AdukaTaruna |
Cerita KB : Women driver yang bekeng. Posted: 31 Oct 2012 08:46 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Member dari KL datang. Menginap di Sabrina Court. Sebelah Pizza Hut KB. Member kol gua ajak makan malam dengan family. Gua dengan bini gua park kete situ. Naik kete member. Settle makan malam, hantar gua. Gua pun menuju ke kereta gua. Sekali gua nampak satu perempuan terjerit2. Dikelilingi ramai lelaki. Ni kes samun ke rogol nih? Agak2 bukan kes bahaya, baru gua ajak isteri gua jadi pak sibuk. Belum apa2 gua dah tangkap gambar. Kah3.. tak sangka dulu gua selalu kutuk makcik astro kat kg gua. Skang gua plak. Sampai2 gua tanya sorang brother duk terlap2 cermin kereta. "Apa kes ni bey?" "Kunci kereta tinggal bey. Lamo doh. Takut budok daley lemah jah." Rupanya2 ada 2 budak dalam kereta. Cermin dah berkabus dari dalam. Seorang lelaki umur 7-8 tahun. Seorang perempuan umur 10-11 bulan. Budak lelaki tidur tak sedar diri. Budak perempuan menangis sampai takda suara. Suara ramai terjerit2 suruh budak lelaki bangun menyebabkan bayi tu semakin panik. "Siapa owner kete ni? Akak tu ke?" "Ho la.." Gua skodeng cermin depan tengok roadtax. Ogos 2013. Lambat lagi mampos. Kalau dah tak lama bleh pecah jer. Pastu masa hidup roadtx, beli insuran cermin. "Kak... Ooo kak." Akak tu dah macam orang gila kejutkan anak dia dalam bahasa Inggeris. "Wake up abang!!! Wake up!!!!! Baby sit down. Sit down. Pijak kepala abang. Kejut abang." Orang luar women driver ni. "Kak.. Cermin depan ada insuran tak?" "Jangan pecahkan cermin. Jangan rosakkan kereta saya!" Gua kena sound. Niamakahai. "Doh tu, mu iyak nak panggil bomba tadi koho teruk keto mu!" Sorang pakcik dah panas hati. Kah3.. Orang makin ramai. Gua jeling semula cermin depan. Ada stiker penjara. Warden kot akak bekeng ni. "Gini la.. Kita goncang kereta ni ramai2." Gua koya plak jadi master mind situ. Ramai2 goncang kereta tu. Tak bangun bai budak tu. Gua rasa roh dia duk KB Mall main kereta token la. Gua terlintas nak suruh kereta ramai2 duk berhenti dah macam pesta hon secara beramai2. Tiba2 budak lelaki tu bangun. Orang lain suruh budak lelaki tu buka kunci. Si ibu plak blom apa2 terus marah kaw2. Budak lelaki tu blur tengok pesta keliling cermin kereta. Bila budak lelaki tu buka. Ibu terus nak terkam. Kena tahan dengan satu brother. "Marah gapo budak tu gak. Mu tu yang tolo. Ambek hok kecik tu dulu." Gua pun angkat kaki chow. Baru nak chow satu tangan hulur gua air pepsi. Gua usha muka, rupa2nya blogger Pink Turtle. Bila sampai kat kereta, kereta gua plak tak boleh keluar. Kereta blok kereta gua. Kes pesta tengok aksi women driver yang bekeng tadi. Akalaaa.... |
You are subscribed to email updates from ADUKATARUNA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan