Anak Sungai Derhaka |
- Pemuda UMNO sokong langkah tangguh pasang AES oleh Pakatan Rakyat..
- Samy Vellu dan MIC serta Barisan Nasional Selangor Kantoi!!
- Berita tentang AES yang menyakitkan hati Kroni Najib..
- Felda Oil Products tergadai jua akhirnya..
Pemuda UMNO sokong langkah tangguh pasang AES oleh Pakatan Rakyat.. Posted: 30 Oct 2012 05:56 AM PDT Pemuda Umno hari ini sebulat suara menuntut kerajaan supaya menangguhkan hasrat untuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, terlalu banyak kelemahan AES dikenal pasti walaupun sistem itu bertujuan untuk menangani berlakunya kes kemalangan. "Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula pelaksanaan tersebut," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di Bangunan Umno di sini hari ini. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kajian itu perlu meliputi kewajaran lokasi kamera itu dipasang, had laju yang praktikal, serta pendedahan kepada umum sebelum ianya dilaksanakan memandangkan terlalu banyak rungutan diterima mengenainya. "Penangguhan ini juga tak bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tapi AES ni terlalu banyak masalah. "Harap jemaah menteri yang bermesyuarat pada minggu ini dapat membincangkan mengenai isu ini dan dapat keluarkan satu keputusan," katanya. Semalam, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan – memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AES di negeri-negeri terbabit. Pemasangan AES Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan. Ini memandangkan pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu. "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya dipetik Bernama. AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi 'hitam' bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut. Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebelum ini pernah membuat kenyataan menafikan pihaknya akan mengaut keuntungan daripada sistem tersebut. Katanya, setakat ini hanya dua daripada tujuh syarikat yang memohon layak mendapat tender pemasangan kamera AES dengan tempoh konsesi 66 bulan, iaitu ATES Sdn Bhd yang menggunakan teknologi robot daripada Jerman dan Beta Tegap Sdn Bhd yang menggunakan teknologi Redflex daripada Australia. Free Malaysia Today |
Samy Vellu dan MIC serta Barisan Nasional Selangor Kantoi!! Posted: 30 Oct 2012 01:33 AM PDT Hujung minggu lalu, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu. Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves ini dianggap sebagai sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan masyarakat Hindu beribadat dan meliputi sejumlah 170,0000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor. Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan memberikan ucapan dihadapan kira-kira 300 orang ramai yang hadir pagi itu. Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut. Kohilan mengakui semasa dia menjadi ahli majlis menyedari tentang projek tersebut tetapi menafikan memberikan kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan kawasan itu. "Memang saya mengetahui tentang projek tersebut sejak 2007 tetapi ketika itu MPS hanya meluluskan 'Kebenaran merancang bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 622'. "Tetapi ia bukan kelulusan untuk 'Rancangan Pembangunan' dengan tujuan membina kondo 29 tingkat," kata Kohilan. Benarkah dakwaan Samy Vellu dan Kohilan itu bahawa projek ini diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?.. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala ada jawapannya... KUALA LUMPUR, 30 Okt — Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor. Sama saja nampaknya perangai pemimpin MIC ini dan UMNO.. demi meraih undi mereka sanggup memperbodohkan rakyat, kononnya merekalah yang prihatin tetapi hakikatnya itu adalah hipokrit semata-mata... |
Berita tentang AES yang menyakitkan hati Kroni Najib.. Posted: 29 Oct 2012 10:10 PM PDT Empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan. "Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. Lim berkata pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu. AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut. Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah ~ Bernama |
Felda Oil Products tergadai jua akhirnya.. Posted: 29 Oct 2012 05:30 PM PDT Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977, ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan. Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tinggal 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini. Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products (FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing. Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera. Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP. IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP. IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll. Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM. Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi. Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau. Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah. Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing. Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan. Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati, matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya. Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali. Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%. ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh. IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pengorbanan pekerja tempatan. Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi.... Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya. Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan. Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. Ia tidak diendahkan. Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH. Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2, sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung! Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya, siapa khianat? Sumber dari Mazlan Aliman |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan