Sabtu, 20 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Malam ni terbukti Najib gagal tawan Kelantan [GAMBAR]

Posted: 20 Oct 2012 10:11 AM PDT


Final Piala Malaysia telah sampai kemuncaknya. Malam neh adalah pertemuan bersejarah Kelantan The Red Warriors melawan ATM di stadium Shah Alam.

Besa la, Najib mesti kena ambik kesempatan berharga neh. Entah sapa la yang nasihatkan dia pakai baju The Red Warriors neh... Ni lah saja kot peluang terakhir dia nak ambik kesempatan untuk menawan hati rakyat Kelantan

Tapi...

Selain dari jawapan dengan kemenangan Kelantan (The Red Warriors) menewaskan ATM dengan 3 - 2, ni pulak lagi satu jawapan paling kelas yang rakyat Kelantan bagi kat Najib.... KESIANNNNNNAJIB.....




Kahkahkah...


Anwar panaskan dewan di majlis makan malam DAP Johor

Posted: 20 Oct 2012 07:25 AM PDT

Ketua Pembangkang @anwaribrahim memberi ucapan bersemangat kepada 2,000 penyokong di majlis makan malam DAP Johor.

Sambutan meriah dari penyokong di Johor


Berat sungguh tuduhan cina MCA ni terhadap Nik Aziz

Posted: 20 Oct 2012 05:48 AM PDT

Heng tuduh Nik Aziz benarkan rogol non-Muslim

Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.
"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam. 
"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol. 
"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga dalam sidang media sebentar tadi mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.


Rupanya Soi Lek dah agak Najib nak kata lagu ni...

Posted: 20 Oct 2012 05:27 AM PDT

Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan "dangkal", "melucukan" dan "tidak berasas" itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.

Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.


[BACA] Ulasan Fathul Bari pasai Soi Lek...

Posted: 20 Oct 2012 01:30 AM PDT

Semua pihak perlu jaga sensitiviti

Fathul Bari Mat Jahaya

SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan bahan untuk dipolitikkan.

"Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam. 
"Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.

Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.

Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan agama sebagai isu mereka.
"Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno, semua menghadapi masalah yang sama. 
"Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?," katanya.
Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan.

Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain.- SH


TERHOT: Mat Perkasa tersepit teloq...

Posted: 20 Oct 2012 12:51 AM PDT

Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain.

Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.

Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan 'menikus' untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu.

Para ulama dan cendikiawan Islam di dalam Umno juga ramai, tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit lantang menegur pemimpin MCA. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan pemimpin Umno menganggap itu bukan suatu kesalahan.

Di sisi rakyat, kesalahan tersebut adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam. Kesalahannya terlalu serius dan tindakan keras perlu diambil terhadap pemimpin seperti ini.

Lebih malang lagi, bukan sekadar tidak menegur, malah Umno masih lagi berkompromi dan menjalinkan kerjasama padu dengan MCA melalui BN. Seolah-olah kenyataan Presiden MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan erat antara mereka.

MCA masih lagi diberi tempat, kerusi, kedudukan bahkan bersuara apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sekatan dan teguran dari pemimpin Umno. Apakah nilai pemimpin Islam seperti ini?

DPPM percaya, umat Islam di negara ini merasa malu kerana mendapat pemimpin negara yang begitu lemah sehingga ada pemimpin parti komponennya yang menghina Islam lalu mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Sehubungan itu, DPPM mencabar Perkasa keluarkan kenyataan dan pendirian tegas berhubung sokongan terhadap UMNO dalam Barisan Nasional dalam PRU13.

Jika mengundi MCA dianggap haram, mengundi Umno yang bersekongkol dengan MCA bagaimana pula?

Justeru, Jika benar Perkasa mahu mendaulatkan Islam dan menjaga kesucian Islam, mereka perlu tegas dalam menyatakan 'amar ma'aruf nahi mungkar' sekalipun mereka akan dihina dan dicemuh oleh Umno.

Persimpangan ini perlu dipilih dan Perkasa perlu ikhlas dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka dengan berpandukan perkara berikut: Mahu menjaga kepentingan agama Islam atau kepentingan politik dan dunia yang sempit sehingga mengundang kemurkaan Allah SWT.


PANAS: Ada blogger yang bodek istana Perak?

Posted: 19 Oct 2012 11:36 PM PDT

KEPADA BLOGGER YANG BERKENAAN - TENGKU AMRAN

Sila ambil perhatian :

Anda sebagai jurucakap blogger2 dimana saja berada dinasihatkan jangan mambabitkan nama keluarga Diraja tujuan mencari keuntungan serta mahu mencari PUBLISITI MURAHAN dengan cara MEMBODEK orang dalaman Istana/Dewan Negara Perak. Jangan cuba nak menuduh saya yang bukan bukan.

Antara orang dalaman dengan saya adalah saudara pupu sebelah emak.

Jangan mencabar saya, kerana saya mempunyai cukup bukti untuk diketengahkan bagi mendapat tuntutan hak saya sebagai PEWARIS YANG SAH.

Sepatutnya anda semua sebagai Blogger menjaga MARUAH KELUARGA DIRAJA, bukan terus menghentam secara MEMBABI BUTA.

Mungkin orang dalaman/Dewan Negara Perak, tidak tahu perancangan yang dibuat oleh pihak yang tidak arif.

Anda dianggap BUTA SEJARAH disebabkan ada penghasut yang cuba mencari kesempatan.

Disini saya memberi pengesahan dalam blog saya sendiri untuk tatapan ramai. Saya juga tidak ragu ragu akan MENYAMAN SESIAPA SAHAJA yang cuba menghasut dan memfitnah.

Apa saja yang tertulis diblog saya ini ada lah tanggungjawab saya bagi MENGHURAIKAN KEBENARAN.

Sepatutnya kita sama sama BERDOA KEHADRAT ILLAHI supaya Sultan Azlan Shah kembali pulih seperti sediakala dan memohon agar Allah SWT melanjutkan usia baginda.

Saya juga memohon agar dapat merapat sembah KEBAWAH DULI TUANKU tujuan saya merapatkan hubungan SIRATULRAHIM oleh kerana telah lama BERPISAH, jangan lah hendaknya dibawa sampai kemati., juga saya MAHU MENGAMPUNKAN sebahagian dosa dosa Tuanku terhadap saya, sebelum Allah SWT mengampunkannya.

Tulisan: TENGKU AMRAN


Kesian kat hamba Allah neh... [BACA]

Posted: 19 Oct 2012 10:00 PM PDT

Datuk Saifuddin Abdullah

Kesian kat hamba Allah neh...

Ekoran dari kenyataannya yang waras menggunakan akal, dia dituduh mengamalkan politik 'makan keliling'. Memang agak kontroversi sikit kerana kenyataannya seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam isu penerimaan dana asing dari George Soros tuh... Kontroversi bagi Ameno larh, tidak bagi PR...

Tapi jangan heran plak, kenapa tetiba bagai ribut dalam Ameno. Ameno neh memang dah di kemudi oleh puak-puak hipokrit dan dipenuhi oleh golongan yang dah tak laku dalam barisan Pakatan Rakyat. Jadi golongan ni la yang sibuk TIBAI Saifuddin.

Tapi, buat bangsa-bangsa Ameno sekalian!!! Jangan takut... kini Datuk Saifuddin tampil mengesahkan, darah dia masih biru kelat lagi.... bukan hijau....

Kahkahkah...
"Sebenarnya saya sedih kerana kenapa sampai saya perlu cakap begitu (kesetiaan kepada Umno) sebab ini tidak relevan langsung, tetapi apa boleh buat," kata Datuk Saifuddin yang jugak ahli Majlis Tertinggi Umno neh. 
"Orang tak akan puas hati. Saya cakap begitu pun ada orang yang masih tidak puas hati. Jadi apa yang boleh saya buat?" 
"Kita sepatutnya sudah sampai ke tahap politik di mana tak perlu lagi ungkapan 'kesetiaan saya tidak berbelah bahagi', itu sudah tidak perlu cakap lagi. Itu kalau tahun 70-an bolehlah,"
Saifuddin neh jenis mengamalkan politik baru, politik yang berasaskan ilmu di mana seseorang tidak boleh terlalu cepat menghukum mana-mana pihak tanpa berfikir panjang dan rasional.

Kahkahkah...

Kiranya, dengan kontroversi neh... hanya Datuk Saifuddin sorang ja la yang rasional lagi dalam Ameno... Kenyataan beb, kenyataan...

Kahkahkah...
Menurut Ahli Parlimen Temerloh ini, tindakan menghukum pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan yang membela nasib rakyat seperti Suaram hanya akan menyebabkan Umno-BN kehilangan 30 peratus undi golongan pertengahan dan pengundi atas pagar yang lebih mesra dengan NGO-NGO ini. 
"Mereka ini ramai yang simpati dan ramai yang rapat dengan badan-badan masyarakat sivil. Tak semestinya Suaram. Menyerang keterlaluan sebuah badan masyarakat sivil itu boleh menyebabkan kita kelihatan seolah-olah menyerang keseluruhan masyarakat sivil yang diminati oleh sebahagian besar daripada 30 peratus itu. 
"Saya bukannya membela Suaram atau menyokong Soros, kita semua tahu apa isunya. Saya cuma tidak begitu bersetuju kalau kita terlalu cepat menghukum mereka," tegas Saifuddin. 
"Mereka (golongan pertengahan) tidak minat (pembunuhan karakter), mereka sudah jelak perkara yang mengaibkan orang sebaliknya mereka mahu melihat debat politik, wacana, mereka mahu melihat ahli politik itu berhujah dengan bernas.


WAJIB TENGOK: Matematik bangang Ameno

Posted: 19 Oct 2012 08:53 PM PDT















Madey jumpak Soros...
Najib pun jumpak Soros...
VIP Ameno pun jumpak Soros...
Pimpinan Ameno jugak jumpak Soros...
Tapi bangsa Ameno langsung tak cakap apa-apa pun...
Pasai yang jumpak Soros tu bangsa depa...

Tapi...
Hari-hari depa dok hentam Anwar kata Anwar tuh kawan Soros...

Habih tu orang Ameno tak kawan ngan Soros la...
Pi jumpa Soros buat hapa?
Takkan berjumpak untuk bertumbuk kot dah tak berkawan...

Kahkahkah...




PANAS: Soalan PMR yang tak berjawab...

Posted: 19 Oct 2012 06:33 PM PDT

Haha...
Ni la soklan PMR yang sampai la neh tak dak sapa yang boleh jawab...

Dah diarak ke sini sana...
Tapi pendakwaraya pun tak tau sapa...
Dah di usung merata-rata...
Tuan hakim pun terkedu tak pernah nak tanya...


Tiada ulasan: