Ahad, 28 Oktober 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Kami Mahu Pemimpin Yang Macam Ini.

Posted: 28 Oct 2012 03:57 AM PDT


            Semalam selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Kampong Telok Bakong Ustaz Zulkifli Ibrahim iaitu bakal calun Parti Keadilan Rakyat untuk DUN Bota telah berkesempatan untuk menghadiri majlis Akiqah warga Telok Bakong iaitu Keluarga Hassan Alang Sehat dan Halimah.Ustaz Zul juga telah mengepalai majlis dengan membaca doa untuk kenduri tersebut.


             Semasa jamuan makan Ustaz Zul telah mengambil kesempatan untuk beramah tamah dan menyantuni warga emas dan orang orang muda.Terdapat penduduk kampung yang telah mengambil peluang keemasan untuk bertanya kepada Ustaz Zul berkenaan hukum hukum Islam terutama mengenai Ibadah Qurban.Setiap persoalan yang dikemukakan oleh penduduk kampung,telah dijawab oleh Ketua Penerangan PKR Cabang Tambun ini dengan jelas dan teliti berdasarkan beberapa rujukan rujukan tertentu yang telah dibuat.


             Kemudian nya Team TBO telah mempelawa Ustaz Zul untuk sama sama "mengeteh" disalah sebuah kedai kopi di Telok Bakong.Beliau telah sempai bertanya khabar kepada orang ramai yang berada disama.Didalam majlis minum yang tidak rasmi itu,beliau telah meluahkan hasratnya untuk mengadakan projek gotong royong dikampung Telok Bakong.Disamping itu,sebanyak 20 sumbangan akan diberikan oleh beliau sendiri kepada 20 orang miskin di Telok Bakong.Didalam perkara ini Telok Bakong Online telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan senarai penerima yang berkelayakan.Terdapat lagi beberapa aktiviti yang bakal dianjurkan seperti Majlis BBQ Orang Muda,Ceramah Umum dan Kelompok serta lain lain lagi aktiviti yang akan ditentukan kemudian.
             
                Pakatan Rakyat telah memilih seorang calun yang bersesuaian dengan kehendak penduduk tempatan.Dengan pengetahuan ilmu duniawi dan agama yang dimiliki menjadikan Ustaz Zulkifli adalah pemimpin yang serba boleh dalam menangi permasalahan masyarakat tempatan.marilah kita gunakan kesempatan yang berharga dalam PRU 13 untuk memilih pemimpin yang benar benar adil,beragama dan berakhlak serta amanah untuk dilantik menjadi pemimpin anda.Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin.

Msinc-Tak mo pemimpin yang mati mati ngatekan emak nye tak ponah ngajor dia menipu..tapi last last nye semua orang kampung tertipu..dapat ke dia bertanding lagi..kita tengok kan aje ler..

Tiada ulasan: