Selasa, 23 Oktober 2012

Addin

Addin


Kenyataan Penuh Permohonan Maaf Khir Toyo Terhadap Ronnie Liu

Posted: 23 Oct 2012 10:25 AM PDT


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah memohon maaf kepada Exco Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew berkaitan tuduhannya yang mendapat Ronnie menyekat usaha menutup premis pelacuran.

Penyataan minta maaf ini dibuat Khir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Khir Toyo:

Saya, MOHAMAD KHIR BIN TOYO, dengan ini memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW , Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Pandamaran dan juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana telah menyebabkan dicetak dan disiarkan di suratkhabar China Press bertarikh 9.5.2008 sebuah Artikel bertajuk "Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam UrusanMenghapuskan Kegiatan Pelacuran " di mana saya merujuk YB RONNIE LIU TIAN KHIEW sebagai telah menghalang pegawai-pegawai MPSJ dan polis dalam operasi menutup sebuah hotel di Puchong di mana saya gambarkan sebagai sebuah pusat pelacuran.

Saya juga memohon maaf kepada YB RONNIE LIU TIAN KHIEW kerana terus menggambarkan beliau terlibat dalam kegiatan seumpama itu gambaran yang mana adalah tidak benar sama sekali.

Saya benar-benar menyesal kerana menyebabkan YB RONNIE LIU TIAN KHIEW mengalami kesusahan yang amat akibat penyiaran Artikel tersebut.

Saya dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang dibuat terhadap beliau sepertimana terkandung dalam Artikel tersebut dan memohon maaf tanpa syarat terhadap beliau.

English version :

I, MOHAMAD KHIR TOYO , hereby apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW, State Assemblyman for Pandamaran and also EXCO Kerajaan Negeri Selangor for causing to be published in the Chine Press newspaper dated 9.5.2008 an Article entitled "Khir Membongkarkan Laporan Polis Liu Tian Khiew Pernah Bercampur Tangan Dalam Urusan Menghapuskan Kegiatan Pelacuran" in which I implied that YB RONNIE LIU TIAN KHIEW had obstructed the officers of the MPSJ and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a center for prostitution activities.

I also apologize to YB RONNIE LIU TIAN KHIEW for further insinuating that he was involved in such activities which insinuation is totally untrue. I deeply regret for causing YB RONNIE LIU TIAN KHIEW severe distress as a result of publication of the said Article.

I hereby retract all statement made against him as evident in the said Article and apologize to him unconditionally.

Harakahdaily



Iklan

Dalang Pertemuan Najib - Soros Terbongkar..

Posted: 23 Oct 2012 08:59 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros,individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut yang mula-mula didedahkan oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berlangsung di sebuah hotel mewah,Hotel Plaza di Manhattan.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Dan salah-seorang pemimpin tertinggi Umno berkenaan adalah merupakan Penasihat Utama Najib iaitu Datuk Seri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis, Ahli Parlimen Rompin.

BIODATA

~Berasal dari Rompin, Pahang. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 di Pekan, Pahang.

~Pernah menjadi pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974 Tahun 1984 meletakkan jawatan untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.

~Menjadi pengerusi Tenaga NasionaL Bhd antara Ogos 2000 - 2002

~ Dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 2004 – 2008

~ Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002

~ Pada 2009 beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menggantikan Datuk Rajmah Hussain.


JJ didakwa oleh banyak pihak telah mengaturkan satu pertemuan antara PM Najib Razak dan Yahudi penyangak mata wang George Soros di Hotel Plaza, Manhattan, New York pada 27 September 2010.

Sumber mendedahkan seorang pemimpin tinggi Umno menyertai Najib dalam pertemuan itu. JJ merupakan orang paling disyaki menemani Najib kerana beliau adalah penasihat Najib dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ketika itu.

Pertemuan Najib - Soros didakwa sesetengah pihak bagi mendapatkan dana dari organisasi Yahudi.

Pertemuan tersebut tidak mustahil dirancang oleh JJ berikutan rekodnya sebelum itu menjadi orang tengah pembayaran jutaan ringgit kepada pelobi Jack Abrahamof bertujuan melobi Dr Mahathir menemui Presiden George W Bush di White House.

Guna pelobi Yahudi 


JJ turut dikaitkan di dalam skandal Jack A. Abramoff. Abramoff adalah pelobi parti Republikan yang terlibat di dalam skandal "cash for access"

Sebuah pertubuhan Malaysia - US Exchange Association yang diketuai oleh Tan Sri Megat Junid serta JJ dikatakan telah membayar AS$1.2 juta atau RM3.8 juta untuk mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Presiden George W Bush pada tahun 2002 .

Pada tahun 2006, Dr Mahathir mengaku bahawa wang telah dibayar kepada Abramoff untuk mengatur pertemuan.

Skandal itu menjadi buah mulut pelbagai pihak, Mahathir menggunakan wang rakyat semata-mata untuk bertemu Bush tidak sampai sejam

Elaun tertinggi 

Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi sebanyak RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun. Beliau juga menjadi pengerusi beberapa GLC dan mendapat bayaran lumayan.

JJ keluarkan lesen judi


JJ ketika menjadi Menteri Kewangan II pada 2002 didakwa telah meluluskan lesen judi kepada kroni Dr Mahathir, Vincent Tan.

Lesen tersebut untuk operasi di casino Bukit Tinggi, Pahang yang dimiliki Vincent.

Didakwa terdapat sekitar 2,000 buah mesin, seperti jack pot, baccarat dan roulette yang beroperasi di bawah lesen itu.

Anak JJ dapat projek RM280 juta 

Anak JJ, Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25 tahun, didakwa mendapat projek sistem kawalan trafik udara yang baru.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AATS) yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta.

Sistem radar di Pusat Kawalan Trafik Udara Subang yang dikawalselia AATS gagal berfungsi pada 12 September 2012.

Fungsi radar dan radio tergendala menyebabkan semua penerbangan tergendala.

JJ tak layak ketuai TNB 

Beliau pernah mempunyai syarikat EPE Power Corporation Sdn Bhd yang terlibat di dalam bidang elektrik dan merupakan kontraktor kepada TNB.

EPE Power kemudiannya disenaraikan di papan kedua KLSE.

Bagaimanapun ia jatuh merudum dan disenaraikan sebagai syarikat PN4 (syarikat gagal penuhi syarat kewangan untuk terus didagangkan)

Tetapi kerana hubungan baik dengan pemimpin tinggi Umno beliau tetap dilantik sebagai Pengerusi TNB!

Beliau dikatakan sering menunggang kuda bersama PM Dr Mahathir ketika itu.

Sebab hobi yang sama itu juga Dr Mahathir melantiknya sebagai Menteri Kewangan II ketika Mahathir menjadi Menteri Kewangan I.

TNB pakai arang baru

TNB menggunakan gas asli menjana elektrik. Ketika itu 70 % penjanaan tenaga elektrik menggunakan gas asli.

JJ memperkenal loji arang batu ketika jadi pengerusi TNB.

TNB bukan sahaja membeli arang batu dari Australia dan Indonesia, tetapi di bawah JJ, membeli lombong arang batu di Kalimantan, Indonesia pada 2001 dari Dynamic Acres Sdn Bhd dengan harga AS$85 juta.

Pada tahun 2006, TNB menjual lombong itu pada harga AS$19 juta.

Rugi AS$66 juta Di bawah JJ juga, TNB disaman oleh bank UBS Warburg pada 2002 kerana melanggar kontrak berhubung urusniaga bon.

TNB menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi tidak menyatakan jumlah yang dibayar kepada UBS Warburg.


Sumber



Iklan

Lagi Petanda PRU13 Akan Diadakan Tahun Ini..

Posted: 23 Oct 2012 07:47 AM PDT

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalu-alukan ahli-ahli Parlimen khususnya pembangkang supaya dengan "serius menggunakan kesempatan pertemuan", yang akan diadakan selepas sambutan Aidiladha, bagi membincangkan apa saja perkara berbangkit mengenai sistem pilihan raya.Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar 
berkata, langkah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam adalah perkembangan baik kerana membolehkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bertemu dengan suruhanjaya itu.Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di bangunan Parlimen.

Menurutnya, pertemuan SPR dengan parti politik salah satu program SPR untuk berbincang serta berinteraksi dengan ahli-ahli Parlimen yang mempunyai keraguan dan sebagainya.Tambahnya, "kita memang nak jumpa sangat dengan semua pemimpin politik yang menjadi ahli Parlimen, mereka selalu mempertikaikan kita di belakang."

"Jangan jadikan persidangan Parlimen sebagai platform untuk meluahkan perasaan tak puas hati dan sebagainya kepada SPR tapi apabila kita adakan perjumpaan tak mahu hadir," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, SPR akan bersedia pada bila-bila masa jika pihak Parlimen mengaturkan pertemuan dimaksudkan.Katanya, "SPR sentiasa bersedia untuk bertemu dengan ahli Parlimen, jika Nazri kata minggu depan kita ikutlah, tapi yang pasti kita akan buat dalam bulan November ini, selepas sambutan Hari Raya Haji."

"Lagi pun memang kita akan buat perjumpaan dengan mereka untuk urusan pilihan raya, seperti penggunaan dakwat kekal dan bersoal jawab dengan mereka," ulasnya lagi. ~sinar




Iklan

Kroni Dan Keluarga Pemimpin BN Berhutang Bank RM210 Bilion.. Ini Buktinya

Posted: 23 Oct 2012 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 Oktober: Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).

"Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut," katanya."Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu?

Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?" soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).

Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan."Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami 'Skandal BMF' yang membankrapkan Bank Bumiputra."Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999."Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara," jelas Anwar. ~kd



Iklan

Panas!! Skandal MB N. Sembilan Rembat Tanah Di Dedahkan

Posted: 23 Oct 2012 01:59 AM PDT

PETALING JAYA 23 Oktober: KEADILAN hari ini mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Menteri Besarnya.Perkara itu dibongkar Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.

Beliau berkata, di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno BN telah menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui perwartaan membatalkan status hutan simpan kekal.

Menurutnya, pembatalan tersebut diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan MB Datuk Seri Mohamad Hassan."Seperti yang dijangka, keputusan pembatalan sebenarnya tidak sah kerana melanggar undang-undang yang diperuntukkan," kata Rafizi.Jelas beliau, pembatalan tersebut bertentangan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172).

Malangnya, kerajaan Umno di bawah pentadbiran dua Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku," katanya.Rafizi berkata, KEADILAN mempunyai bukti pimpinan Umno mendapat keuntungan hasil dari kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit."Kita akan bongkar lebih banyak penyelewengan melibatkan syarikat dan pemimpin negeri berkepentingan dalam skandal ini," katanya.

Pemimpin negeri dan MCA sendiri perlu bersiap sedia kerana mereka semua terlibat," kata Rafizi.Hadir sama dalam sidang media itu, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, T Kumar; Setiausaha KEADILAN Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff. ~kd


Iklan

Video Ahli Parlimen DAP Pertahan Tuan Guru Nik Aziz Tersebar..

Posted: 22 Oct 2012 09:58 PM PDT


Semalam semasa sidang Dewan Rakyat, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dengan nada tegas bangun mempertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataan yang dibuat Timbalan Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang menuduh Nik Aziz membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", ahli parlimen Rasah itu menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang disokong Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan alat pembesar suara di hadapan Loke dan meminta ketua pemuda DAP itu tidak membawa hujah politik dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Chua di perhimpunan agung ke-59 MCA semalam terang-terang menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri, Najib Altantuya yang hadir dalam perhimpunan itu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno sudah terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bagaimanapun, pemimpin Umno, Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Chua hanya memberikan pandangan berhubung kunynnya ia dasar negara dan bukan menghina Islam.

Lihat video di SINI.




Iklan

Setelah Menghina Islam, MCA Terima Habuan RM30 Juta Dari Najib..

Posted: 22 Oct 2012 08:38 PM PDT


Berbaloi juga nampaknya Presiden MCA, Chua Soi Lek dan kuncu-kuncunya mempermainkan hukum hudud dan memburuk-burukkan negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 baru-baru ini..

Ianya dimulakan oleh Presiden MCA itu sendiri kononnya berdasarkan SMS yang dia terima dia kata 1.2Juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan jika Hukum Hudud dilaksana.

Padahal perkara yang sama telah diucapkan oleh dia sendiri dalam satu forum bertajuk 'Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia' di Wisma MCA pada 04 Disember 2011.

Video ucapannya sila lihat di ( SINI ).

Untuk menimbulkan persepsi yang lebih negatif terhadap Hudud Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow pula menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan Hukum Hudud dilaksana.

Ini kerana menurutnya semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Seterusnya Chua Soi Lek menghina negara Islam yang mengamalkan Hukum Hudud pula.

Katanya lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat…

Hasilnya.. sebagi menghargai jasa-jasa mereka itu kepada UMNO dalam Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Najib umumkan RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini.


Kalau bukan sebagai menghargai jasa-jasa pemimpin MCA yang menghina dan memperlekehkan Hukum Hudud bagi pihak UMNO itu kenapa perlu Najib umumkan pemberian peruntukan ini dalam Perhimpunan Agung MCA?

Sedangkan beliau baru saja membentangkan Belanjawan 2013, perkara yang melibatkan pelajaran ini sepatutnya dibentangnak dalam belanjawan. bukannya dalam perhimpunan MCA..

Dari RM30 Juta tu.. hanya berapa yang akan sampai ke Sekolah-sekolah Cina tu agaknya??

Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumukan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China (SMJKC) di negara ini.

Ketika menyampaikan ucapan ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA pada Ahad, Najib berkata perkara tersebut telah dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran telah bersetuju untuk memberikan geran bernilai RM30 juta kepada sekolah berkenaan.

Terdahulu dalam ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta Perdana Menteri merayu agar Perdana Menteri memberi peruntukan kepada sekolah berkenaan, beliau berkata pada ketika ini tiada peruntukan yang diberikan kepada mereka.

"Terdapat 78 SMJKC dengan 125,000 pelajar. Mereka wajar diberikan peruntukan RM50 juta pada tahun hadapan," katanya. 

Tapi.. ada ke duit yang dijanjikan Najib tu? sebab A Kadir Jasin mantan Pengarang dari NST sendiri pun mempertikaikan langkah menabur duit oleh Najib ni sebab ini sememangnya boleh menjahanamkan ekonomi negara katanya.. ~anaksungaiderhaka



Iklan

Anwar Belasah Najib.. Apa Kata Najib?

Posted: 22 Oct 2012 07:57 PM PDT

WANGSA MAJU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu," kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.

Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.

Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.

Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.

"Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.

"Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama," katanya.

Turut berucap Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Pemimpin Pakatan kecam MCA

Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu.

"Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur," katanya ketika dihubungi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan.

"Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam," tegasnya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar.

"Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain," tempelaknya.

Ahli Jawatankuasa DAP, Datuk Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam.

Main isu hudud politik sempit

Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud.

"Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011," katanya dalam kenyataan. ~kd




Iklan

Ketua Menteri Bergelar Bilionaire Tapi Rakyat Masih Hidup Dalam Reban Ayam

Posted: 22 Oct 2012 07:30 PM PDT

Sekumpulan ibu-bapa etnik Penan sanggup tinggal dalam reban ayam terbengkalai bagi membolehkan anak-anak mereka bersekolah.

Keadaan menyayat hati itu berlaku apabila tiada sekolah rendah atau menengah didirikan berdekatan rumah panjang di kawasan pedalaman gunung-ganang di Murum, Belaga.

Ia memaksa Labang Paneh, 35, (kanan), berulang-alik ke Sungai Asap yang terletak sejauh dua jam setengah perjalanan untuk menyekolahkan anak-anaknya.

Perjalanan pergi balik hampir lima jam memaksa Labang mengubah gaya hidupnya daripada memburu haiwan hutan di Murum untuk makanan kepada membuat kerja rencam di Sungai Asap untuk menjana pendapatan.

Setiap hari apabila habis bekerja beliau akan menunggu lima anaknya di reban itu sehingga mereka selesai sesi persekolahan di SK Batu Keling dan SMK Bakun.

Kesungguhan beliau dan beberapa orang lagi ibu-bapa Penan akhirnya membuka hati pemilik reban untuk terus membenarkan mereka menetap di situ.

Menurut jurupandu yang menemani pasukan wartawan Malaysiakini, pemilik reban itu dipercayai adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga, Datuk Tajang Laing. "Bila SMK Bakun (dibina) kita minta tumpang sinilah walaupun sini reban ayam.

"Memang susah, jika biar anak kita sendiri sini memang tidak selesai juga."Kalau ibu bapa tidak di sini mereka tidak di sini," kata Paneh sambil menambah bahawa anak-anaknya kini hanya perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke sekolah.

Sehingga kini, rumah panjang itu hanya diubahsuai dengan sekatan papan lapis nipis untuk membezakan 22 pintu rumah dan memuatkan 106 orang.

Paling menyedihkan, lantai rumah itu diperbuat daripada kayu-kayu sebesar dua batang jari dan papan lapis yang memisahkan pintu rumah juga berlubang-lubang. "Ini reban ayam tapi kami tidak peduli apa-apa.

"Sepatutnya kami berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi tempat tinggal seperti ini," katanya sambil menambah mereka mula menetap di situ bermula 6 Januari 2006.

Guru gereja sediakan pendidikan percuma

Sehari sebelumnya wartawan Malaysiakini berkesempatan melihat kanak-kanak rumah panjang Long Jaik belajar membaca dibimbing guru-guru sukarelawan dari gereja.

Guru-guru berkenaan seramai empat orang wanita datang sejauh dari pekan Sibu dan menghabiskan dua jam masa perjalanan untuk sampai ke rumah panjang itu.

Kelas yang berlangsung selama empat jam sehingga pukul 12 tengahari dibuat di ruang bersama rumah panjang.

Ia dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan berjaya menarik kira-kira seramai 15 orang kanak-kanak dari rumah panjang sebanyak 50 buah pintu.

Menariknya, ibu-bapa kanak-kanak berkenaan yang menemani anak-anak mereka turut kelihatan 'curi-curi' belajar dari bahagian belakang kelas sewaktu sesi berlangsung.

Menurut Laporan Penilaian Impak Sosial dan Persekitaran Projek Empangan Hidroelektrik, pada tahun 2009 hanya dua peratus daripada populasi Penan belajar di sekolah.
Jumlah itu adalah 33 daripada lebih 1500 orang etnik Penan. Ia terdiri daripada penduduk rumah panjang Long Wat yang berpindah ke Sungai Asap untuk meyekolahkan anak-anak mereka.

Jarak ke sekolah, kos pengangkutan dan kekurangan sokongan menidakkan 593 kanak-kanak Penan mendapat pendidikan sempurna, kata laporan itu. ~mkini

Lagi gambar di sini.


Iklan

Lelaki Bosnia Berjalan Kaki 5,700km Untuk Tunaikan Haji

Posted: 22 Oct 2012 07:08 PM PDT

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. ~afp



Iklan

Penulis Blog Porno Minat Chua Soi Lek Secara Seksual

Posted: 22 Oct 2012 06:52 PM PDT

Selepas menyerang PAS dan memperlekeh Islam, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini boleh berbangga dengan aksi ranjangnya apabila menjadi idola penulis blog seks dan partinya kini juga mendapat sokongan daripada Perkasa.

Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual.

"Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi," kata Tan dalam laman Facebooknya.

Tan dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan memuatnaiknya ke dalam blog mereka.

Komen Tan terhadap Chua, yang terkenal dengan video skandal seksnya dengan seorang wanita di bilik hotel yang tersebar kepada umum, seperti satu penampar teruk kepada MCA yang mengambil peluang di perhimpunan agong mereka untuk menghentam habis-habisan pemimpin PAS.

Selain itu, walaupun menghina hudud dan Islam bertubi-tubi, MCA hari mendapat sokongan daripada Perkasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertegas, "MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP" dan berkata penghinaan MCA terhadap hudud adalah "terpaksa".

"Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu. Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh," kata Ibrahim yang dipetik laman FMT.

Skandal seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010 apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya.

Hujung minggu lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam.

"Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua.

"Saya boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk menontonnya," kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi ucapan Nik Aziz.

Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa sumber dalaman Umno berkata Umno kini resah bahawa undi Melayu akan beralih kepada PAS selepas parti syaitan yang dikenali membiarkan orang seperti Chua menyerang ulama seperti Nik Aziz dengan biadap sekali.

"Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini," kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily. ~harakahdaily




Iklan

Rais Yatim Mahu Sambut Kemerdekaan 2013 Secara Luar Biasa

Posted: 22 Oct 2012 06:28 PM PDT

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan harapan agar sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun depan akan lebih hebat dan menonjolkan sesuatu yang luar biasa.

Rais, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 berkata harapan itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua pihak memberikan sumbangan dan komitmen padu.

"Oleh itu, keringat, sumbangan dan penyesuaian sebagai satu kontinjen perlu untuk capai kejayaan," katanya pada majlis penghargaan dan penyampaian sijil sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 di sini malam tadi.

Selain itu Rais berkata, kejayaan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Ogos lepas adalah berkat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada majlis itu Rais dan Maznah turut menyampaikan hadiah kepada lapan pemenang Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 anjuran Jabatan Penerangan yang merangkumi kategori bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, individu (rumah kediaman), pintu gerbang dan Anjung Komuniti 1Malaysia.

Antara pemenangnya ialah Kampung Tanjung Parang Kota Samarahan Sarawak bagi kategori kampung dan Rancangan Perumahan Awam Arau, Perlis bagi kategori taman perumahan, sementara JKKR Felda Kledang, Kota Tinggi Johor untuk kategori pintu gerbang dan kesemua pemenang menerima RM10,000 bagi setiap kategori.

Sementara Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Kampung Baharu, Sibu, Sarawak memenangi kategori sekolah dan memenangi hadiah wang tunai RM5,000.

Pertandingan yang bermula pada 18 Julai hingga Ogos lepas berjaya menarik 871 penyertaan dari seluruh negara, meningkat lebih daripada sekali ganda berbanding 356 pada 2011.

Pertandingan bertujuan menggalakkan cetusan kreativiti rakyat dalam menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan melalui pengibaran Jalur Gemilang di premis dan kawasan masing-masing. ~sinar


Addin :

Secara luar biasa ataupun luar biasa, rakyat tetap tidak bersemangat untuk meraikannya kerana hari kemerdekaan negara ini sudah jadi hari ulangtahun perayaan parti Umno. Sentimen perayaan parti melebih-lebih daripada kemerdekaan negara ini. Rakyat sudah bosan.. rakyat mahukan perubahan.





Iklan

Memalukan!! Nazri Aziz Buta Sejarah..

Posted: 22 Oct 2012 05:54 PM PDT

KUALA LUMPUR - Fakta sejarah membuktikan Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pernah berkata Malaysia adalah negara sekular sekaligus menepis kenyataan Menteri 'de facto' Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini di Parlimen yang mengatakan negara tidak mempunyai asal-usul sekular.

Nazri memberitahu di Parlimen bahawa Malaysia tidak pernah diisytihar sebagai negara sekular dengan alasan negara dibentuk daripada Kesultanan Melayu dan kerajaan Islam.

Ekoran kenyataan tersebut, tercetus perdebatan tentang status Perlembagaan walaupun Mahkamah Agung mengakui Malaysia sebuah negara sekular sama seperti yang turut diakui perdana menteri pertama, Tunku.

Tunku Abdul Rahman dalam beberapa ucapannya menegaskan Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan Islam.

Kali pertama Tunku direkodkan memberitahu Parlimen ialah pada 1 mei 1958: "Saya ingin memberitahu secara jelas bahawa negara ini bukan negara Islam kerana ia secara umumnya difahami bahawa Islam hanya diperuntukkan menjadi agama rasmi negara."

Akhbar The Star turut melaporkan Tunku mengulangi pendirian sama semasa perhimpunan ulangtahun ke-80 dengan tajuk berita, "Jangan isytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam - Tunku" dimana dia berkata "negara ini memiliki penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi."

Dalam temubual, Tunku berkata: "...Tidak akan ada negara Islam di sini ... Sifat parti politik kita, kerajaan campuran kami, demokrasi kita, dan kehidupan kita yang berbilang kaum adalah asas-asas yang mencukupi dan boleh digunakan untuk membina sebuah negara Malaysia yang makmur dan aman. Mengapa kita perlu mencontohi Iran dan negara Islam lain?"

Dalam akhbar yang sama, PM ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn juga dilaporkan menyokong pemimpin terdahulu negara dengan menolak Malaysia bertukar menjadi sebuah negara Islam.

"Negara ini masih boleh berfungsi sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Hussein.

Penulis Hussin Mutalib dari Universiti Kebangsaan Singapura juga menemubual Tunku untuk bukunya berjuduk "Islam di Malaysia: Daripada kebangkitan kepada Negara Islam".

Sebuah negara Islam ditakrifkan sebagai negara yang asas utama kerajaannya adalah undang-undang Islam, undang-undang Syariah. Perkara 3 Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan ia digunakan untuk menyokong dakwaan bahawa Malaysia adalah negara Islam dan bukannya sekular.

Walaubagaimanapun, dalam merangka Perlembagaan Malaysia, Suruhanjaya Reid telah menyentuh tentang Islam sebagai agama rasmi di dalam laporan pada Februari 1957: "pemeliharaan prinsip ini tidak akan mengenakan sebarang ketidakupayaan pada warga bukan Islam yang menganut dan mengamalkan agama mereka serta tidak bermaksud bahawa negara bukannya tidak sekular. "

Dalam laporan yang sama, Peguam Raja-Raja (Majlis Raja-Raja) menentang kemasukan peruntukan sedemikian: "Ia adalah pandangan Baginda bahawa ia tidak wajar untuk memasukkan beberapa pengisytiharan sepertimana yang telah dicadangkan bahawa kepercayaan umat Islam atau keimanan Islam menjadi agama rasmi dalam Persekutuan."

Hakim, Abdul Hamid yang merupakan salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Reid dari Pakistan antara yang mencadangkan kemasukkan peruntukan tersebut.

"Peruntukan seperti yang dicadangkan di atas adalah berbahaya. Tidak kurang daripada lima belas negara di dunia mempunyai peruntukan seperti ini yang termaktub dalam Perlembagaan mereka," kata Hamid dalam laporan itu.

"Perisytiharan (Ini) didapati tidak menyusahkan sesiapa, tiada bahaya akan berlaku jika pengisytiharan sedemikian dimasukkan dalam Perlembagaan Malaya."

Mahkamah Agung (sekarang Mahkamah Persekutuan) pada 1988 dalam kes Che Omar bin Che Soh v P.P. turut menggunakan alasan sama bagi menyokong Malaysia sebuah negara sekular.

Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam penghakimannya merumuskan: "... Kita perlu mengetepikan pandangan peribadi kita kerana undang-undang negara ini masih sama pada hari ini, undang-undang sekular, di mana moral tidak diterima oleh undang-undang untuk memperoleh status perundangan." ~malaysianinsider



Iklan

Tiada ulasan: