Jumaat, 5 Oktober 2012

PERAKITE

PERAKITE


Kos Kedai KR1M sebanyak RM386 juta ...?

Posted: 04 Oct 2012 10:01 PM PDT


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa projek membina 57 kedai rakyat 1Malaysia di seluruh negara sebanyak RM386 juta sebagai tidak keterlaluan.
Perghhh.. RM386 juta bukan keterlaluan.. nak bina kedai nak lawan rakyat yang meniaga runcit kecil2an. Manalah rakyat mampu nak sedia juta-juta nak bukan kedai runcit.
Kerajaan buka bisnes sekadar untuk dikuasai oleh pihak tertentu. Rakyat  marhaen tentu tak mampu nak lawan kerajaan meniaga. Kerajaan bercita baik kerana membuka kedai runcit sekadar nak menyediakan barangan lebih murah.
Kalau benar-benar nak sedia barangan lebih murah dna berlaku adil pada kedai runcit yang bukan terima bantuan kerajaan... kedai 1malaysia silalah menjual barangan yang sama jenama dengan harga yang lebih murah.
Ismail Sabri berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa projek pembinaan 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara pada kos RM386 juta itu adalah keterlaluan.
Ismail berkata, ia bukan setakat membina kedai semata-mata,  tetapi juga pelbagai lagi kos seperti kos barangan dan kos pengangkutan.
Apa punyai Menteri ler... 
Beliau berkata: "Jika dikira betul-betul, kos untuk mewujudkan kedai sahaja akan melibatkan wang sebanyak RM1.5 juta sahaja sementara yang lainnya pergi kepada  perbelanjaan lain." 
Beliau menyindir Lim dengan berkata, setiausaha agung DAP itu patut belajar mengira dengan betul supaya lain kali beliau mendapat fakta yang betul. Sepatutnya beliau yang belajar matematik kerana Lim sebenarnya seorang akauntan..sedangkan Ismail hanya lulusan sastera.
Apa nak diherankan, semuanya tiris kerana kebanyakan mangkok yang ada dalam Umno-BN dah retak dan sesetengahnya pecah...
Ini satu lagi hal si Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mendakwa  sesiapa sahaja boleh buka kedai KR1M. Betullah sapa sahaja boleh buka kalau dah kerajaan sediakan duit dan peruntukan dan kelulusan. Tapi setakat la ni sapa yang dok dapat..dok puluh.. Mydin kan.. he he
Sedap je, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin menyangkal dakwaan bahawa syarikat beliau memonopolikan francais KR1M tetapi sebaliknya berkata sekurang-kurangnya empat kedai KR1M dikendalikan oleh usahawan lain dan beberapa lokasi lagi menjelang akhir tahun.
Aduhhhh empat kedai usahawan lain daripada 57 buah kedai.. bukankah itu monopoli namanya,.
"Tiada monopoli oleh Mydin seperti yang didakwa oleh ahli politik tertentu," kata Ameer.
"Jika usahawan lain mahu mengambil-alih mana-mana kedai KR1M yang dikendalikan oleh kami, mereka dialu-alukan berbuat demikian."
Beliau berkata, Mydin hanya memudahkan bantuan kepada kerajaan untuk mewujudkan KR1M, sambil menambah bahawa ia hanya memperoleh margin keuntungan 1 peratus hingga 2 peratus daripada KR1M.
Iyelah tu satu hingga dua peratus je...perghhh

Bugatti Veyron dihumban ke laut ?

Posted: 04 Oct 2012 06:16 PM PDT

Bugatti Veyron ini milik  anak tun dr mahathir? Kau ada

Bugatti Veyron, memang antara kereta mewah termahal berharga jutaan ringgit, malahan cukai jalan sahaja dalam lebih RM20,000 setahun belum lagi insurans. Namun Andy House sengaja menghumbankan kereta itu ke dalam laut tiga tahun lepas.
porsche ini milik dato azalina othman ?

House berbuat demikian kerana ingin menipu dalam tuntutan insuransnya.. namun dia tidak menyangka insiden itu dirakamkan.

Semasa membuat laporan polis, House berkata, ketika memandu di laluan jalan antara negeri di Texas untuk ke lagun La Marque, telefon bimbitnya terjatuh.

Apabila dia menoleh ke jalan semula selepas mengambil telefon bimbit berkenaan, House mendakwa dia hampir melanggar seekor burung undan, menyebabkan kereta Bugati itu terbabas.

Dia memfailkan tuntutan bernilai AS$2 juta (RM6 juta) bagi kerosakan keretanya, tetapi kemudian House terkejut apabila dia disaman kerana menipu.

House dijadual disaman di mahkamah di Galvesto,  minggu ini bagi menjelaskan bagaimana insiden itu.

Satu rakaman video menunjukkan tiada burung undan kelihatan di laluan House. Syarikat Insurans Philadelphia Indemnity berkata, mereka mengeluarkan polisi insuran bernilai AS$2.2 juta untuk kereta House pada 2006 - kira-kira tiga minggu sebelum insiden itu.

Rakaman video juga menunjukkan House tidak cuba menekan brek ketika kejadian, sebaliknya "sengaja" memandu kereta Bugatti itu ke arah laut.. 

Tiada ulasan: