shalehudin |
- Sedap betoi Saifuddin TIBAI Berahim Ali [VIDEO]
- VIDEO: Nik Aziz terharu ngan Polis Kelantan
- TERKINI dari Sabah...
- Bangsa Umno meh sini tolong jawab sat...
- Fuyooo!! Blogger pro Umno dedah dokumen sulit
- Rupanya ni sebabnya Restoran Amy Search ditutup
- Wasatiyyahnya Najib, ni buktinya...
- Soalan camnie pun depa tanya Ustaz Azhar Idrus? Haha...
- Model Terbaru Hyundai
Sedap betoi Saifuddin TIBAI Berahim Ali [VIDEO] Posted: 31 Oct 2012 09:07 AM PDT Menang Pasir Mas pun atas watikah PAS, tapi sekarang neh gigit balik tangan yang memberi dia laluan... Orang camnie ka nak kita harapkan membela nasib rakyat? |
VIDEO: Nik Aziz terharu ngan Polis Kelantan Posted: 31 Oct 2012 08:07 AM PDT 15 Zulhijjah 1433H/ 31 Oktober 2012M Tahniah PDRM... penjenayah ditembak di Machang berkaitan kes tembakan angota Polis di Paloh Gua Musang. Kelantan. |
Posted: 31 Oct 2012 05:56 AM PDT TERKINI !!! Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat! Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah. Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR). Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi. Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah. Kedua-dua isu tersebut kini digalas pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari Barisan Nasional (BN) awal Julai lalu. Seorang lagi pemimpin BN yang keluar dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Lajim Ukin turut mendekati rakyat terutamanya di kalangan kaum bumiputera Islam di pantai barat negeri itu. Bekas ahli parlimen kawasan itu dari BN, Monggoh Orow turut bersama dengan APS membantu Ansari meneruskan kegiatan mendekati para pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sejak Bumburing meninggalkan BN. Tugas mereka kini mendekati masyarakat Lotud Tuaran yang terdiri daripada Monggoh sendiri; bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richard Libau; Balanting dan bekas Ketua Bahagian BERJAYA DUN Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel. - Kedahkini |
Bangsa Umno meh sini tolong jawab sat... Posted: 31 Oct 2012 03:50 AM PDT SOI LEK JADI PENASIHAT AGAMA UMNO!!! Jika Jamil Khir , Fathul Bari tidak berani sahut cabaran debat Soi Lek Oleh: Tok Janggut Kalau sudah berkali-kali dengan rasa sombong, megah dan ego Presiden MCA dan pemimpin Gerakan berani menghina Islam, menghina syariat Allah tetapi tiada siapa yang mampu menegur atau memberi amaran, maka elok sajalah Soi Lek ini dilantik sebagai Penasihat Agama UMNO seumur hidup atau dilantik sebagai Ketua Agama negara kerana Ketua Agama yang ada sekarang pun tidak mampu dan tidak berani memberi amaran kepada "bapak syaitan" ini, maka apa lagi yang boleh umat Islam harapkan untuk menjaga kesucian agama Islam dan syariat Allah dari terus dihina dan dicaci? Punca utamanya sehingga membuatkan MCA dan Gerakan berani menghina Islam ialah UMNO sendiri. Kalau UMNO yang selama ini dilihat oleh MCA dan Gerakan sebagai penganut Islam tetapi seringkali menghina dan mempersendakan syariat Allah dan Sunnah Nabi, maka MCA dan Gerakan yang selama ini menjadi tempat berpautnya UMNO untuk meneruskan nyawanya sudah tidak ada rasa segan silu lagi melakukan perkara yang sama sebagai menunjukan betapa benci dan antinya mereka terhadap Islam selama ini. MCA dan Gerakan juga tahu bahawa UMNO tidak akan berani berbuat apa-apa apatah lagi untuk mengambil tindakan atau menghalau mereka keluar dari gabungan BN kerana tanpa mereka UMNO sudah lama berkubur. Oleh kerana UMNO ini lebih sayangkan MCA, Gerakan dan undi orang Cina maka UMNO tidak peduli apa yang akan terjadi pada Islam dan umat Islam. APAKAH MASIH ADA ORANG MELAYU YANG MENGAKU BERIMAN YANG AKAN TERUS MENYOKONG DAN MENGUNDI UMNO LAGI? Dimana tokoh agama UMNO, Mufti UMNO? Ulama muda UMNO, penasihat agama UMNO? Jakim? Sudah tidur atau sedang seronok dengan kemewahan hidup? Apakah kerja mereka selama ini hanya sekadar sibuk untuk memantau penceramah agama di masjid, memastikan orang yang berkhutbah Jumaat mempunyai tauliah, membaca doa, merasmikan musabaqoh Al Quran, menerima cek wang zakat atau sekadar untuk memastika kuato jemaah haji cukup dan sebagainya sahaja? Kalau setakat inilah sahaja fungsi mereka untuk menjaga Islam, maka mereka ini samalah tarafnya dengan Soi Lek itu. Patutlah hidup umat islam makin merempat, masjid dan surau boleh dirobohkan tanpa halangan. Pemimpin negara bebas merompak wang rakyat, merampas tanah rakyat, menipu dan menindas rakyat, puncanya adalah kerana semua tokoh agama yang menyokong UMNO sudah dikunci mulut mereka dengan pangkat, wang dan kemewahan hidup. Mereka inilah sebenarnya syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang menjual ilmu agama anugerah Allah dengan harga yang murah demi kerana mengejar dunia. Oleh itu insaflah semua umat Islam, selagi UMNO dibarkan berkuasa, maka nasib umat Islam, masa depan negara serta aqidah penganut Islam berada dalam keadaan kritikal dan bahaya. Bulatkanlah hati dan tekad supaya bersama-sama kita tumbangkan UMNO dalam PRU13 tanpa rasa ragu dan bimbang lagi. Masa sudah terlalu suntuk. Bagaimana seorang bukan Islam begitu bebas bercakap tentang Islam dengan tujuan untuk menghinanya? Siapa mereka? Selama ini kita umat Islam amat berhati-hati malahan tidak mahu langsung bercakap tentang hal yang berkaitan dengan agama penganut agama lain tetapi mereka bagitu berani dan lantang boleh bercakap tentang Islam yang mereka sendiri tidak faham. Dimana maruah umat islam sebenarnya? Jika zaman para sahabat dahulu apabila berlaku keadaan begini, mereka akan istiharkan perang tetapi kita sekarang hanya mampu berpeluk tubuh, mengangguk dan boleh lagi bersahabat dan ketawa dengan mereka ini? Repot polis untuk apa? Ini hal berkaitan dengan Islam, dengan Allah dan Rasul! Polis mampu ke untuk bertindak terhadap puak kesayangan UMNO ini? Ini urusan agama! Beginilah hinanya kita dizaman sekarang ini. Wang, pangkat, projek, kawasan balak, kereta mewah sudah jelas mampu menjadikan kita syirik kepada Allah. Islam kita sekarang hanya pada nama dan pada kad pengenalan sahaja. Solat kita hanya kerana sudah masuk waktu, puasa kita hanya kerana sudah masuk bulan Ramadhan, zakat kita kerana wang banyak dan haji kita kerana sudah ada kemapuan TETAPI semuanya dilakukan BUKAN kerana ALLAH dan ajaran RASUL. Semuanya hanyalah lakunan dunia yang bersifat luaran sahaja. Dari segi aqidah dan iktiqad sebenarnya sudah ramai yang rosak dan batal kerana jahil bab tauhid kepada Allah. Maka apa yang berlaku sekarang adalah kutukan dan penghinaan dari Allah terhadap kita kerana semua. Cakap agama berdegar-degar, sambut Maulidul Rasul sehingga habis jalanraya ditutup, buat musabaqoh sehingga dijemput seluruh dunia umat Islam menyertainya, buat masjid sanggup habis berjuta-juta ringgit malahan ratusan juta dengan kubahnya diimpot dari luar negara. Untuk apa semua ini jika dalam masa yang sama kita sendiri menghina dan menolak syariat Allah dan sanggup lagi bersekongkol dan bersekutu dengan orang bukan Islam yang bebas menghina Islam? Tidak ada nilai walaupun sekumit pun semuanya ini disisi Allah. Ingatlah, dalam usaha kita untuk melaksanakan perintah Allah tidak perlu kita meminta izin atau bertanya kepada orang bukan Islam samada boleh dilaksanakan atau tidak kerana mereka tidak punya kelayakan untuk ditanya dan diminta keizinan. Dan yang pastinya orang bukan Islam tidak akan sekali-kali membenarkan kita melaksanakan syariat Allah. Kita wajib menunaikan perintah dan amanah Allah kerana kita hamba Allah dan umat Muhammad. Kita bukan hamba kepada MCA, Gerakan dan sebagainya dan kita bukan umat mereka. Agama kita, kitalah yang menentukanya, tidak perlu nasihat dan pandangan orang bukan Islam. Quran dan Hadis adalah rujukan kita, bukanya perlembagaan negara. Adalah syirik hukumnya jika kita membelakangkan Quran dan hadis semata-mata untuk mempertahankan perlembagaan negara yang tidak ada kaitanya dengan Allah dan Rasul itu. Perlembagaan negara adalah ciptaan bekas penjajah yang bertujuan untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus dan terancang. Hanya orang faham bab tauhid dan yang diberikan hidayah oleh Allah sahaja yang memahaminya. Yang sesat, kufur,syirik dan yang istidroj sahaja yang sanggup mati demi perlembagaan negara. Oleh itu, jalan penyelamatnya ialah KUBURKAN UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Jika tidak, jangan menyesal nanti dan jangan salahkan musuh Islam menghina Islam kerana kita sendiri yang mengundang dan memberikan lesen untuk mereka melakukanya dengan cara yang jelas melalui undi kepada UMNO/BN. Wallahualam. PSM |
Fuyooo!! Blogger pro Umno dedah dokumen sulit Posted: 31 Oct 2012 01:02 AM PDT PAS gesa siasat blogger dedah dokumen 'rahsia' IPOH: PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog 'PerakCyberTrooper.com' dan 'Bicara Perjuangan' telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun. Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum. Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa. "Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut. "PAS mempersoalkan bagaimana blogger pro-Umno ini mendapat dokumen tersebut yang diklasifikasikan sulit dibawah kerajaan negeri," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh baru-baru ini.Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menjelaskan, butiran dokumen tersebut tidak diketahui kesahihannya. Justeru, Salman berkata, PAS Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan adakah butiran dokumen yang didedahkan oleh blogger tersebut adalah benar atau palsu. "Kami menggesa pihak polis menyiasat pendedahan ini dan mendakwa kedua-dua blogger itu jika penjanjian tersebut adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi. "Kami mahukan kesahihan butiran dokumen itu kerana ianya membabitkan soal urus tadbir dan harta negeri," tegas beliau.Hadir sama membuat laporan polis ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh; Peguam Pemuda PAS Negeri, Mohd Fitri Asmuni; dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri, Muhammad Basyir.- Harakahdaily |
Rupanya ni sebabnya Restoran Amy Search ditutup Posted: 30 Oct 2012 09:55 PM PDT AMY SEARCH MENUTUP KEDAI MAKANNYA KERANA KECEWA Penyanyi lagenda rock tanah air, Amy Search meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju baru-baru ini. Menurut laporan Kosmo, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina yang sudah beroperasi selama empat tahun itu terpaksa ditutup kerana mempunyai pelbagai masalah.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah. Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut. Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain. Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu - Sumber |
Wasatiyyahnya Najib, ni buktinya... Posted: 30 Oct 2012 07:37 PM PDT Amboii... Wasatiyyahnya Najib... Kewasatiyyahan Najib terbukti dengan kesungguhannya membawa muzik K-Pop dari Korea Selatan datang sekali lagi ke Malaysia (Gambar) Apa kita boleh katakan, depa yang berkuasa... Katakan TAHNIAH LAH UMNO!!! K-POP akan datang lagi, amat bersesuaian sekali dengan konsep Wasatiyyah Najib... Pokoknya, sampai bila anak-anak remaja kita mahu di sajikan dengan K POP... Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas bukan boleh diubati dengan muzik K-Pop. Malah isu K-Pop ini jugalah kini yang memainkan peranan utama menaja keruntuhan akhlak dan moral remaja kita... |
Soalan camnie pun depa tanya Ustaz Azhar Idrus? Haha... Posted: 30 Oct 2012 04:47 PM PDT |
Posted: 30 Oct 2012 01:00 PM PDT Model Terbaru Hyundai 'Veloster' Duta Hyundai, Teoh Bonnie (kanan) dan Eloise Low Yan Lei bersama model terbaru kereta keluaran Hyundai 'Veloster' pada majlis pelancaran Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang pertama di Ipoh, dikendalikan oleh Sime Darby Auto Hyundai. - Foto Bernama |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan