Isnin, 22 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Pecah habih rahsia Umno...

Posted: 22 Oct 2012 10:11 AM PDT

Pecah habih rahsia Umno...

Kahkahkah...

Betoi tuh...
Yang untung orang Umno jugak.... rakyat terbanyak apa yang untung? setakat BRIM jak la ko dapat dalam 55 tahun neh....
Ini kali lah derr...


Selangor paling parah - Anwar

Posted: 22 Oct 2012 09:00 AM PDT

Ratusan ribu daftar pemilih pincang, Selangor paling parah – Anwar

KUALA LUMPUR 22 Oktober: Terdapat kepincangan besar dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan ratusan ribu pengundi di negara ini, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, antara permasalahan tersebut membabitkan permohonan daftar pemilih sebelum kelahiran, pada hari kelahiran dan sebelum umur persekolahan.

Katanya, kaji selidik juga mendapati ribuan nombor rumah pengundi yang tidak dicatat, hilang alamat dan penggabungan lokaliti sehingga menyukarkan usaha menjejak pengundi.
"Paling parah di Selangor. Ini melibatkan ribuan alamat," kata Anwar.
Beliau berkata, antara contoh kes ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.

Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai 'Tiada' dengan nombor rumah ditulis sebagai '28′.
"Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?" soal Anwar pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu, maklumat tersebut diperolehi selepas audit berkomputer ke atas data SPR oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya pada 25 Mac lalu.

Belum lahir, tapi layak mengundi

Jelas Anwar, kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.

H'ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.

Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.

Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.
"Belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Kita rujuk kepada senarai SPR. Mereka ini (SPR) banyak bercakap. Sila betulkan dahulu.
"Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan," tegas Ketua Umum KEADILAN itu.- KD


Anwar Ibrahim menyanyi dalam hujan dengan rakyat

Posted: 22 Oct 2012 07:36 AM PDT

Kahkahkah...

Tanya sama Najib...
Apa sebab goyang...
Nanti jawab Najib...
Sabah dah hilang...

Kahkahkah...


Anak buah Soi Lek rupanya dia neh, kahkahkah...

Posted: 22 Oct 2012 05:25 AM PDT

Penulis blog seks berkata beliau peminat Soi Lek, secara seksual

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan telah menggelar dirinya sebagai peminat kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) yang terlibat dalam skandal seks dengan teman wanitanya.
"Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul," kata Tan dalam laman Facebooknya.
Sungguhpun kenyataan Tan mengatakan dia adalah peminat Dr Chua hanyalah satu gurauan, ia juga menjadi berita yang tidak diingini kepada presiden MCA tersebut tatkala beliau akan menghadapi pilihan raya dan dalam masa sama kurang popular di kalangan masyarakat Cina.

Pada tahun 2007, rakaman rahsia Dr Chua sedang mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya di sebuah hotel di Johor telah tersebar di khalayak ramai.

Beliau kemudian dipaksa meletak jawatan selaku menteri kesihatan pada tahun 2008 dan tidak dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon dalam pilihan raya tersebut. Tetapi beliau telah kembali dan menjadi presiden MCA pada tahun 2010 selepas konflik dalaman dalam parti yang berlarutan.

Walaupun memenangi jawatan presiden, Dr Chua masih tidak mendapat jawatan kabinet, kerana persepsi negatif terhadap isu seksnya.

Tan mencipta kontroversi selepas dia dan kekasihnya meletakkan gambar dan video mereka melakukan hubungan seks di dalam blog.

Tan merupakan pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan memegang biasiswa.

Selepas berita blognya tersebar, dia dan kekasihnya Vivian Lee, juga dari Malaysia, disiasat oleh pihak universiti atas dakwaan merosakkan nama universiti.

Tan akan menghadapi inkuiri disiplin pada 31 Oktober ini.

Minggu lalu, dia menyebarkan blognya di sebuah forum di Singapura, yang bertajuk "Sumptuous Erotica", yang menurutnya mahu semua orang untuk terhibur.

Blog itu bagaimanapun telah ditutup.

Tan berpindah ke Singapura di bawah biasiswa Asean 2004 selepas belajar di Xinmin Secondary Schools dan Raffles Junior College sebelum menyertai NUS.

Dalam status Facebook yang berlainan, Tan juga mengkritik media yang mahu menjual ceritanya untuk mendapat keuntungan.
"Memalukan saya sahaja sebagai seorang ahli perniagaan. Mereka sedang membuat keuntungan atas Vivian dan saya," katanya lagi.- TMI


RAGAM BOLA: Arwah dah gamaknya budak neh...

Posted: 22 Oct 2012 04:25 AM PDT

Apa???
Kelantan menang???
Alamak, arwah dah gamaknya budak neh...

Kahkahkah...

Amacam, ada berani??? SILA... SILA...
Tu la, len kali cakap tu berlapik la skit... kan dah haru biru jadinya...

Kahkahkah...

Owhh!! ATM sedang berkabung daaa.... haha...


[FOTO] Konkrit Banglo Depan Rumah Pengerusi SPR Runtuh

Posted: 22 Oct 2012 01:12 AM PDT

Shah Alam - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.

Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut.

Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.

45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.

"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.

Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.

Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini.

Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.

Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

"Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.

"Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.- GB



PANAS !! Dah ada AES detector untuk Android

Posted: 21 Oct 2012 11:04 PM PDT

Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada..
Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya..

Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..

Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. lau korang tak ada sofware adobe AIR .. install yang ni dulu ..lengkapkan resepi2nya.. pastu pasang lah..hehehe.. King of Goblok

Ni pulak kempen bantah saman AES versi kelakar... haha...



Mai tengok siapa dibelakang Chua Soi Lek neh...

Posted: 21 Oct 2012 07:05 PM PDT

Ini lah orangnya dibelakang cercaan Chua Soi Lek terhadap hudud. Soi Lek dan kerabatnya menjadi angkuh dan begitu menggila menibai Hudud kerana Umno sudah terlalu lemah.

Tak dapat aku nak bayangkan camana malunya diri bilamana hudud dihina dan dicerca dihadapan batang hidung Najib sendiri tanpa sebarang bantahan dari Menteri Wanita Umno neh...

Diwaktu cina bangang dalam MCA berjuang habis-habisan menghina dan menentang hudud... rupanya masih terdapat sebahagian non-muslim yang berpandangan positif, menggunakan akal kurnia Tuhan dalam memberi pandangan terhadap undang-undang Islam.

Ini jelas membuktikan bahawa langkah MCA - sekutu Umno dalam Barisan Nasional hanya bertujuan memancing undi dalam usaha mereka mematahkan pengaruh DAP dalam masyarakat cina.

Rata-rata, Be End yang diterajui Umno kian longlai dan kini dipersimpangan dilema kerana mereka telah menyentuhi sensitiviti umat Islam malah turut tidak disenangi oleh non Muslim juga. Kini, MCA dilihat sebagai sebuah parti cauvinis yang ANTI-ISLAM, bukan lagi DAP.

Orang bukan Islam kebanyakannya rajin membaca dan punya sifat ingin mengetahui.... Orang melayu plak mungkin dah perasan sebab dah terlalu pandai, dengar Ustaz mengajar pun dah tak mau.. membaca jauh sekali. Ni bukan Islam yang faham keadaan sebenar dan menyuarakan kesedaran sebagai rakyat dan bukan ahli politik atau machai-machai yang dok putar belit...

Ini lah bahayanya puak-puak Umno bila depa hanya nampak bangunan yang tinggi-tinggi je.. Pembangunan aqidah umat Islam bukannya depa nak ambil peduli.

Tindakan apek Soi Lek dan kuncu-kuncunya yang kuat menentang, berserta kelunya lidah Najib bila hudud dihina ni lah yang merupakan sebab sebenar Islam gagal diletakkan ditempat yang sepatutnya dalam negara tercinta ini...



PANAS berapi dari blogger DAP...

Posted: 21 Oct 2012 04:40 PM PDT

Ahli Umno tidak mahu 'ditambat' lagi
Ramai di antara mereka merasakan yang mereka tidak mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering. Mereka juga mempunyai harga diri.

Majlis Tertinggi Umno telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihan raya umum nanti.

Nampaknya barulah Umno mula hendak sedar yang penyakit Umno itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihan raya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap Bahagian yang akan membuat lapuran online kepada jawatankuasa secara terus.

Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap Umno kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.

Mengikut lapuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih 1.5 juta ahli Umno telah mensabotaj BN dalam piihan raya yang lalu dan ahli-ahli Umno sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihan raya yang lalu dan yang akan datang.

Itulah yang saya sebutkan selalu. Umno sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat di bawah dan itulah pernyakit yang di hidapi oleh Umno sekian lama.


Bengong sangat la kalau sapa percaya Kak Jat naik kapcai pi kerja...

Jiwa sudah lemah

Kalau Umno sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan Umno untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh di selesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli.

Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut.

Ini merupakan pertahanan terakhir Umno dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita. Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi.

Kita sedar yang ahli-ahli Umno kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan.

Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah.
Kerbau membajak sawah

Ahli-ahli Umno terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya dibaham oleh tikus-tikus dikepuk padi. Ahli-ahli Umno pun tidak mahu mereka di kerbaukan oleh pemimpin mereka.

Tetapi MKT Umno bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu?

Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku.

Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah Umno. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar Umno dibawah payung dan wadah yang baru.

Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam.

Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli Umno oleh pimpinan mereka.

Kita mesti faham yang ahli-ahli Umno itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri.

Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam 'ambience' yang baru.

Selamat berubah dan berhijrah.

Tiada ulasan: