Nuffnang

Pengikut

Aku Budak Balun

sumber :-

Aku Budak Balun


Chua Soi Lek Dirasuk Syaitan Yang Dikenali?

Posted: 18 Oct 2012 05:30 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
02 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 18 Oktober 2012
"CHUA SOI LEK LIABILITI KEPADA BN - KETUA PEMUDA PAS"

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud. Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi 'hero kartun' apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan – bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.

Bagaimana seorang Presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu – satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam Negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam.  

Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaithan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali.

Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin UMNO demikian juga Ulama' Muda UMNO. Kesemua mereka secara tiba – tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.

Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini. Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali ? saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.

Ngo – ngo Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA dan Presidennya.
Ngo – ngo melayu juga selayaknya berperanan . Terutama JATI dan PERKASA agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP. Kemana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek ?

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah – rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian Ala mini.

Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat diatas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau. Sedang rakyat yng beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan Negara sekaligus menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau diusia lewat. Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah. Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakkan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu.

Disediakan oleh ;
NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT