Jumaat, 19 Oktober 2012

PERAKITE

PERAKITE


PERKASA keluar fatwa haram undi (MCA ?) pihak hina Islam

Posted: 19 Oct 2012 02:18 AM PDT

NONEAhli PERKASA diharamkan undi pihak yang menghina Islam.

Sekurang-kurangnya begitulah fatwa terbaru dikeluarkan PERKASA. Umat Islam dalam Perkasa tak boleh undia mana-mana pihak yang menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN pada PRU 13, ia tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

oo rupanya dirujuk pada MCA kerana menentang Hudud.. gimana pulak dengan Gerakan Kedah yang kutuk usaha kerajaan negeri Kedah mewajibkan wanita bertudung pada papan iklan di negeri itu.

Camner Pak Ibrahim Ali nak jawab hal ini.. Presiden Perkasa tentu setuju jugak kan.

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan.

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam".

Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya.

"Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

S

Tiada ulasan: