Addin |
- Berita Panas Ni Confirm Tak Keluar Media Pencacai..
- Sebenarnya Ali Rustam Yang Batalkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus
- Perkasa Keluar 'Fatwa' Haram Undi BN
- Bukti Kegagalan Pakatan Rakyat Selangor Di Dedahkan..
- Video MB Pahang Ajak Orang Asli Bertumbuk Tersebar..
- Husam Musa Belasah Menteri 'Sengal' Umno
- Kantoi!! Bukti Penduduk Di Peralat Pencacai Umno Di Dedahkan
- Berita Baik!! AES Detector Untuk Pengguna Android, Free Je..
Berita Panas Ni Confirm Tak Keluar Media Pencacai.. Posted: 19 Oct 2012 09:39 AM PDT Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa."Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini)," katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat kementerian itu petang tadi. Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjarnegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.Banjarnegara terletak di Jawa Tengah dan jaraknya kira-kira 12 jam perjalanan dari ibu negara Indonesia, Jakarta menggunakan kenderaan darat. Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, 'saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya'," katanya lagi.Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO menjaga kebajikan tenaga kerja Indonesia (TKI) berpusat di Jakarta, Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais selama lapan tahun. Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.Menurut Fariz, berdasarkan pertemuan dengan Robengah dan suaminya, Sukiman, pasangan tersebut tidak boleh mendedahkan maklumat secara terperinci atas arahan 'orang besar Kuala Lumpur'. Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam 4 petang tadi. ~kd |
Sebenarnya Ali Rustam Yang Batalkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus Posted: 19 Oct 2012 06:05 AM PDT Ceramah uai yang pada asalnya diadakan di masjid airport di bt berendam,melaka telah di tukar pada saat akhir ke madrasah ar-rahmah di solok gaung,ayer molek. Pertukaran saat akhir lokasi kerana tidak mendapat kelulusan oleh ketua menteri melaka, ali rustam. addin akan cuba bawak ceramah ini secara live. |
Perkasa Keluar 'Fatwa' Haram Undi BN Posted: 19 Oct 2012 04:17 AM PDT Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. "Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan. "Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat. Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''. Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut. Apa tujuan Soi Lek? Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam". "Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang sebenar. Bukan hukum hudud ala PAS," katanya. Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan. Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya. "Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain. "Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi. ~mkini |
Bukti Kegagalan Pakatan Rakyat Selangor Di Dedahkan.. Posted: 19 Oct 2012 01:15 AM PDT Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi negeri Selangor seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Kerajaan Selangor telah mencapai beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek antaranya; 1. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan. 2. Sembilan daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lima badan berkanun mencatat untung. 3. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM 928.61 juta. Ini merupakan peningkatan berterusan untuk tahun ke lima berturut-turut. 4. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta dari RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada 2011. 5. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944 bilion dari RM1.58 bilion pada tahun 2010. 6. Pembayaran hutang awam sangat baik. 7. Projek pembangunan sangat baik dari segi perbelanjaan dan bilangan projek lulus. Mengenai Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), kita faham dengan kerisauan Barisan Nasional (BN) terutama bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang telah melalui pengalaman buruk apabila Amanah Saham Selangor (ASAS) terpaksa ditutup selepas mengalami kerugian teruk sehinggakan kerajaan Selangor ketika itu memperuntukkan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham. Kita menggunakan kepakaran bagi menyelesaikan kerisauan yang ditunjukkan oleh pemimpin Barisan Nasional ini. Kita telah membuat kajian keberkesanan TAWAS dan menubuhkan tabung dana untuk menguruskannya. Kita hanya membayar RM70 setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat RM1,500 selepas berumur 18 tahun. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menguruskan Skim TAWAS ditubuhkan bukan berasaskan keuntungan. Justeru, dakwaan Khir Toyo bahawa skim ini akan lingkup adalah tidak berasas kerana YAWAS mendapat geran sepenuhnya dari kerajaan negeri untuk perbelanjaan operasi. Bagaimanapun, YAWAS mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang. Dari 2008 hingga 2011, YAWAS telah menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini telah meringankan kos operasi. Mengenai dakwaan bahawa skim ini tidak menarik minat kerana hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar adalah tidak tidak berasas. YAWAS tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor kepada YAWAS. Jumlah 313,706 kelahiran pada 2011 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warga negara atau bukan warga Selangor. YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar Skim ini. YAWAS menjangkakan pencapaian pendaftaran ialah 33.5% dan bukan 19.4%.Mengenai Sijil Simpanan Tetap lewat dikeluarkan adalah kerana pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah. Pihak bank telah meminta YAWAS menghentikan penghantaran sehingga mereka selesai memproses Sijil Simpanan Tetap yang tertunggak.Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank telah meningkat kepada RM4,159, 700 yang melibatkan 41,597 ahli. Seramai 24,473 telah menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan terdapat 30,000 permohonan yang menunggu giliran untuk dihantar kepada bank. Pihak bank telah memaklumkan kes tertunggak hampir disiapkan dan bank bersedia untuk menerima penghantaran baharu untuk diproses. Perkara-perkara ini telah dimaklumkan kepada juruaudit ketika proses pengauditan dijalankan di pejabat YAWAS. Kerajaan Selangor menerima baik teguran ini dan akan terus memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban di samping memastikan dana awam diguna dengan sebaiknya untuk kebajikan rakyat. Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor Addin : Pencapaian macam ni dikatakan kegagalan oleh pencacai Umno, tetapi kegagalan Umno mentadbir di Melaka dengan jumlah hutang terkumpul sebanyak RM865.94 juta meningkat RM12.87 juta.. adalah pencapaian gilang gemilang buat Umno.. Umno.. apa pun tak boleh!! |
Video MB Pahang Ajak Orang Asli Bertumbuk Tersebar.. Posted: 19 Oct 2012 12:32 AM PDT Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA."Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'. "Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat," tegasnya. Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB. Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB. Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera "Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli", "Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli" dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka. Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf. Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut. "Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain. "Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami. "Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti," katanya. Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang ~ harakahdaily Lihat video di SINI. |
Husam Musa Belasah Menteri 'Sengal' Umno Posted: 18 Oct 2012 07:13 PM PDT KOTA BHARU - "Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak dapat lebuh raya" tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu. Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi. "Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Kelmarin Shaziman ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat menyatakan, pihaknya tidak membatalkan projek itu sebaliknya menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding cadangan asal. Terdahulu beliau mahu Kerajaan Kelantan menumpukan usaha menyelesaikan isu air bersih di negeri itu berbanding mengutip derma bagi membina lebih raya. Husam berkata pihaknya tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui pertimbangan Kerajaan Pusat kerana keperluan lebuh raya itu kini penting untuk rakyat Kelantan. "Itu baru pertimbangan, belum tahu lulus tidak lulus lagi dan jika lulus pula berapa lama untuk memulakan projek itu," katanya. Mengulas mengenai kenyataan Shaziman yang bersedia untuk memberi bantuan teknikal dalam pembinaan lebuh raya itu, Husam berkata, beliau tidak percaya dengan kata-kata sahaja, malah mahu menteri itu beri surat pengesahan kepada Kerajaan Negeri. Semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berakhir Rabu lepas, Husam berkata, pihak kontraktor akan mula pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu selepas musim tengkujuh yang dijangka berlaku November dan Disember ini. ~sinar Addin : Orang duk citer bab lebuhraya hang duk korner citer isu air.. sengal!! Belit lebih daripada mau tolong.. Umno.. apa pun tak boleh!! |
Kantoi!! Bukti Penduduk Di Peralat Pencacai Umno Di Dedahkan Posted: 18 Oct 2012 06:18 PM PDT PETALING JAYA - Penduduk Flat Taman Medan Cahaya kesal sikap dengan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa didalangi Umno menggunakan pangsapuri mereka untuk memfitnah Kerajaan Negeri kononnya gagal memberikan air percuma kepada penduduk taman terbabit. Sedangkan menurut penduduk yang ditemui, mereka mula menikmati 20 meter padu air percuma sejak tahun 2011 lagi seperti yang dibuktikan dalam bil air yang ditunjukkan kepada Selangor Kini. Menurut A Ramlee Yahaya, 48, yang mendiami Blok H memberitahu majoriti peserta demontrasi tersebut merupakan ahli-ahli Umno dan orang-orang luar yang tidak beliau kenal. "Saya tahu sebab banyak muka yang saya tak pernah tengok pun dan ada juga yang saya dapat cam orang luar seperti bekas calon PRU-12 dari Umno, Munaliza Hamzah (bekas calon Umno Taman Medan) bukan penduduk kami. "Selain itu orang-orang Umno seperti Ruslan Baba memang main peranan penting dalam demontrasi itu, tetapi orang sini sendiri memang tak ramai yang sertai," ujar Ramlee. Menurut Ramlee lagi, beberapa jawatan penting dalam Persatuan Penduduk Blok H juga dimonopoli beberapa pemimpin Umno peringkat akar umbi sekaligus menyebabkan kepentingan politik dibawa ke dalam persatuan itu. Ramlee yang berada di lokasi ketika demontrasi itu diadakan, menganggarkan seramai kira-kira 150 orang yang menyertai demontrasi tersebut, bukannya sehingga 3,000 yang disebut oleh media perdana. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam memberitahu sebelum demontrasi 'menuntut air percuma' itu diadakan, persatuannya dimaklumkan tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes filem yang menghina Nabi Muhammad SAW. "Bila demo berlangsung, filem hina Nabi tak disentuh langsung, tetapi tuntutan air percuma pula yang dilaungkan, sedangkan kami dah terima air percuma," kata Fuad yang kesal tindakan Umno menipu penduduk dengan menggunakan isu filem hina Nabi. Terdahulu, media arus perdana menyiarkan laporan penduduk Taman Flat Medan Cahaya mengadakan demontrasi menuntut bekalan air percuma dari Kerajaan Negeri. Bagaimanapun menurut Adun Taman Medan, Haniza Talha, penduduk di situ mula menikmati air percuma apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengemukakan permohonan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membolehkan pemberian tersebut disalurkan kepada unit-unit kediaman di situ. ~selangorku Umno.. apa pun tak boleh!! |
Berita Baik!! AES Detector Untuk Pengguna Android, Free Je.. Posted: 18 Oct 2012 05:42 PM PDT Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada.. Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya.. Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.. Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. lau korang tak ada sofware adobe AIR .. install yang ni dulu ..lengkapkan resepi-resepinya.. pastu pasang lah.. hehehe.. Addin : Tak sabar nak download.. kepada pembaca blog Addin sebar-sebarkan berita baik ni.. Umno.. apa pun tak boleh!! |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan