PENYAPU SIAL |
- ameno electronic sideincome....di sahkan mesin songlap duit....kah kah kah....!!!!
- AES...ameno electronic sideincome....tengok namanya pon dah tau....dah lah kerjanya merompak rakyat kini membahayakan keselamatan pengguna jalanraya...!!!
- projek masuk angin keluar asap...untung semua lesap angkara pakatan perompak dalaman dalam diam...kini Wang KWSP RM30.43 Juta Lesap.
- selepas PRU 13 ...antara di penjarakan atau menjadi duta ke monggolia....yang mana satu pilihan pandy kutty..?
ameno electronic sideincome....di sahkan mesin songlap duit....kah kah kah....!!!! Posted: 22 Oct 2012 09:38 AM PDT Ini dah macam mesin songlap duit rakyat je. Sesuai ke pasang di jalan speed limit 30 km/j? |
Posted: 22 Oct 2012 09:17 AM PDT omakkkk kau....Rempuh AES kerana Silau! Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya. Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat saraf AES ini telah tersumbat dan putus. Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu. Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti. Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya |
Posted: 22 Oct 2012 08:48 AM PDT
KWSP lubuk penyamun persekutuan.... Tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan diri mereka dalam satu projek pembangunan meragukan dengan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dekat sini. Menurut kenyataan pihak terbabit mereka mendapati proses penganugerahan, pembinaan dan pembayaran terhadap projek Bandar Indera Mahkota itu penuh dengan unsur rasuah dan penyelewengan. Difahamkan, projek perumahan ini dirancang oleh KWSP secara usaha sama dengan MBSB. Projek diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP pada bulan Ogos 1993. Sebanyak 1,151 unit pelbagai jenis rumah telah dirancang dalam 4 fasa untuk disiapkan dalam tempoh 2 tahun bagi setiap fasa. Semakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa pemaju MBSB (melalui syarikat subsidiari) telah gagal menyiapkan projek perumahan yang dirancang. Pemaju hanya menyiapkan 720 unit rumah iaitu 62% daripada 1,151 unit rumah dalam tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1995-2001. Selain itu, laporan juga menyebut sebanyak 97 unit rumah di fasa 2 iaitu 19 unit rumah kedai dan 78 unit rumah teres dua tingkat bernilai RM17.58 juta tidak dapat dijual. Lapor kenyataan itu lagi, KWSP meluluskan penyelesaian tuntutan oleh MBSB sebanyak RM5.64 juta untuk bayaran Fasa 3 dan 4 projek tersebut. Sebenarnya, Jabatan Undang-undang berpendapat KWSP tidak terikat dengan projek perumahan Fasa 3 dan 4 dan maka tidak perlu dibayar. "Disebabkan penamatan perjanjian, KWSP kena bayar RM2.51 juta bagi Fasa 1B. Malah KWSP juga tidak memasukkan terma denda atas kelewatan. KWSP telah lewat meluluskan baki tuntutan MBSB pada bulan Jan 2004 menyebabkan KWSP akhirnya dikenakan faedah kelewatan berjumlah RM4.7 juta", kata kenyataan tersebut. Mengikut pengiraan pihak terbabit, hanya perkara kerugian faedah atas kelewatan, adalah bersamaan dengan yang RM4.7 juta, ataupun kira-kira RM9,650 sehari, RM289.5 ribu sebulan. Kami berpendapat bahawa disebabkan kecuaian/kesilapan KWSP, jumlah kerugian yang ditanggung oleh KWSP serta para pencarum KWSP adalah setinggi RM30.43 juta. Persoalannya, mengapakah kesilapan tersebut boleh berlaku dan tidak dijalankan sebarang siasatan, siapakah yang memanfaat daripada projek tersebut, dan pihak manakah yang harus bertanggungjawab atas kesilapan itu? Oleh itu, kami mendesak Lembaga Disiplin dan Tatatertib KWSP serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulakan siasatan atas penyelewengan tersebut bagi menegakkan keadilan bagi 11.4 juta pencarum KWSP! Mereka juga menganggap seruan di atas adalah munasabah selari dengan arus dunia moden hari ini yang mengetengahkan prinsip kepertanggungjawaban (Accountability). Jika tindakan yang begitu mudah juga tidak dapat dipenuhi, apa lagi yang rakyat boleh tuntut?. Soalnya sekarang apakah pencarum KWSP harus berdiam diri atas senario yang berlaku ini. Ada pihak sewenangnya mengaut keuntungan dengan projek itu. MBSB dipercayai merupakan anak syarikat KWSP, namun sikap segelintir pihak yang ambil kesempatan inilah yang perlu dihindari. Jika tidak, lama kelamaan habis wang KWSP itu dibuatnya |
Posted: 22 Oct 2012 07:54 AM PDT Pakatan Rakyat mungkin tidak akan memenjarakan Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai ‘duta di Mongolia’. Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting. Ikut perkiraan kita tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia.. Sambil itu kita menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat. Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan ‘edan’, iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila... Oleh kerana itu juga kita juga menggesa Perdana Menteri, Najib Razak berundur secara baik demi keselamatan diri dan negara ekoran pencapaian yang mengecewakan sepanjang tempoh pentadbiran beliau. Najib hanya pandai memperlekeh kebolehan pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan hutang negara telah mencapai RM 500 billion. Najib kata kita ‘tidak pandai’ mengurus. (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim perintah, kita ada lebihan kewangan. “‘Pandai’ Najib urus negara, hutang negara sudah sampai RM500 billion dan kita menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung dalam masa terdekat. Ssekarang merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor untuk menolak sentimen perkauman Umno-BN dan bangkit membuat perubahan. Kepada rakyat, ini bukan soal pimpinan. Ini hasrat rakyat. Sudah cukup sudah rasuah dan fitnah. Kita nak beritahu orang Melayu di sini, yang hilang kuasa bukan Melayu tetapi pemimpin Umno yang rasuah.Ini perubahan terpenting kerana berhadapan Melayu yang lebih yakin.. Belum pernah negara yang muflis sekiranya hasil pendapatannya diagihkan secara sama rata seperti pemberian skim rakyat di negeri pimpinan PR sejak tahun 2008. Sementara penurunan harga minyak dalam tempoh 24jam selepas PR mentadbir Putrajaya selain menyediakan modul pinjaman pendidikan lebih baik berbanding skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah memertabatkan kehidupan rakyat yang lebih sempurna jika di bandingkan selama 50 tahun negara di perintah parti melayu UMNO yang perasuah dan perkauman yang melampau...
penyapu sial
teramat sangat setuju kalau Najib jadi Duta di Mongolia. Selain dia Si Razak Baginda perlu dijadikan duta Mongolia juga. Ha, time itu saya nak lihat mcm mana Najib nak larikan diri daripada berdepan dengan bapa Altantuya, Sharibuu? kita tunggu dan lihat. Duta mongolia dah serupa penjara buat najib... |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan