Khamis, 11 Oktober 2012

Addin

Addin


Pelik!! Budak Kecil Ini Ketagih Makan Racun Nyamuk

Posted: 11 Oct 2012 09:44 AM PDT

Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan racun nyamuk.

Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus racun nyamuk. Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah.

 Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan racun nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati racun nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan racun nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

"Enak dan manis," katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan racun nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan racun nyamuk dari rumah jiran mereka.

"Biasanya kalau tidak menemukan racun nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran," kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

"Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap racun nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya," katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka. ~info




Iklan


Umno Pasti Tak Mengaku Salah Laku Nih..

Posted: 11 Oct 2012 08:23 AM PDT

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Tian Chua mempersoalkan Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunjukkan bahawa wang berjumlah RM16 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. "Sekiranya dana terbabit disalurkan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, adakah ia tidak melanggari undang-undang dan tiada unsur rasuah?, soalnya dalam sidang media di Parlimen.

 Beliau menambah peranan dan kegunaan bagi sumbangan itu kepada Umno Sabah juga tidak dijelaskan dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Peguam Negara dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan fakta untuk kebaikan Musa Aman," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Nazri dalam jawapannya di Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Peguam Negara sudah meneliti keterangan yang dikemukakan SPRM dan mendapati dana itu dibuat ke atas Umno-Sabah bukannya Musa.

Nazri memaklumkan kes itu juga turut disiasat oleh Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC) dan Mahkamah Switzerland, bagaimanapun keputusannya sama dengan SPRM.

Dalam kes tersebut, Usahawan Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan membawa matawang Singapura berjumlah RM16 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

Susulan itu, Chia dituduh atas dakwaan terlibat dalam penggubahan wang haram orang suruhanjaya pencegahan rasuah Hong Kong.

Laporan menyebut, siasatan ICAC itu turut menunjukkan bahawa wang berkenaan diperuntukkan untuk Musa dan merupakan sebahagian daripada dana yang dideposit ke akaun bank Switzerland mengandungi US$30 juta.

Wang didakwa dipegang secara amanah untuk ketua menteri itu oleh seorang peguam. ~selangorku



Iklan



Agensi Kerajaan Iktiraf Bajet Pakatan Rakyat

Posted: 11 Oct 2012 07:43 AM PDT

Kenyataan Datuk Seri Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan II yang disiarkan oleh The Sun [1] disambut baik oleh Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.

Ia mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius segala cadangan dan penyelesaian ekonomi yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat. Ini membayangkan juga bahawa keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kemampuannya merancang ekonomi negara turut dihormati dan digeruni oleh Barisan Nasional. Oleh sebab itulah, sepanjang bermulanya persidangan Parlimen sesi ini, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional lebih gemar menghabiskan masa yang diperuntukkan membahaskan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri.

Tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Datuk Seri Husni Hanadzlah sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat Pakatan Rakyat, seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.

Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salahguna kuasa berbentuk partisan, memandangkan perkara-perkara berikut:

1.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat tidak diberikan akses sama sekali kepada semua data, angka dan statistik yang diperlukan sepenuhnya untuk membuat unjuran yang membolehkan kami berdepan dengan pukulan curi seperti yang dibuat oleh Dato' Seri Husni hanadzlah

2.      Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat hanya dianggotai oleh 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan yang kecil berbanding keseluruhan jentera kerajaan

3.      Jabatan dan jentera kerajaan seperti pegawai-pegawai Perbendaharaan tidaklah boleh diarah untuk menjadi kakitangan parti pemerintah seperti Umno dalam menjawab cadangan-cadangan dasar. Tugas itu wajiblah dipikul oleh kakitangan ibupejabat Umno sendiri, seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat

Oleh yang demikian, untuk merancakkan lagi amalan demokrasi di negara ini, kami mengesyorkan supaya sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang bebas dan tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini bertanggungjawab menyediakan analisis perbelanjaan/belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus, bebas dan tepat.

Pun begitu, analisa yang dibuat oleh Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah sebagai bidasan ternyata memakan diri sendiri kerana ia mengesahkan bahawa anggaran kos yang digunakan oleh Pakatan Rakyat bagi membiayai program-program ekonominya adalah tepat.

Angka-angka anggaran kos bagi program-program Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan Perbendaharaan adalah hampir sama dengan angka-angka anggaran yang digunakan Pakatan Rakyat selama ini. Malah, angka-angka terbaru mengikut analisa Perbendaharaan dan digunakan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah jauh berbeza dengan pelbagai angka yang digunakan oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Kami merumuskan perbandingan kos ini di dalam Jadual 1 seperti berikut:

PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN PR (RM bilion)
ANGGARAN PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
Menghapuskan tol
6.0
6.0
50.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
5.0


18.5
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100

2.0

4.4
Tidak dinyatakan
Caruman Wanita Nasional
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Bonus Warga Emas
3.0
Tidak dibantah, maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak

12.5

Tidak dibantah, maknanya bersetuju

12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta

2.0


Tidak dibantah, maknanya bersetuju

8.0

Jadual 1: Perbandingan anggaran kos tahunan program-program Pakatan Rakyat

Mengambil kira bahawa Perbendaharaan telah diarahkan supaya mengkaji cadangan dasar Pakatan Rakyat dan setiap anggaran kos dengan teliti, angka-angka yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan menunjukkan bahawa ia (Perbendaharaan) bersetuju dengan anggaran kos yang dibuat oleh Pakatan Rakyat selama ini. Malah, ia juga membuktikan bahawa segala angka yang digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional selama ini adalah tidak tepat dan cubaan menakut-nakutkan rakyat semata-mata.

Jawapan kami kepada persoalan-persoalan khusus yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah adalah seperti berikut:

1. Peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan

Pakatan Rakyat telah menjelaskan bahawa kenaikan peruntukan gaji kakitangan awam sebanyak RM4 bilion atau purata 8% adalah mencukupi bagi menampung kenaikan gaji semua kakitangan awam, dengan syarat peruntukan bagi gaji ditambah dan peruntukan bagi faedah-faedah bukan kewangan berjumlah RM1 bilion disemak semula untuk menjimatkan kos.

Pakatan Rakyat percaya bahawa kenaikan peruntukan sewajarnya diagihkan terus dalam bentuk penggajian kepada kakitangan awam, bukannya tenggelam di dalam kenaikan kos bukan gaji yang disembunyikan di dalam angka besar.

Lagipun, rekod pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa tidak ada seorang pun kakitangan awam yang terpaksa diberhentikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Malah, bonus tahunan yang dinikmati di negeri-negeri seperti Selangor dan Perak adalah lebih baik berbanding bonus persekutuan.

2.      Tiada peruntukan dibuat bagi dasar-dasar tertentu

Dato' Seri Husni Hanadzlah menuduh kononnya tiada peruntukan dibuat bagi membiayai pembatalan PTPTN, penghapusan tol, Bonus Warga Emas dan pelaksanaan gaji minima RM1,100 kepada kakitangan awam.

Sebenarnya, peruntukan sepenuhnya telah dibuat di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bagi program-program, seperti yang diperincikan di dalam Jadual 2:

PROGRAM PAKATAN RAKYAT
ANGGARAN KOS (RM bilion)
Menghapuskan tol
6.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100

2.0
Caruman Wanita Nasional
3.0
Bonus Warga Emas
3.0
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak

12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta

2.0

Suntikan dana perumahan rakyat melalui Perbadanan Perumahan Negara

5.0
Elaun khas perguruan RM500 sebulan
2.4
JUMLAH
41.9

Jadual 2: Peruntukan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Peruntukan ini dibuat dengan mengambil kira bahawa potensi penjimatan dengan menghapuskan rasuah, ketirisan dan kronisme adalah besar dan mampu membiayai program-program tersebut.

Berdasarkan Belanjawan BN 2013, perbelanjaan-perbelanjaan berikut adalah perbelanjaan berbentuk perolehan, agihan melalui sistem tidak telus yang ditentukan oleh kerajaan atau pun caj hutang akibat keborosan berhutang – yang berpotensi untuk dipotong atau dijimatkan melalui pentadbiran yang telus:

JENIS PERBELANJAAN YANG DIKAWAL KERAJAAN SETIAP TAHUN
PERUNTUKAN (RM bilion)
Belanja Mengurus:
Perkhidmatan dan Bekalan
33.7
Belanja Mengurus:
Pembelian aset
1.1
Belanja Mengurus:
Caj Perkhidmatan Hutang
22.2
Belanja Mengurus:
Subsidi dan Bayaran Tetap

37.6
Belanja Mengurus:
Kos perolehan badan kerajaan melalui geran kerajaan

7.0
Belanja Mengurus:
Lain-lain
14.8
Belanja Pembangunan:
Projek, infrastruktur, suntikan dan lain-lain

50.0
Perbelanjaan perolehan, kontrak dan pelaburan oleh PETRONAS dan syarikat-syarikat kerajaan

50.0

JUMLAH
216.4

Jadual 3: Perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan

Atas sasaran penjimatan 20% ke atas semua perbelanjaan tahunan yang dikawal kerajaan persekutuan ini dengan menghapuskan pembaziran, menghentikan ketirisan dan mencegah rasuah, Pakatan Rakyat percaya potensi peruntukan yang boleh digunakan untuk membiayai program pro-rakyat adalah RM43 bilion. Jumlah ini lebih tinggi dari kos untuk menampung program-program Pakatan Rakyat yang dimasukkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 iaitu RM41.9 bilion.

Lagipun, kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa penjimatan 20% ke atas perbelanjaan kerajaan boleh dicapai. Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim misalnya telah mencatatkan penjimatan 24% atau RM106 juta bagi kontrak-kontrak kejuruteraan awam dalam tempoh 9 bulan pertama 2012.

Penjelasan panjang lebar ini selari dengan anggaran kos yang dibuat oleh Perbendaharaan mengenai program-program Pakatan Rakyat. Batu penghalang kepada pelaksanaan program-program pro-rakyat adalah keborosan dan kecenderongan Barisan Nasional bergelumang dengan rasuah.

Bagi pihak
Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB LIEW CHIN TONG
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
YB DR DZULKIFLY AHMAD
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR


11 OKTOBER 2012 




[1] "Pakatan's budget is mathematically wrong: Ahmad Husni" disiarkan 10 Oktober 2012
[2] Seperti yang digunakan Dato' Seri Husni Hanadzlah
[3] Seperti yang diulang oleh Sdr Khairy Jamaluddin dan disiarkan di dalam artikel beliau 'Where Will The Money Come From" di dalam The Edge




Iklan



Pencacai Dan Penjilat Umno Terkedu Hari Ini.. Sebab Apa?

Posted: 11 Oct 2012 06:45 AM PDT


Setelah beberapa hari pencacai-pencacai UMNO menggunakan nama George Soros untuk mengecam Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripadanya tiba-tiba hari ini mereka terkedu..

Ini berikutan pendedahan minggu lepas oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA yang disahkan oleh Malaysiakini yang mendapat pengesahan pertemuan Najib-Soros dari satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO antikerajaan.

Berikut adalah kenyataan dari pencacai-pencacai UMNO yang telah menanggung kemaluan yang besar kerana disebabkan kebodohan mereka sendiri.. Soros yang diburuk-burukkan oleh mereka sebenarnya telah ditemui oleh Najib dan Rosmah pada tahun 2010..

Beberapa pemimpin NGO hari ini enggan mengulas panjang apabila diajukan soalan berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jutawan George Soros di New York pada 2010.Antaranya, ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun yang mendakwa masih belum membaca laporan itu – yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

"Saya tidak mahu komen sebab saya tak baca blog itu. Tetapi secara umumnya, semua fakta ini datang daripada blog bahawa Soros tidak mesra dengan kita, tetapi mesra dengan pembangkang"Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi dan tidur dengan Soroslah," katanya dengan sinis apabila ditanya wartawan Malaysiakini dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, MPM juga akan terus mempertahankan Najib, institusi demokratik dan instusi raja. "Kami sebagai NGO, akan mempertahankan negara ini, Datuk Seri Najib, institusi demokratik dalam negara ini dimana Raja adalah ketua dalam perlembagaan."Kami tidak mahu campurtangan daripada mana-mana pihak," katanya lagi dalam sidang media berhubung tindakan NGO Suaram yang menimbulkan skandal pembelian kapal selam Scorpene di Perancis.

Begitu juga reaksi beberapa NGO lain yang turut hadir dalam sidang media tersebut, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa dan Kelab Wartawan Muda Malaysia.Pemimpin NGO tersebut berkata mereka masih belum membaca laporan berkenaan ~ Malaysiakini
Sungguh MEMALUKAN!!!


~asd


Iklan



Fakta Menarik USS George Washington Yang Berlabuh Di Port Klang

Posted: 11 Oct 2012 05:01 AM PDT


Pencerobohan Iraq dan Afghanistan telah melibatkan kapal ini dengan:- Melepaskan jet operasi untuk memerhati perairan Arab pada November 1997 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet untuk menyerang Iraq pada 11 Ogos 2000 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan kapal terbang pengangkut yang mengandungi 9 skuad penggempur yang mengandungi jet pejuang dalam operasi pencerobohan Iraq pada September 2002.

- Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dalam operasi pencerobohan Afghanistan dan pencerobohan Iraq.

- Pencerobohan Iraq menyebabkan 7,269 orang awam terkorban, 30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.

- Serangan di Afghanistan mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban. ~kd


Iklan


Mahathir Restu Kapal Nuklear Amerika Masuk Malaysia

Posted: 11 Oct 2012 03:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Kerajaan Umno BN pernah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di sini, dedah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.Menurutnya, perjanjian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear berlabuh di perairan negara."Kita perlu faham, kapal Amerika yang penuh dengan senjata nuklear bukan bersifat pertahanan tetapi provokatif.

"Amerika telah menghantar kapal perang mereka jauh dari sempadan negara mereka ke negara-negara Asia dan ini merupakan tindakan yang sangat provokatif."Di negara lain termasuk NATO, mereka tidak membenarkan kapal perang yang bersenjata nuklear berlabuh ke negara mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.Sebelum itu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat di bawah Perkara 18 (1) bagi mendesak sidang mesyuarat membincangkan kekerapan kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun menolak usul tersebut dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh dibahas pada sidang mesyuarat akan datang.Kamaruddin berkata, banyak kapal perang Amerika bersenjata nuklear berlabuh di perairan negara sejak Jun lalu.Antara kapal tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang diiringi kapal perang bersenjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Kelang selama lima hari bermula 7 Oktober lalu.

Beliau berkata, kapal perang Paul Hamilton pernah berlabuh di Teluk Sepanggar Sabah, pada 5 hingga 9 Oktober lalu.Pada 30 September hingga 2 Oktober lalu, dua kapal perang John Stanish dan dua kapal pembawa pesawat telah berlabuh di perairan negara ini.Menurut Kamaruddin lagi, kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika bercanggah dengan dasar luar negara yang mahu menjadikan Asia sebagai rantau bebas nuklear.

"Kita mendesak kerajaan mengambil kira dasar luar negara dan pandangan daripada rakan-rakan lain yang mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman daripada nuklear," katanya.Dalam pada itu, Johari berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai pangkalan tentera asing di rantau ini."Kehadiran mereka seolah-olah kita sedang dipantau atau ada yang tidak kena dan jelas bertentangan dengan dasar negara," katanya. ~kd


Iklan


BN Mula Takut Bajet PR.. Ini Buktinya

Posted: 11 Oct 2012 02:47 AM PDT

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) "lebih takut" dengan pengaruh dibawa oleh bajet perikatan itu sehingga sanggup membuat perbandingan khusus dan terperinci, yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam.

"Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Bajet Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri," kata Pengarah Eksekutif PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Rafizi berkata, tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Husni sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat PR seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.

"Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salah guna kuasa berbentuk partisan," katanya. ~sinar


Iklan


MP Sabak Bernam Di Perintah Jalani Hukuman Penjara Hari Ini

Posted: 11 Oct 2012 01:16 AM PDT

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
    
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
  
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan  pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
  
Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
  
"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.
  
Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
  
"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
  
"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.
  
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.
  
Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
  
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
  
Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
  
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.
  
Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu. ~bernama



Iklan


Debat Piala Perdana Menteri Bakal Di Tukar Nama Debat Piala Rosmah Mansor

Posted: 11 Oct 2012 01:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Oktober - Pertandingan debat yang dinamakan Piala Perdana Menteri sangat tidak wajar kerana tidak selari dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang mengatakan debat bukan budaya rakyat Malaysia. Pengarah Biro Mahasiswa KEADILAN, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menyifatkan perkara itu amat memalukan, walhal Najib sendiri takut berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini dangkal dan naif, Najib jadikan ia sebagai alasan untuk mengelak berdepan Ketua Pembangkang. Patut tukar saja nama pertandingan itu, atau namakan saja sempena nama Rosmah Mansor," kata Saifullah sinis.

Beliau berkata, debat kini menjadi budaya dalam masyarakat malah kajian turut menunjukkan lebih 70 peratus golongan muda mahu melihat debat antara Anwar-Najib.

"Kenapa tak mahu jadikan debat sebagai budaya? Itu perkara baik, dua pemimpin berhujah mengenai polisi, kenapa Najib takut sangat berdebat dengan Anwar?" soal Saifullah.

Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 berlangsung empat hari bermula 6 Oktober lalu dan berakhir semalam.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara bagi kategori Bahasa Melayu dan Inggeris.

Najib turut hadir menyampaikan hadiah dan berucap pada majlis penutup pertandingan itu.

Sejak tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mencabar Najib agar berdebat namun hingga kini rakyat masih kempunan kerana pelbagai alasan diberikan Perdana Menteri itu.

Terbaru, Najib turut ponteng sidang Parlimen 1 Oktober lalu bila Anwar mencabar beliau berbahas mengenai Bajet 2013. ~kd



Iklan


Pencacai Peralatkan Makcik Tua Dan Kanak-Kanak Untuk Berdemo.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 11 Oct 2012 12:23 AM PDT


Gambar-gambar ini dikirimkan oleh pembaca blog Addin. Menurut pengirim gambar ini di ambil semasa demostrasi di bangunan PKNS pada 10 Oktober 2012. Pengirim juga memaklumkan demostrasi tersebut disertai golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak.

Demostrasi ini di percayai di dalangi oleh kumpulan pembangkang di Selangor. Peserta demostrasi ini dibawa oleh 4 buah dan mengeksploitasi kumpulan wanita, warga emas dan kanak-kanak untuk agenda sempit mereka.

Menurut pengirim juga, siri-siri demostrasi di negeri Selangor di percayai untuk menekan dan membuat kacau pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Memorandum pada 10 Oktober 2012, telah diserahkan oleh Sarawanan A/L Munusamy daripada Persatuan Thiruvalluver Shah Alam, sebuah NGO yang didalangi oleh kumpulan pembangkang Selangor.













foto ~kldaily



Iklan


Kedai Rakyat 1Malaysia Jual Makanan Yang 'Expired'..

Posted: 10 Oct 2012 11:38 PM PDT


Ternyata banyak dakwaan yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual barang makanan tidak berkualiti terbukti benar. Pelbagai kes sudah dilaporkan di akhbar tempatan berkenaan produk 1 Malaysia yang tidak berkualiti sebelum ini.

Malah baru-baru ini Utusan Malaysia ada melaporkan kes 83 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar Johor yang mengalami keracunan makanan akibat mememinum susu kotak 1 Malaysia.

Terbaru salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan email mendedahkan bagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia di kawasan tempat tinggalnya menjual biskut yang sudah hampir tamat tempoh. Malah ketika artikel ini ditulis biskut tersebut sudah pun tamat tempoh.

Beliau turut mengirimkan beberapa keping gambar sebagai bukti. Rujuk gambar-gambar di bawah ini. Gambar ini diambil di salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia, KR1M yang menempatkan deretan produk biskut yang dibungkus dengan pek 1 Malaysia.

Lihat di dalam gambar di bawah, difahamkan deretan biskut-biskut yang sudah tidak laku dan hampir tamat tempoh ini dijual dan dipamerkan dalam salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia.


Persoalan yang ditimbulkan oleh pengirim, mengapakah biskut seperti ini dijual sedangkan ia tinggal sehari dua untuk tamat tempoh. Malah ia juga dijual dengan harga normal.

"Kalau saya beli hari ini, ataupun ada insan malang tak perasan terbeli biskut ini macam mana nak simpan? Takkan nak habiskan biskut dalam masa sehari?" tulis kiriman email itu lagi.

Jika anda biasa ke pasaraya besar seperti Tesco, biasanya produk yang hampir tamat tempoh seperti ini akan diletakkan di satu ruangan "reduce to clear" (harga murah untuk penghabisan stok). Namun produk ini nampaknya dijual pada harga normal. ~milosuam


Addin :

Menteri makan sedap.. rakyat makan barang expired.. "Janji Di Capati"



Iklan


Tiba-Tiba Lidah Shahrizat Jalil Jadi Kelu..

Posted: 10 Oct 2012 11:17 PM PDT

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya."Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?," soal Ranjit."Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?," soal Ranjit lagi.

Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya."Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?" soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab "Tidak".Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia. ~kd





Iklan


Bergema Laungan Royalti Hak Kelantan Di Stadium Muhammad IV

Posted: 10 Oct 2012 08:26 PM PDT


Bergema Royalti Hak Kelantan bergema di Stadium Sultan Muhammad ke IV ketika perlawanan suku akhir Kelantan VS Selangor yang lalu.

Tahniah kepada rakyat Kelantan terutama NGO R yang begitu komited dan bersungguh sungguh memperjuangkan hak rakyat Kelantan.

Moga jadi realiti..

Artikel seterusnya di sini.


Iklan


Rupanya Najib Pernah Bertemu George Soros Secara Rahsia

Posted: 10 Oct 2012 08:04 PM PDT

Perdana Menteri, Najib Altantuya rupanya telah bertemu dengan spekulator matawang berbangsa Yahudi, George Soros dalam sebuah pertemuan tertutup di sebuah hotel mewah, Plaza Hotel (gambar bawah) di New York, Amerika Syarikat dua tahun lalu.Pertemuan rahsia tersebut diadakan semasa Najib Altantuya tiba untuk menyampaikan ucapan sulung sebagai perdana menteri di mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kotaraya yang sama.

Maklumat tersebut didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang memetik sumber yang rapat dengan pertemuanntersebut semasa berdebat dengan bekas ahli KEADILAN yang kini Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim minggu lalu.

Hotel tersebut yang terletak di pusat kewangan sibuk Manhattan merupakan tempat pertemuan pertama Najib Altantuya dengan Soros yang turut dihadiri beberapa menteri kanan kabinet, berlangsung pada 27 September 2010.Belum dapat dipastikan pertemuan tersebut diatur sebelum atau selepas Najib Altantuya menyampaikan ucapan bertajuk 'Global Movement of Moderates' di persidangan tahunan tersebut.


Tetapi sumber memberitahu bahawa selepas Najib Altantuya mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon, dia terus mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang antarabangsa yang dituduh bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebagai dalang krisis kewangan Asia pada 1997-98.

Ini jelas membuktikan tuduhan Umno kononnya NGO yang pro-Pakatan Rakyat menerima bantuan kewangan dari spekulator tersebut meleset sama sekali seperti yang didakwa Mahathir beberapa hari lalu."Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis Mahathir dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.Empat hari kemudiannya, Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa. ~jalanpulang/mpr



Iklan


Tamparan Buat Najib, Ahli Parlimen BN Tolak AES

Posted: 10 Oct 2012 06:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata

"Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.

"Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan," katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat.

"Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat.

"Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini," katanya.

Papan tanda amaran

Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati.

AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. ~fmt


Iklan


Demo Air Taman Medan Lakonan Semata-Mata.. Pencacai Kantoi Lagi

Posted: 10 Oct 2012 04:46 PM PDT


SHAH ALAM, 11 OKT - Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas.

Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.

Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma.

Penduduk yang duduk di flat yang mengatakan mewakili 3,000 orang sebenarnya hanya ada lebih 1,000 orang dan semua mereka dari blok dari A hingga H sudah menerima potongan rebat air daripada SPNB.

"Tuntutan mereka itu hanya berbaur politik kerana ia jelas mereka sudah mendapat perkhidmatan itu tetapi mendakwa kononnya tidak dapat," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengulas laporan media mengenai demonstrasi sebahagian penduduk di flat itu Ahad lalu yang mendakwa tidak mendapat air percuma 20 metre padu.

Beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu telah digunakan demi kepentingan politik Umno-BN.

"Saya mempunyai dokumen daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang mengatakan mereka sudah mendapat rebat itu dari Julai lepas atau mungkin lebih awal dari itu," katanya. ~selangorku



Iklan


Tiada ulasan: