Khamis, 11 Oktober 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Cerita KB : Pasar Tani / Malam Taman Bendahara

Posted: 10 Oct 2012 10:25 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Lama dah gua nak suarakan benda ni. Tapi sebab cadangnya nak tulis dalam kategori berat, bergambar dan sebagainya, menyebabkan gua mencari masa luang.
Last2, tak jadi tulis secara itu. Balik dari Taman Bendahara tadi, gua terus tulis lah.

[2]
Gua tak tahu peranan siapa, sama ada Ahli Majlis atau Perancang Bandar, tapi di Kelantan, pemikir terhadap tajuk ini seolah2 mandul. Mungkin kerana Ahli Majlisnya adalah lantikan politik yang tidak boleh dicabar (selesa).

Taman Bendahara yang menempatkan Pasaraya Pantai Timur, UMK, restoran segera ternama itu, terdapat tapak pasar malam / tani. Bermakna 2 jenis pasar dlm seminggu.

[3]
Keseluruhan kawasan Taman Bendahara itu tidak 'hidup' secara seimbang. Di bahagian depan di mana Pasaraya, UMK hidup. Tetapi di belakangnya mati.
Yang menjadi peliknya, berpuluh2 tahun keadaan itu menjadi begitu, tidakkah Majlis Bandaraya memikirkan jalan penyelesaian? Itu salah satu sebab.

[4]
Gua berpendapat Pasar Malam, Pasar Tani dan pusat naik bas Mutiara dialihkan di kawasan mati belakang sana.

Mari kita senaraikan kebaikan jika ianya dilakukan :

I. Kegiatan / kehidupan ekonomi lebih seimbang di Taman Bendahara.

II. Kesesakan jalan kawasan depan dihindarkan. Memberi keselesaan dan keselamatan dengan jalan utama hindar sesak. Kawasan mati sunyi dihidupkan.

III. Di negeri UMNO gua (N9) pasar malam diharamkan dibuat atas jalan utama. Hanya di atas jalan sampingan. Di Kelantan dalam pengetahuan gua, 2 pasar malam atas jalan utama. Padang Tembak dan Taman Bendahara.

IV. Kedaan semakin kritikal apabila McD dibuka di kawasan depan. Bertembung pula dengan pasar tani dan pasar malam.

V. Apabila musim hujan di mana kawasan depan 100% pasti dinaiki air. Di situlah pasar malam atau tani. Di situlah org awam mahu mencari parking. Di situlah laluan keselamatan pelajar UMK.

[5]
Untuk menyelesaikan perkara ini secara punca sebenar, memang pilihanraya Majlis Tempatan perlu diadakan. Supaya orang yang memegang amanah adalah orang yang tidak rasa selamat dengan jawatan. Cumanya, kena dapatkan Malaysia Baru dulu lah. Supaya fokus.

Cumanya, untuk cerita KB kali ini, diharapkan Pasar Malam / Tani dan Bas Mutiara dapat dipindahkan ke kawasan belakang yang hanya 100 meter dari kawasan depan.

Wallahualam.

Tiada ulasan: