shalehudin |
- Tang dia dok tak salah jugak... kahkahkah...
- MAHA BODOH abad ini...
- Woit!! Nyonya misteri mana yang bikin kecoh neh... [GAMBAR & VIDEO]
- JIWA kacau ka budak neh...
- Ada komplen pasai Astro plak...
- Bedebah punya Anwar... kahkahkah...
- PANAS: Mat Sabu bikin GEMPAQ lagi...
- Ekelleh!!! Guan Eng nak tunjuk baik pulak...
- Tolong jangan GELAK...
Tang dia dok tak salah jugak... kahkahkah... Posted: 11 Oct 2012 11:00 AM PDT Shahrizat salahkan media kerana putar belit fakta dalam isu NFC Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyalahkan The Malaysian Insider dan Malaysiakini kerana memutarbelitkan fakta tentang laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) dalam keadaan huru-hara dalam keterangannya di mahkamah hari ini. Laporan pada 2010 oleh Ketua Audit Negara berkata NFCorp tidak memenuhi apa yang disasarkan oleh kerajaan, tetapi laporan tentang wang rakyat bernilai RM250 juta untuk projek ternakan itu dikatakan "huru hara" dimulakan oleh artikel akhbar berbahasa Inggeris, The Star. Terma itu kemudian digunakan oleh media lain untuk menerangkan tentang NFCorp selepas PKR terus membongkar projek yang telah disalahgunakan itu. Syarikat itu telah dibekukan selepas penyiasatan telah dilakukan oleh polis dan suruhanjaya anti rasuah selepas pembongkaran tersebut. Semasa sesi soal balas mengenai kes fitnah terhadap ketua wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli hari ini, peguam Ranjit Singh bertanya kepada Shahrizat (gambar) jika beliau merasa malu dengan kenyataan kedua media pada 24 Oktober 2011 tentang laporan ketua audit negara tersebut. "Saya rasa mereka memutarbelitkan kenyataan Ketua Audit Negara, dan saya rasa penting untuk mereka membetulkan perkara tersebut," katanya lagi.Ranjit kemudian berkata bahawa Shahrizat tidak menjawab soalan tentang apakah beliau merasa malu dengan laporan berita itu. "Pada mulanya saya tidak merasa malu tetapi lama kelamaan saya merasa malu," katanya lagi.Ranjit juga bertanya ketua wanita Umno bersetuju tentang laporan Malaysiakini yang mengatakan NFCorp adalah syarikat gagal. "Itu adalah andaian mereka sahaja," katanya lagi.Shahrizat, isteri kepada pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, telah dikaitkan dengan skandal oleh PKR kerana kedudukan suaminya, dan tiga orang anaknya yang menjadi pengarah di syarikat yang sama. Mohamad Salleh telah didakwa dengan jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat dengan RM49 juta dana dari wang rakyat diberikan kepada NFCorp pada 12 Mac. Beliau didakwa di bawah kanun keseksaan kerana menyalahgunakan wang bernilai RM9,758,140 dari dana NFCorp untuk membeli dua unit kondominium di One Menerung di Bangsar untuk Perbadanan Daging dan Ternakan Nasional (NMLC) pada 1 Disember dan 4 Disember 2009. Beliau juga didakwa menyalurkan wang berjumlah RM40 juta dari dana NFCorp ke NMLC dari 6 Mei hingga 16 November, 2009. Beliau juga didakwa atas dua kes yang menggunakan dana tanpa mesyuarat dari mesyuarat tahunan, yang menjadi kesalahan di bawah akta Syarikat. Jika didapati bersalah, beliau dihukum penjara dua hingga 20 tahun, rotan atau denda mengikut kanun keseksaan. Mohamad Salleh juga menghadapi hukuman penjara lima tahun atau denda RM30,000 jika bersalah di bawah Akta Syarikat. Kes fitnah Shahrizat-Rafizi dan Zuraidah bersambung pada Isnin jam 9 pagi. | ||
Posted: 11 Oct 2012 09:00 AM PDT Nasha mengatakan DAP cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian apabila mendakwa parti komponen PR itu pernah menganjurkan majlis dan berdoa untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian selepas DAP memenangi 12 kerusi di Sarawak tahun lalu. Admin tak nak komen hanya berdasarkan persepsi tapi admin lebih melihat kepada fakta : - Didalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mempertahankan perlembagaan dan islam sebagai agama rasmi dan beberapa perkara lain yang dipersetujui bersama. - Even LKS dan Karpal singh pun bukanlah beragama kristian - DAP hanya bertanding 50 lebih kerusi Parlimen sahaja... yang ni menjadi kunci kepada persoalan ni. - Kenapa tak de cerita ni dulu... kenapa baru sekarang...QUERY... P/S : Selebihnya korang nilailah sendiri.... bukan suruh menghentam tapi adalah wajar kita berfikir secara waras... kalau depa nak berdoa pun ia hanyalah sekadar doa... tapi tidak berpaksikan realiti. Yang takut sangat ngan DOA puak kristian tu pehal..??? | ||
Woit!! Nyonya misteri mana yang bikin kecoh neh... [GAMBAR & VIDEO] Posted: 11 Oct 2012 08:02 AM PDT | ||
Posted: 11 Oct 2012 05:30 AM PDT Amuk: Muhdalena hadapi 2 lagi tuduhan, diarah jalani pemeriksaan mental PUTRAJAYA - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan untuk merujuk Muhdalena Ahmad, yang menghadapi tuduhan insiden mengamuk di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu, agar menjalani pemeriksaan mental. Malah, hari ini dia menghadapi dua tuduhan baru. Peguamnya, M. Visvanathan memberitahu mahkamah bahawa terdapat keterangan prima facie bahawa anak guamnya mempunyai gejala 'depress', yang berkemungkinan dia tidak dapat memahami dan menilai perbicaraan yang dijalankan ke atasnya. Visvanathan, yang merujuk laporan perubatan Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Putrajaya, Dr Umi Adzlin Silim, berkata anak guamnya disaran dirujuk kepada Pakar Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi menjalani penilaian dan rawatan di fasiliti yang mempunyai pengkhususan dan berkepakaran tinggi dalam menilai tahap mental Muhdalena. Menurut laporan perubatan yang dikemukakan di mahkamah, Muhdalena masih mengalami gejala kemurungan, namun semakin berkurangan. Beliau masih mengalami mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana kadang-kadang dia merasakan dirinya seorang 'pahlawan' dari zaman silam yang bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa. Laporan perubatan itu juga menyebut, gejala delusi yang dialaminya semakin terkawal. Bagaimanapun tidak lagi mengalami halusinasi mendengar suara ghaib, namun masih mendengar suara berdesing di telinga. Visvanathan juga berkata, Muhdalena mengambil beberapa jenis ubat-ubatan termasuk ubat antikemurungan, ubat antipsikotik bagi mengatasi gejala-gejala tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam menetapkan Muhdalena, 28, perlu mengikuti pemeriksaan selama sebulan dan menangguhkan perbicaraan kes tersebut sehingga menerima laporan perubatan. Dalam pada itu, ketika prosiding hari pertama perbicaraan hari ini, Muhdalena menghadapi dua lagi pertuduhan baru dan mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut. Pertuduhan baru pertama membabitkan kesalahan, tidak mematuhi perintah yang diberikan Lans Koperal Ridzuan Megat Ahmad, seorang pegawai berkuasa meletakkan senjata di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai satu kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan (No. 2) 2000. Beliau turut menghadapi tuduhan tidak mematuhi perintah yang diberikan menteri dengan berada di premis (tempat kejadian) tanpa memiliki paskad atau permit yang dikeluarkan pihak berkuasa. Kesalahan-kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 4(2) dan 5(1) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama, yang mana jika sabit kesalahann dia berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sebanyak RM1,000 atau kedua-duanya. Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan Muhdalena diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan baru itu, serta membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama dua lagi tuduhan yang dihadapinya sebelum ini. Julai lalu, ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota dan tuduhan kerana membawa sebilah pedang. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu. Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dalam prosiding hari ini, Muhdalena hadir di mahkamah sambil ditemani ibu, bapa, suami dan anak-anaknya. Kes ditangguh sehingga 23 November ini. | ||
Ada komplen pasai Astro plak... Posted: 11 Oct 2012 04:45 AM PDT Aduan tentang Astro Anak Emak, Perak Barangkali ini mungkin hal sepele bagi sebahagian orang, namun saya merasakan perkara ini hak kita untuk mengetahui ke mana hilangnya wang kita. Boleh jadi juga sebuah taktik perniagaan. Saya tidak menuduh tetapi berikut adalah perkongsian saya: Sepulangnya dari tempat kerja, emak menyerahkan bil ASTRO terkini untuk saya jelaskan bilnya. Saya perasan ada tambahan RM10 pada bil terkini. Kata emak, ada program baru. Saya melarikan mata sepintas lalu pada butir-butir transaksi. ASTRO Best: The Hunger Games. Bila masa pula emak yang sudah tua dan uzur melanggan program ini. Emak hanya lebih gemarkan program di TV Al-Hijrah dan saluran 119. Bila saya tanyakan pada Emak, jawapannya: Mana tahu. Kan, sudah masuk dalam bil. Jadi perlu dibayar. Emak terpaksa melanggan ASTRO kerana langsung tiada siaran televisyen jika tidak melanggan servis ASTRO. Saya pula lebih selesa mendapatkan maklumat daripada internet. Saya tidak berpuas hati lantaran yakin tiada antara kami yang akan melanggan program sedemikian. Lalu saya menelefon pihak ASTRO untuk memaklumkan kesilapan tersebut. (Nota: Pastikan anda miliki kredit yang cukup untuk mendail talian 1-300-82-3838 kerana tempoh masa yang lama diambil sebelum dapat bercakap dengan staf. Pastikan juga tekan butang 3 selepas pilihan bahasa.) Pihak ASTRO memberitahu, dalam rekod mereka ternyata kami tidak membuat sebarang langganan untuk pakej tersebut. Lega saya. Namun di hujung-hujung perbualan tatkala saya yakin staf terbabit akan memaklumkan tentang kecuaian tersebut pada unit kewangan, wujud pula rekod. Saya dimaklumkan bahawa langganan telah dibuat pada tarikh 16 September 2012 pada jam 6.21 petang oleh nombor telefon 019-569xxxx. Saya sudah menafikan bahawa kami telah membuat langganan tersebut. Bagaimana pun staf berkenaan membuat andaian bahawa ada budak-budak main. Mustahil, fikir saya. Saya pasti amat bahawa nombor telefon tersebut sangat asing dan memang tidak tersenarai dalam rekod nombor telefon keluarga dan rakan. Sebelum mengakhiri perbualan yang mengambil masa kurang lebih 12 minit, saya diminta untuk tetap membayar tambahan RM10 tersebut. Saya cuba menghubungi pemilik nombor tersebut dan ternyata dia hanyalah seorang pelajar sekolah menengah dan menetap di Perlis. Sedangkan kami di Perak. Yang menimbulkan musykil di fikiran saya, bagaimana ada 'budak-budak' boleh melanggan serta menggunakan akaun emak saya pada tarikh tersebut walhal kami sekeluarga sedang menghadiri walimah saudara di luar Perak! Sudah tiba masanya untuk pihak ASTRO benar-benar meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan pencapaian dan keuntungan mereka. Lebih-lebih lagi dalam isu keselamatan begini. Cukup-cukuplah untuk menerima hamburan marah dan segala bentuk ketidakpuasan hati daripada pelanggan.- Harakahdaily | ||
Bedebah punya Anwar... kahkahkah... Posted: 11 Oct 2012 01:06 AM PDT Laki Mak Long hang: Pak Long Din Bedebah punya Anwar... Tak sangka Pak Long, dia sanggup berkawan dengan Soros... Sorang saudagar mata wang dunia yang kejam... Bedebah punya Anwar... Tak sangka Pak Long, dia sanggup bersekongkol dengan Soros... Sorang rakyat Amerika berbangsa Yahudi... Bedebah punya Anwar... Tak sangka Pak Long, dia sanggup bersalaman dengan Soros... Sorang yang sedia bergelumang ngan kesengsaraan umat Islam sejagat... Tapi... Bedebah punya Anwar... Pandai sungguh dia main aci menyorok ngan Soros... Pak Long cari dok tak jumpak jumpak... Mana dia gambaq Anwar yang tersengeh mesra ngan Soros... Yang Pak Long dok terjerembab... Gambaq Piem Umno neh ja ngan si Soros jahanam tuh... Habih tu camana nak bagi Mak Long hang percaya...?? Hadoiihh... Wassalam... | ||
PANAS: Mat Sabu bikin GEMPAQ lagi... Posted: 11 Oct 2012 01:05 AM PDT Printscreen di atas adalah dari sebuah Blog pencacai UMNO yang turut menyiarkan cerita bohong kononnya Mat Sabu telah dipukul semasa makan nasi kandar di Pulau Pinang semalam.. Ianya adalah cerita bohong yang diolah dari sumber yang kurang pasti, mungkin berdasarkan 'hear say' sahaja.. Diolah sebegitu rupa dengan tujuan memberitahu kepada penyokong-penyokong UMNO yang lain bahawa individu yang bernama Mat Sabu ini sememangnya menjadi ikon yang dibenci rakyat.. Berikut adalah laporan tentang kejadian.. "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini. Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota. Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan. "Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru. "Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya. Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya. Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ. Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai. "Blog pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh. Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa. Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan. Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP ~Harakahdaily Kesian kat depa.. dah tak ada isu nak bawa rupanya... | ||
Ekelleh!!! Guan Eng nak tunjuk baik pulak... Posted: 10 Oct 2012 08:21 PM PDT
GEMPAR!! TERBUKTI GUAN ENG HINA ORANG ISLAM!! Memang patut sangat orang-orang Islam kat negeri Johor, kat Terengganu serta kat Pahang... malah kesemua negeri-negeri BN merasa TERHINA dan mengamuk kerana Guan Eng memerintah negeri DAP Pulau Pinang tanpa membelakangi kepentingan Islam di Pulau Pinang!! Guan Eng telah menghina orang-orang Islam semahu-mahunya terutama pada mereka-mereka yang bertindak jahat memfitnah dan mencemuh beliau apabila beliau memastikan nasib orang Islam P.Pinang tetap terbela dan Islam tetap tertegak walau di Seberang ataupun di sebelah Pulau... Ekelleh...!! Guan Eng berlagak nak tunjuk baik plak apabila berkata: "Orang Umno benci saya sebab saya baik terhadap Islam dan bertindak adil sepertimana yang dituntut dalam Islam"Adduusssss.... pedihnya bagai dihiris sembilu... (gambar scoreboard waktu solat fardhu) | ||
Posted: 10 Oct 2012 06:00 PM PDT Ni bukan banner mamat jual ubat akar kayu beb... Tapi banner iklan Piem Najib jual minyak angin... Kahkahkah... Bila Anwar ajak debat pandai pulak dia kata... Debat bukan budaya kita... Tapi dengan muka yang tak tahu malu.... Dia pulak yang kalut terlebih anjur debat piala dia punya... Najib... Najib... Maka terkedulah Piem Umno neh bilamana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjadi pembangkang dalam debat neh memenangi debat & sebagai pendebat terbaik piala bapak dia punya. UIA menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam debat tersebut... tahniah pada pemenang |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan