Telok Bakong Online |
AES - Nantikanlah Hari Pembalasan Rakyat..Janganlah Hampa.. Part 1 Posted: 22 Oct 2012 10:26 PM PDT AES adalah Automated Enforcement System atau Sistem Penguatkuasaan Automatik yang di perkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang bertujuan untuk mengurangkan Kadar Kemalangan Di Malaysia.Sistem ini dikatakan telah dijalankan di beberapa negara maju dan telah (kononnya) Berjaya mengurangkan kadar kemalangan dari 40% hingga 60% . Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri telah memberitahu Dewan Rakyat bahawa ATES Sdn dan Bina Tegap Sdn Bhd telah dilantik untuk memasang semua pasarana dan menyelenggara sistem ini.Sebagai balasan,syarikat ini akan diberi "rate of return" sebanyak 17% termasuk RM 16 bagi setiap saman yang sah. Perlantikan 2 syarikat ini adalah kerana kerajaan tidak perlu sejumlah wang yang besar untuk menyedia,memasang dan menyelengara sistem ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam kenyataan pada pihak media. Dengan perlaksanaan sistem ini jelas menampakkan kerajaan mahu rakyat yang menangung sepenuhnya tanggujng jawab diatas kadar kemalangan jalan raya yang tinggi di negara ini.Kerajaan seolah olah cuba menyalahkan rakyat sepenuhnya.Oleh itu kerajaan merangka untuk melaksanakan suatu kaedah yang akan menghukum setiap rakyat yang bersalah.Dalam keadaan ini kemera akan diletak di setiap sudut jalan raya yang mana bertugas untuk menangkap rakyat yang dikatakan telah melanggar had laju ditetapkan. Perlu dikaji dan diselidiki dengan jelas apakah had laju adalah satu satu nya penyebab kemalangan?.Adakah sesuatu kenderaan yang dipandu laju adalah merupakan punca semua kemalangan jalanraya?.AES jelas mahu mengurangkan kadar kemalangan melalui penghadan halaju dan menghukum pesalah melalui saman yang membebankan tanpa adanya kaedah kaedah lain untuk mencegah terjadinya kemalangan.Terdapa banyak faktor lain yang menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi.Banyak peranan kerajaan yang perlu atau boleh dilakukan. Antara faktor penyebab kadar kemalangan yang tinggi ialah keadaan jalanraya itu sendiri.Ada jalan yang tidak dibena dengan baik menyumbang kepada kemalangan sebagai contoh Km 31 Jalan Ipoh Lumut.Banyak terjadi kemalangan semasa hujan.Perkara ini berlaku kerana profil jalan yang tidak baik.Struktur jalan tidak dibena dengan sempurna kerana ianya tidak dapat mengalirkan air hujan dengan cepat ke tepi jalan menyebabkan air hujan bertakung ditengah jalan.Apabila kenderaan melalui jalan yang penuh air ini menyebabkan tayar hilang cengkaman dan kenderaan akan terbabas.Disini letak nya peranan kerajaan menentukan bahawa syarikat yang dilantik untuk membina dan menyelenggara jalan ini dapat menjalankan tugas mereka baik.Apakah syarikat yang dilantik untuk menyelenggara jalan Ipoh – Lumut ini,anda mesti akan tersenyum bila mengetahui jawapan nya. Kejadian kemalangan juga berkait rapat dengan bentuk,profil,struktur tapak dimana satu satu jalan raya dibina.Malaysia mewarisi struktur jalan yang diwarisi oleh penjajah British.Setelah 55 tahun merdaka struktur dan profil ini tidak banyak berubah terutama dijalan jalan lama.Terlalu banyak selekoh tajam dan keadaan jalan yang tidak rata.Banyak kawasan yang jalan raya nya berlubang lubang tanpa ada tindakan untuk diperbaiki.Semua ini menyumbang kepada kemalangan jalan raya.Tapi apa yang boleh dihihat kerajaan cuba menyalahkan rakyat untuk setiap kemalangan yang terjadi.Seolah olah kerajaan tiada peranan dalam perkara ini.Dari khabar khabar yang diterima menyatakan banyak peruntukan telah tersalur ke Sabah dan Sarawak,untuk membuat jalan jalan baru di sana.Ini menyebabkan jalan jalan di Semenanjung Malaysia sedikit terabai. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan