lelaki, Mohd Ridhwan, 26 dan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, 26.

"Tiada siapa dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut, termasuk kakitangan kerajaan negeri," kata Mahadevan pada Selasa.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, pada Ahad. Sebelum ini, pemimpin pembangkang menggesa Mohd Ali mendedahkan kos yang dibelanjakan pada majlis perkahwinan anaknya dan daripada mana sumber kewangan tersebut diperolehi.

"Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya.

"Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," kata Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan membantu dalam majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.

Majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka itu heboh selepas dilaporkan memecahkan rekod 'Malaysian Book of Records' dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.

"Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut," katanya. Beliau turut menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Mohd Ali itu turut diperolehi secara percuma. ~mstar

Addin :

Kalau macam tu, Addin pun nak jadi KM.. semua orang berbaik hati dan suci hati untuk sponsor..

Iklan



Gara-Gara Bacul.. Najib Di Persendakan Oleh Peniaga Roti Canai

Posted: 02 Oct 2012 08:38 PM PDT


Gara-gara bacul.. takut berbahas dengan Anwar Ibrahim semasa sesi perbahasan Bajet 2013 pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai mempersendakan Najib dengan meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'.

Dijual dengan harga 80 sen sekeping, Roti Najib ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib. Roti Najib ini merujuk kepada roti kosong yang tiada telur, yang orang ramai istilahkan tiada telur sebagai bacul, pengecut ataupun penakut.

Najib enggan berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.

Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping. Tidak dapat di pastikan sama ada peniaga roti canai ini adalah anti Umno BN namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa akan mengambil tindakan di sebabkan menu istimewa Roti Najib.

Dengan bukti jelas Najib  kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya sepertimana berlaku di Twitter #TanyaNajib malam tadi.

Gambar ~jalan pulang

 

Iklan



Misteri Kehilangan Najib Semasa Perbahasan Bajet Terjawab

Posted: 02 Oct 2012 07:07 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.

Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

"Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.

"Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu," kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.


Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh. ~mpr


Iklan



Tiada ulasan: