Addin |
- DAP Tepuk Meja Pertahan TGNA Dalam Parlimen, MCA Tepuk Tangan Hina Islam
- Umno Kantoi!! Sebenarnya Melayu Tak Berpecah.. Ini Buktinya
- Patutlah Laporan Audit Di Bentang Selepas Bajet..
- Panas!!Bilik Mesyuarat Pejabat SUK Kedah Jadi Markas Sulit BN
- Tindakan 'Bijak' Kelab Putera 1Malaysia Terima Padah
- Akibat Silau.. Kamera AES Di Rempuh
DAP Tepuk Meja Pertahan TGNA Dalam Parlimen, MCA Tepuk Tangan Hina Islam Posted: 22 Oct 2012 09:55 AM PDT Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini berkobar-kobar bangkit mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam. Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang disokong Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap". "Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja. Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan alat pembesar suara di hadapan Loke dan meminta ketua pemuda DAP itu tidak membawa hujah politik dalam dewan. Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat. "Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan. Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar. Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Chua di perhimpunan agung ke-59 MCA semalam terang-terang menghina Islam dan melukakan hati umat Islam. Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri, Najib Altantuya yang hadir dalam perhimpunan itu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons. Beliau mempersoalkan sama ada Umno sudah terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sedemikian. Bagaimanapun, pemimpin Umno, Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Chua hanya memberikan pandangan berhubung kunynnya ia dasar negara dan bukan menghina Islam. |
Umno Kantoi!! Sebenarnya Melayu Tak Berpecah.. Ini Buktinya Posted: 22 Oct 2012 08:32 AM PDT ANALISIS - Isu perpecahan di kalangan kaum Melayu sebenarnya bukan baru.Ia menjadi bahan perbualan hangat sejak selepas Pilihan Raya Umum 2008. Lebih-lebih ia sendiri pernah dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Lipatan laporan media sepanjang tiga tahun lalu membuktikan perkara ini.Hujung minggu lalu, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), menafikan beliau sebagai punca perpecahan orang Melayu. Malah kata beliau, tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal September 1998 bukan punca perpecahan.Mengulas perkara itu, penganalisis-penganalisis yang dihubungi Sinar Harian Online juga berpandangan sedemikian.Sebaliknya penganalisis menekankan ideologi yang berlainan di kalangan kaum Melayu adalah asas puncanya. Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, tidak wajar menuding jari ke arah Perdana Menteri keempat itu sebagai punca perpecahan di kalangan Melayu. Ini kerana kata beliau, sejak dulu lagi sememangnya Melayu ini hidup dalam kelompok berpuak-puak."Bukan kerana Tun Mahathir pecat Anwar Melayu jadi berpecah-belah, sebaliknya sikap orang Melayu sendiri yang menjadi punca."Kalau kita lihat terlalu ramai golongan yang terlalu ekstrem berpolitik, ahli Umno ekstrem dengan Umno, ahli Pas ekstrem dengan Pas termasuk juga penyokong parti lain," katanya. "Jadi dapat saya lihat di sini, budaya politik yang terlalu ekstrem ini menjadi punca utama tetapi ia bukan dipanggil perpecahan Melayu, sebaliknya konflik politik di kalangan Melayu," ulas beliau.Tambahnya, golongan yang ekstrem politik ini bukan sesuatu yang baru kerana ia wujud sejak dulu lagi."Jangan kita panggil Melayu berpecah disebabkan Tun Mahathir, andaian ini kurang tepat," katanya.Tambah beliau, "masyarakat negara ini harus mencari 'unity in diversity', bukan kesatuan dalam persamaan," katanya.Dr Mahathir, Presiden Umno kelima, melepaskan jawatan Perdana Menteri dan jawatan parti itu selepas 22 tahun. Beliau menggantikan Tun Hussein Onn dan pada Oktober 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikannya.Seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Jayum Jawan turut berpendapat tidak ada gunanya bagi kita menuding jari ke atas Dr Mahathir."Adalah sesuatu yang tidak tepat bagi kita menuding jari kerana dunia kini sudah berubah dan masyarakat kini sudah semakin bijak bagi menerima polemik politik negara," katanya. Beliau turut menolak yang Melayu kini sudah berpecah kerana dari pemerhatian, terlalu banyak pendedahan politik yang diterima masyarakat kini menyebabkan mereka selesa."Rakyat kini bukan melihat parti politik lagi bagi bergantung harap tetapi mereka semakin bijak melihat saluran yang ditawarkan oleh parti politik ini," katanya.Berbanding sebelum ini, orang Melayu yang sudah masak dengan politik domestik sudah ada banyak pilihan – bagi menentukan parti yang sesuai dans selari dengan cita rasa ideologi mereka.Sehubungan itu beliau menarik perhatian bahawa Dr Mahathir memberi banyak perubahan besar kepada negara dan ini tidak menjadi isu, malah menjadi satu kebanggaan negara. "Memang Tun Mahathir yang patut bertanggungjawab dalam pemikiran Melayu kini kerana beliau yang membawa kepada perubahan pemikiran masyarakat, bukan punca Melayu berpecah," ujarnya.Isu perpecahan di kalangan masyarakat Melayu tidak seharusnya timbul kerana kita semua sedia maklum Melayu juga yang melengkapi dalam semua parti-parti politik negara ini."Melayu memang terbahagi kepada dua jika dikira dalam politik, ada yang lebih menjurus kepada Umno, ada yang menjurus kepada Pas, tetapi diri sendiri yang harus bijak menilai mana baik, mana buruk," katanya. Sementara Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjelang tiba, Jayum menambah, rakyat kini menilai parti politik yang mampu menawarkan pakej lebih baik dan calon mereka yang akan dipilih bagi memimpin negara.Semasa dianjukan soalan yang ini, BN yang memerintah sejak negara merdeka mempertahankan Dr Mahathir dalam isu memecat Anwar. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Malah menyandang jawatan Menteri Kewangan.Kini Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dan bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan percaya Dr Mahathir memecat bekas timbalannya atas sebab yang munasabah dan oleh itu, tidak adil mendakwa mantan perdana menteri itu menjadi punca perpecahan Melayu."Anwar sendiri memberi imej negatif kepada masyarakat Melayu, sebab sikap peribadi beliau ini sebenarnya yang membawa kepada perpecahan," katanya kepada Sinar Harian Online. "Tidak sepatutnya Melayu berpecah disebabkan Anwar dipecat satu ketika dulu, ia tidak masuk akal," tegasnya.Beliau menambah, Anwar sengaja meminta simpati rakyat seakan-akan beliau dizalimi sedangkan ia berpunca dari kes peribadinya sendiri yang rakyat negara ini mampu menilai sendiri sejauh mana kebenarannya."Kita juga perlu lihat bagaimana Melayu terlalu yakin dengan Pas yang kononnya mahu memperjuangkan Islam sebaliknya moto mereka kini seakan-akan sudah bertukar kepada negara berkebajikan yang sudah lama Umno laksanakan," kata wakil rakyat ini. Parti komponen BN, MIC turut berpendapat yang pemecatan Anwar bukan menjadi punca utama Melayu negara ini berpecah."Tindakan beliau ketika itu betul dan beliau hanya mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri dan mahu berlaku adil terhadap timbalannya," kata Setiausaha Agungnya, Datuk S. Murugessan.Menurutnya lagi, keadaan teknologi kini yang semakin berkembang juga menyebabkan banyak berlaku fitnah dan semakin banyak ruang bagi mereka yang tidak bertanggungjawab memberi pandangan paribadi masing-masing. "Sangat tidak adil jika tuduh bekas pemimpin negara sebegitu rupa, kita perlu ingat perjuangan beliau dalam membangunkan negara," ujarnya.Beliau menambah, berbeza pandangan di kalangan masyarakat Melayu tidak seharusnya menjadi punca kepada perpecahan."Saya tidak setuju jika Tun Mahathir dituduh begitu, ia sangat tidak adil," tegasnya.Jika berundur, lipatan sejarah menunjukkan bahawa polemik mengenai perpecahan di kalangan Melayu sudah wujud lama. Malah ia menjadi bahan perbualan sejak Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan disusuli dengan pertandingan sengit pemilihan jawatan Majlis Tertinggi Umno pada 1987.Sepanjang lima dekad ini, isu ini menjadi fokus utama selepas Pilihan Raya Umum 2008. |
Patutlah Laporan Audit Di Bentang Selepas Bajet.. Posted: 22 Oct 2012 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR 22 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 langsung tidak menyentuh mengenai aliran wang haram berjumlah USD338 juta (RM1.03 bilion) yang keluar dari negara ini.Katanya, penyembunyian ini menunjukkan kerajaan seolah-olah cuba melindungi perompak wang negara."Menurut Global Financial Indeks (GFI), 'illicit financial' (aliran wang haram keluar) berjumlah USD338 juta. Ini masalah besar. Parlimen Permatang Pauh itu berkata, teguran Ketua Audit Negara tidak diambil berat, meskipun terdapat jawatankuasa yang memantau prestasi ekonomi negara."Dalam masa sama defisit membengkak. Keadaan semakin parah dari tahun ke tahun. Tapi, yang hanya disebut (Menteri Kewangan ialah serangan kepada Pakatan Rakyat)," tegasnya. Beliau turut menyentuh kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM571 juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara."Ini kadar paling tinggi sewaktu (Ahli Parlimen) Pekan (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Menteri Kewangan. Untuk diketepikan (fakta laporan) adalah tidak munasabah. Ini ada kaitan dengan beban rakyat. Di bawah Menteri Kewangan rujuk kepada prestasi, tetapi dalam masa sama (Najib) sebagai orang yang tak mampu urus ekonomi dengan baik," tempelak Anwar.Bercakap dalam sidang medianya sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian 'berbilion ringgit' yang didakwa 'hilang atau dipadamkan begitu sahaja' daripada LKAN 2011.Laporan Audit berkenaan dibentangkan di Parlimen 15 Oktober lalu selepas lebih dua minggu pembentangan Bajet 2013 BN. ~kd |
Panas!!Bilik Mesyuarat Pejabat SUK Kedah Jadi Markas Sulit BN Posted: 22 Oct 2012 02:57 AM PDT Kira-kira seminggu lalu berlaku pertemuan sulit empat orang pemimpin tertinggi UMNO/BN Kedah (Kecuali Datuk Johari Baharom) dengan kroni datuk Rasli iaitu orang kuat SADA serta beberapa orang lain. Pertemuan diadakan di rumah milik mantan pemimpin UMNO di sekitar Titi Gajah, Alor Setar. Antara isu dibincangkan ialah kebimbangan UMNO/BN kesan dari tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang bergabung tenaga mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan serta usaha ahli-ahli majlis membongkar penyelewengan wang GLC yang dilakukan oleh kroni-kroni datuk Rasli. Di mana sebahagian wang tersebut disalurkan kepada UMNO/BN untuk kerja-kerja awal menghadapi PRU 13. Tentang butiran GLC manakah dan siapakah kroni Datuk Rasli yang terlibat dalam penyelewengan tersebut akan didedahkan kemudian. Harap rakyat Kedah dan para pembaca bersabar kerana penulis ingin memfokus isu berkaitan tajuk di atas terlebih dahulu. Apa yang penulis mahu dedahkan ialah perancangan Datuk Rasli dan kroninya menggunakan kedudukan masing-masing bagi menjayakan Program Kasih Sayang Perdana Menteri (KSPM), Najib Tun Razak di Kedah. Di mana, matlamat program KSPM adalah (1)mensabotaj program E-Sinar dan Skim Kafalah yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah (2) meraih sokongan rakyat miskin kepada Perdana Menteri dan UMNO/BN dalam PRU 13 (3) menghasut rakyat miskin bahawa kerajaan UMNO/BN sahaja yang mampu memberi bantuan di Kedah (4) membina hubungan dengan Perdana Menteri dengan harapan beberapa pegawai KCS akan menjadi calon UMNO/BN, sekaligus dilantik sebagai MB bila UMNO/BN menang PRU 13 (5) barangkali ada agenda peribadi untuk mengisi poket melalui peruntukkan yang diberikan. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Aman yang dipengerusikan oleh Datuk Adzmi Bin Din, CEO SADA. Di antara pegawai daerah dan pegawai tadbir negeri yang hadir ialah Datuk Abdul Aziz Bin Abdul Ghani, Nordin Bin Yahya dan Abdul Bari Bin Abdullah. Melalui program KSPM tersebut, sejumlah dana disalurkan oleh Perdana Menteri terus kepada mereka yang berkenaan. Perbelanjaan ataupun penggunaan wang tersebut tidak perlu mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang biasa diamalkan. Difahamkan, wang yang disalurkan oleh Perdana Menteri berjumlah melebihi RM 400 ribu. Ke manakah wang itu dibelanjakan, bagaimanakah ia dibelanjakan tidak ada siapa yang tahu. Ada pihak mengatakan, tidak mustahil wang tersebut akan masuk poket individu tertentu, sebahagian sahaja akan dibelanjakan untuk program KSPM. Persoalannya ialah, adakah wang itu milik peribadi Perdana Menteri ? Jika bukan milik peribadi Najib Tun Razak, maka ia milik siapa ? Sekiranya wang tersebut adalah wang negara, mengapa ia tidak disalurkan melalui kerajaan negeri ? Bagaimana wang milik negara boleh disalurkan kepada pegawai tadbir negeri tidak mengikut peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan ? Hubungan rapat Najib Tun Razak @ UMNO/BN dengan datuk Rasli serta kroni-kroninya umpama kentut dan tahi. Kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain. Datuk Rasli dan kroni seperti nama yang didedahkan adalah perkakas UMNO/BN yang berada di dalam kerajaan Kedah. Peranan mereka ialah menggunakan kedudukan masing-masing untuk menghura-hara dan mensabotaj pentadbiran dan kerajaan negeri Kedah. Sesungguhnya, pengkhianatan datuk Rasli dan kroninya tidak boleh dimaafkan serta perlu ditentang habis-habisan. Kini bukan masanya buat pendukung Pakatan Rakyat menoleh ke belakang atau menuding jari kepada mana-mana kepimpinan parti maupun kerajaan di atas kemelut yang berlaku. Kita perlu bersatu melanyak dan menyingkirkan Datuk Rasli dan kroni-kroninya. Percayalah, tindakan mereka adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi yang bersifat gila kuasa dan tamak harta benda serta mahu menjadi maharaja lela di Kedah. Pengkhianatan yang dilakukan akan membawa malapetaka bukan sahaja kepada kerajaan negeri, malah keseluruhan rakyat Kedah. Kalau selama ini, mereka berjaya merahsiakan dari pengetahuan umum tentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, amalan kronisme, tetapi sekarang ia sukar untuk menutupnya. Pengkhianatan mereka (Datuk Rasli dan kroninya) kepada kerajaan negeri Kedah mula terbongkar satu persatu. Di antara pihak membantu membongkarkan pengkhianatan mereka ialah kakitangan di Wisma Darul Aman (KCS) sendiri yang sudah muak dan meluat dengan tingkah laku mereka. Umum tahu bahawa ramai pegawai tadbir (KCS) yang bukan kroni telah diinayai di bawah pentadbiran datuk Rasli. Ada pegawai tadbir negeri yang dihalangkan kenaikan pangkat, anak kesayangannya dinaik pangkat dengan cara memintas lebih 38 orang pegawai tadbir negeri yang lebih senior, ada kes pegawai tadbir negeri di tukar tempat kerja kerana tidak bersetuju menjadi alat konspirasi denganya dan macam-macam lagi. Pendek kata, sokongan pegawai tadbir negeri kepada Datuk Rasli sudah merudum iaitu tidak sampai 20 peratus. Diberi tahu, jamuan makan malam anjuran Datuk Rasli kepada kontinjen KCS di Temasya Sukan di Kuala Terengganu telah diboikot. Banyak makanan yang tidak habis dan kerusi kosong. Ia mesej jelas bahawa pegawai tadbir negeri (bukan kroni) datuk Rasli semakin berani menunjukkan sikap mereka. Ia adalah petanda baik buat sistem pentadbiran awam Kedah di masa depan. Harapan Datuk Rasli untuk mencucuk hidung pegawai tadbir negeri seperti kerbau tidak berjaya kecuali beberapa kerat (pegawai tadbir negeri) yang bersedia menjadi budak suruhannya dengan harapan mendapat keistimewaan dalam pentadbiran. Pekung jahat datuk Rasli yang semakin membusuk dan bernanah tidak boleh dibendung lagi. Kekuatannya hanya bergantung kepada belas ehsan Al Sultan Negeri Kedah. Tanpa Al- Sultan Kedah, riwayatnya akan dikuburkan, bukan oleh ahli-ahli majlis tetapi pegawai tadbir negeri (KCS) sendiri. Namun, dipercayai Al Sultan Kedah sudah mengetahui tentang hal ini, barangkali mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana isu ini akan berlaku. Seorang pegawai (KCS) berkata, dia (Datuk Rasli) sepatutnya menjalankan tugas secara profesional….. pegawai kerajaan tidak boleh bertindak bagi pihak musuh parti memerintah kerana ia perbuatan mensabotaj dari dalam. Katanya lagi, kalau dia nak berkonspirasi dengan parti (UMNO), elok letak jawatan dan bertanding dalam PRU 13. Lawan secara demokratik?". "Dia tunjukkan contoh tidak baik kepada orang bawahannya, kroni-kroninya yang masuk lokap (ditangkap) SPRM masih boleh duduk senang lenang. Tapi, jika KCS bukan kroninya, pasti dia kurung dalam peti ais atau kenakan tindakan tata tertib", merungutnya lagi. Hujahnya lagi, "pengamatnya datuk Rasli manusia pendendam, pentingkan kaum keluarga serta pandai menyembunyikan kesalahan yang dilakukan. Kebiasaannya orang lain akan menjadi kambing hitam bagi pihaknya". Muda-mudahan pendedahan ini akan membuka mata rakyat Kedah dan pendukong Pakatan Rakyat bahawa tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah melanyak dan ingin mengusir Datuk Rasli dari pentadbiran negeri adalah tindakan tepat dan berasas. ~kedah la |
Tindakan 'Bijak' Kelab Putera 1Malaysia Terima Padah Posted: 22 Oct 2012 01:09 AM PDT AMMAN - Pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tiba di kem pelarian Za'tari di daerah Al-Mafraq semalam bersama dengan wakil kedutaan Malaysia bagi melihat sendiri keadaan kem tersebut. Kem pelarian ini menempatkan lebih 37,000 pelarian yang berlindung akibat dari perang saudara yang berlanjutan di negara jiran, Syria. Pasukan yang diketuai Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Rahim pada mulanya disambut dengan senyuman para pelarian apabila mereka melihat bendera negara berkibar di kenderaan. Namun, sedikit kekecohan berlaku apabila para pelarian tidak berpuas hati melihat KP1M memakai bendera Kerajaan Syria pada pakaian. Difahamkan, para pelarian ini adalah penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad dan mereka mahu KP1M menggunakan bendera Pergerakan Pembebasan Syria yang baru. Salah faham ini berlanjutan sehingga kenderaan yang diguna KP1M diserang dengan batu, tetapi tiada perkara tidak diingini berlaku. Sejurus selepas itu, ketika mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di Universiti Al-Albayt di Al-Mafraq, Abdul Azeez berkata halangan seperti ini adalah kebiasaan kepada petugas misi bantuan. "Cabaran ini pernah dilalui KP1M, ia tidak akan mematahkan semangat kami yang membawa harapan 28 juta rakyat Malaysia. "Malah ia akan menguatkan azam kami untuk membantu pelarian ini kerana kita datang atas nama kemanusiaan, bukannya mahu terlibat dengan mana-mana pihak dalam konflik ini," katanya. Misi bantuan ke Jordan ini membawa 300 tan barangan bantuan berupa makanan, selimut, pemanas dan ubat-ubatan kepada 15,000 keluarga pelarian. ~sinar Addin : Hang dah tau rakyat Syria memang benci pada Basyar Al-Assad, kenapa cari penyakit? Lain kali datang ke negara orang.. belajarlah sosio budaya dia orang dulu. Jangan main hentam je.. inilah akibatnya.. |
Akibat Silau.. Kamera AES Di Rempuh Posted: 21 Oct 2012 07:04 PM PDT Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya. Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus. Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.. Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti. Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. ~erapasca |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan