Selasa, 30 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


HOT!! Rupanya RM40 juta tu bukan untuk Umno...

Posted: 30 Oct 2012 09:25 AM PDT

PANAS! Wang Tunai RM40 Juta Bukan Untuk Umno!


"Derma politik" kontroversi RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman rupanya telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi "seorang pemimpin Umno", dakwa bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Wilfred Mojilip Bumburing yang kini merupakan ahli parlimen bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga "pemimpin Umno" yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.
"Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
"Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?" katanya dalam kenyataan tersebut.
Bekas timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Bumburing juga mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana, dengan mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa.

Beliau mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan mengatakan bahawa ahli parlimen Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma dengan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan.
"Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang?
"Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?" soalnya.
Bumburing dan seorang lagi MP Sabah, Lajim Ukin meninggalkan BN baru-baru ini dan berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Altantuya.

Awal bulan ini, didedahkan di parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah "derma politik" untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

Menurut laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia.

Akan tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua Umno Sabah itu.

Ali parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut dan menuntut pentadbiran Najib Altantuya mendedahkan sumber derma tersebut dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa.

Menurut laman pembocor maklumat Sarawak Report, yang pertama mendedahkan kes tersebut, peniaga kayu dari Sabah, Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dengan wang tunai dalam bentuk matawang dolar Singapura.

Pada ketika itu, Chia dilaporkan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong wang tersebut adalah untuk Musa.

Dalam pendedahan April lepas Sarawak Report turut mendedahkan dokumen dikatakan dari ICAC Hong Kong menunjukkan peguam Sabah itu memegang US$30 juta (RM90 juta) dalam akaun bank Swiss (trustee) untuk Musa.

Laporan itu juga mendakwa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam matawang Euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura telah disalurkan dari beberapa firma diuruskan oleh Chia yang berpangkalan di Hong Kong untuk beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada akaun peguam di Swiss yang dimiliki peguam tersebut.

Tetapi apabila menjelaskan isu ini di Parlimen Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa Chia tidak pernah ditangkap dengan wang tunai di Hong Kong dan tidak pernah ditangkap oleh ICAC.

Nazri berkata RM40 juta sebenarnya dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong Kong, yang kemudiannya perlu dipindahkan ke sebuah akaun dalam bank Switzerland.
"Itu adalah pemahaman saya dalam kes itu," katanya kepada Dewan.- Jalan Pulang


Gambar pendekar Melayu yang gagah berani

Posted: 30 Oct 2012 07:25 AM PDT

Pendekar Melayu Yang Gagah Dan Berani... hehehe...


BALA demi bala menimpa Soi Lek...

Posted: 30 Oct 2012 12:37 AM PDT

KANTOI! Pelakon Porno MCA Alami Nasib Serupa Dengan Najib

Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika bosnya, Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) amnya.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina, China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus atau lebih 4,500 daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulai keluar ketika Chua sedang berucap.

Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal kununnya bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.

Ini mengingatkan kita kepada satu insiden serupa di mana perdana menteri Najib Altantuya ditinggalkan hampir 3,000 orang semasa baru hendak memulakan ucapan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Lumut, awal tahun ini.

Liow menjelaskan, Johor masih kubu kuat MCA.

Bagaimanapun, dia tidak memberikan penjelasan lanjut untuk menyokong dakwaannya.

Johor antara sasaran terbesar Pakatan Rakyat dalam memastikan kemaraan pakatan itu memperolehi kuasa di peringkat persekutuan dalam pilihanraya umum akan datang.


Mat Sabu bocor rahsia Umno pulak dahh...

Posted: 29 Oct 2012 10:29 PM PDT

Mat Sabu: PR tambah MP Melayu banding BN

TANJONG KARANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.
"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.
Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.

Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN. Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN."

Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.
"Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen? Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.
"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.
Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.
"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia"' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam.
Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.
"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya," katanya.

Takat ni ja kreativiti Umno... haha...

Posted: 29 Oct 2012 07:07 PM PDT

Penakut nak mampuih...

Ajak berdebat tak berani, yang depa berani hanyalah lawan dengan kain pemidang yang tak pandai berkata-kata... Inilah namanya samseng taik kucing...

Kahkahkah...

Nampak sangat double standard depa...
Tak payah CSI, tak payah pakar forensik... Tengok caranya ni pun dah tau identiti samseng taik kucing neh... Pemidang 1Malaysia tak diapa-apakan tapi pemidang Jelajah Merdeka Rakyat yang depa koyakkan. Persoalanya mengapa puak Umno takut sangat pada program jelajah merdeka rakyat neh?

Takat ni saja la Umno boleh buat...
Takat ni saja la akai dan kelaku depa dalam berpolitik... tak matang langsung.
Dan setakat tu jugaklah maruah pencacai-pencacai Umno, hanya dibayar upah RM30 dan sekotak rokok sudah berlagak mahu jadi gangster taik kucing...

Kahkahkah...

http://shalehudin.blogspot.com/


Amazing Footage Of Hurricane Sandy From Space

Posted: 29 Oct 2012 03:30 PM PDT


Watch amazing footage of Hurricane Sandy from 22,000 miles above the earth...

This time-lapse animation released by NASA, shows Hurricane Sandy slowly heading towards the East Coast of the U.S. on Sunday.

Nearly 12 hours of movement are captured in the 30 second clip.


The images were taken from a geostationary orbit 22,000 miles above the earth.

A "super rapid scan" of the storm was taken each minute, and then replayed extremely fast.

The images fade into darkness as the sun sets.


Tiada ulasan: