Selasa, 30 Oktober 2012

Addin

Addin


Ali Rustam Buat Lawak.. Mai Baca Sini!!

Posted: 30 Oct 2012 09:41 AM PDT


Menurut laporan Ketua Audit Negara, hutang kerajaan Negeri Melaka meningkat sebanyak RM12.87 juta menjadikan keseluruhan hutang kerajaan negeri adalah sebanyak RM865.94 juta.

Namun, kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam tanpa rasa segan dan malu mengumumkan bahawa kerajaan negeri berjaya mengekalkan bajet surplus selama 10 tahun berturut-turut.

Apa gunanya bajet surplus jika hutang negeri bertambah setiap tahun, bayar pun setakat RM180k sahaja untuk tahun lepas.


Ini menunjukkan Ali Rustam cuba mengelirukan rakyat Melaka dengan kenyataan tersebut. Mungkin jugak ingin menutup kegagalan Umno BN dalam mentadbir negeri Melaka dengan baik.

Namun, tindakan Ali Rustam tersebut di lihat usaha terdesak Umno BN dalam memenangi hati rakyat Melaka dengan kerja-kerja  kotor sebegini.

Dalam era teknologi maklumat ini, golongan tua mungkin terpengaruh dengan dakyah Umno BN sebegini namun sebaliknya berlaku pada golongan muda.



Iklan



Akhirnya.. Pemuda Umno Setuju Dengan Pakatan Rakyat

Posted: 30 Oct 2012 08:34 AM PDT


SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda Umno sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem AES sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet  minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu."Pemuda desak kerajaan tangguh AES.

Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.Pergerakan Pemuda Umno mengadakan mesyuarat exconya hari ini.  ~sinar



Iklan

Dr. Asri Setuju Sertai Wacana Dewan Ulama PAS Tapi..

Posted: 30 Oct 2012 05:12 AM PDT

SHAH ALAM –  Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersedia untuk berwacana dengan Dewan Ulama Pas Pusat berhubung isu pimpinan Ayatollah sekiranya pertemuan itu membincangkan isu dibangkitkan secara "matang dan ilmiah.""Jika ada apa-apa wacana ilmiah yang berbincang secara matang, saya sudi untuk pergi. Tetapi, ia perlu dibuat secara perbincangan yang matang," kata beliau kepada Sinar Harian pada Majlis Hari Raya Aidiladha Karangkraf di sini, petang ini.


Mengulas lanjut kenyataan Setiausaha Dewan Ulama  Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali awal hari ini, Asri berkata, "terima kasih pada jemputan dan akan memberi pandangan.

"Sehubungan itu, Asri menambah, beliau tiada masalah untuk menghadiri wacana yang dimaksudkan sekiranya tarikh penganjuran tidak bercanggah dengan urusan-urusan beliau selain jemputan disampaikan secara profesional.

Justeru, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini berharap wacana yang dirancang oleh Dewan Ulama Pas itu tidak berakhir dengan ketegangan sebagaimana pernah dialami oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr A Aziz Bari."Saya tidak kata Dewan Ulama itu tetapi beberapa orang yang pakai label ulama.

"Cuma (saya) harap tidak jadi seperti yang berlaku kepada Aziz Bari apabila pernah mengkritik dan dijemput tetapi dihentam secara keras dalam perbentangannya  sehingga menimbulkan ketegangan," kata beliau lagi. ~sinar


Iklan

Blogger Pro Umno Dedah Dokumen Sulit

Posted: 30 Oct 2012 04:42 AM PDT

IPOH - PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog 'PerakCyberTrooper.com' dan 'Bicara Perjuangan' telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun.

Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa.

"Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut.

"PAS mempersoalkan bagaimana blogger pro-Umno ini mendapat dokumen tersebut yang diklasifikasikan sulit dibawah kerajaan negeri," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh baru-baru ini.

Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menjelaskan, butiran dokumen tersebut tidak diketahui kesahihannya.

Justeru, Salman berkata, PAS Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan adakah butiran dokumen yang didedahkan oleh blogger tersebut adalah benar atau palsu.

"Kami menggesa pihak polis menyiasat pendedahan ini dan mendakwa kedua-dua blogger itu jika penjanjian tersebut adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi.

"Kami mahukan kesahihan butiran dokumen itu kerana ianya membabitkan soal urus tadbir dan harta negeri," tegas beliau.

Hadir sama membuat laporan polis ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh; Peguam Pemuda PAS Negeri, Mohd Fitri Asmuni; dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri, Muhammad Basyir. ~harakahdaily



Iklan

Berita Ni Sudah Tentu Memedihkan Hati Umno Selangor

Posted: 30 Oct 2012 01:12 AM PDT

SHAH ALAM 30 OKT : Sebanyak 6,470 unit rumah kos rendah berjaya disiapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak mengambil alih pemerintahan pada 2008 sehingga tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah tersebut tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

"Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah berjaya disiapkan bagi daerah Petaling, Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191)," kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Jelas Iskandar, sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan iaitu bagi daerah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Sementara itu, sejumlah 9,990 unit diluluskan yang melibatkan daerah Petaling (1,540), Klang (5,059), Hulu Langat ( 1,300) , Gombak (1,278), Sepang (280), Kuala Selangor (357) dan Kuala Langat (176).

Katanya, bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).



Ujarnya lagi, terdapat banyak projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang berjumlah 1,682 meliputi projek di Bandar Baru Bangi, Sungai Long Kajang, dan Bukit Botak Selayang.

"Rakyat Selangor memerlukan pemimpin-pemimpin yang jujur dan bukan yang hanya pandai memutarbelit untuk kepentingan politik masing-masing," katanya.

Tegas Iskandar, fakta dan statistik yang dikemukakan beliau sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Negeri mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

"Cara yang terbaik bagi Kerajaan negeri untuk menjawab tohmahan ini adalah melalui fakta.

"Kerajaan Negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ternyata ia tidak benar.

"Kegagalan menarik balik dakwaan ini mengesahkan bahawa mereka mengamalkan politik murahan yang tidak berdasarkan fakta sebenar tetapi fakta-fakta ciptaan mereka semata-mata," kata Iskandar. ~selangorku



Iklan

Akhirnya.. FELDA Oil Products Tergadai

Posted: 29 Oct 2012 10:55 PM PDT


Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977,  ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.
Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tinggal 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.

Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products (FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.

Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.

Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll.

Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.

Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.

Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.

Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.

Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing.

Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.

Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati, matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.

Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali.

Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%.

ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.

IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pengorbanan pekerja tempatan.

Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....

Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya.

Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan.

Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. Ia tidak diendahkan.

Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH.

Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2, sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!

Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya, siapa khianat?



Iklan


Tiada ulasan: