Rabu, 31 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Murid Tahun 6 menjadi mangsa kerahan untuk ramaikan majis Najib..

Posted: 31 Oct 2012 09:44 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.

"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.

"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.

Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Najib bercakap soal amanah..

Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?


Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?




Najib bercakapa soal amanah tapi dalam masa yang sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.

Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden Parti..


Tapi kalau budak sekolah Rendah Darjah 6 pun dikerah.. masaalah ni Najib..


Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?

Semua gambar-gambar sambutan buat Najib diatas aku rembat dari Blog-blog pencacai UMNO.. surat kerahan untuk murid Tahun 6 di atas darangnya dari ( SINI )

Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ?.. siapa benarkan ni?

Posted: 31 Oct 2012 03:28 AM PDT


Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.

"Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. "Letak logo JPJ, nama 'Automated Enforcement System' sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?" katanya di lobi Parlimen.

Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.

Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.

"Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.

"Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.

"Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik," katanya.

Surat saman AES yang dikeluarkan menyatakan kesalahan melanggar had kelajuan berada di bawah Seksyen 79 (2).

Seksyen berkenaan sebenarnya bukan berkaitan perlanggaran had kelajuan sebaliknya merujuk pada perlanggaran kepada mengabaikan terhadap arahan dan isyarat lalu lintas.

Dari segi hukuman pula, tidak ada kompaun minimum RM300 sebaliknya tidak melebihi RM 500.

"Undang-undang disini (dalam surat saman) yang digunakan pun pelik. Dia (surat saman) kata miinta kita hadir ke mahkamah sendiri atau diwakil peguam.

"Mana boleh pertuduhan yang ingin disebut di mahkamah diwakili peguam," jelasnya. Ujar beliau lagi, kesalahan AES ini tidak akan melibatkan kesan disenarai hitam sebaliknya penerima boleh membuat saman balas seandainya mereka dikenakan tindakan sedemikian.

Beliau menambah, langkah penyelesaian di mahkamah ini dapat mengurangkan peluang kepada syarikat konsesi memperoleh keuntungan RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan ~ Selangorku

Runtuh lagi!! Kali ini siling Kompleks Klinik Pakar HRPB Ipoh pula..

Posted: 31 Oct 2012 01:25 AM PDT


Hampir 20 keping papan siling di bahagian hadapan Klinik Dermatologi di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, runtuh hari ini.

Kejadian di tingkat satu kompleks itu disedari pegawal keselamatan bertugas pada kira-kira pukul 6 pagi.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilapor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kejadian berpunca apabila siling tidak mampu menampung beban sejumlah saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon dan ICT.

"Pihak hospital telah meminta siling itu dibaiki dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap petang ini. Kos akan ditanggung oleh pihak hospital. Pihak hospital juga akan memeriksa di bahagian lain bagi mengelak kejadian serupa berulang," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan kejadian.

Beliau berkata kompleks itu siap dibina pada 1994 dan telah 18 tahun menyediakan perkhidmatan perubatan pakar.

"Walaupun sudah 18 tahun usia kompleks ini, kejadian seperti ini memang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Seorang penyelenggara HRPB yang enggan dikenali berkata saluran paip PVC yang mengandungi kabel telefon, Internet dan ICT sepatutnya dipasang secara sistem 'trunking' pada ruang atas siling berkenaan.

Ini kerana sistem itu dapat menampung kabel yang banyak pada pemasangan yang besar atau pihak kontraktor yang memasang kemudahan itu perlu menggunakan 'bracket' bagi memastikan beban paip tidak ditampung sepenuhnya oleh siling berkenaan, katanya kepada Bernama.

Beliau yang sedang memulakan kerja pembaikan siling itu, berkata saluran paip kabel telefon, Internet dan ICT itu dipasang oleh kontraktor luar yang dibayar oleh hospital tanpa melalui mereka sebagai pihak kontraktor penyelenggaraan rasmi hospital berkenaan. - Bernama

Kenapa tak guna 'Trunking'?? .. sebabnya ialah budget ciput..

Sebab apa budget ciput? sebabnya terpaksa dikeluarkan komisyen untuk dapat projek..

Patutlah Genneva Malaysia diserbu.. dah banyak pelaburan rupanya..

Posted: 30 Oct 2012 10:21 PM PDT


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) awal Oktober lalu telah menyatakan sebab serbuan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Sebab serbuan dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya ialah kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Turut serta dalam serbuan itu ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Beberapa hari kemudian Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam satu kenyataannya mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat itu.

Dan keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Berikutan serbuan itu kira-Kira 1,500 pelabur Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung perkara itu.

"Kami tampil kerana para pelabur ini adalah dikategorikan sebagai pelabur yang jujur, ataupun dikenali dalam istilah undang-undang sebagai pelabur bona-fide," katanya.

"Apa yang kami beli, itu yang akan kami dapat, dan walaupun ada beberapa kali syarikat tersebut terlewat membayar keuntungan, tetapi syarikat itu tetap akan membayarnya," kata salah seorang pelabur.

Apa yang menariknya dalam hal serbuan ini.. ia adalah sama dengan apa yang telah diperlakukan oleh pihak Bank Negara Malaysia terhadap beberapa syarikat pelaburan yang lebih dikenali dengan 'Skim Cepat Kaya' sebelum ini.

Setelah bertahun-tahun beroperasi dan dana yang dikumpul mencecah puluhan juta RM maka Syarikat tersebut akan diserbu pihak berkuasa.

Meskipun ada aduan telah dilakukan pada awal syarikat ditubuhkan, namun ianya memakan masa bertahun untuk diambil tindakan.

Adakah kerana ianya tidak diserbu pada peringkat awal penubuhannya kerana jumlah dana yang dikumpul adalah sedikit dan tidak menguntungkan Kerajaan UMNO/BN?

Contoh terbaik ialah Skim Cepat Kaya Pak Man Telo dan Pertubuhan Al-Arqam.. jumlah dana dan asset yang dikumpul mereka aku dah lupa..

Bagi Genneva Malaysia Sdn Bhd sehingga tarikh syarikat tersebut diserbu pelaburnya telah mencecah 35,000 orang dan Jumlah pelaburan adalah RM10 Billion...


Laporan penuh sila baca di The Malaysian Insider
 RM10 Billion tu.. dah banyak sangat tu... cukuplah untuk dana pilihanraya UMNO/BN agaknya..

Dan berikut adalah penafian dari Genneva Malaysia Sdn Bhd mengenai tuduhan pihak berkuasa itu..


Polis tak benarkan Himpunan 3 Nov sebab penganjur isi borang tak ikut peruntukan?

Posted: 30 Oct 2012 05:52 PM PDT


Alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk menghalang rakyat Malaysia dari menyertai himpunan 'Janji BERSIH' @ 'Janji Demokrasi' pada 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka ialah himpunan tersebut akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum itu menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.. kalau dah lupa sila baca di ( SINI )

Nampaknya untuk menghalang Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 3 November ini di Negeri Sembilan pula satu lagi sebab yang tidak munasabah diberikan oleh pihak Polis.

Sebabnya ialah pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki...

SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

"Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.

"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.

"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini ~ Sinar Harian

Kalau dah salah isi borang kenapa tak tolong dibetulkan? Apa susah sangat ke nak tolong betulkan?

Sikap double standard pihak Polis sekali lagi terserlah dalam hal ini..

Tiada ulasan: