Isnin, 15 Oktober 2012

shalehudin

shalehudin


Owhh!! Ni rupanya kerja buat Rosmah yerr...

Posted: 15 Oct 2012 09:24 AM PDT

Jumlah perbelanjaan Najib Rosmah ke luar negara

Heboh semalam di merata ceruk Malaysia perihal bagaimana akhirnya terbongkar juga kisah pertemuan rahsia yang berlaku antara Perdana Menteri, Najib dan spekulator matawang, George Soros pada 27 September 2010.

Namun sekiranya anda masih ingat lagi beberapa bulan lalu, atau lebih tepat, antara 13 Mei 2012 hingga 24 Mei tahun yang sama, Najib ada pergi ke beberapa bandar-bandar besar di dunia di atas beberapa sebab termasuk urusan kerajaan dan ada juga melibatkan urusan peribadi Najib Altantuya sekeluarga.

Dan jumlah perbelanjaan sepanjang 11 hari Najib Altantuya berada di luar negara, rupanya telah menelan perbelanjaan kerajaan hampir RM3 juta.

Di bawah ini adalah jawapan bertulis bagi soalan lisan di Dewan Rakyat antara ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) dan juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Nazri Aziz) berdasarkan hansard parlimen yang disediakan :

Lawatan rasmi Perdana Menteri : Soalan Dan Jawapan di Dewan Rakyat
SOALAN:
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan perbelanjaan lawatan Perdana Menteri ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Berapakah hari dalam lawatan ini adalah urusan peribadi dan berapa hari adalah urusan rasmi.
JAWAPAN:
DATO' SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI :
Tuan Yang di-Pertua, Pecahan perbelanjaan bagi lawatan YAB Perdana Menteri dan Delegasi ke United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi tahun 2012 adalah seperti berikut:
BIL / TEMPAT / TUJUAN / TARIKH / AMAUN (RM)
1. London – Lawatan kerja untuk menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles 13-15 Mei 2012 849,175.33
2. New York – Lawatan kerja untuk menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council 15-18 Mei 2012 1,606,402.75
3. Washington – Pegawai mengiringi lawatan peribadi YAB Perdana Menteri 19-24 Mei 2012 452,985.75
JUMLAH: 2,908,563.82
Lawatan ke United Kingdom bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2012. Manakala bagi lawatan ke Amerika Syarikat bermula pada 15 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012. Untuk makluman, tiada lawatan dilakukan ke Sepanyol. 13 Mei hingga 18 Mei 2012 adalah merupakan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri. Manakala, 19 Mei hingga 24 Mei 2012 adalah merupakan lawatan peribadi YAB Perdana Menteri. Sepanjang tempoh lawatan peribadi, Kerajaan hanya membiayai perbelajaan pegawai Kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri.
Antara beberapa persoalan yang ingin kami timbulkan di sini di sini berdasarkan jawapan Datuk Seri Nazri Aziz, adalah seperti berikut :

1. Anda dipersilakan merujuk gambarajah di atas bagi destinasi no. 3 (lawatan peribadi), no 4 dan 5 (tiada dalam jadual perjalanan rasmi)
2. Destinasi No.3 merupakan No 3 adalah (lawatan peribadi) tetapi kosnya masih lagi ditanggung oleh kerajaan?
3. Jikalau disemak semula jawapan rasmi menteri di Parlimen, perbelanjaan bagi kos di destinasi no. 3 adalah sebanyak RM400,000++. Dan ia sepatutnya sampai 24 Mei 2012. Tetapi…ada tetapinya di sini di mana jikalau mengikut jadual penerbangan, ada pula penerbangan ke Milan sehari selepas tarikh sampai ke destinasi No. 3?
4. Milan tiada dalam jadual perjalanan rasmi, tetapi kapal terbang berada di Milan selama 4 hari (bertembung dengan tarikh yang sepatutnya kapal terbang tersebut mesti berada di Washington DC pada ketika itu).
5. Persoalannya sekarang ini, siapa kalangan yang menggunapakai hak kerajaan untuk pergi Milan? Siapakah? Sedangkan pada ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dikatakan berada di Washington DC.
6. Ini kerana pesawat yang digunapakai ketika itu hanya boleh digunakan oleh Yang Dipertuan Agong (YDP) dan Perdana Menteri (PM) sahaja. Siapa pula yang lebih berkuasa daripada kedua-dua pemimpin ini sehingga boleh menggunapakai hak kerajaan ke sana ke mari sesuka hati?
7. Washington DC – Milan adalah satu jarak yang cukup jauh merentasi lautan Atlantik, memakan jarak beribu-ribu kilometer. Itu baru jarak, bagaimana kos yang terpaksa ditanggung sepanjang perjalanan ke sana? Siapa yang menanggungnya?
8. Milan cukup terkenal dengan jolokan syurga membeli-belah selain daripada New York, London, Paris dan tidak lupa juga Dubai. Ehem…
9. Dalam pada masa yang sama untuk destinasi untuk No.3 sebenarnya, bukan urusan kerajaan berdasarkan jawapan menteri. Urusan peribadi. Tetapi kerajaan terpaksa tanggung perbelanjaan sebanyak RM452,985.75? Erm….
Persoalannya di sini, jikalau penjawat awam bawahan dari Alor Setar menghadiri kursus di Kuala Lumpur. Seperti biasa, kos pengangkutan dan hotel akan ditanggung oleh kerajaan. Itu semua adalah prosedur biasa dan tidak menjadi masalah soal itu. Tetapi…tetapi andaikata di penjawat awam ini pergi singgah membeli belah di Pavilion atau KLCC dan kemudiannya bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, adakah penjawat awam ini berhak menuntut semua perbelanjaan seperti ini kepada kerajaan? Boleh kah? Ehem…
Walau bagaimanapun,semakan aeronautical melalui laluan penerbangan Perdana Menteri dalam laman web www.flightradar24.com menunjukkan bahawa pesawat kerajaan (9M-NAA) telah pergi dari Washington ke Milan, Italy pada 20 Mei 2012 – iaitu sehari selepas ketibaan di Washington. 
Rombongan dan pesawat kerajaan tersebut telah berada di Milan selama empat hari. Laluan penerbangan tersebut juga menunjukkan bahawa pesawat kerajaan tersebut berhenti di Dubai dan balik ke Kuala Lumpur selepas itu.
Jadual pesawat rasmi kerajaan

http://www.flightradar24.com/2012-05-20/03:22/NAA
http://www.flightradar24.com/2012-05-24/20:38/NR1


Ok…sekarang ini :
1. Kuala Lumpur – London : Lawatan yang diklasifikasikan sebagai urusan rasmi kerajaan (Menghadiri jemputan Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles di London)
2. New York – London = Lawatan rasmi Perdana Menteri (Menghadiri mesyuarat Global Science and Innovation Advisory Council)
3. Washington DC = Lawatan peribadi Perdana Menteri. Tetapi…kenapa guna duit kerajaan? Habis sehingga RM450,000++??
4. Milan = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana selama 4 hari?
5. Dubai = tiada dalam jadual rasmi. Buat apa di sana?
Apa yang kami ingin menegur di sini, pemimpin kena ingat pergi buat lawatan rasmi sana sini dengan mengunapakai kapal terbang rasmi. Minyak, juruterbang menggunapakai dana kerajaan. Pulangan pelaburan ya….besar kemungkinan ada. Tetapi perbelanjaan bersifat peribadi daripada New York – Washington – Milan yang tiada kena mengena dengan urusan rakyat dan kerajaan, pemimpin tidak boleh sama sekali melibatkan sama dan mengunapakai dana kerajaan.

P/S : Ataupun Perdana Menteri ada sebab musabab mengapa pesawat yang digunapakai oleh Perdana Menteri telah "singgah sebentar di Milan"? Ada sebab dan alasannya?

JALAN PULANG


Najib kena tidoq luaq pulak malam neh... hadoiihh...

Posted: 15 Oct 2012 08:00 AM PDT


Dua syarikat kerajaan Barisan Nasional MELINGKUPKAN RM1 billion - Ketua Audit Negara.

Kahkahkah...


Rupanya makin teruk sakit dia neh... haha...

Posted: 15 Oct 2012 05:10 AM PDT

Kesiankan?

Boleh tak kesian... penyakit si Hasan neh dah makin kronik. Punca utama penyakit kronik beliau telah dikenal pasti. Sebab musababnya!!! Pas pun tak mau dia... Amno pun tak hinginkan dia. Terawang-awang, langit tak sampai, kaki pun tak jejak tanah....

Haha...

Si Hasan Akidah kata, kenyataan Nik Aziz bahawa DAP tidak pernah menganggu Pas menghiris perasaan ahli dan penyokong Pas. Secara bodoh saya nak tanya apakah perbuatan Hasan Akidah yang berbaik dengan Umno, kemudian bila dipecat terus mengkriik dan menghentam Pas tidak menghiris orang Pas.

Rasanya kepedihan yang dilakukan oleh Hasan kerana politik bobon gila lebih pedih dan menghiris daripada kenyataan politik dibuat Nik Aziz itu.

Kelas Hasan Akidah bagi saya lebih kurang dan kurang lebih Abdullah Samaah sahaja! - Idea asal: MSO

Chitt!!! Pi main jauh-jauh la Hasan... pi makan ubat dulu...


BAGUS!! Ini petanda baik buat Pakatan... [BACA]

Posted: 15 Oct 2012 01:00 AM PDT

Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun

KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.
"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat. 
"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.
Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.

Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.
"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional. 
"Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi.
Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat.
"Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat. 
"Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi.
Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain.

Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.- Harakahdaily


Woii Amno!! Ada akai mau dok pakai la...

Posted: 15 Oct 2012 12:55 AM PDT

Realiti atau fantasi pendidikan tinggi di Malaysia?

Berat dakwaan neh... [BACA]

Posted: 14 Oct 2012 10:06 PM PDT

TUAN HAJI MUHAMAD AZALINA OTHMAN

YANG BERHORMAT DARI PENGERANG

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor
12 Oktober 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor dengan ini ingin menarik perhatian semua termasuk pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa bukti rasuah yang bertebaran dalam internet seminggu dua ini yang mengaitkan beberapa pemimpin Umno Johor yang kononya menerima bayaran dari Yahya Abdul Jalil seorang ahli korporat yang terkait dengan kontroversi "crooked bridge".

Salinan cek RM 300,000 atas nama YB Azalina Othman yang diyakini dari Yahya Abd Jalil menuntut ahli politik Bn ini tampil memberikan penjelasan. Salinan cek ini hanya satu antara banyak lagi salinan dokumen yang mengaitkan Azalinan dan beberapa pimpinan Bn khususna di Johor berkaitan perkara yang sama.

Turut disebut dalam pendedahan di laman - laman web termasuk ada yang pro Umno juga menyebut mengenai pembayaran luar biasa kepada YB Awang Adek Timbalan menteri Kewangan dan dua orang lagi yang rapat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

SAMM Johor memandang serius perkara ini dan sedang mengumpul semua butiran mengenai perkara ini bagi melengkapkan semua data bagi mendapatkan gambaran sebenar. Difahamkan juga SPRM sudah membuka fail mengenai perkara ini dan ada pula usaha tangan ajaib ingin melindungi perkara ini.

SAMM Johor mendesak SPRM supaya menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan dan tampil dengan hasil penyiasatan dalam masa terdekat. SAMM Johor akan menerbitkan risalah khusus mengenai perkara ini dalam masa terdekat kerana rakyat perlu mengetahui bagaimana mereka yang kononya berjuang atas nama rakyat dan berselindung atas nama Melayu tetapi merekalah punca jahanamnya negara ini dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Sekian.
Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor

Gambar superimpose Mat Sabu pula tersebar

Posted: 14 Oct 2012 07:30 PM PDT

Beginilah akhlak dan cara para soldadu maya (cybertrooper) menyerang pimpinan PAS.

Jenis membuat gambar yang telah diedit dan superimpose.

Terbaru admin dapat kesan ialah seorang pemegang akaun FB UMNO yang menggelarkan dirinya Ratu Naga seorang admin disatu grup UMNO nama Lu Langsi Lu Mati.

Sanggup dan tergamak beliau membuat gambar superimpose seolah-olah Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS sedang memanggang babi dengan tajuk :- fatwa terbaru mat sabu n penyokong pas kena ikut kalu nak msk syorga pas....sambil berkata " makan babi goreng, soup babi, bak kut teh, dengan lim guan eng, saya rela kat mana2 pun, bila2 masa pun tadak masaalah.. makan ayam dengan najib, sorry.. kerat 8 badan saya pun, takan saya duduk makan dengan najib".

Langsung tidak ada rasa takut kepada dosa minah seekor ni. Malahan beliau admin lihat macam rasa megah dan bangga sekali.

Kita boleh bersongsang anutan dan pandangan politik, tapi sampai begini punya taraf sampah berpolitik itu sudah dianggap amat melampau.

Adakah ini ajaran UMNO kepada pengikutnya untuk mendapatkan simpati dan undi dari kalangan anak-anak muda dan atas pagar?

Adakah UMNO ingat cara ini mampu melonjakkan sokongan anak-anak muda terutamanya dari orang Melayu beragama Islam? (...)


Hassan Ali patut dengaq nasihat Aishah...

Posted: 14 Oct 2012 02:30 PM PDT

Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.
"Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah. 
"Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. 

"Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah,"


Depa ingat buat camnie rakyat boleh sokong ka?

Posted: 14 Oct 2012 12:00 PM PDT

Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan

Seremban – Kunjungan pertama kali Pakatan Rakyat (PR) ke Kampung Baru Air Hitam, Jempol, malam kelmarin bagi menyampaikan ceramah 'disambut' dengan simbahan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian hanya disedari petugas PR kira-kira 11.30 malam selepas mendapati dua beg plastik cat merah dilempar atas jalan raya berhampiran tempat meletak kenderaan.

Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang hadir menyampaikan ceramah menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap majlis PR.
"PR pertama kali mengadakan ceramah di kawasan itu dan amat mengecewakan apabila berlaku insiden tidak diingini seperti itu sedangkan kehadiran kami hanya menyampaikan ceramah. 
"Saya percaya ia dilakukan antara jam 11 hingga 11.30 malam kerana melihat keadaan cat yang masih baru. Saya rasa pihak terbabit mahu mencampakkan cat itu ke atas kereta, tapi tidak mengenai sasaran menyebabkan ia jatuh ke atas jalan raya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Loke berkata, pihaknya tidak menolak berkemungkinan ia dilakukan 'orang suruhan' parti lawan yang dilihat semakin terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
"Saya nampak isu baling cat ini semakin berleluasa menjelang PRU13 dan bagi saya, ia adalah amalan politik samseng dan perlu dihakis segera agar tidak berlakunya insiden lebih buruk ketika waktu PRU nanti," katanya.
Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, PR akan meningkatkan tahap keselamatan pada setiap program anjuran mereka pada masa akan datang.
"Hentikanlah amalan politik samseng seperti ini kerana rakyat sudah bijak membuat penilaian. Apa pun saya tegaskan PR tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan bagi menakutkan kami," katanya. -SH


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I'll immediately take hold of your rss as I can not find your email subscription link or newsletter service. Do you've any?
Kindly let me know so that I could subscribe. Thanks.


Feel free to visit my web site :: Free sex online cam