Rabu, 10 Oktober 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gambar Tamrin bertukar menjadi babi disebar!!

Posted: 10 Oct 2012 06:00 AM PDT

Ini adalah poster yang disebarkan di Melaka, poster ini telah di kesan di kawasan sekitar Bukit Katil.

Poster yang tertera perkataan yang kurang ajar ini memburuk-burukkan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghaffar Baba.

Gambar yang telah di edit menyerupai khinzir dan tertulis dengan perkataan yang kesat merupakan penghinaan yang keterlaluan.

Menurut salah seorang penduduk di sekitar Bukit Katil, beliau menjumpai gambar tersebut di dalam motosikal selepas daripada kuliah subuh di sebuah surau.

Penghinaan ini dipercayai dilakukan kerana perasaan tidak berpuashati dengan tindakan Tamrin yang telah keluar daripada Umno.

Tamrin juga menyeru masyarakat di Melaka meninggalkan Umno kerana sudah tidak relevan kepada orang Melayu. Umno hanya memperjuangkan temolok kroni-kroni mereka sahaja.

Kerja siapa agaknya ya??


~ Sumber

Mak Aih!! Garangnya MB Negeri Sembilan ni..

Posted: 10 Oct 2012 01:05 AM PDT

Selama ni kami agak kagum jugaklah dengan Mohamad Hasan aka MBN9. Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang oleh ahli parti sendiri, dikritik ahli komponen BN, termasuk 'serangan' bertali arus pembangkang, namun Mad Hasan tetap nampak cool…tak mudah melatah. Sekali imbas…ado tokohlah sebagai pemimpin.

2. Akan tetapi peristiwa yang baru berlaku Sabtu lalu, 6 Oktober 2012, sedikit mencalar kewibawaan Mad Hasan pada pandangan kami. Hilang terus macho. Rupo eh tak bulih pakai jugak mamat ni.

3. Sabtu lepas, Mad Hasan turun meninjau Projek Penaiktarafan di Jalan Loop (Jalan Tok Ungku), Seremban. Projek inilah sebelumnya heboh Mad Hasan dah anugerahkan pada Shahrul Ehsan aka Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, yang juga dikenali umum sebagai salah seorang balaci belaan MBN9. Kok ado yang masih bolun tau namo syarikat yang Shahrul guno untuk sakau projek tersebut ialah Kenali Dedikasi Sdn Bhd. Dedikasi sangatlah konon eh tu…

4. Nak dijadikan cerita, telah berlakulah satu insiden yang agak kelakar masa lawatan Mad Hasan tu. Tetapi apa yang ingin kami fokuskan melalui insiden tersebut ialah bagaimana Mad Hasan sebagai pemimpin nombor wahid di N9, melayan serta bereaksi secara langsung terhadap karenah rakyat.

5. Dalam sesi lawatan tersebut, banyak jugaklah perihal yang ditinjau oleh Mad Hasan. Longkang dio pi skodeng, tepi jalan dio pi skodeng, kodai tepi jalan pun dio pi skodeng; dan semestinyolah dalam aktiviti skodeng mengodeng tu, ramai pembodek yang turut samo mengekor Mad Hasan di sepanjang sesi lawatan. Al-maklumlah…pemimpin tertinggi negeri turun padang la katokan.

6. Tongah dok syok rombongan lawatan tu menyambey-nyambey, tak semena-mena datang seorang Benggali terus menegur Mad Hasan. Bila diteliti biji butir cakap Benggali tu, seolah dio cubo nak 'sekolahkan' Mad Hasan. Panjang berjelo Benggali tu membebel tentang bagaimana Projek Penaiktarafan di jalan tu harus dilakukan kerajaan negeri.


Si Benggali (berbaju biru) kanan sedang berleter pado MBN9. Peratikan muko kelat Mad Hasan...
 
7. Ramai yang ada di situ, termasuk Ismail Lasim aka Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, dok tersenyum sebab menyedari yang Benggali tu sebenarnya tongah mabuk. Maso Benggali tu bercakap, boleh dikesan bau alkohol yang sangat kuat terhambur dari mulutnya.

8. Ramai yang menjangkakan ketika itu Mad Hasan akan bertindak bijaksana dengan berdiam diri, senyum dan teruskan lawatan macam biasa, sebab mustahil la Mad Hasan tak perasan yang Benggali tu tongah mabuk.

9. Tetapi sebaliknya berlaku, Mad Hasan naik hantu dan terus membalas bebelan Benggali tu dalam bahaso omputih, "Shut up or I'll take a swing on you!" Kok diterjemah dalam bahaso Rantau mako bunyi eh, "Diam…aku tumbuk kau kang!"

10. Ramai ketika itu terkejut dengan reaksi spontan Mad Hasan. Masing-masing seolah tak percaya yang pemimpin nombor 1 Negeri Sembilan boleh melatah sedemikian rupa pada seorang rakyat yang hakikatnya tongah mabuk! Sobab takut Mad Hasan akan bertindak lebih agresif, terpaksolah beberapo orang mato-mato (SB) masuk campur dan menarik Benggali tu ke tepi.

11. Adakah Benggali tu salah? Memang sahlah Benggali tu mabuk, dio nak tonggang ka, dio nak tonggeng ka, selagi tak melakukan jenayah, dia punya sukalah! Di bawah undang-undang, mungkin Benggali tu boleh dimaafkan bersandar pada kelakuan tak beradabnya membebel terhadap Ketua Kerajaan Negeri Sembilan di khalayak umum. Lagipun Benggali tu bertindak dibawah pengaruh alkohol. Malah, si Benggali tak buat sebarang tindakan agresif pun selain membebel panjang berjela! Jadi yang peliknya, macam mana orang yang tak mabuk pulak boleh terprovok jadi agresif…apa cer?

12. Ingatkan waghih dio ajo yang ghoma bad temper suko molompang oghang, rupo eh Mad Hasan pun samo yo spesis! Sebagai pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan yang kononnya sedang berjuang untuk menang PRU-13, adakah ini sikap pemimpin yang ingin ditunjukkan pada rakyat?

~ Paneh Miang

Mat Sabu dipukul semasa makan nasi kandar?.. Pencacai UMNO menipu lagi..

Posted: 09 Oct 2012 09:55 PM PDT

Printscreen di atas adalah dari sebuah Blog pencacai UMNO yang turut menyiarkan cerita bohong kononnya Mat Sabu telah dipukul semasa makan nasi kandar di Pulau Pinang semalam..

Ianya adalah cerita bohong yang diolah dari sumber yang kurang pasti, mungkin berdasarkan 'hear say' sahaja..

Diolah sebegitu rupa dengan tujuan memberitahu kepada penyokong-penyokong UMNO yang lain bahawa individu yang bernama Mat Sabu ini sememangnya menjadi ikon yang dibenci rakyat..

Berikut adalah laporang tentang kejadian..

"Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."
Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam
Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.
Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.
Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.
"Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru.
"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.
Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya.
Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ.
Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.
"Blog pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.
Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.
Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.
Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP ~ Harakahdaily

Kesian kat depa.. dah tak ada isu nak bawa rupanya...

200 Peniaga Melayu di Uptown Bandar Perda diarah henti niaga?.. Pencacai UMNO KANTOI lagi!!

Posted: 09 Oct 2012 05:30 PM PDT


Print screen di atas adalah dri sebuah blog pencacai UMNO yang menyebar fitnah kononnya 200 peniaga Melayu dianiaya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Lagi yang ditulisnya ialah..

Lebih kurang 200 peniaga MELAYU Uptown Bandar Perda,Bukit Mertajam Penang berhimpun membantah cadangan merobohkan gerai mereka oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Masing-masing telah menerima notis dari pihak majlis untuk merobohkan premis mereka.

Sebelum ini semasa BN memerintah, mereka berniaga dengan aman damai tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa.

Apalah nasib peniaga melayu ini. Hanya memasang khemah yang bukannya struktur kekal, habis hendak dirobohkan oleh penguatkuasa MPSP berbangsa melayu yang hanya menurut arahan dari pihak atasan.

Perniagaan orang melayu semakin mendapat perhatian ramai pengunjung di Uptown Bandar Perda terutamanya di malam minggu bakal terjejas dek sifat kejam dan irihati Guan Eng melihat melayu maju berniaga.

Jahanam Guan Eng dah serupa macam Zionist Yahudi!

Pecacai pakatan semua, masihkah anda butakan mata, buta kan hati melihat penganiayaan yang telah dilakukan oleh rejim DAP di bawah Guan Eng ini?

Begini lah nasib melayu yang bakal menimpa lebih teruk lagi sekiranga orang melayu menyerahkan pemerintahan kepada PR...

Pepatah berkata jangan biarkan nasi menjadi bubur, jangan kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.

Apa yang sebenarnya berlaku? Printscreen di bawah adalah kenyataan dari Ahli Majlis MPSP yang juga Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali tentang insiden ini..


Bagaimanapun kenyataan oleh Amir di atas walaupun itu adalah benar ianya masih boleh dianggap memihak kerana beliau adalah Ahli Majlis..

Berikut pula adalah print screen dari FB salah seorang peniaga di Uptown tersebut tentang insiden demo ini..


Dan berikut juga dari FB salah seorang peniaga di Uptown Bandar Perda itu..


Adakah dalam FB peniaga-peniaga di Uptown Bandar Perda di atas mereka mengakui demo tersebut dilakukan oleh mereka?

Tidak ada jawapannya... kesemua mereka yang terlibat dalam demo itu tidak ada kena mengena dengan Uptown Bandar Perda kerana mereka bukanlah peniaga di situ.

Jadi kali ini Blogger pencacai UMNO yang menyiarkan fitnah tentang isu ini telah dikantoikan oleh para peniaga di Uptown tersebut sendiri..

Dan.. aku dimaklumkan bahawa ada pemimpin UMNO yang menjadi dalang kepada demo ini.. ianya bertujuan hanya untuk memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang...

Tiada ulasan: