Isnin, 15 Oktober 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


ideologi UMNO lebih bahaya dari komunis....pembunuh ,pengadai dan pencabul maruah bangsa sendiri yang rejim komunis tak pernah buat terhadap rakyat sendiri....zalimnya UMNO...!!!!

Posted: 15 Oct 2012 09:46 AM PDT


 

mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.

Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

"inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"
"kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"
"melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"
"masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"
"saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"

Dan ayat diatas  adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.

Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga. Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.

 

 

 

 

 

 

AES tak dipasang di kawasan kemalangan dan penyamun kroni yang bakal untung RM700 juta setahun....!!!!

Posted: 15 Oct 2012 09:27 AM PDT

Kita nak tanya  kenapa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk kesalahan lalu lintas tidak dipasang di kawasan kemalangan sedangkan tujuannya untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya.

Kenapa  pula  sistem itu perlu dipasang di jalan dengan kelajuan 50km dan 70km sejam.Apa yang akan berlanggar di situ, ular sawa dan penyu? Atau antara kereta lembu?

Oleh itu kita mendesak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan kepada mereka angka sebenar kawasan kemalangan untuk dibandingkan dengan tapak AES.

Selain itu  ada  laporan yang mendakwa sistem itu mempunyai masalah teknikal dan tidak dapat membezakan antara nombor nombor kosong, enam dan sembilan.

Sementara itu  Kementerian Pengangkutan  di seru  menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi, dan bakal membebankan rakyat negara ini.

Melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.

Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun.

Daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama, untuk setiap lima juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.

Bagi peringkat kedua pembayaran, sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus, iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama.

Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya, dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan.

Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES pada 23 September lalu, dengan 14 kamera   kununnya  dipasang  di kawasan-kawasan kerap berlakunya kemalangan.

Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.

Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?

Oleh itu  kita  mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.

Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi.

Tiada ulasan: