Sabtu, 20 Oktober 2012

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Pimpinan PAS jenis gila mikrofon

Posted: 18 Oct 2012 05:43 AM PDT



Utusan: ADUN bimbang Nik Aziz 'sudah tua'
Seorang ADUN PAS Kelantan melahirkan kebimbangan ke atas keadaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan "sudah tua" dan mengalami "sakit".

Laporan Utusan Malaysia menyebut, ADUN Gaal Dr Nik Mazian Mohamed memberi saranan "berani" itu bagi "meminta pemimpin parti berundur ketika masih kuat dan memberi laluan kepada barisan muda".

Akhbar milik Umno itu mendakwa Nik Mazian berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2013 yang dibentangkan exco hal ehwal ekonomi Datuk Husam Musa di Dewan Undangan Negeri semalam.

"Yang kita bimbang ialah Tok Guru (Nik Aziz) sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula.

"Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa?

"Kita lihat keupayaan kita, kita lihat ada orang lebih bagus untuk mengganti, alhamdulillah, serah bati kepada orang lain ketika kita masih kuat lagi.

"Ini dah mual, lenguh tepi jalan, baru nak lepas baton," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Tak ada isu atau perkara lain yang lebih penting ke  nak diucap dan dibahaskan  di dalam Dewan Undangan Negeri..ADUN ni salah forum,.kalau nak bercakap pasal isu kepimpinan PAS gunakan lah ruang  mesyuarat PAS atau muktamar PAS. Tindakan beliau  seperti  memberi peluru kepada UMNO atau memang beliau ni gang UG. Amende lah YB PAS cam gini...

Dr. Hasan Ali masih sayang kan PAS ehem ehem ye ke

Posted: 16 Oct 2012 02:43 AM PDT



He he sila rujuk kepada posting dalam Blog TBO sebelum ni...he he UMNO pun reject  pakar motivasi ni.

Ini Dia Bakal Calon Bota

Posted: 15 Oct 2012 09:38 AM PDT


Jamuan Makan selepas ceramah diadakan di rumah Mak Nyah Piah.Kelihatan Ustaz Zulkifli Ibrahim menyantuni anak anak muda Telok Bakong.Beliau juga mengambil kesempatan mendapatkan maklum balas dari pemuda tentang permasalahan dan keperluan pemuda.Daripada itu juga Ustaz Zul telah mengemukakan hasrat untuk berjumpa dengan semua blogger Perak Tengah sebagai persedian untuk menghadapi PRU 13.Terhurailah segala persoalan,hampir pasti .Ustaz Zulkifli Ibrahim lah yang bakal mengisi  calun DUN Bota.

 Saudara Azhan Atan iaitu juara Nasyid anjuran TV9 pada tahun2008 sedang menyampaikan ceramah.Persembahan nasyid terpaksa dibatalkan akibat kerosakan sistem audio/video.Beliau mengulas mengenai pengalaman beliau ketika berada di Gaza.


                      Saudara Rai pula banyak mengupas kepincangan Kerajaan BN dari aspek maritm.Beliau adalah seorang yang pakar dalam ilmu perkapalan.
                      Beliau juga turut mengulas tentang ketibaan kapal perang Amerika USS George Washington yang berlabuh minggu lalu dan mengadakan lawatan persahabatan.Menurut beliau,kapal tersebut telah melakukan 5 misi.4 misi daripadanya adalah melakukan pembunuhan keatas umat Islam.Persoalannya wajarkah kapal yang pernah terlibat dalam pembunuhan orang Islam ini disambut dengan tali persahabatan?.
Penceramah ini juga adalah kontraktor yang terlibat dalam penundaan KD Rahmat masuk ke perairan Lumut.KD Rahmat ini kemudiannya dijadikan muzium Tentera Laut.Menurut beliau sebenarnya kerajaan pusat telah menyerahkan kapal ini kepada kerajaan Negeri untuk diselia.Tapi peliknya kerajaan negeri telah memberikannya sepada seorang Tauke yang kemudian menjadikannya sebagai muzium dan mengenakan tiket yang agak mahal kepada pengunjung.Apa yang menjadi tanda tanya bagaimanakah sesuatu asset ketenteraan yang merupakan maruah negara boleh diserahkan kepada individu tertentu dan setiap tahun kerajaan negeri akan membayar sejumlah wang kepada taukeh tersebut sebagai bayaran penyelengaraan.

Pengistiharan Calon DUN Bota Malam Ini...

Posted: 15 Oct 2012 03:54 AM PDT


Dengor kabor deme nak mengistihar siapa calun PKR yang akan bertanding untuk dun Bota bagi PRU 13.Siapa kah beliau...mari kite keromah Mak Nyah Piah untuk dengor ape citer nye dan sambil itu boleh berdialog dan berhibur dengan artis..moh kite beramei ramei..

Hassan Jati meroyan lagi

Posted: 14 Oct 2012 07:54 PM PDT




Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr. Hasan Ali  secara tiba-tiba meroyan dan mendesak Mursyidul Am PAS Dato' Bentara Setia  Tuan Guru Nik Abdul Aziz  Nik Mat meletak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS. Memang muka tak malu dah diceraikan  masih lagi miang nak mendesak PAS .  Masa dalam "iddah tak nak merujuk malah terus merajuk.


TBO merasa agak hairan bila pulak presiden JATI ni dilantik menjadi jurucakap UG (baca kerajaan perpaduan) atau  adakah Hasan Ali  sekadar bercakap  bagi pihak mereka yang pro kerajaan perpaduan( UG). Isu kerajaan perpaduan (UG) khabarnya telah ditutup rapat dan dikunci. Apakah tujuan dan niat Hasan Ali  mendesak Ustaz  Dato' Dr. Haron Din menggantikan Tok Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS. Seperti ada bau-bau nak rujuk balik kepada PAS ,, ehem ehemm..

MENANGIS TAK DAPAT JADI MB













 tak dapat jadi EM..Beee..Kah..kah..kah...dapat BEE..EMMM..udah ler..Bini Muda daaa...hi..hi..

AES Part 2 Lokasi Di Lampu Isyarat Seluruh Perak.

Posted: 12 Oct 2012 06:46 PM PDT


Bahagian kedua lokasi AES di Lampu Isyarat seluruh Negeri Perak untuk makluman rakyat jelata.Data menunjukkan baris pertama bil dan lokasi.Baris kedua route.Baris ketiga ialah daerah dan baris terakhir ialah jumlah simpang.Ada data yang menyatakan latitid dan longtitud.Tumpo kome...

Apa Kata Rakyat;

Anonymous Anonymous said...
mamposkan umno kita selamat.Ini bukan nak mendidik tapi nak menyaman.Kerajaan tak ada duit dia sapu duit kita cara halus iaitu undang2.Jpj barua umno.Pengarah JPJ pencacai umnokerana bangga bila saman jpj banyak.Sedarlah rakyat Malaysia atau ada tunggulah saman bertimbun2.Mamposkan umno pilihanraya ini.
October 13, 2012 1:06 PM
Delete
Blogger Telok Bakong said...
Bukan setakat jpj ajer yang terlibat...tetapi syarikat yang dianugerahkan konsesi untuk memasang dan menyelia dan mengoperasi kamera kamera tersebut.Syarikat ini akan mendapat komisen dari setiap saman yang dilakukan..ini menerangkan kenapa begitu banyak kamera yang dipasang.Kenapa ada jalan jalan yang mempunyai had haju 30 dan 50 km/j (cth jalan langkap).Dunia semakin pantas.Kenderaan semakin canggih dan teknologi semakin tinggi.Had laju sedemikian dianggap tidak wajar.Ini menunjukkan ada udang disebalik batu.
Langkah langkah yang diambil ini konon nya untuk mengurangkan kejadian kemalangan.Timbul pertanyaan,adakah kemalangan disebabkan kenderaan dipandu lebih laju sahaja?.Nanti teman sambung dalam artikel seterusnya.Mampos deme aku gosok...


1.L/ISYARAT KG PISANG
A15
Batu Gajah
4

2 .KM 26 JALAN IPOH KUALA KANGSAR
F0001
Sungai Siput
3

3.KM 14 JALAN IPOH - LUMUT
FT005
Batu Gajah
4

4.KM 122 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian
3

5KM 19 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR
F0001
Kampar
3

6.L/ISYARAT JALAN TAMBUN, BANDAR BARU TAMBUN
Z2314
Ipoh
3

7.KM 75.9 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Taiping
4

8.KM 16.5 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR
F0001
Kampar
3

9.JALAN PASIR PUTIH
A0184
Ipoh
4.5817
101.082
4

10.KM 56.6 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Tapah
4

 11.BATU 2 1/2 JLN SIMPANG,TAIPING (DEPAN BP)
Z0023
Taiping
3

12.KM 29.5 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR
F0001
Kampar
3

13.KM 109 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian
3

14.KM 96.5 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian
3

15.BATU 6 LEKIR
F0005
Manjung
3
16.L/ISYARAT KAMPUNG SITIAWAN
F0100
Manjung
4

17.L/ISYARAT SUNGAI RUMPUT KPG ACHEH
Z0012
Manjung
4

18.JLN BESAR TG. MALIM
Z0013
Slim River
3

19.L/ISYARAT KM 5.6 JALAN TAIPING-SELAMA
A0007
Taiping
3

20.KM 17.5 JALAN TEPI SUNGAI, HUTAN MELINTANG
Z0036
Hilir Perak
4
21.JALAN IPOH - LUMUT (MENGLEMBU)
A0002
Ipoh
3

22.JAALN LAHAT/SIMPANG PULAI (SK PKLN PEGOH)
A0106
Ipoh
4.556065
101.080551

23.JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (IGB)
F0002
Ipoh
3

24.JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (KANTHAN BARU)
F0002
Ipoh
3

25.JALAN KUALA KANGSAR(L/ISYARAT YAMAHA)
F0002
Ipoh
3

26.L/ISYARAT JLN TUNKU ABD RAHMAN(KLEBANG RESTU)
F0002
Ipoh
4

Lokasi AES Seluruh Perak.Selamatkan Duit Kome..Dari Angkara Murga...Part 1

Posted: 11 Oct 2012 07:39 PM PDT

Ini Ler Koner Changkat Melintang Yang Terkenal Itu Cuma 50Km/j jer...

Cara membaca baris no 1 ialah Bil. dan Lokasi.Baris 2 ialah Route No,Baris ketiga ialah Daerah dan baris terakhir ialah Had Laju.Ada kolum yang mempunyai latitud dan longtidud nya Selamat Jangan Kene Saman.pandu Cermat ,Duit Selamat Kome...ini adalah list untuk jalan raye..tunggukan list untuk trafic light pulak...kite mayor duit saman je ler...aku dengar dekat selekoh Changkat Melintang pun nak ditaruk kamera..had lajunye 50 Km/j jer...jenuh ler orang kampung noreh pangkai getah..nak cari duit buat mayor saman deme...

1JALAN KERAMAT PULAI
A0181
Ipoh
60

2 .KM 13 JRTB GERIK - JELI
F0004
Gerik
90

3.JALAN TUNKU ABD RAHMAN
F0002
Ipoh
60

4.JALAN RAJA DR. NAZRIN SHAH
F0006
Ipoh

5KM 13.3 JALAN KUALA SEPETANG-TAIPING
F0074
Taiping
60

6.KM 73.1 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Tapah
101.261115
4.19731
90

7.KM 31 JLN IPOH - LUMUT
F0005
Perak Tengah
60
(Jalan ini rasanya dekat TLDM Seri Iskandar,jalan yang menaiki bukit tu kalau hendak ke Lumut.PERHATIAN untuk penguna,Jalan ni adalah MERBAHAYA ketika hujan turun .Ini adalah kerana stuktur jalan yang tidak elok yang menyebebkan air berkumpul ditengah jalan.Banyak kereta yang terbabas.Pastikan anda pandu perlahan terutama ketika hujan-Pesanan Kemasyarakatan Dari TBO.Kalau kome engkor..kome punye pasai le..hi..hi.).

8.KM 7 JALAN MAHARAJA LELA
F0058
Hilir Perak
100.98882
3.97649
60

9.JALAN KUALA KANGSAR (PERSIARAN KLEBANG))
F0002
Ipoh
90

10.JALAN SULTAN AZLAN SHAH
F0003
Ipoh

11KM 43 JLN IPOH - LUMUT
F0005
Perak Tengah
60

12.KM 29 JRTB GERIK - JELI
F0004
Gerik
90
13KM 85.5 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Tapah
101.317677
3.984093
60

14.KM 31.5 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR
F0001
Kampar
101.153526
4.324501
60

15.KM 91 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian
90
16
KM 27 JALAN LANGKAP KE KAMPAR
F0070
Hilir Perak
30

17.KM 5.8 JALAN KUALA DIPANG-MALIM NAWAR
A0114
Kampar
90

18KM 123.5 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian

19.KM 104 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Kerian
90

20KM 7 JALAN BOTA KANAN - TELUK INTAN
F0109
Perak Tengah
50
Ini ler jalan selekoh Changkat Melintang..deme udah nangkap gambor tempat lokasi..kalau kome balik dari KL..jangan ler eksen eksen nak layan lap...kat sini 50 ajer..Walau pun dikategorikan jalan yang merbahaye..tapi had laju yang diwartakan terlalu perlahan...macam saja saja jer nak cari duit..aku harap ketua kampung dan jkkknya terlebih dahulu kene saman..supaye deme sedor siapa yang mereke sanjung sanjung selama ini.

21.KM 18 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR
F0001
Kampar
101.136875
4.516019
60

22 KM 36 JALAN IPOH KUALA KANGSAR
F0001
Sg Siput
80

23.KM 124 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Slim River
101.136875
3.827259
90

24.KM 8 JALAN LUMUT - TELUK BATEK
A0186
Manjung
90

25KM 15 JALAN GERIK - LENGGONG
F0076
Gerik
90

26KM 50 JALAN IPOH - TAIPING
F0001
K Kangsar
60

27.KM 112 JALAN IPOH KUALA LUMPUR
F0001
Slim River
101.435051
3.0794373
60

28KM 8 JLN SITIAWAN IPOH
F0005
Manjung
100.718536
4.249867
90

29.KM 8 JALAN TANJUNG TUALANG-MALIM NAWAR
A0202
Kampar
101.071129
4.332033
60

30.KM 6 JALAN DAMAR LAUT-TAIPING.
F0060
Manjung
60

31.JALAN KUALA KANGSAR (KG TAWAS)
F0008
Ipoh
90

32KM 12 TELUK INTAN-KG GAJAH
F0109
Hilir Perak
60

33.KM 79.7 JALAN IPOH-BUTTERWORTH
F0001
Taiping
60

34.KM 99 JALAN IPOH KOTA BHARU
F0076
Gerik
90

35. JALAN PANTAI, TANJUNG PIANDANG
A0190
Kerian

36JALAN BEHRANG ULU-BEHRANG STATION
A0124
Slim River
101.460586
3.750395
60

37.JALAN LAHAT
A0005
Ipoh

38.KM 18.5 JALAN TELUK INTAN - BIDOR
F0058
Hilir Perak
101.047697
3.998264
90

39.KM 39 JALAN IPOH-TELUK INTAN
F0070
Kampar
101.14151
4.193372
60

40KM 8 JALAN LUMUT - KG. ACHEH
F0100
Manjung
60

41KM 8 JALAN KUALA KANGSAR - MANONG
A0003
Kuala Kangsar
50

42.KM 2 JALAN LUMUT - SITIAWAN
F0018
Manjung
100.650816
4.200477
90

43KM 24 JALAN DAMAR LAUT - TAIPING
F0060
Manjung

44.BATU 9 JALAN KERIAN
A0004
Kerian
60

45KM 17 JALAN BRUAS - PARIT - IPOH
F0073
Perak Tengah
60

46.KM 49.2 JALAN KUALA KANGSAR-GERIK
F0076
Gerik
100.963626
5.095945

47.KM 12.7 JRTB FASA II GERIK - KUPANG
F076D
Gerik
101.121941
5.545426
60

48.JALAN JELAPANG (DEPAN KILANG YEOES)
A0001
Ipoh
90

49.KM 12 JALAN GELUNG PEPUYU - BERUAS
A0127
Perak Tengah
90

50.KM 1.7 JALAN BATU KURAU-ANAK KURAU
A0137
Taiping
50

51.KM 27 JALAN KUALA KANGSAR-SAYONG-TG BELANJA
A0164
Kuala Kangsar
60

52.AYER TAWAR - BERUAS
F0071
Manjung
90

53.KM 3 JALAN CHANGKAT JERING - TAIPING
A0109
Taiping
90

54KM 25 HUTAN MELINTANG-BAGAN DATOH
F0069
Hilir Perak
90

55.JALAN GOPENG - BATU GAJAH
A0008
Batu Gajah
60

56.KM 260 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Kuala Kangsar
101.022964
4.697392
110

57.KM 309 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Kampar
101.14151
4.193372
110

58.KM 326 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Tapah
110

59KM 205.6 LEBUH RAYA UTARA - SELATAN
E0001
Taiping
110

60.KM 229.8 LEBUH RAYA UTARA SELATAN
E0001
Taiping
110

61.KM 185 LEBUH RAYA UTARA-SELATAN
E0001
Kerian
110

62KM 367.9 LEBUH RAYA UTARA SELATAN
E0001
Slim River
110

63.KM 373.2 LEBUH RAYA UTARA SELATAN
E0001
Slim River
101.418128
3.842589
110

64KM 276 LEBUHRAYA UTARA SELATAN
E0001
Ipoh
110

NEGERI : PERAK
Region A AES Camera Locations

1,2,3,4 lekuk...Tua Muda Semua UMNO Ketok..Satu Lagi Projek Tipu Dan Susahkan Rakyat..Sedarlah...

Posted: 11 Oct 2012 01:03 AM PDT


           Hari ini Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak yang diragui kesahaannya itu telah turun ke Seri Iskandar untuk merasmikan projek Perumahan Tentera di RPT Sungai Tumboh pada 10 pagi 11hb Oktober 2012.Kira kira 300 orang pesara tentera telah dipilih untuk menyertai skim ini.Projek ini diandaikan dapat membantu pesara tentera untuk memiliki rumah mereka sendiri.Namun  setelah diketahui bagaimana skim ini dijalankan telah wujud banyak sungutan dari peserta peserta.Antara rungutan yang dilemparkan oleh mereka ialah harga rumah yang terlalu tinggi.Dikhabarkan harga rumah yang tarwarkan bermula dari RM 80,000.Peserta juga turut mempertikaikan kenapa kontraktor perumahan tidak boleh dilantik oleh peserta sendiri,ini adalah kerana peserta tidak dapat membuat pilihan untuk mengurangkan kos rumah mereka.Kos membuat rumah yang ditawarkan adalah terlalu tinggi dan menyebabkan peserta yang rata rata nya berpangkat rendah tidak berkemampuan untuk membayar ansuran bulanannya yang terlalu tinggi.

           Pihak Telok Bakong Online pernah mengutarakan permasalahan ini dengan tajuk artikel "Wira Tidak Didendang".Ini lah sebahagian dari petikan artikel.Apa yang menjadi kebimbangan TBO telah jadi kenyataan.Diminta KERABAT supaya dapat mengbongkar sekiranya ada penyelewengan,kronisme dan penyalahgunaan kuasa dalam perkara ini.

          Tidak dinafikan bahawa kerajaan mahu menonjolkan diri didalam pembelaan nasib bekas tentera ini,Projek Perumahan Tentera 1Malaysia telah diwujudkan.Melalui projek kerjasama antara AP Land Development Sdn Bhd (AP Land) dengan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPAT), penjawat tentera Malaysia diandaikan mampu memiliki rumah sendiri menerusi Skim Perumahan Anggota Tentera 1 Malaysia.Projek kerjasama antara 2 pihak ini akan dijangka memulakan pembinaan perumahan bermula April 2011 di setiap negara, perjanjian usaha sama ditangani secara rasmi pada 5 Januari 2011 lalu Dianggar 20,000 unit rumah akan dibina di seluruh negara dalam tempoh lima tahun bagi projek bernilai RM3 bilion.Namun,masalah berlaku berikutan harga bagi setiap unit rumah itu ditawarkan kepada anggota tentera adalah dalam lingkungan RM 96,000 hingga RM 195,000. Dianggarkan 80 peratus anggota tentera yang bersara tidak memiliki rumah.

               Harga tersebut mungkin bersesuaian pada mereka yang berjawatan tinggi dalam tentera.Bagaimana dengan tentera yang berpangkat rendah dan mempunyai gaji yang hanya cukup untuk menyara hidup seharian sahaja.Lebih parah kepada mereka yang berpencen yang mana kadang-kadang pesara terpaksa berkerja sebagai pengawal keselamatan dan sebagainya untuk menampung kos hidup yang tinggi.Jikalau sebuah rumah yang paling murah sudah mencecah RM 80,000 pesara terpaksa meminjam dari bank dan akhirnya pesara menderita akibat membayar hutang dan faedah bank yang tinggi.Sepatutnya rumah rumah kos rendah dan sederhana dibina supaya ianya bersesuaian dengan tahap ekonomi mereka yang terlibat.Dengan harga yang mahal dan monopoli oleh syarikat pembinaan menampakkan ada kejanggalan dan kegiatan mengaut keuntungan oleh pihak pihak tertentu.

  Msinc-Korang fikir fikirkan lah kenapa skim ini direka sebegini rupa..korang pikir sapa yang untung?..pesara tentera?..siapa?..siapa?..kalau tak sedor sedor lagi tak tau ler aku...itu pun masih sokong uuummmnnuuuu lagi...isk..isk..

Ceramah Pakatan Rakyat Di Markaz Pas Bota Kanan

Posted: 10 Oct 2012 05:22 PM PDT


Penceramah Undangan : Dato Rameli Buyung Bekas Naib Presiden Felda

                                      Cikgu Nazri Nordin Bekas AJK Umno Gopeng

                                      Ustaz Ismi Bin Mohd Taib



Datanglah beramai ramai ke Pekan Bota Kanan bertarikh 13hb (Sabtu) pukul 9.00 malam.Marilah kita dengar ceramah dari para jemputan mengenai penyelewengan Felda dan kepincangan dan kronism didalam UMNO Bahagian Gopeng yang membuatkan ramai ahli Umno sendiri dipinggirkan.Umno Gopeng memang terkenal dengan penyalahgunaankuasa.

Boleh Saya Dapat Wiee Fiee Percuma..?

Posted: 09 Oct 2012 05:18 PM PDT

                   (Gambor Hiasan jer..tak de sangkut paut yer)

Lawak Santai..he..he..

               Suatu kejadian benar yang berlaku di sebuah cawangan Pusat makanan segera di Pantai Timur.Suatu hari seorang pemuda masuk dan memesan di kaunter.Beliau bertanya,"Boleh Saya Dapat Wiee Fiee percuma",sambil menunjuk iklan yang ditampalkan di pintu masuk tersebut.Pelayan dikaunter terpinga pinga..dan tidak dapat menahan ketawa...ha..ha..ha..Iklan yang tertera di pintu masuk tersebut ialah WIFI Percuma.Mungkin pemuda ingat WIFI tu sejenis makanan kot..he..he..

Msinc-Moral dari cerita lawak ni ialah mungkin Najib ader terdengor citer ni,dan dia merasa begitu sedih dengan keadaan pemuda yang buta IT tersebut.Jadi untuk memudahkan orang muda mendapat WIFI percuma dan berlangsungan dengan Bujet 2012,beliau telah meluluskan diskaun khas untuk orang muda melalui skim STIM (Skim Tali[pon 1 Mesia)..ha..ha..ha..(Kejadian itu berlaku di negeri Najib).Sori Ajib Gor..wa wat lawak sket..jangan mare..nanti kene jual...hi..hi..

Hampeh...Bas Jelajah Merdeka Dibaling Cat Lagi

Posted: 08 Oct 2012 01:08 AM PDT

             Gambor tak de...kalau ada gambor masa bas tu kena baling cat,sememang terrer ler aku..Diberitakan bas yang membawa rombongan DSAI dalam siri jelajah ke Perak telah dibaling dengan cat oleh lelaki yang menaiki kereta menuju ke Lumut.Walaupun adanya kawalan ketat dari pihak Polis namun pembaling dapat meloloskan diri.Kejadian berlaku dalam pukul 8.30 malam ketika Dato Seri Anwar sedang memberi tazkirah di masjid Titi Gantong.Kejadian yang berlaku sekelip mata itu menyebabkan anggota keselamatan tidak dapat berbuat apa-apa.Terdapat penghadang jalan ditengah tengah laluan menyukarkan untuk mengejar penjenayah.Semoga pihak berkuasa dapat berusaha bersungguh sungguh untuk mencari pelaku yang tidak bermaruah itu.Namun lapuran polis telah dibuat oleh pihak berkenaan.Sesungguhnya tindakan sebegini adalah suatu tindakan yang tidak bermoral dan bukan lah budaya masyarakat Malaysia,seperti juga berdebat dan berarak melakukan demontrasi.

           Nampaknya trend baling cat kepada bas rombongan semakin menjadi jadi.Namun perkara tersebut telah menampakkan lagi tindakan pengecut pihak pihak perlaku.Seperti kecut nya PM untuk berdebat,seperti kecutnya para menteri menunggu saat kejatuhan kerajaan BN,seperti kecut nya hati Madey, gusar akan terbongkar semua perbuatan.Sesunguhnya Umno Parit begitu gementar dengan kehadiran DSAI yang berjaya menarik perhatian masyarakat setempat,sesuatu yang sukar dilakukan oleh mana mana pemimpin utama Umno.Gelombang rakyat tidak bisa dibendung lagi.Ianya semakin merebak dengan marak, semaraknya perasaan marah rakyat kepada kerajaan yang belot ini.Kerajaan yang belot musti dihukum sewajarnya.Nantikan saat dan ketika dan jangan merasa hampa.

           Senang jer cakap..tapi cakap sini habis sini le...jangan main pukul sembunyi lah...kalau ade tulur..buat ler depan depan.Memang dasar pengecut.Main baling sembunyi semua orang berani.Kejadian ini adalah kali kedua berlaku dalam siri ceramah Pakatan Rakyat.Kali pertama berlaku adalah di Markaz Pas Kubang Chandong (sebelah Kedai Manjee).Ketika itu pelakun Hairi "Lt. Adnan" Othman sedang memberi ucapan.Tiba tiba satu batu besar mengenai atap bangunan dan jatuh mengenai tangan seorang makcik.Nasib baik tiada kecederaan yang teruk.Saya sempat bertanya makcik itu.."Mengapa Makcik Tak Elak??...Jawab Makcik itu.."Macam mana makcik nak elak...silat elak batu ..makcik belum belajar lagi.."...he..he..Aje ngan hampeeh makcik tuuu..

Pekerja IDS Terinaya Akibat Kilang Ditutup.

Posted: 07 Oct 2012 05:29 PM PDT


                    Pekerja sektor elektronik di Seri Iskandar akan mengalami nasib yang menyedihkan akibat penutupan sebuah kilang elektonik baru baru ini.Nasib kira kira 200 orang tidak dapat ditentukan serta terumbang ambing akibat tiadanya pembelaan yang sewajarnya dari pihak pihak yang bertangunggjawab.

                    Untuk makluman semua ,kilang ini ditutup seperti yang didakwa oleh Tuan punya ialah kerana tidaak dapat bertahan dengan persaingan diperingkat antarabangsa menyebabkan kekurangan permintaan lantas menyebabkan syarikat mengalami kerugian.Oleh kerana kerugian,pihak pengurusan mengambil jalan untuk melakukan penutupan perniagaan.namun begeitu kira kira 200 orang pekerja syarikat tersebut telah dibayar dengan pampasan yang tidak sewajarnya.Dimaklumkan mereka cuma dibayar sebulan gaji untuk pekerja yang bekerja tidak sampai setahun.Manakala pekerja yang lebih lama cuma dibayar 3 bulan gaji sahaja.Ini adalah jumlah yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar biasa iaitu 15 hari gaji setahun serta dengan lain lain imbuhan.Ada sebuah industri elekronik telah memberikan habuan sehinga RM 70,000 sebagai pampasan pekerja biasanya.

                 Akibat dari ketidakpuasan hati ini telah mengakibatkan kira kira 100 orang pekerja lama telah mengadakan piket atau tunjuk perasaan dihadapan premis tersebut.Persoalannya bagaimana hendak membela nasib pekerja yang nampaknya begitu dizalimi.Bagaimanakah cara nya mereka hendak menangung keluarga setelah kehilangan pekerjaan dengan diberi notis yang terlalu singkat?.Cukupkah pampasan sebulan gaji itu untuk menampung kos sara hidup yang meningkat di Seri Iskandar sementara mendapat pekerjaan yang lain.Apakah langkah langkah yang boleh diambil oleh pihak pihak yang berwajib terhadap pekerja malang ini.Bagaimana akta buruh yang sudah lapok itu dapat membela kepentingan pekerja.

               Dari sumber sumber yang boleh dipercayai,syarikat ini sebenarnya akan melabur di Negara Vietnam.Segala gala tindakan mereka ini adalah untuk mengabui mata masyarakat dan pekerja.Ianya dilakukan untuk mengelak dari membayar pampasan yang banyak kepada pekerja.Apakah tindakan kerajaan seandainya pihak syarikat sengaja berbuat demikian untuk mengaut keuntungan dari penindasan kepada pekerja.

Aksi AksiBand Dari Telok Bakong,Libang Libu Yang Beraksi Di Stadium Kelana Jaya..

Posted: 05 Oct 2012 09:39 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Sept – Gabungan Pilihan Raya Adil Dan Bersih (Bersih) hari ini mengumumkan akan mengadakan konsert Bersih 8T pada 13 Oktober ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, mereka menganjurkan konsert itu selepas kerajaan enggan untuk melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.

"Kerajaan masih enggan untuk mendengar suara rakyat, lapan tuntutan dari Bersih dan 22 cadangan dari Jawatankuasa Parlimen masih lagi belum ditunaikan, maka kami anjurkan konsert Bersih 8T ini sebagai tanda ingatan kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR) tentang lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan.

"Berbulan selepas Bersih 3.0, kerajaan hanya menfokuskan untuk menahan mereka yang terlibat dengan perhimpunan, bukan untuk membersihkan daftar pemilih pilihan raya," kata dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut kenyataan media itu lagi, Bersih 2.0 telah terus menerus untuk menyedarkan orang ramai tentang penipuan pilihan raya.

"Setakat ini kami mendapat sokongan orang ramai dan menerima bantuan orang ramai yang menderma," katanya lagi.
Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (pemenang Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, kumpulan punk ,Kump Libang Libu dari Telok Bakong Online,Dum Dum Tak, kumpulan Canto rock Hui Se De Dai and Ray Cheong. Sasterawan Negara, A Samad Said akan membaca puisi pada malam tersebut.

"Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih," katanya lagi.

Kamu kata Dia Sekular..Dia Bina Tahfis Al Quran..Masjid Mana Yang Kamu Buat?

Posted: 04 Oct 2012 09:45 PM PDT



 Tugas pemimpin yang paling utama ialah untuk mendekatkan para pengikut atau orang dibawah kepimpinan nya untuk mendekatkan diri pada penciptanya.Semakin kepimpinan membawa insan semakin jauh dari Allah bermakna semakin gagal sesaorang pemimpin itu.Seorang pemimpin yang gagal akan dipersoalkan dan akan menerima balasan diatas perbuatan nya didunia ini.Ini bermakna pemimpin yang dilantik mustilah berlaku adil dan saksama kepada keseluruhan orang yang berada dibawah penjagaannya tanpa memilih bulu atau menumpukan agihan kepada sekumpulan sahaja.Tumpuan dan agihan material mustilah adil dan sekata tanpa mengira fahaman politik,kaum,jantina dan lain lain.Pemimpin melakukan amalan membeza-bezakan dan hanya memperjuangkan untuk kepentingan diri dan penyokong nya sahaja adalah bersifat Assabiah.Sifat ini adalah dilarang dalam ugama Islam. 
   
 Kesenian dan rekabentuk binaan di dalam Islam adalah berteraskan ketakwaan dan keimanan kepada Allah pencipta alam.Binaan binaan yang dihasilkan oleh insan yang beriman mestilah tidak boleh lari dari menunjukkan sifat-sifat kepatuhan dan rendah diri kepada yang maha Esa.Seni binaan dalam Islam bukanlah untuk bermegah-megah,riak dan takbur.Ini menjadikan seni binaan Islam adalah berbeza dari konsep binaan kontemporari.Sedia maklum kita ketahui konsep rekabina barat lebih cenderung untuk bermegah megah dan bermewah-mewah,seperti mendirikan bangunan yang tertinggi,terpanjang,termahal ataupun binaan yang dibuat dari material yang mahal mahal.Semua ini dilakukan untuk menunjuk-nunjuk sehingga melahirkan perasaan takbur dan riak kepada pengasasnya,pereka,pembinanya dan sebagainya.

       Tuan Guru Nik Aziz dalam satu siri ucapannya,menyatakan bahawa adalah suatu pembaziran untuk membina sesebuah masjid yang cantik dan mahal,sekiranya keperluan rakyat jelata masih tidak mencukupi sepenuhnya.Keperluan ini terdiri daripada keperluan asas manusia seperti makanan,pendidikan,perubatan dan sebagainya.Ini boleh dilihat dengan pembinaan masjid-masjid yang besar dan mahal di Putra Jaya,Terengganu dan di seluruh Malaysia,sedangkan penduduk di Baling,Sabah dan Sarawak masih hauskan keperluan asasi ini.Maknanya,walaupun untuk membina masjid,kerajaan perlu berhati-hati dan berjimat cermat dalam mengunakan wang rakyat.Menurut Tuan Guru lagi,tiada bezanya dari sudut pahala antara membina masjid yang mahal dan cantik dengan membina masjid yang sederhana dan murah.

       Dapat kita lihat dewasa ini,matlamat pembinaan masjid (bukan semua) adalah menyimpang dari konsep menunjukkan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah.Ada masjid yang dibina ini terkandung dalam matlamatnya untuk tujuan perlancongan.Ini sudah terang-terangan melanggar konsep binaan dalam Islam yang mensyaratkan bahawa ianya ialah untuk menunjukkan ketakwaan dan keimanan hamba kepada penciptanya.Ianya tidak boleh berokjektifkan dengan matlamat-matlamat yang lain.Perkembangan perlancongan yang berlaku akibat pembinaan sesuatu masjid adalah natijahnya saja,tidak boleh dijadikan matlamat pembinaan.Maka jika matlamat pembinaan masjid ini sebagai lambang ketakwaan dan ketaatan manusia kepada Tuhannya perlulah segala elemen atau pelaku-pelakunya mempunyai keimanan kepada Allah.Ini meliputi dari pengasas,perekacipta,pembina atau siapa-siapa sahaja yang terlibat dengan sesuatu binaan tersebut.Makanya tidak perlulah nak dipertikai siapa yang buat dan siapa yang tidak buat.Membina tempat ibadah adalah salah satu kewajipan kepada pemerintah.Ini adalah kerana tugas utama pemerintah ialah membawa rakyat untuk bertakwa dan beriman kepada Allah.

Setelah Brim...Kini..STIM...Skim Telefon 1 Malaysia..ha..ha..ha..

Posted: 03 Oct 2012 06:05 AM PDT


Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.

"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.
"Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1, 000".

"Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800".

"Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi.

Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet.

"Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi.

"Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi.

"RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap."

Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013.

Msinc-tengkiu KTB dan We..sebab kasi idea ni..hi..hi..ingatan pada rumaja yang dapat STIM nie..jangan ler komer gunakan henpon tu untuk menyetim..jangan contohi kelakuan makhluk didalam gambor diatas..hi..hi..

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Akhirnya Tiba Di Perak Tengah.

Posted: 01 Oct 2012 11:02 AM PDT



Maklumat terkini ,dikabarkan Dato Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung  ke Negeri Perak dalam siri jelajah ke seluruh Malaysia.Rombongan beliau dijangkakan akan singgah ditapak Pasar Sehari di Titi Gantong pada pukul 4.00 petang 7 hb Oktober 2012.Beliau akan bertemu mesra dengan rakyat disama.Beliau juga akan menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Di Titi Gantong sebelum berceramah di Hotel Bei King,Jalan Kg Selamat Setiawan.pada pukul 9.00pm .Beliau akan akan meneruskan siri ceramah ini di Perkarangan Rumah Haji Ariffin Parit 1,Sungai Sumun Bagan Datoh.
  .
Diharapkan pihak parti keadilan cabang Parit membuat segala langkah yang perlu untuk menyambut kedatangan rombongan ini.Aspek aspek keselamatan haruslah dititikberatkan supaya kejadian di Melaka dan Johor tidak berulang di Negeri Perak.

Belanjawan 2012.Pekerja Swasta Dibahulukan..Ayohai Rakan Rakan Pekerja Swasta..Jangan Kita Undi BN...

Posted: 30 Sep 2012 08:01 PM PDT


Penjawat Awam Didahulukan,Pekerja Swasta Dibahulukan...


              Pekerja swasta masih tidak terbela,walaupun terdapat undang undang buruh yang dikatakan dapat melindungi hak hak pekerja tetapi banyak lagi perkara perkara yang menjadi keperluan pekerja yang tidak dapat diliputi oleh undang undang yang lapok ini.Sesuatu perangkaan undang undang buruh wajar dirangka supaya ianya lebih adil dan telus kepada pekerja sejajar dengan pemodenan dan pembangunan insan.Perkara perkara yang masih tidak diliputi oleh undang undang buruh adalah tentang pemberian bonus,kenaikan pangkat dan gaji,kesihatan dan keselamatan dan isu isu tentang kebajikan perkerja.Undang undang buruh meletakkannya dibawah budibicara majikan.Ini bermakna majikan bebas untuk menentukan sendiri mengikut citarasa dan seterusnya menindas pekerja deme mendapatkan keuntungan (surplus value).

                Sebagai contoh dalam pemberian bonus tahunan,oleh kerana tiadanya akta untuk perkara tersebut,sesetengah majikan yang tidak bertanggungjawab telah mengunakan alas an kegawatan ekonomi atau perniagaan tidak menguntungkan untuk menyekat pemberian bonus.Oleh kerana kerajaan tidak mengadakan suatu polisi untuk perkara tersebut telah mengakibatkan pekerja dinafikan bonus mereka.Sekiranya kerajaan menetapkan pemberian bonus seperti mereka menetapkan pemberian gaji minimum tempoh hari,semestinya perkara ini tidak timbul.Ini menunjukkan kerajaan yang ada sekarang kurang perihatin kepada pekerja swasta.
                Dari segi kesihatan,dari segi luaran,ianya diberikan percuma kepada semua pekerja oleh pihak majikan.Namun ada sebahagian besar majikan mengenakan syarat keatasnya.sesetengah majikan mengenakan had had tertentu untuk mendapatkan rawatan.Sebagai contoh ada syarikat syarikat menghadkan jumlah kos rawatan untuk seorang pekerja sejumlah RM 300.00 sahaja setahun.Sekiranya jumlah kos rawatan melebihi RM 300.00,ianya adalah tertanggung diatas pekerja sendiri.Lebih buruk lagi,ada majikan yang akan mengambil tindakan memotong bonus sekiranya pekerja mengambil cuti sakit (walaupun sehari).Hal ini berlaku kerana majikan mendakwa pemberian bonus adalah hak mereka dan mereka boleh berbuat apa sahaja.Nampaknya kerajaan tidak mengambil endahkan perkara ini.Undang undang buruh itu sendiri telah dijadikan senjata untuk menindas pekerja.Apa yang diperlukan oleh pekerja sekarang ialah suatu kerajaan yang tidak buta dan pekak kepada permasaalah pekerja.Adalah wajar untuk memilih kerajaan yang dapat memelihara kepentingan pekerja dan pelabur sekali gus.

Msinc-menunggu pengambilalihan kerajaan dan diharap kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal memerintah agar dapat mengambil berat kepentingan pekerja swasta.

Komen komen yang diambil dari blog..

SaLam, aku sorg penjawab swasta. Aku tak kisah kerajaan nak kasi bonus kat org gov, tu hak diaorg. Korg kat swasta jgn hasad, rezeki diaorg. Biarlah. Benefit utk org gov tu mmg la, seb kerajaan adalah majikan diaorg.
Tapi yg aku bengang giler ni, bnyk masalah kat swasta tak settle. Masalah tak leh solat jumaat, tak settle. Masalah tak de tempat sembahyang, tak settle. Masalah kuota pekerja bumiputera 30% pun tak settle. Siap dipermainkan lagi, 30% tu golongan pekerja bawahan, yg atas2 org non-bumi. Masalah gaji offered kepada bumiputera yg jauh lebih rendah dari non-bumi pun tak settle. NTUC pun macam kayu, tak de wat pe2. Masalah gaji minima pun tak settle, yg dia dah settle gaji jaga yg ramai org Nepal, dan pekerja ladang yg ramai kaum india.
Bukan tak bersyukur, tapi org kita kat swasta ramai yg dianaktirikan.
Tu tak masuk kktgn kerajaan yg ponting kerja 1 tahun pun boleh masuk keja balik. Disiplin buat malu org melayu je.
Hai Najib, tolongla kami..kalaupun sebuk nak amik hati rakyat, jgnla tabur duit dan kebajikan pada sebelah pihak je. Staff kerajaan cuma 1 juta, tapi swasta 3 juta. Ingat apa yg boleh kami buat. Satu lagi, kalau PRU13 dibuat dlm musim haji, kita akan kehilangan undi 26000 senang2 je. Ingat…jangan tak ingat wahai Najib.

Aku juga seorang penjawat awam yg dahulu nya bekerja swasta.aku dapat masuk kerja kerajaan bukan kerana perhubungan saudara mara.jawatan terakhir aku semasa di sektor swasta ialah asst.branch.mgr.tapi sekarang disektor kerajaan,jawatan ku hanya gred kumpulan sokongan.rasenye takde bezanya antara penjawat awm dan swasta.penjawat awam dpt bonus sati bulan setengah,swasta sekali dpt bape?jgn citer buruk bab penjawat awam jer.kite same same menjana ekonomi negara.arwah bapak aku juga seorang pesara.aku rase mereka mmg layak utk diberi pencen.aku nak tanya korang,starting gaji swasta masa korang mula2 masok dlu bape?basic sahaja berapa.aku mula2 masuk sektor kerajaan 4 tahun yg lepas gaji asas atau basic ialah 783.10.pendapat korang camne?

aku masuk 9 tahun lepas RM1500 …..dgn taraf pendidikan aku itu yang aku dpt kat swasta…tak dinafikan aku ada apply jawatan dlm kerajaan..yup takde rezeki…tahu berapa gaji member2 aku yg sekelas ngn aku dulu..dulu masuk kerajaan starting RM2K++..skang semua dah above RM5K…..itu yang bagus dgn tangga gaji kerajaan semua dah ditetapkan..swasta ko kerja seikhlas mana pun..kalau takde isu politik, perkauman, bodek membodek…sorry la….
cikgu sekang pun +- dah RM3K lebih… banayak weh starting sekang…

BUat pa nak bg duit kat pmbangkang..pmbangkang tungu ja nnt tme pakatan rkyat jd krajaan malaysia..pmbangkang bleh mnta kat dorg..skrang ni x yah cbuk2 nak duit krajaan..mmg dah x lyak nak ambk duit krajaan..sbb duit krajaan kotor..bkn pmbangkang nak duit kotor kot..blik fkir2 la pmbangkang, kta idup kat malaysia ni bkn stakat nak kjar duit..kami ada ank bni ccu ccit nnti..so kmi nak ngra kkal aman slamat n mju kdepan..mmpu ka pkatan rkyat nak bg bonus nnt kat kmi?kelatan dah 25 taun pun x ada pa2..klau printah malaysia abis la kmi kna brperang blik utk dpat kn kmerdekaan..bka mnda ati n mta anda smua geng2 pmbangkang..

malaysia dah merdeka… tapi orang nya semua mundur lagi…..kami perkerja swasta ..sokong kerajaan untuk memerintah ..tetapi korang orang kerajaan sokong ,,hanyalah untuk duit semata mata…………..kau kata swasta pembangkang .tapi kenapa majoriti swasta yang sokong untuk kerajaan …..kalau swasta ..menjadi satu ..untuk tidak turun mengundi ..padan muka korang …bahasa jiwa bangsa…. dengan bahasa kurang sopan …menunjukan korang nie semua…x berpelajaran …
 
sokong 100 peratus ,tuan2 bleh tgk dgn mata kepala sendiri..bla kita ada urusan dgn sektor krjn,depa bukan nk layan kita di sektor swasta ni,depa pandang lekeh sangat,hina..tp depa lupa wg gaji depa tu mai tang mana…cari tengok mana ada krjan buat duit…tlg habaq mai…perabih lg ada..nasib baik kami bleh juga bela hgpa dgn duit incometax,entah mcm2 tax ,rasuah…sebab tu org krjn byknya semasa nk mati di seksa dulu,pasai mkn duit titik peluh swasta


Msinc-Nampaknya Umno hanya membela kakitangan kerajaan sahaja..pekerja swasta dibiarkan..tak pe lah Umnuuu nak kan undi kakitangan kerajaan jer plus pendatang tanpa izin..hi..hi..

Belanjawan 2013 Berbentuk Materialistik Semata mata,Ada kah Itu Matlamat Kita?

Posted: 28 Sep 2012 08:59 PM PDT

      Belanjawan ini adalah kosong semata mata,tiada apa pun yang membuatkan Insan semakin hampir kepada Tuhannya.Semua yang dinyatakan dalam bujget ialah keperluan kepada material sahaja meninggalkan keperluan kerohanian.Pembangunan kebendaan sahaja yang dikejar,sementara kemajuan kerohanian tidak diambil berat.Sepatutnya bujget lebih menumpukan untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan rakyat kepada penciptanya.Itu lah tugas sebenar pemimpin. Pembangunan material adalah natijah daripada pembangunan kerohanian.Sekiranya ketakwaan rakyat meningkat,kemajuan dan kekayaan akan datang dengan sendirinya.Kerana nikmat Allah tidak terbatas dan tidak terhitung.Allah maha pemurah dan akan merahmati insan yang bertakwa.
                Memang ada sedikit wang diperuntukan untuk sekolah agama,tetapi ianya adalah ranting ranting kecil dalam belanjawan.Apa yang diperlukan ia suatu asas yang besar supaya dapat mengerakkan rakyat menjadi lebih bertakwa.Contoh mengadakan belanjawan kepada sistem pendidikan negara untuk mewujudkan dan mewajibkan kepada setiap murid murid Islam mengikuti kelas bahasa Arab bermula dari sekolah rendah hingga menengah.Dengan adanya kemahiran bahasa arab ini akan memudahkan permahaman terhadap Al-Quran dan amal ibadah.Lantas langkah ini dapat menjadikan setiap insan lebih hampir kepada Allah.-Msinc

Najib Tercicir Perkara Yang Tersangat Penting Dalam Bajet PRU13

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah. Menurutnya, kerajaan masih 'menggula-gulakan' rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam. 


Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata. Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah. 

"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat. "Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat," ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS. 

Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman. Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w  bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana. 

Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. "Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat," ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram. ~harakahdaily


Siapa Bakal Tandingi Dun Bota?

Posted: 26 Sep 2012 02:40 AM PDT

                  Parlimen Parit , Dun Bota, Dun Tanjung Belanja bukanlah kubu kuat UMNO / Perikatan atau Barisan Nasional kerana pernah kalah kepada PAS dalam pilihan raya 1969 dan 1999. Pada 1969 , Hashim Gera dari PAS menang di Parit menewaskan Dato Husein Nordin tetapi kemudian menyertai UMNO / Perikatan dan menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO .Pada 1999, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob kalah mengejut kepada calon PAS , Ustaz Mat Bashir Rahmat setelah dipindahkan dari Pasir Salak ke Parit akibat undi protes - 'orang luar'. Tahun 2004,Nasaruddin Hashim menang dengan majoriti 4,696 undi menewaskan Muhammad Ismi Mat Taib dari PAS. Pada 1995 ,Ainon Khariyah Mohd Abas dari BN/UMNO menewaskan wartawan veteran Subky Latif (PAS) dengan majoriti 7,573. Pada 2008, kerusi Parlimen Parit calon BN Ustaz Mohd Nizar Zakaria dapat 12,399 undi menewaskan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad 9,526 undi iaitu majoriti 2,873.

                    Untuk pengetahuan umum, pengundi dalam Parlimen Parit memang dikenali cukup terbuka dan sentiasa bersedia bukan sahaja untuk mengundi calon import tetapi boleh menukar selera sekiranya ada yang tidak kena kepada mereka.
               
                     Tahun 2008 ,Nasarudin menewaskan calon PKR, Kapten (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi. Nasaruddin dipindahkan dari parlimen Parit ke DUN Bota bagi meredakan kemarahan penyokong UMNO. Nama bekas guru, Datuk Che Ri Daud, mantan Adun Bota digugurkan disaat-saat akhir. Dikatakan penduduk Lambor Kanan, Teluk Bedayung, Kampung Tua Batu 16 dan Rimba Raja mengundi pembangkang sebagai protes terhadap tindakan Umno Bahagian Parit membelakangkan calon mereka dari Kg Tua Batu 16 . Di Belanja calon BN Mohd Zaim Abu Hassan dapat 5,479 undi manakala Muhammad Ismi Mat Talib dari parti PAS 3,592 undi iaitu majoriti 1,887
                 
                     Untuk PRU 13 ini ,hampir pasti bahawa DUN bota akan diwakili oleh calun dari PKR.Manakala untuk DUN Belanja dan Perlimen Parit akan diwakili oleh calun dari PAS.Diberitakan Parlimen Parit akan ditandingi oleh Ustaz  Muhammad Ismi Mat Taib dan DUN Belanja oleh   Dr Najihatussalehah  Ahmad (bertukar tempat).Untuk DUN Bota berkemungkinan besar akan diisi oleh diisi oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim. Semuanya bukan lah suatu yang pasti.Kita tunggu saat yang terakhir.

Msinc- Barang harus diingat,bahawa calon calon yang disebutkan diatas adalah lebih berbentuk spekulasi setelas menilai dari pelbagai sumber.Siapa pun calun PR nanti,kita akan beri sokongan yang secukupnya.Ternanti nanti siapa calun Umno di Belanja,Bota dan Parlimen Parit..rasa nya Umno takut nak umum awal sebab takut pengikut pengikut berpecah belah pasal ketua mereka tidak bertanding.Orang Nasha satu puak,orang belah lambor kiri satu puak..belum masuk lagi puak puak Parit 11,12,13, dan 14 yang menyanggah ni..Terima kasih kepada pihak yang info.

Memperkasa Rakyat Menuju Putrajaya

Posted: 24 Sep 2012 08:53 PM PDT



Ceramah Pakatan Rakyat

Pada 01 OKT 2012 (Hari Senayan) Jam 9.00 malam.

Tempat Rumah Tuan Haji Usailli Alias Kg Aji Bota Kiri.

Penceramah Jemputan: Prof Aziz Bari dan Ustaz Misbahul Munir.

Lain lain penceramah Ustaz Ismi dan Ustaz Zulkifli Ibrahim.

                Datang lah beramai ramai mendengar kupasan isu dari Prof Aziz Bari ,seorang yang pakar tentang perlembagaan Negara.Bagaimana Umno telah pergunakan perlembagaan untuk kepentingan sendiri.Rugi kalau tak dengar sendiri ucapan Prof.

PRU 13 "Najib Lemas, BN Cemas" Ceramah Abby Abadi dan Dayangku Intan di Taman Melewar

Posted: 23 Sep 2012 11:19 AM PDT








Gambar-gambar sekitar ceramah "Najib Lemas, BN Cemas"  anjuran PAS kawasan Batu di Taman Melewar pada Ahad 23 September , turut hadir memeriahkan lagi ceramah malam tadi  ialah penyanyi terkenal era 80 an Dayangku Intan serta Pelakon Abby Abadi, turut serta adun Teratai, Janice Lee daripada DAP , Chegu Ishak Surin serta Dato Tarmizi Mat Jam..

Gambar-gambar sekitar ceramah "FELDA Khianat Saham Merundum" di Taman Melewar

Posted: 21 Sep 2012 10:28 AM PDT








SIAPA GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG..?

Posted: 21 Sep 2012 12:01 AM PDT


SIRI 40 HADIS NABI HADIS 7:GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG


Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa dikalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka),sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
(Riwayat Bukhari)

Keterangan:
            Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt.berjanji akan memelihara kitabnya (Al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demigenerasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminindipermukaan bumi ini.Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga kehari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nasrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam,gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nasrani yangmempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegipemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya. Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih agi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan
berpekerti luhur. 

                   Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi ditempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivisIslam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjungdan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumiini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.

Siapa Akan Pilih Pas..Part II

Posted: 19 Sep 2012 06:39 PM PDT


Kami di www.telokbakong.blogspot.com,sedang mencuba kaedah dakwah yang penulis maksudkan cuma ia masih lagi diperingkat awal. Dan perjalanan kami masih jauh doa dari kalian kami mohonkan. Kami cuba bergaul dengan golongan muda malahan rockers .Dikampung kami bukanlah terdiri daripada masyarakat yang terdedah dengan Pondok - pondok agama .Kampung kami 'biasa - biasa aje ' tetapi harapan kami usaha yang sedikit ini akan berputik dan menghasilkan buah yang ranum untuk ISLAM.

Apa yang penting adalah sokongan daripada saf - saf kepimpinan peringkat cawangan dan kawasan dan seterusnya.

Unit Amal PAS adalah antara yang kami hormat  dimana sahaja ada bencana mereka akan berada.Mereka adalah pengerak parti pada masa hadapan.Jika mereka bergerak kekampung pasti ALLAH akan membantu didalam dakwah tauhid bukan sekadar diarah sebagai peraih undi.

Tun Mahathir pernah mengatakan didalam rancangan temubual bersama AWANI astro bahawa "golongan terpelajar akan menyertai PAS " .Ini suatu signal jelas dari seterus politik PAS. Maknanya, PAS ada harapan yang sangat cerah cuma bagaimana kita mengarapnya itu tugas kita bersama .

Inilah antara bentuk reform yang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh pimpinan Parti Islam sebagai Khalifah diantara partai - partai yang lain. Supaya kita dilihat sebagai reformis didalam agama .Kita bukan mahu meminda apa sahaja tetapi membetulkan apa yang tidak lurus daripada agama .

Parti Islam wajib mendahului pelbagai aspek ekonomi, pendidikan, hiburan agar kita tidak dilihat sebagai kaki komplen tetapi gersang dari sudut idea apatah lagi contoh yang sangat didambakan oleh umat .

Ekonomi
Sudut ekonomi misalnya Parti Islam Semalaysia masih tidak jelas dimata rakyat. Sepatutnya negeri - negeri yang telah kita kuasai terutama kelantan sudah ada trademark yang tersendiri.Kita jadikan kelantan sebagai ' lembah hub halal ' wujudkan sektor pertanian penternakan , pertanian sayuran, paling tidak pun pusat ternakan ayam terbesar ( sebagai contoh ) yang dijamin kehalalannya.

Cabaran ekonomi dialam internet juga adalah cabaran bagi kita semua . Ramai kalangan agamawan apatah lagi rakyat teramai yang terjebak skim cepat kaya ( yang tidak Islamik ) Ulama - ulama kita pun agak lambat untuk memutuskan hukum maka terkadang kita agak terlewat untuk menasihat dan merawat .

Terbukti orang Melayu kelantan adalah paling ramai menduduki carta golongan profesional malah perniagaan kecil dan sederhana merekalah juara diantara kita.
Hinggakan di Pekan Bota Kanan itu pun adalah orang Kelantan peniaga Emas ( keluarga sebelah mertua penulis, bukan ujub sekadar menguatkan keyakinan )

Hubungan
Hubungan Parti Islam Semalaysia dengan non muslim agak kurang nampak hikmahnya dalam kes - kes besar yang melibatkan agama kita kelihatan agak emosi.

Sebagai contoh baru - baru ini kes bertengkaran dengan Bar Council hingga membawa kepada pertikaman lidah. Sepatutnya apabila kita sampai bersemuka tidak perlu menjerit - jerit .Beritahu kepada mereka bahawa pihak kita mahu turut serta dan hujah secara baik bukan agama menganjurkan kita berhujah secara fakta dan angka ?

Penulis bukan anti demontrasi malah pernah terlibat dalam beberapa demontrasi sebelum ini . Cuma saya bukan orang besar parti maka gambar tidak banyak dirakamkan.

Kita bimbang media sengaja menayangkan berkali - kali adegan yang kita tidak sedar itu sebenar adalah provokasi oleh pihak - pihak tertentu .Lihatlah pada hari tersebut pihak polis seperti membiarkan hingga pendemontrator masuk kedalam premis bangunan hingga wujud ketegangan.

Sebenarnya antara kelemahan kita ada kekurangan perundingan / pendakwah yang mahir berkomunikasi dengan pelbagai golongan terutama yang melibatkan para non muslim mahu pun para muslim yang sudah' westernized minded '.

Golongan ini sebenarnya terlalu kritis terkadang terdapat kritikan yang melampau terhadap Islam.Tapi itu bukanlah alasan untuk kita hanya mengomel tanpa bertindak .Sepatutnya Parti Islam SeMalaysia sudah siap siaga untuk menghadap sebarang hujah daripada golongan yang jahil ini mahupun puak yang sengaja menjahilkan diri tersebut.

Penulis kagum dengan pendekatan yang dilakukan oleh pimpinan Parti yang sanggup masuk kedalam Pusat Ibadat non muslim dengan fasih menerangkan apakah itu Islam yang sebenar dan kenapa Parti Islam perlu dipilih sebagai wadah untuk rakyat Malaysia .

Kita perlukan para ustaz dan pendakwah yang berotak faqih dan dalam masa yang sama berjiwa daie .Bukan sekadar bergelar agamawan maka orang lain dipandang kurang manfaat .

Maka usaha mempelbagaikan bahasa para pelajar pada peringkat awal mereka akan terutama di SAR adalah suatu langkah terpuji dan bervisi daei.


Berebut mayat
Setiap kali ada kematian mualaf yang bermasalah dengan taraf agamanya maka tarik menarik kedua - dua belah pihak sering terjadi. Alhamdullilah ada juga umat Islam yang prihatin sanggup berjuang demi jenazah saudaranya.

Jika tidak dek kerana kematian, murtad pula menjadi cabaran hebat bagi umat kini.

Soalnya kenap kita tidak ambil peduli apabila mendengar tentang keIslaman seseorang anak Adam.Dimana pusat perlindungan mereka, dimana kebajikan mereka , apakah jaminan keselamatan mereka , manakah silibus khas bagi mereka untuk mendalami Islam ?

PAS mesti wujudkan pusat khidmat mualaf 24 jam jika benar - benar mahu membantu bukan sekadar berjuang setelah berlaku masalah yang sukar di selesaikan barulah kita nampak bagaikan wira tapi sayang semuanya sudah terlambat .( peringkat awal Tim. Presiden PAS dipilih penulis pernah cadangkan kepada beliau ).


Hiburan
Ini satu lagi usaha yang perlu segera dilakukan reform Parti Islam sering berdepan masalah ini .Tetapi dalam masa yang sama kita masih belum lagi berjaya membawa alternatif bagi muda mudi umumnya dinegara kita ini.

Mungkin budaya menghukum begitu menebal didalam diri kita , tidak disangkal setiap perlakuan buruk yang lari dari konsep Islam mesti ditentang. Apakah kita hanya bicara hukum tentang alatan muzik bertali atau bertiup ?


Rakyat diluar sana mahu melihat perubahan , contoh yang dapat mengantikan hiburan ada berada dipasaran kini .

Persoalan besarnya sekarang apakah kita sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab ini ?

Siapa Yang Akan Pilih Pas..? Suatu Penilaian Kembali Part 1

Posted: 19 Sep 2012 01:12 AM PDT


Siapa Yang Akan Pilih PAS ???..Suatu Penilaian Kembali..
kelulut@telokbakong.com -(Artikel diisiarkan pada 14.11.2000)

Pas perlu mulakan perubahan ," bahan mentah" telah pun tersedia parti pas tidak kekurangan cerdik pandai malahan jika diperhatikan kepimpinan Pas sering bertukar corak tetapi prinsip tidak pernah kelihatan tergadai.
Bahan mentah yang penulis maksudkan adalah insan yang soleh masih ramai dikalangan pimpinan , kejujuran mereka terhadap agama dan parti masih belum ternoda .
Kekurangan Pas hanyalah di peringkat pelaksanaan .Maksudnya kita masih berada dikelompok 'mencadang ' ," membangkang " kepada kerajaan BN.
Tetapi belum jelas kelihatan contoh - contoh yang rakyat mahu lihat dengan mata kepala ,bahawa PAS adalah alternatif kepada parti - parti yang lain.
PAS perlu menjadi contoh kepada parti - parti lain. Negeri - negeri yang dikuasai perlu lebih Islamik jika ada ruang - ruang dapat dilaksanakan.
Supaya tidak hanya dilihat sebagai retorika ketika berkempen . Selepas kemenangan PR masyarakat masih tidak nampak ada perbezaan ketara diantara zaman Umno dan PAS.Yakni dari sudut dakwah terhadap golongan sasaran malahan maksiat masih berjalan seperti biasa.
Kita akui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu peraturan tambahan pula di sebahagian negeri kalangan pemimpin PAS adalah minoriti didalam pembentukan kerajaan .
Tapi itu bukanlah menjadi suatu halangan .Dakwah tetap wajib kita jalankan bagaimana pihak Kawasan, cawangan apakah juga ada masalah ?.
Kita sepatutnya tidak hanya terikat kepada dakwah untuk mendapat undi yang akan berlansung 4 - 5 tahun sekali. Dimana unit - unit dakwah parti yang boleh bergerak secara meluas .
Tujuannya agar dakwah itu sampai kepada masyarakat maka tidaklah PAS dilihat sebagai parti pilihanraya semata - semata.
Masyarakat perlu didekati secara sewajarnya bukan bererti mereka yang kelihatan ' kurang iman ' secara otomatis ahli parti menjauhkan diri.Lantas membiarkan masyarakat hanyut , ini suatu pandangan dan tindakan yang paling silap.
Dengan keadaan masyarakat kini memang bukan sesuatu yang mudah untuk dilentur tetapi sekurang - kurangnya ada perbezaan daripada keadaan sebelumnya.-kelulut




Tiada ulasan: