Ahad, 28 Oktober 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Rumah Terbuka Aidiladha Tok Guru Nik Aziz

Posted: 28 Oct 2012 05:04 AM PDT

 YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan bergambar kenang-kenangan dengan rombongan pelancong dari Kuala Lumpur serta Pulau Pinang bersama DurianF.M






 YAB. Tuan Guru di temubual oleh para pelancong serta media dari luar Kelantan


 Jenilyn Alexia dari Malay Mail menemuramah cucu Tok Guru yang fasih berbahasa Cina
YAB. Tuan Guru mengadakan rumah terbuka sempena Aiduladha pada raya ke3 iaitu pada hari ini 28hb Okt. bersamaan 12 Zulhijjah 1433H di kediaman beliau di Pulau Melaka.
Beliau juga menerima rombongan Pelancong kaum Cina dari Kuala Lumpur serta Pulau Pinang serta di temubual oleh media DurianF.M.Sumber

Giliran Akhbar Tamil Pula Fitnah TGNA, PAS Tuntut Permohonan Maaf

Posted: 28 Oct 2012 05:03 AM PDT


Temerloh - Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuntut akhbar harian berbahasa Tamil memohon maaf dan menarik balik laporan beritanya yang didakwa memfitnah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gambar: Tuan Ibrahim (tengah) bersama seorang penduduk India memegang akhbar yang didakwa mengeluarkan berita tidak benar mengenai Mursyidul Am Pas.

Menurutnya, laporan berkenaan menyiarkan kononnya Menteri Besar Kelantan itu sudah kecewa dengan DAP dan PKR yang banyak masalah, justeru mahu bertemu dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Pas sangat kesal dan serentak dengan itu juga kita minta akhbar berkenaan segera mohon maaf atau berhadapan dengan saman kerana mengada-adakan cerita yang tidak benar ini.

"Mesej berita itu sangat mengelirukan masyarakat India kerana Tuan Guru tidak pernah bertemu dengan Najib dalam masa terdekat ini apa lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Gambar Tuan Guru, (Datuk Seri) Najib dan (Datuk Seri) Adnan yang dipaparkan dalam berita berkenaan diambil dari album lama iaitu pada 30 September tahun lalu semasa pelancaran motosikal Modenas dan ECER di sebuah hotel di Kuantan," katanya semasa bertemu penduduk sebuah taman perumahan, di sini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, beliau membuat penjelasan itu setelah banyak menerima panggilan daripada kaum India yang bertanyakan kedudukan sebenar isu berkenaan yang disiarkan akhbar itu baru-baru ini.

"Kita kesal dengan cara penulisan berita itu yang membelakangkan etika kewartawanan kerana diambil tanpa sumber yang tepat dan bersifat rekaan," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, moral Pas dan Pakatan Rakyat boleh tercemar di mata masyarakat terutamanya kaum India yang berkemungkinan melihat pendirian Pas sebagai parti.

Kebodohan Noh Omar Semakin Menjadi-Jadi

Posted: 28 Oct 2012 05:03 AM PDT



28 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara.

Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin.

Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.


PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera.

Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu.

Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.

Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi.

Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had.

- KL Daily

Bertindak segera, Islam Rohingya di ambang maut

Posted: 27 Oct 2012 06:04 PM PDT


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu diselamatkan.


"Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini dapat diperolehi," ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkembangan terkini sangat meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan merebak ke seluruh Myanmar.

"Kami  sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa serangan oleh etnik Buddha Rakhine.

"Apakah Malaysia sebagai anggota OIC dan Asean hanya mahu menjadi pemerhati kepada keganasan penghapusan etnik yang sangat kejam sedangkan tragedi itu sedang berlaku dirantau ini?" katanya

Kini, jelasnya keadaan sangat meruncing kerana serangan kali ini nampaknya nekad untuk menghabiskan semua penduduk etnik Rohingya dan Kaman Muslim di seluruh Myanmar.

Menurutnya, angka kematian sebenarnya sudah mencecah hampir seribu orang , sedangkan bilangan rumah dan perkampungan orang Rohingya yang dibakar jauh lebih besar jumlahnya.

Sebenarnya, kata beliau dunia sedang menyaksikan pengulangan peristiwa pembunuhan massa kaum Serbia ke atas kaum Bosnia pada 1995.

Katanya lagi, hanya setelah ratusan ribu kaum Muslim Bosnia terbunuh barulah Nato bertindak ke atas Serbia.

"Kami menegaskan bahawa saat ini bukan lagi masanya untuk mengeluarkan kenyataan tetapi hendaklah melakukan tindakan konkrit untuk melindungi mangsa Rohingya Muslim yang menjadi sasaran serangan kaum Rakhine yang dibantu oleh tentera dan polis Myanmar," ujarnya.

Justeru, katanya Mapim mendesak kerajaan Malaysia menghantar delegasi khas dengan segera untuk menyampaikan mesej tegas bahawa tindakan kerajaan Myanmar tidak boleh diterima sama sekali.

Katanya, pihak kedutaan Myanmar di Malaysia hendaklah dipanggil segera untuk menyampaikan pendirian negara terhadap kekejaman yang sedang berterusan sekarang. -Hrkh

[BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih

Posted: 27 Oct 2012 06:03 PM PDT



Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.

Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.

Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:


Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Gara-Gara Hampir Bangkrap - Utusan Salahkan GLC

Posted: 27 Oct 2012 06:02 PM PDT

GLC gagal bantu akhbar Melayu


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kegagalan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) membantu masyarakat bumiputera mempunyai asas kukuh sebagaimana yang dapat dilihat kepada pendapatan iklan industri media cetak berbahasa Melayu yang masih rendah.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff (gambar) berkata, walaupun mengaut keuntungan berlipat kali ganda, GLC masih gagal menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam menyumbang iklan kepada industri media cetak berbahasa Melayu.


"Belanja iklan untuk media cetak tahun lalu secara keseluruhannya mencecah RM3.2 bilion, tetapi bahagian yang diperoleh untuk media cetak berbahasa Melayu adalah sekitar RM400 juta sahaja.

"Angka tersebut itu menyedihkan kerana GLC berbelanja sebanyak RM1.5 bilion untuk promosi dan iklan tahun lalu, tetapi berapa banyak yang pergi kepada media cetak berbahasa Melayu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir membidas GLC kerana gagal membantu meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu dan tidak lagi berperanan sebagai pemegang amanah bagi kaum tersebut seperti mana di peringkat awal penubuhannya.

Menurut Mohamad, masalah yang dihadapi industri iklan tempatan itu turut disumbangkan oleh kecenderungan GLC untuk menggunakan agensi pengiklanan antarabangsa serta perancang media antarabangsa.

"GLC sepatutnya mempunyai semangat nasionalisme untuk menggunakan agensi tempatan, ramai orang-orang kita yang berbakat telah keluar dari agensi asing untuk membuka syarikat sendiri tetapi tidak dapat hidup kerana tidak dibantu GLC," katanya.

Beliau menambah, untuk melindungi pendapatan pengeluar iklan bahasa Melayu khususnya dalam industri media cetak, kerajaan wajar menggubal Dasar Pengiklanan Negara (DPN) bagi menjamin perkara itu.

"Industri pengiklanan adalah bukti yang menunjukkan agihan dan sumbangan GLC begitu kecil kepada golongan bumiputera, walaupun belanja iklan mereka berjuta-juta ringgit, tetapi langsung tidak seimbang kepada pengusaha bumiputera," katanya.

DBKL Kejam!!

Posted: 27 Oct 2012 06:01 PM PDT


KUALA LUMPUR 27 Oktober: Kira-kira 100 peniaga bersama orang ramai berhimpun di Jalan Tun Sambanthan bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah dan jualan bazar Deepavali di Brickfields.Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, 40 penguatkuasa DBKL gagal merampas kira-kira 30 khemah yang dipasang di sepanjang kaki lima kedai di Jalan Tun Sambanthan.Peniaga dan orang ramai yang marah tindakan itu melaungkan 'DBKL balik', 'Kami bayar cukai' dan '1Malaysia? apa ini!?

Kekecohan hampir tercetus, namun kehadiran kira-kira 20 anggota Polis beruniform dan preman berjaya mengawal keadaan.Peniaga kemudiannya hanya diberi jaminan lisan oleh DBKL bahawa khemah bazar mereka tidak akan dirampas sehingga Isnin depan.Seorang peniaga yang ditemui, Nel, 40, berkata, permohonan untuk bazar Deepavali di Jalan Tun Sambanthan bagi tahun ini dibuat kepada DBKL sejak 24 Ogos lalu.

"DBKL tak beri respon. Kemudian kami terpaksa adu pada Perdana Menteri dan Menteri Wilayah (Persekutuan & Kesejahteraan Bandar) Raja Nong Chik, dan timbalannya, M Saravanan."Malangnya semua tak layan aduan kami. Sedangkan kami dah ikut semua prosedur. Tolonglah.. Raya Deepavali tinggal dua minggu sahaja lagi," katanya.

Peniaga turut memaklumkan, rampasan dibuat hanya berdasarkan arahan khidmat pesanan ringkas (sms), tanpa sebarang notis.Seorang pengunjung, Leonard Nathan, 42, berkata tindakan DBKL merampas khemah dan barang jualan pada awal pagi, kurang dua minggu sebelum sambutan Deepavali adalah 'kejam'."Ini kejam.

Bazar ini dah ada sejak tahun 2004. Kenapa tahun ini tak boleh berniaga? Mereka ini semua peniaga kecil. Jangan aniaya mereka."Kalau kerajaan kata rakyat didahulukan, janji ditepati, adakah ini tindakan kerajaan? Kerajaan kena ingat. Pilihan raya tak lama lagi," kata Leonard.Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL, Mohd Irwan Abdullah, ketika ditemui Keadilandaily enggan mengulas lanjut."Saya tak boleh beritahu. Tak boleh tunjuk dokumen," kata Irwan. ~kd

Tiada ulasan: