shalehudin |
- BONGKAR: Tu diaaa!!! baru kami tau...
- Bung Mokhtar tiru Anwar hantam Syed Mokhtar [VIDEO]
- Ca teka!! Kubu ka KUBUR??
- TENGOK: Pencacai tegar depa nak lalu kot mana
- PANAS: Mat Sabu temui formula tuk tukar kerajaan
- KESIAN: Ibrahim Ali lebih rela kerja kampung...
- Bangsa Umno patut MALU ngan Cina neh [GAMBAR]
- IKTIBAR: Kisah sekumpulan gajah...
BONGKAR: Tu diaaa!!! baru kami tau... Posted: 23 Oct 2012 09:00 AM PDT Nahh... tu diaaa!!! Ni lah lawak antarabangsa... Sikap hipokrit bangsa Umno terbongkar... Kena londeh kaw kaw dalam parlimen.... Tu dia sampai tertidur kat dalam Kasino masa lawatan kat luar negara. Terima kasih YB Saifuddin kerana bagi info sebenar kat rakyat... So, PRU13 nanti macamana?? Comfirm BN kena TKO dengan PAKATAN RAKYAT! JOM UBAH LANDSCAP POLITIK NEGARA... Nyatakan kebosanan kita dengan BN melalui undi... |
Bung Mokhtar tiru Anwar hantam Syed Mokhtar [VIDEO] Posted: 23 Oct 2012 08:47 AM PDT MP Umno dakwa Syed Mokhtar monopoli semua perniagaan Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan. Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya. Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi.- Malaysiakini Ucapan Anwar melondeh Tan Sri Syed Mokhtar nih boleh diikuti disini 22hb Okt 2012 di Wangsa Maju: http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1616515 Dan ini pulak perbahasan Datuk Bung Mokhtar Raden di Parlimen pada 23hb Okt 2012 |
Posted: 23 Oct 2012 05:00 AM PDT Kahkahkah... Tengok ke banner ja pun dah tau... Si penciptanya dah hilang arah... Tukang pasangnya pun dah hilang ghairah... Kahkahkah.... Ni la kubu yang kelak akan jadi KUBUR buat BN... Banner neh hanya retorik Be End tapi kebangkitan rakyat adalah realiti.... P/S: KERAjaan Be End lu orang memang kuat beb... Kuat kelentong dan kuat kencing... Kuat habiskan karan... Kuat habiskan duit rakyat... Pendek kata memang lu orang kuat lar... Tapi sayang... Pertarungan kini adalah pertarungan buku bertemu ruas... Kerana PAKATAN RAKYAT dah cukup kuat... Untuk kuburkan Umno yang dah di hujung usia... |
TENGOK: Pencacai tegar depa nak lalu kot mana Posted: 23 Oct 2012 02:55 AM PDT Kahkahkah... Lu orang agak-agak laa... Pencacai-pencacai Umno tegar dan penyokongnya akan lalu ikut lorong mana?? Kahkahkah... |
PANAS: Mat Sabu temui formula tuk tukar kerajaan Posted: 23 Oct 2012 12:31 AM PDT Pilihanraya Umum Ke 13 dijangkakan akan di adakan pada bulan Mac 2013. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap cuti sekolah penggal pertama tahun hadapan berbanding dengan tahun 2012. Kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana biasanya premis sekolah akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi. Dan cuti sekolah pada penggal 1 tahun hadapan ialah pada 23.03.2013 - 31.03.2013. Apa-apa pun bersiap siaga sentiasa bermula sekarang... PILIH PAKATAN RAKYAT, TOLAK BARISAN NASIONAL |
KESIAN: Ibrahim Ali lebih rela kerja kampung... Posted: 22 Oct 2012 09:00 PM PDT Najib telah tutup pintu untuknya Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'. Penjelasan Najib itu menamatkan teka teki yang kononnya Umno akan memberi laluan kepada ahli parlimen itu bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya umum nanti. Beliau diuar-uar akan diberi bye oleh Umno. Sebelum ini konco-konco ahli parlimen berkenaan sudah menyebarkan berita kemungkinan itu. Bahkan kononnya sudah ada kata putus dan surat hitam putih ditanda tangani oleh Najib memberi laluan itu. Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tiket BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh PAS. Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail. Jika dinilai dari definisi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tiket Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning. Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan PAS dan menang. 'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tiket PAS beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan mahram, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan. Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk Mohd Sayuti Omar |
Bangsa Umno patut MALU ngan Cina neh [GAMBAR] Posted: 22 Oct 2012 08:11 PM PDT ********************************* "Dia (Datuk Seri Chua Soi Lek) seorang pemimpin dan penguasa politik dalam kerajaan BN yang cukup tidak bertanggungjawab kerana cuba menyuntik sentimen kebencian dan menakutkan orang ramai. "JAKIM dan perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak harus bertanggungjawab, adakah ini bermakna Umno terlalu lemah hingga MCA berani membuat serang-serangan seperti ini?" kata ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).Ahli parlimen DAP, Anthony Loke turut sama bangun mencelah dalam sesi perbahasan dengan menyelar Chua sebagai seorang yang biadap ekoran kenyataannya menyokong naib pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie. "Saya terkilan dengan Chua yang menyokong Heng dengan dakwaan PAS menggalakkan wanita bukan Islam dirogol. "Saya merasakan kenyataan MCA ini yang paling biadap. Chua adalah seorang presiden yang paling biadap!" jelas Anthony.Ekoran kenyataan tersebut, ahli parlimen BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun mempertahankan kenyataan Chua semasa perhimpunan tersebut dan menerangkan kritikan dilakukan ke atas kerajaan yang memerintah dan bukannya kepada agama Islam. |
IKTIBAR: Kisah sekumpulan gajah... Posted: 22 Oct 2012 05:53 PM PDT Siapa nak rakyat berfikir sebagai gajah? Seorang lelaki melalui sekumpulan gajah… beliau tiba-tiba henti… "Bagaimana satu tali nipis yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak… Dahlah tak pengikat besi, tiada pagar sangkar… Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali nipis di kaki… tapi mengapa mereka tidak?" bisik hati beliau…Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-gajah tersebut tidak melarikan diri… Lelaki tersebut terpegun dengan penjelasan tersebut… gajah tersebut boleh melarikan diri bila-bila masa tapi kerana mereka terfikir mereka tidak dapat memutuskan tali tersebut, gajah itu terperangkap di tempat mereka diikat… Berapa orang antara kita yang bersifat seperti gajah – mempercayai bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu, oleh itu tidak mencuba hanya kerana kita pernah gagal sekali satu masa dulu? Kegagalan adalah cara Allah memberikan ilmu kepada kita – jangan mudah berputus asa, percayalah Allah akan membantu mereka yang senantiasa berusaha. Renungan untuk malam ini…. Senyum. Oh lupa… dalam politik, siapa yang nak rakyat berfikir sebagai gajah ya? Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan