Ahad, 28 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Video yang paling GEGAR minggu ini

Posted: 28 Oct 2012 10:58 AM PDT

Inilah video yang paling menggegarkan persada politik tanahair minggu neh... MP dari DAP telah bangun mencelah mempertahankan Tok Guru Nik Aziz yang telah dihina semahu-mahunya oleh MCA, rakan sebantal Umno dalam Be End...

Cina pun boleh bangun pertahankan TGNA...dan yang paling best tuh ialah MP cina dari DAP...

Soi Lek memang jenis tak sayang mulut sebab apa pun dia cakap dan apa pun yang bakal berlaku pada politik negara, semuanya adalah diatas kelemahan Umno selama ini dalam mendidik rakyat berbilang kaum dan agama serta gagal dalam memartabatkan Islam dibumi bertuah ini...

Sama-sama kita hentam BN kasi tumbang kerana cina pun sudah takut dan meluat kat MCA yang berani menghina Islam, yakni agama rasmi negara... Marilah melayu, cina, india serta lain-lain kaum, tak kira lah polis ka, tentera ka... untuk sama-sama turunkan BN dari tampuk kuasa.

Malunya aku nak baca artikel neh...

Posted: 28 Oct 2012 06:50 AM PDT

SEMAKIN BIADAP!!! Soi Lek cabar Jamil Khir berdebat kerana tahu UMNO takut berdebat

Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Bolehjadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..
BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims. 
"Maybe he did not do his homework. I am disappointed with what he said," the MCA president said.  
On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims. Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.  
Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.  
He also pointed out that a political party should not be equated to religion. 
"PAS is a political party while Islam is the official religion. 
"The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own," he said.  
Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.  
Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud. 
"Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose," he said ~ The Star Online
Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..

Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..

Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..

50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO..ASD


PANAS: Dari sumber dalaman Umno

Posted: 28 Oct 2012 01:45 AM PDT

2/3 BN TAK CAPAI!!! Maklumat dalaman UMNO bocor

Serius.

Perdana menteri Najib dah tak boleh nak harap Barisan Nasional (BN) menang pilihanraya dengan majoriti dua pertiga seperti yang diidamkannya sebelum ini.

Mengikut perangkaan rasmi setakat 30 September lalu, BN cuma boleh menang antara 115 hingga 125 kerusi jika pilihanraya diadakan dalam tempoh dua bulan dari tarikh itu.

Untuk dapat majoriti dua pertiga kena dapat sekurang-kurangnya 148 kerusi yang nampaknya makin suram dan makin muram.

Walaupun Najib tahu ia bakal menjahanamkan masa depan politiknya, tapi dia dah tak banyak pilihan lagi.

BN mesti diselamatkan dalam apa keadaan sekalipun.

Congakan Najib, jika Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 mula diagihkan bermula Januari nanti, dapatlah kerusi BN ditambah bagi memastikan sekiranya ada ahli parlimen yang hendak melompat pun, BN kekal berkuasa.

Untuk tujuan itu, sasaran Najib kini dalam lingkungan 130 ke 135 kerusi.

Itu pun sudah cukup baik.

Bersambung.

JALAN PULANG


Amanat yang penuh iktibar... [BACA]

Posted: 27 Oct 2012 09:31 PM PDT

Qurban: Tersurat dan tersirat

Allahu Akbar , Allahu Akbar , Allahu Akbar Walillahilhamd .

Dengan penuh pasrah kami menyambut Hari Pengorbanan Agong Eid Adha Mubarak yang menjengah sekali lagi. Dengan hari agong yang mempunyai mesej besar untuk membentuk penjernihan hidup dan penyegaran iltizam mengabdi diri kepada Allah, kami mengingatkan diri sendiri serta seluruh kerabat MAPIM khususnya serta umat seluruhnya agar menghirup ruh pengorbanan yang paling segar pada sambutan kali ini.

Dalam suasana umat Islam dan Islam diserang dari pelbagai penjuru, tidak berlebihan untuk kami mengingatkan bahawa panggilan jihad kepada umat paling relevan untuk dikemundangkan di saat kita bertakbir, bertahmid dan bertasbih.

Jelas Allah telah memberi medan paling baik untuk kita semua bermuhasabah terhadap rasa terikat dan sayang kita kepada keselesaan hidup di dunia sehingga terasa sangat berat merenggangkan diri dari semua yang disebut sebagai kesedapan duniawi.

Sudah sampai masanya ketaqwaan Ibrahim dan kesiapsediaan Ismail dalam peristiwa agong pengorbanan ini menyuntik faham yang jernih mengenai bagaimana merealisasikan hidup pasrah kepada Allah melalui ibadah berqurban.

Bukankah pengorbanan yang ditunjukkan oleh kedua anak beranak ini bermuara dari ketaqwaan yang tertinggi sehingga segala implikasi yang bakal diterima menjadi tersangat kerdil bila bertembung dengan arahan Illahi?

Kami merasakan sangat relevan umat disuntik dengan kesediaan untuk berkorban demi menjamin izzah dan quwwah Islam tidak dipermain-mainkan dan dinista dengan pelbagai tohmah murahan.

Dalam suasana yang kini menguji keutuhan keimanan umat, sikap permusuhan dan pengnistaan agama oleh golongan bukan Muslimin yang menyimpan rasa dendam kesumat kepada Islam akan menjadi isu yang akan mendepani setiap Muslim yang prihatin.

Kita diajar dalam ibadah qurban untuk menjadi sangat sensitif kepada apa sahaja yang menyentuh maruah Islam dan martabat ummah. Sebab itu mencemuh, mengherdik dan memburukkan imej Islam dan segala hukum yang menjadi sistemnya adalah cabaran kepada maruah kita.

Kita hanya ada dua pilihan: bangkit semula sebagai umat yang memimpin atau menyerah diri untuk menjadi umat terpinggir dan dihina.

Tidak cukup dari itu, jika kita membuat pemetaan dan profil mengenai situasi Umat, tugas dan amanah untuk mengembalikan muruah umat tidak tertanggal dari sosok hidup setiap orang Muslim.
Mungkinkah seorang Muslim itu boleh memekakkan telinga dan memejamkan mata bila melihat agamanya dihina dan umatnya diperkosa? Apakah mungkin seorang Muslim membisukan mulut dan memandang ke arah lain ketika mana ada saudaranya seagama disembelih dan dilayan bagaikan haiwan?

Lantaran itu kita harus meneliti dan menghayati bahawa selagi erti pengorbanan tidak dijernihkan, kita tidak akan menemukan jalan keluar kepada usaha mengembalikan izzah ummah.

Jika diteliti Qurban (قربن) berasal dari kata qaraba (قرب) yang artinya adalah mendekati. Bermakna ia adalah upaya mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala.

Kita sangat memahami bahawa Qurban yang secara khusus pada hari nahar (hari raya qurban, idul adha) dan hari tasyrik adalah upaya mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang tertentu, yang disebut dengan udhhiyah dan dhahiyah.

Dalam hal ini jika fadhilah qurban dihayati maka ia bukan sekadar simbol namun adalah manifestasi kecintaan kepada Allah.

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda :

مَا عَمِلَ آدَمِىٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ

Tidak ada amalan yang diperbuat manusia pada hari raya qurban yang lebih dicintai oleh Allah selain menyembelih hewan. (HR. Tirmidzi)

Demikian besar sekali kelebihan qurban sehingga ganjarannya dihitung pada setiap bulu haiwan yang disembelih adalah kebaikan.

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda :

إِنَّهَا لَتَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ

Sesungguhnya hewan qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulu dan kuku-kukunya. Sesungguhnya sebelum darah qurban itu mengalir ke tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah. (HR. Tirmidzi)

Namun rahsia terbesar dari ibadat Qurban adalah pada menenangkan jiwa.

Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda:

فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maka tenangkanlah jiwa dengan berqurban. (HR. Tirmidzi).

Kami berpendapat bahawa yang menjadi persoalan yang terbesar ialah bagaimana berkorban melepaskan suatu yang dicinta demi kecintaan kepada yang lebih unggul. Rahsia menjadikan pengorbanan suatu yang ringan itulah nikmat yang sukar dirasai jika tidak disertai dengan keihklasan.

Kami mendapati seluruh kerabat MAPIM khususnya sedang giat mengajari diri untuk menghargai . Sesungguhnya yang penting bukan nilai harga pada sesuatu benda, akan tetapi kemampuan untuk menghargai. Pengorbanan dalam melakukan pelbagai gerakerja untuk membela nasib saudara kita di Gaza, Somalia, Myanmar dan Mindanao adalah terletak kepada kemampuan kita menghargai erti persaudaraan dalam ber"ummah" dan ber"Islam".

Keadaan umat di Myanmar yang terkini sangat menyayatkan hati. Mereka sudah mengistiharkan bahawa mereka tidak akan merayakan Eid Adha tahun ini kerana serangan yang semakin meningkat ke atas Umat Islam sedang dilancarkan semula. Kezaliman yang dialami tidak terbela oleh seluruh Umat Islam sehingga saat ini. Eid Adha dengan perlumbaan menyembelih haiwan antara sesama Umat Islam tidak bererti jika ada sebahgian umat yang sedang berhadapan dengan penindasan yang sangat zalim.

Mari kita serlahkan taggungjawab berkorban dalam ertinya yang tersurat dan tersirat. Moga Allah melayakkan kita memikul amanah menjaga agamaNya sehingga nafas kita yang terakhir.

Allahu Akbar , AllahuAkbar , AllahuAkbar , walillahilhamd.

AMANAT EID ADHA 1433H DARI SETIAUSHA AGONG MAPIM
Mohd Azmi Abdul Hamid


Al-fatihah untuk arwah...

Posted: 27 Oct 2012 03:00 PM PDT

Mahkamah: Sosilawati dibaring, ditikam di tengkuk

Al-fatihah untuk arwah Datuk Sosilawati Lawiya

SHAH ALAM - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah dibunuh dengan cara dibaringkan dan ditikam di tengkuknya oleh tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan sambil disaksikan oleh tertuduh pertama, N. Pathmanabhan pada 30 Ogos 2010.

Demikian antara persoalan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Seterusnya, Sosilawati telah menjerit dengan kuat dan meminta tolong dan Pathmanabhan juga telah mengarahkan Thilaiyalagan supaya membunuh jutawan itu di hadapannya kerana dia ingin menyaksikan sendiri kejadian itu.

Sementara tiga lagi lelaki yang bersama Sosilawati, pegawai bank Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin turut dibunuh dengan cara yang sama.

Kesemua itu merupakan cadangan yang diberikan oleh Ishak kepada Thilaiyalagan, 21, semasa menyoal balas tertuduh kedua itu pada perbicaraan di sini.

Bagaimanapun, semua cadangan itu dijawab 'tidak setuju' oleh Thilaiyalagan yang diperintah membela diri bersama bekas peguam Pathmanabhan, 43, serta pekerja ladang R.Matan, 22, dan R.Kathavarayan, 32, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Ishak mencadangkan kepada Thilaiyalagan bahawa terdapat dua kereta jenis BMW telah masuk ke Ladang Gadong antara pukul 5 dan 6 petang, 30 Ogos 2010, dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Saya cadangkan dalam kedua-dua kereta itu ada seorang wanita Melayu dan tiga lelaki Melayu bersama Pathmanabhan," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
Thilaiyalagan juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa selepas Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin tiba di ladang, tertuduh telah diarahkan oleh Pathmanabhan untuk menangkap dan mengikat mereka.
"Awak telah arahkan Matan dan K.Sarawanan (saksi ke-59 pendakwaan) untuk ambil diesel di ladang dan diserah kepada awak setelah bunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Kemudian awak bersama Sarawanan telah angkat empat orang itu dan letak atas longgokan kayu yang telah disusun terlebih dahulu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
"Selepas itu awak, Matan dan Sarawanan letak kayu atas badan mayat dan telah curahkan minyak atas mayat seterusnya bakar semua mayat itu," cadang Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.
"Zink juga telah digunakan sebagai lapik di tempat pembakaran itu," cadang Ishak dan Thilaiyalagan menjawab tidak setuju.
Tertuduh juga tidak bersetuju dengan cadangan Ishak bahawa pada 31 Ogos 2010 kira-kira pukul 8 pagi, dia dan Matan telah memungut sisa pembakaran mayat dan
memasukkannya ke dalam sebuah tong biru.

Ketika ditanya sama ada dia ada berbincang dengan tertuduh lain mengenai pembelaannya di mahkamah, Thilaiyalagan menjawab: "Saya tidak pernah bincang pembelaan saya bersama tertuduh lain."

"Saya cadangkan awak bersama-sama tiga tertuduh lain telah merancang untuk membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin sejak 29 Ogos 2010," kata Ishak dan tertuduh menjawab tidak setuju.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 6 November ini. - Bernama


Tiada ulasan: