shalehudin |
- PANAS: Kelaku MAHA BODOH abad ini...
- Artis Ramlah Ram diugut...
- Dia ni memang jenih tak tau malu...
- Sedap betoi Saifudin TIBAI bajet Najib [TENGOK]
- Rupanya ni la hasil usaha Amno selama neh
- Zahid bagi bola tanggung, Tukar Tiub kasi libas [Part II]
- Utusan buang ego takut bangkrup...
- Rupanya, ni la senarai bangang Umno... [BACA]
- Owhh Amy!! Gua no komen la derr... hehe...
PANAS: Kelaku MAHA BODOH abad ini... Posted: 10 Oct 2012 09:00 AM PDT Tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno-BN bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu. Tindakan menimbulkan konflik atau pergeseran antara ahli dalam PKR Selangor ini adalah satu tindakan MAHA BODOH abad ini yang dilakukan oleh ahli-ahli PKR Selangor. Dikala kita semakin menghampiri pilihanraya, timbul gesaan agar seorang ahli PKR dipecat hanya kerana beliau mengkritik seorang pemimpin tertinggi parti. Adakah pemimpin tersebut terlalu maksum bagi mereka hinggakan pemimpin tersebut tidak boleh dikritik? Kalau nak bodekpun sekalipun janganlah sampai membunuh kawan... Aku tahu bukan kerana Faekah kritik Azmin sebabnya Ahli PKR Selangor mahu beliau dipecat.. tapi ada sebab lain.. Sepatutnya dalam keadaan ini kita menghargai semua ahli yang kita ada kerana setiap undi kepada kita adalah amat berharga semasa Pilihanraya.. Lebih baik Ahli-ahli PKR Selangor menumpukan tenaga dalam menghadapi UMNO/BN di Selangor bukannya bercakaran sesama sendiri yang akhirnya menimbulkan perpecahan dalam parti dan melemahkan kita sendiri.. Mungkin Ahli-ahli PKR Selangor terlalu yakin bahawa Selangor dapat dipertahankan mereka, oleh itu mereka selesa dengan keadaan jadi tak perlu bekerja keras untuk menang.. Tapi korang perlu tahu.. bahawa sasaran utama UMNO/BN ialah rampas Selangor.. walau apa jua rintangan UMNO perlu merampas kembali Selangor.. untuk survival mereka.. By the way.. ni khas buat Ahli-ahli PKR Selangor jangan kata korang dah kuat sangat sedara-sedara.. kebanyakkan tempat korang baru menang sekali saja.. kami di Permatang Pauh ni dah berapa kali lalui Pilihanraya.. kami tak pernah kalah.. sebab apa? Sebab kami tak BODOH macam korang!!! (Pak Karamu) Isu Faekah: CheguBard gesa hindar konflik PETALING JAYA: Disebalik desakan berterusan agar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin meletakkan jawatannya, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain tampil membuat gesaan agar konflik itu dihentikan segera. Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard berkata tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno- Barisan Nasional (BN) bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu. Beliau berkata pimpinan parti yang terlibat tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan isu sedemikian, malah beliau turut menyatakan kegusaran berhubung hal tersebut. "Siapa yang cakap tidak penting, tapi jangan bergaduh di media, guna twitter dan sebagainya. Saya gusar bila ada pimpinan besar buat contoh dan beri komen di laman sosial sehingga ahli lain pun akan turut serta. "Maka tiba masa hentikan semua kerja ini dan tumpu untuk menguatkan Selangor dengan cara pentadbiran yang baik. Tidak perlu kecoh tentang hal ini kerana masa terbaik adalah untuk diam," kata CheguBard memberi nasihat.Semalam PKR Selangor yang diketuai Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Borhan Aman Shah mahu parti mengambil tindakan tegas terhadap Faekah termasuk dipecat serta merta. Borhan dalam sidang media semalam mahu PKR berbuat demikian kerana Faekah sebelum ini secara terbuka mengkritik Azmin yang cuba campur tangan mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Manakala Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor pula menyerahkan sepenuhnya konflik pemecatan Faekah Husin kepada PKR Pusat untuk dipertimbangkan. Dalam pada itu, Faekah gagal dihubungi sehingga kini untuk mendapatkan ulasan selanjutnya. Beliau difahamkan diarah menutup mulut dari memberi sebarang kenyataan berhubung hal ini. Desakan seperti bukan baru untuk Faekah memandangkan sebelum ini wujud satu gerakan kempen melalui laman sosial Twitter dengan #kamisayangPKR dan #PecatFaekah wujud untuk memberi tekanan kepada Faekah agar berundur dari posisinya kini.- FMT |
Posted: 10 Oct 2012 08:45 AM PDT Ramlah Ram Diugut Selepas Akaun Facebook, Twitter Digodam PETALING JAYA: Penjenayah siber berjaya menggodam beberapa laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram sehingga meletakkan status serta mesej berbaur ugutan terhadap penyanyi itu dan juga beberapa artis lain. Presiden Kelab Peminat Ramlah Ram Group (RRG), Idmiszal Soaid berkata, dia menyedari perkara itu pada pagi Sabtu lalu apabila terbaca di sebuah blog yang mengatakan laman Twitter milik Ramlah digodam. "Tidak lama kemudian iaitu pada pukul 3 petang hari yang sama penggodam itu menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter Ramlah yang ingin memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel dan akaun YouTube. Individu yang menamakan dirinya sebagai 'Force Encryption' sengaja menggunakan wajah orang lain untuk menggodam laman sosial Ramlah Ram. "Lebih menakutkan apabila penggodam mengugut (di Facebook) mahu menggodam telefon bimbit serta komputer riba Ramlah bertujuan untuk mendedahkan foto-foto peribadi miliknya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Selasa.Tambah Idmiszal, Ramlah yang baru pulang dari Terengganu pada malam Sabtu lalu terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 1 pagi (Ahad) selepas mendapat tahu kejadian tersebut. Malah, sebagai langkah keselamatan, Ramlah bertindak menghubungi beberapa bank bagi menyekat akaun-akaunnya agar segala urusan dihentikan buat sementara waktu. Status menerusi akaun Twitter ini bukan tulisan Ramlah Ram kerana ia sudah dicerobohi individu tidak bertanggungjawab. "Selain Ramlah, saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan dua orang ahli RRG membuat laporan serupa di Taman Pelangi, Johor kerana akaun laman sosial kami juga digodam. "Malah penggodam itu telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan dia tidak sukakan sebarang promosi yang berkaitan Ramlah. Peliknya, orang yang menghantar mesej itu daripada seorang lelaki negara luar. "Dia siap ugut mahu menggodam laman sosial artis-artis lain pula seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura," ujarnya.Ditanya keadaan Ramlah, Idmiszal berkata, penyanyi itu menjadi fobia sehingga dia tidak berani untuk menjawab sebarang panggilan telefon. "Dia masih lagi fobia tambahan pula pelbagai ugutan yang diterima. Begitu juga dengan kami, takut juga apabila ada yang cuba dengki mahu menjatuhkan reputasi Ramlah. "Tambah pula dia album barunya iaitu Aspirasi Cinta akan dipasarkan pada Jumaat ini yang diterbitkan sendiri oleh RRG. Saya takut ada yang tidak senang hati," ujarnyaSementara itu Ramlah Ram yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon bagi mengulas kejadian tersebut.- mStar |
Dia ni memang jenih tak tau malu... Posted: 10 Oct 2012 07:55 AM PDT Shahrizat tidak malu dengan kegagalan NFCorp KUALA LUMPUR, 10 Okt — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata beliau tidak malu dengan kegagalan Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang dimiliki oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menjalankan Pusat Fidlot Nasional (NFC). Ketika soal balas tentang kes fitnah dua ahli PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Rafizi Ramli hari ini, peguam Rafizi, Ranjit Singh bertanya adakah Shahrizat merasa malu apabila membaca laporan 2010 dari Ketua Audit Negara tentang NFCorp tidak memenuhi keperluan yang dimahukan oleh kerajaan. Beliau menjawab: "Tidak, ia tidak merujuk kepada syarikat suami saya."Ranjit kemudiannya membaca laporan tersebut bahawa NFCorp tidak memenuhi kehendak kontrak dalam projek tersebut, tetapi Shahrizat sekali lagi membantah soalan Ranjit. "Ya, tapi biar saya terangkan bahawa Ketua Audit Negara hanya merujuk kepada projek fidlot nasional. Dia tidak ada kuasa untuk mengaudit syarikat swasta," katanya lagi.Shahrizat juga mengaku bahawa beliau tidak tahu bagaimana NFCorp memperoleh pendapatannya. "Saya tidak tahu, itu adalah entiti syarikat. Saya tidak tahu apa rancangan mereka," katanya lagi.Apabila peguambela bertanya tentang siapa yang menguruskan program fidlot, Shahrizat berkata beliau tidak tahu. "Anda perlu bertanya dengan menteri pertanian," katanya lagi.NFCorp dimiliki oleh Mohamad Salleh dan tiga orang anaknya. Anak sulungnya, Wan Shahinur Izmir turut hadir untuk perbicaraan yang dihakimi oleh hakim mahkamah tinggi Vazeer Alam Mydin Meera. Shahrizat yang menyaman Rafizi dan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin telah diwakili oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah tidak hadir pagi ini. Pada 12 Mei, Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah dalam Mahkamah Sesyen kerana dua kesalahan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam NFCorp dengan membeli dua unit kondominium. Rafizi, yang mendedahkan skandal tersebut, telah didakwa dengan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan dokumen bank yang melibatkan NFCorp. Kedua-dua mereka boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara tiga tahun jika didapati bersalah.- TMI |
Sedap betoi Saifudin TIBAI bajet Najib [TENGOK] Posted: 10 Oct 2012 06:12 AM PDT |
Rupanya ni la hasil usaha Amno selama neh Posted: 10 Oct 2012 05:07 AM PDT Inilah hasil usaha tanpa mengenal penat lelah... Parti ketuanan Melayu, Umno dan Barisan Nasional... Hutang rakyat di tuntut sampai kelubang cacing... Hutang kroni ratusan juta, dihapus macam tu saja... Megah la hampa kerana bertanggungjawab... Mengangkat budaya sampah bermaharajalela... Menyesal kemudian tiada berguna... Bila bini dijaga dan kroni dibela... Tinggal rakyat ja yang dapat gula-gula... |
Zahid bagi bola tanggung, Tukar Tiub kasi libas [Part II] Posted: 10 Oct 2012 02:52 AM PDT TOLONG JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU ZAHID : MALAYISA TAK KAN DIJADIKAN PANGKALAN TENTERA ASING - m'kini Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing, justeru rakyat tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut. "Lawatan muhibah tentera laut dari negara-negara sahabat jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik. "Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pihak," katanya..Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menerusi portal berita Keadilan Daily, yang menggesa kerajaan BN tidak menjadikan Malaysia sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini. Mahfuz merujuk kepada kehadiran kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang pada hari Ahad dan dilaporkan persinggahan sulung selama lima hari itu bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... INI BIOL PUNYA HUJAH.... kah kah kah.. kah kah kah... BILA KAPAL ITU BERLABUH.... MAKNAYA BAWA DUITLAA MASUK... kah kah kah.. kah kah kah... SOLJAR AMERIKA MELANGGAN LENDIR... INI BAWA DUIT... kah kah kah.. kah kah kah... SOLJAR AMERIKA SEWA HOTEL ... INI BAWA DUIT... kah kah kah.. kah kah kah... KAPAL INI BUAT JAMUAN... INI BAWA DUIT... kah kah kah.. woit... NAK BAWA DUIT INI BUKAN HANYA CARA SOROS SAHAJA..... kah kah kah.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... TAK PERLU BUAT PENGKALAN.... kah kah kah.. kah kah kah... DATANG REPAIR... DATANG BUANG LENDIR ..PUN SUDAH CUKUP... kah kah kah.. woit... TOLONGLAA JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU...kah kah kah.. kah kah kah... ORANG MELAYU INI DAH RAMAI BODOH.... kah kah kah - Bro TT |
Utusan buang ego takut bangkrup... Posted: 10 Oct 2012 01:42 AM PDT TANDA UTUSAN NAK BANKRAP!!! Terpaksa minta maaf kerana banyak kalah saman, surat khabar pun tak laku Pasal apa, tiba-tiba Utusan Malaysia minta maaf, mungkin kerana faktor kewangan kerana Utusan telah banyak kali kalah dalam saman malu terutama kes Lawan Lim Guan Eng bukan sikit jumlah harus dibayar ratusan ribu. Dalam kes saman YB Teresa Kok keatas Utusan terang-terang UM membuat fitnah jadi untuk mengelak dari kalah dalam kes saman ini tentunya denda ratusan ribu ringgit Utusan terpaksa menarik kes ini dengan menyelesaikan dengan penyaman. Kita tahu Utusan terus merosot tiada keuntungan lagi semenjak akhir-akhir ini untuk mengelak dari bangkrap tentu lebih baik mohon maaf sahaja....... p/s: Tak habis-habis dengan fitnah, memutar belit berita demi survival Umno. Itulah Utusan Malaysia yang kini popular dengan akhbar pecacai Umno tegar, pemfitnah nombor satu setelah beberapa siri saman fitnah yang telah dimenangi ramai ikon politik terutamanya dibarisan Pakatan Rakyat. Nampaknya, media penjilat Umno neh tak serik-serik buat hal dan tak kira masa dan siapa! Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia terpaksa merafak sembah dan memohon maaf pada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim. Ini semua kerana fitnah dari akhbar penjilat Umno ni la yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ'.- (...) |
Rupanya, ni la senarai bangang Umno... [BACA] Posted: 09 Oct 2012 11:58 PM PDT |
Owhh Amy!! Gua no komen la derr... hehe... Posted: 09 Oct 2012 03:00 PM PDT Amy Search Amy Search Kesal Anak Pakai Seksi KUALA LUMPUR: Penyanyi rock Amy (Search) kesal dengan penampilan anaknya, Nabila Huda yang terlalu mendedahkan pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, dia tidak suka Nabila berpakaian gaun hitam yang mendedahkan sebahagian dada dan perutnya. "Seperti bapa-bapa lain, saya tidak akan bersetuju dan suka jika anaknya berpenampilan begitu. "Sebab itu, semasa Nabila menjadi penyampai anugerah bersama Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah sudah ditutup dengan sehelai kainm" katanya kepada akhbar Kosmo. Nabila Huda Tambah Amy, sebagai seorang artis yang sudah lama dalam industri, Nabila seharusnya pandai membawa diri. "Dia sudah cukup dewasa dan boleh berfikir sendiri. Jangan bagi sedikit pun ruang kepada orang untuk mengata dan menjatuhkan kita," tegasnya.Sementara itu, Nabila meminta maaf kepada semua pihak kerana berpakaian seksi pada malam berkenaan. "Saya minta maaf kepada semua pihak sekirangnya fesyen tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dan saya bertanggungjawab," katanya.Beritahu Nabila lagi, kerana mahu menjaga perasaan dan sensitiviti masyarakat, dia menutup bahagian dada dan perut yang terdedah dengan sehelai kain sewaku muncul sebagai penyampai anugerah.- mStar |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan