Rabu, 10 Oktober 2012

Addin

Addin


Gambar Tak Senonoh Tamrin Tun Ghaffar Baba Mula Tersebar

Posted: 10 Oct 2012 09:23 AM PDT


Ini adalah poster provokasi melampau yang mula tersebar di Melaka. Poster ini telah di kesan di kawasan sekitar Bukit Katil, Melaka. Poster yang tertera perkataan yang tidak senonoh ini memburukkan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghaffar Baba.

Gambar yang telah di ubahsuai menyerupai khinzir dan tertulis dengan perkataan yang kesat merupakan provokasi yang keterlaluan.

Menurut salah seorang penduduk di sekitar Bukit Katil, beliau menjumpai gambar tersebut di dalam motosikal selepas daripada kuliah subuh di sebuah surau.

Provokasi dipercayai dibuat kerana tidak berpuashati dengan tindakan Tamrin yang telah keluar daripada Umno. Tamrin juga menyeru masyarakat di Melaka meninggalkan Umno kerana sudah tidak relevan kepada orang Melayu. Umno hanya memperjuangkan temolok kroni-kroni mereka sahaja.


Sumber


Iklan


Rupanya Sebab Nih Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di UMP Di Batalkan

Posted: 10 Oct 2012 03:45 AM PDT


Sebelum ini berlaku di Kuala Kangsar.. Di saat akhir, pihak berkuasa tempatan tidak meluluskan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.  Terpaksalah pihak penganjur, mengalih lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus ke lokasi yang lain (rujuk sini).

Dan kini kejadian tersebut berulang kembali, UMP membatalkan ceramah Ustaz Azhar Idrus sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang pada 10 Oktober 2012. Alasan ceramah tersebut di batalkan tidak pula di ketahui.

Namun, ramai mempercayai campur tangan pihak atasan yang menggagalkan ceramah ini. Sudah pasti, pihak atasan takut akan populariti Ustaz Azhar Idrus yang condong pada PAS akan mempengaruhi golongan pelajar. Sudah tentu, sekiranya rakyat faham agama Umno BN akan kehilangan sokongan dan kuasa.


Ceramah Ustaz Azhar di UMP dibatal, hiburan diteruskan

Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di adakan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang, Pahang pada hari ini (10 October 2012) telah pun dibatalkan..

Ianya dipercayai ada penglibatan tangan-tangan ghaib yang terdiri dari spesis "syaitan yang dikenali",itu sebabnya tangan mereka boleh ghaib...

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kumpulan Utusan Malaysia buat julung-julung kalinya bekerjasama menganjurkan Expoconvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen UMP ketujuh yang akan diadakan di kampus universiti itu di Gambang dan Pekan dekat sini, bermula pada 6 Oktober ~ 14 Oktober ini.

Walaupun ceramah ilmu agama dibatalkan atas arahan "pihak atasan" namun majlis hiburan tetap diteruskan seperti yang dirancang...

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin berkata pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Ainan Tasneem; Kumpulan Hijjaz, Khalifah; Nash; Rosma (AF1) dan Shuib Sepah.

Kita sedia maklum..
syaitan memang tak suka dengar ceramah agama ni...
dan yang ini pula digelar Tun M sebagai "Syaitan yang dikenali" ,memang kira adik beradik le tu..

Lihat video pengumuman Ustaz Azhar Idrus sendiri mengenai pembatalan di sini.

Akhir zaman.. nak kata apa... ~demolonie


Iklan


Kisah Sebenar Di Sebalik Mat Sabu Di Pukul, Pencacai Umno Kantoi Lagi!!

Posted: 09 Oct 2012 11:42 PM PDT


GEORGETOWN - "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."

(Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)

Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.

Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.

Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.

Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.

"Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru.

"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.

Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya.

Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ.

Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.

"Blog pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.

Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.

Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.

Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP. ~harakahdaily




Iklan


Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin Di Dakwa Salah Laku, Di Senarai Hitamkan Oleh PKNS

Posted: 09 Oct 2012 10:47 PM PDT

PETALING JAYA -  Presiden Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang kerapkali membongkar pelbagai dakwaan kononnya berlaku penyelewengan di negeri Selangor kini didakwa pula melakukan penyelewengan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Khairuddin ini pernah melakukan penyelewengan ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Penyelaras Bersama SAMM Selangor Azhar Achil mendakwa penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.

"Walaupun kononnya Hamidzun telah membayar semula wang selepas itu setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan suatu kesalahan," kata Azhar dalam satu kenyataan media.

Beliau selaku penyelaras SAMM Selangor membuat laporan polis di IPD Sabak Bernam semalam ke atas kewujudan dua dokumen yang menyatakan penyelewengan yang dilakukan Hamidzun.

Menurutnya, Hamidzun ialah rakan kongsi dalam syarikat peguam Zamri Ibrahim & Co. yang telah menyeleweng wang ketika menjadi panel peguam PKNS.

"Satu siasatan harus dilakukan dan jika benar perkara ini berlaku beliau seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas telah menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya itu," kata Azhar. ~freemalaysiatoday




Iklan


Hanya Kerana Rosmah, Kedutaan Malaysia Di Qatar Terpaksa Tutup 3 Hari

Posted: 09 Oct 2012 08:43 PM PDT

DOHA, Qatar: Kedutaan Malaysia di Doha ditutup kepada orang ramai selama tiga hari, Isnin hingga Rabu, ekoran lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negara itu.

Makluman penutupan itu dibuat melalui pekeliling yang dikeluarkan oleh pejabat kedutaan itu menerusi Persatuan Malaysia Qatar (MAQ).

Menurut sumber Harakahdaily di Doha, inilah pertama kali maklumat pejabat kedutaan ditutup dibuat demi untuk melayan tetamu negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong pernah melawat Qatar namun tidak ada pengumuman seumpama itu dibuat.

Menurut Bernama, Rosmah Mansor mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Qatar, Sheikha Noor di Al-Wajba Palace, kediaman rasmi Perdana Menteri Qatar di sini 8 Oktober.

Pertemuan Rosmah dan Sheikha Noor yang berlangsung kira-kira 15 minit dan diikuti jamuan tengah hari itu turut disertai lapan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta isteri Duta Malaysia ke Qatar, Abariah Jazri.

Rosmah tiba di sini petang Ahad bagi menghadiri Forum Pelabur Asia 2012 (IIF)).

Terdapat 4,600 rakyat Malaysia di Qatar yang terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan pekerja serta keluarga mereka.

Ekoran pengumuman itu, mereka sangat terkejut kerana tidak ada pengumuman penutup kedutaan dibuat walaupun ketika Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agung melawat negara itu.

Penutupan ini bagi mereka sangat menyusahkan dan yang melecehkan mereka adalah ia ditutup kerana lawatan isteri Perdana Menteri sahaja.

"Kalau ditutup kerana nak layan Yang Dipertuan Agung ke, PM ke, kita fahamlah. Tetapi tutup kerana isteri PM, lecehlah," kata sumber itu kepada Harakahdaily. ~harakahdaily



Iklan


Ust. Nasha Sokong Ali Rustam?

Posted: 09 Oct 2012 07:24 PM PDT

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, menjadi hak Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk mengadakan kenduri perkahwinan secara besar-besaran.

"Kalau rezeki banyak, buat kenduri yang besar, itu hak dialah. Mungkin dia penjawat awam dan yang hadir dalam 130,000 orang. Itu yang jadi isu," katanya pada sidang media selepas pembentangan kertas kerja di seminar dakwah nasional hari ini.

Sebelum ini, perkahwinan anak lelaki Mohd Ali menjadi kontroversi apabila dihadiri seramai 130,000 dan dimasukkan di dalam Malaysia Book of Record.

Majlis perkahwinan itu juga menurut Ali menelan belanja sehingga RM600,000.

Bagaimanapun, Nasharuddin berkata, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya difahamkan SPRM mula nak masuk.  Kalau SPRM nak buat kerja dia, biar SPRM buat kerjalah," katanya. ~malaysiakini


Iklan


Ust. Nasha Buat Onar Lagi..

Posted: 09 Oct 2012 07:23 PM PDT


Ustaz Nasha buat onar lagi.. Dalam persediaan Pas dan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 13, Ustaz Nasha bersuara lagi. Suara beliau yang mirip keUmnoan sekarang nampaknya lebih galak. Beliau secara tak langsung telah mempertikaikan keputusan majlis syura dalam kenyataan beliau semalam. 

Beliau secara lantang telah mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Addin sebagai ahli bawahan berharap pimpinan tertinggi Pas mengambil tindakan lebih tegas terhadap Ustaz Nasha. Makin jelas, tindakan-tindakan beliau kebelakangan ini telah mencampakkan Pas dalam fitnah.

Memang agak sukar untuk pimpinan dalam Pas untuk membuat keputusan dalam isu sebegini, namun Addin percaya setiap keputusan yang pahit akan ada manis di hujungnya..


'Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir'
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mendakwa, seorang pemimpin parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
"Saya pernah tanya soalan pada seorang pimpinan PAS sebanyak dua kali. Pernah tak dalam sejarah kegemilangan Islam bermula pada zaman Rasulullah sehingga saat soalan saya tanya, kemenangan Islam itu dibantu oleh orang kafir?

"Dua kali dia jawab tak pernah dan tak akan berlaku. (Jadi) kemenangan Islam itu hanya dibantu oleh umat Islam itu sendiri," katanya tanpa menamakan pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu.

Beliau mengulas demikian ketika membentangkan kertas kerjanya pada Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.

Dalam pembentangan itu, Nasharuddin Mat Isa membangkitkan persoalan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama (marriage of convenience) dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi".
"Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?," soalnya.

Dalam sidang media selepas itu, Nasharuddin juga berkata, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin mengenai kenyataannya berhubung kerjasama antara PAS dan DAP.

"Jadi tindakan daripada parti terpulanglah. Ya (bersedia jawatan dilucutkan). Bagi saya Islam itu yang harus dipertahankan, keahlian perkara nombor dua," katanya.
Beliau turut mengulangi bahawa pendiriannya amat jelas dan akan mengutamakan agama Islam berbanding menjadi ahli PAS.

Bagaimanapun, MP Bachok itu berkata beliau buat masa ini masih belum merancang untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.

"Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya.~malaysiakini


Berikut kenyataan balas YB. Dato' Mahfuz Omar, naib Presiden Pas berkenaan kenyataan Ustaz Nasha..



Mahfuz : 'Nasha telah cabar keputusan Majlis Syura'
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini."

Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin."

Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu. ~sinar


Iklan


Tuan Guru Nik Aziz Terharu Dikunjungi Nazri Aziz

Posted: 09 Oct 2012 05:51 PM PDT


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang sering kali mengunjunginya setiap kali ke Kelantan.

Menurutnya, Nazri Aziz satu-satunya menteri yang kerap mengunjunginya setiap kali datang ke Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas pertemuannya dengan menteri itu, di pejabatnya pagi tadi.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas menteri lain yang langsung tidak berkunjung ke pejabatnya selaku tuan rumah untuk bertanya khabar atau berbincang masaalah rakyat.

"Tindakan ini seolah-olah menafikan hak dalam demokrasi yang diamalkan dalam negara kita, apa salahnya datang dan bertanya khabar,"ujarnya.

Sebelum ini, bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kebudayaan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukim adalah antara menteri dan timbalan menteri yang pernah menziarahi Tuan Guru.

Sementara itu, Tuan Guru turut menyatakan kerajaan Pusat berjanji akan menyelesaikan segera pembinaan tebatan banjir di Sungai Golok.

Katanya, sebanyak RM6 bilion bakal diperuntukkan untuk kemudahan itu.

"Saya ucapkan terima kasih banyak, moga ianya akan menjadi kenyataan," ujarnya lagi.

Pertemuan mereka yang memakan masa selama 40 minit berkisar kepada masalah banjir yang sering melanda Kelantan khususnya musim tengkujuh. ~harakahdaily



Iklan



Tiada ulasan: