Jumaat, 5 Oktober 2012

Addin

Addin


Gambar Demostrasi Untuk Zambry Kadir, Umno Pun Turut Serta?

Posted: 05 Oct 2012 09:57 AM PDT


Dua hari sudah aku dah dengar ura-ura Ngeh nak adakan demo selepas membuat persidangan akhbar terhadap kes salah laku Zambry dalam isu tanah di Stiawan pada pagi Sabtu lepas.

Sayang sekali program yang dijalankan oleh Ngeh dibuat pada hari bekerja,, jadi berapa kerat yang boleh datang,,, Walau apa pun, Zambry perlu jawab isu ni, biar rakyat semua tahu.. isu ni ..pihak UMNO sendiri pun turut ikut serta buat demo..































Wakil dari UMNO... Tahniah...



Datuk Seri Dr Zambry, sila beri penjelasan,,, untuk rakyat dan penduduk Stiawan.. Kredit buat Encik Hamidun Ahmad Pegawai Khas DS Nizar yang mengambil gambar-gambar di atas. ~manjungmari



Iklan



Kalau Macam Nih Punya Statement, Alamat Terlepaslah Lagi Ali Rustam

Posted: 05 Oct 2012 08:30 AM PDT

Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein mempertikaikan pihak yang membangkitkan isu perkahwinan mega anak lelaki Ketua Menteri Melaka Ali Rustam.

Katanya, perkara tersebut sengaja dibangkitkan memandangkan pilihan raya umum semakin hampir."Dalam masa pilihan raya (semakin tiba) apa benda boleh dijadikan isu. Isu atau sesuatu kes tahun lepas mungkin akan ditimbulkan hari ini.

"Kalau pemimpin kita buat kerja kahwin anak, kalau musim lain tak jadi isu, sekarang jadi isu.

"Esok saya akan berjumpa dengan Ali. Saya nak beritahu dia, jangan kecewa kerana musim politik sekarang ini, semua faham. Saya nak jumpa hari tu tak sempat... Faham-faham sajalah musim sekarang ini," katanya.

Sehubungan itu, menteri dalam negeri itu juga mengingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan amalan kebencian dan serangan peribadi sehingga kerja kahwin pun hendak dipolitikkan.

"Walhal itu satu perkara, yang semua keluarga terpaksa melaluinya termasuk saya," katanya ketika diminta pemberita mengulas kontroversi itu di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini yang diisytihar bernilai RM600 ribu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.

"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. ~mp

Addin :

Kalau macam inilah punya statement menteri.. alamat terlepaslah lagi Ali Rustam. Jauhari pasti mengenal manikam..


Iklan




Ali Rustam Akan Di Dakwa?

Posted: 05 Oct 2012 07:00 AM PDT


Adakah Ali Rustam bakal di dakwa kali ini? Semasa pemilihan Umno pada tahun 2009, Ali Rustam di dapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno apabila 3 ejennya telah melakukan rasuah dan sogokan politik bagi pihaknya (baca  sini. )

Adakah kali ini pendakwaan akan di buat ataupun sekadar wayang kulit bagi mengaburi mata rakyat. Sama-sama kita tunggu dan lihat drama seterusnya.


SPRM Siasat Kenduri Anak Ali Rustam

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh."Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula. Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. ~bernama



Iklan




Blogger Pro Umno Pun Belasah Ali Rustam

Posted: 05 Oct 2012 05:55 AM PDT


Bloggers pro Umno pun hentam Ali Rustam kerana kos persandingan anaknya. Melayari laman tersebut, bloggers pro Umno bertindak turut menghentam Ketua Menteri Melaka kerana kos persandingan anaknya yang dikatakan mencecah RM 600,000.00.

Tindakan Ketua Menteri Melaka itu dikatakan memberi kesan kepada persepsi rakyat khususnya menjelang PRU 13.

Umno BN Melaka makin tertekan dengan isu ini, tambahan aduan SPRM telah dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap isu ini.

Ketua Menteri Melaka mengatakan isu ini sengaja di bangkitkan kerana mereka dengki melihat hampir 130,000 kehadiran yang menunjukkan sokongan terhadap beliau.

Tanpa di sedari, tindakan melampau Ali Rustam tersebut telah merugikan BN dan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Tulisan dan komen pedas itu di keluarkan oleh Blogger APA yang dikatakan masih belum pasti statusnya. Samada pro Umno, pro PR atau pun berkecuali.

Tindakan blogger APA tersebut ekoran pergeseran dengan blogger Papagomo.


Iklan




Tukar Kerajaan Jika Tak Mahu Anak Mahathir Bolot Hasil Minyak

Posted: 05 Oct 2012 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.

"Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily.

Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.

Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.

Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.

Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.

Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an. ~harakahdaily


Iklan


Pak Lah Merajuk.. Umno P.Pinang Bakal Bungkus

Posted: 05 Oct 2012 01:53 AM PDT

Nampaknya semakin hari semakin bermasalah parti yang kununnya memperjuangkan nasib orang Melayu, terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Terbaru, parlimen Kepala Batas yang dipegang bekas Perdana Menteri yang diarah berundur, Abdullah Badawi kini menjadi panas sekiranya dia tidak tersenarai semula sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak, sekiranya bapa mertua ahli parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin itu berhasrat untuk bersara, bukan setakat Kepala Batas sukar untuk dipertahankan tetapi angan-angan Umno-APCO untuk merampas semula negeri itu hampir pasti pudar.

Sudahlah tiada seorang pun pemimpin muda dalam Umno-APCO negeri mampu menggantikan kredibiliti Pak Lah, pemimpin kanan parti seperti Zainal Abidin Osman dan Ketua Pembangkang di DUN, Azhar Ibrahim sudah tidak dihormati sebilangan orang Melayu sendiri.

Tambahnya lagi, jika Pak Lah memutuskan perkara tersebut di saat akhir sebelum parlimen dibubarkan, bukan setakat Kepala Batas akan terlepas malah dua DUN di dalam parlimen tersebut akan jatuh ke tangan PAS, sekutu kuat Pakatan Rakyat.

Dua DUN tersebut adalah Penaga yang dipegang sendiri Azhar dengan majoriti tipis 1,231 undi dan Bertam yang disandang Zabariah Abdul Wahab yang menang dengan majoriti 2,652 undi sahaja.

Satu lagi kerusi DUN dianggap selamat iaitu Pinang Tunggal yang diwakili Roslan Saidin yang menang dengan majoriti 3,235 undi.

Pak Lah sendiri yang memenangi kerusi tersebut sejak 1978 kehilangan majoriti undi besar lebih 7,000 undi dalam pilihanraya umum lalu jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004.

Rahmad juga menempelak formula Naib Presiden Umno-APCO, Zahid Hamidi yang mahukan sistem 3-3-1-1 diguna pakai di saat orang Melayu negeri itu masih kekal dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR.

Menurutnya lagi, MCA, MIC dan Gerakan yang menjadi ketua kerajaan sebelum ditumbangkan pada 2008 masih belum mampu bangkit dari kekalahan memalukan dan ini katanya adalah mustahil buat Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri yang kini diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dengan 40 kerusi DUN keseluruhan, Umno-APCO cuma mampu memenangi 11 kerusi manakala komponen BN lain kesemuanya kalah di tangan calon Pakatan Rakyat.

Sekiranya trend ini berterusan dan Pak Lah berhasrat untuk berundur tanpa meletakkan pengganti yang layak dihormati sepertinya di Kepala Batas, impian dan angan-angan Umno-APCO dan BN kini cuma tinggal angan-angan semata-mata. ~paspb



Iklan



Ahli Parlimen Mesir Laungkan Azan Dalam Parlimen

Posted: 05 Oct 2012 12:01 AM PDT


Ketika perbahasan di parlimen Mesir, azan dilaungkan oleh salah seorang ahli parlimen apabila masuk waktu asar & maghrib. 

Patut juga dicontohi parlimen Malaysia sebagai amalan perlembagaan Malaysia yang menobatkan Islam sebagai agama rasmi.

Tidak kira dimana-mana jua, tiada alasan untuk kita tidak melaksanakan... 

Ambil Iktibar..

~greenboc


Iklan

Senarai Penuh Menteri Kabinet Pakatan Rakyat

Posted: 04 Oct 2012 08:23 PM PDT


Blogger Umno yang selalu terkantoi dalam tulisannya, Papagomo kononnya mendedahkan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum akan datang.

Utusan  pula telah menyalin bulat-bulat senarai  tersebut sambil mendakwa Papagomo mendapat maklumat dalaman daripada sumber ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Menurut 'senarai' tersebut, ahli parlimen Kepong yang juga Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) manakala Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli diletakkan menjawat jawatan Menteri Kewangan II.


Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.

Senarai itu juga mendedahkan, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan, Lee Boon Chye yang juga ahli parlimen Gopeng diamanahkan menjawat jawatan Menteri Kesihatan menggantikan Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai, Ketua Penerangan PAS pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik Menteri Kerjaraya mengisi kekosongan jawatan tersebut yang kini disandang ahli parlimen Tampin, Shaziman Abu Mansor.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan menggantikan ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi sementara ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan ahli parlimen Alor Setar, Chor Chee Heung.

Utusan terdesak mengambil maklumat yang dipungut dari sumber yang tidak sahih semata-mata untuk memuaskan hati bossnya. Walaupun maklumat trsebut bertaraf maklumat sampah. Inilah etika kewartawanan sampah yang di amalkan oleh media pencacai Umno BN.




Iklan



Video Azalina Othman Mengamuk Dalam Parlimen

Posted: 04 Oct 2012 06:49 PM PDT

Video Azalina Othman mengamuk dalam parlimen, pasal apa? Tak berapa pasti sebab apa. Yang cuba nak mencelah pulak Nurul Izzah yang lemah lembut, memang tak padan langsung la.

Nasib baik la Nurul Izzah duduk jauh disebelah sana, kalau duduk dekat mungkin dah kena libas dan kalau Azalima melibas pun aku tak heran pasai memang ada tanjak pun. Walaupun dia cuma mengamuk mulut ja tapi tak kurang hebat jugak amukannya, langsung tak bagi peluang orang nak mencelah.

Yang cuba nak mencelah pulak Nurul Izzah yang lemah lembut, memang tak padan langsung.

Aku malas nak komen lebih-lebih, nanti sampai surat saman tak berbaloi pulak kena turun naik mahkamah pasai isu yang tak berapa nak ada isu ni.


Lihat video di sini.

Petikan ~ cenangau


Pengerang: Peserta datang dengan rela hati
Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.
Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.

Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.

Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.

"Itu tidak betul.

Saya tidak keluar satu sen pun untuk membayar mereka agar mereka datang himpunan itu," katanya ketika ditemui.

Salahuddin mengakui, Datuk Abdul Ghani Othman seolah-olah berdiam diri dalam hal ini dan beliau bersedia bersemuka dengan Menteri Besar Johor itu pada bila-bila masa.

Salahuddin akan menghantar surat rasmi kepada beliau untuk menyatakan kesediaanya duduk berbincang menyelesaikan masalah itu.

"Tak mahu debat pun tak apa, janji kita boleh duduk berbincang.

Kami bersedia bila-bila masa," katanya.

Terdahulu, Azalina mendakwa tindakan membayar peserta antara sebab pihak penganjur berjaya menarik orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah Azalina menafikan seramai 7,000 peserta yang hadir dalam himpunan tersebut sebagaimana diuar-uarkan penganjur.

"Kawasan itu kecil sahaja, boleh tampung kira-kira 3,000 orang yang hadir.

Saya tidak tahu macam mana kawasan itu boleh muatkan seramai 7,000 orang," katanya sambil mendakwa mereka yang hadir adalah orang luar.

Dalam membahaskan isu itu, Azalina kelihatan cukup beremosi turut mengundang celahan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bangun bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas tuduhan tersebut Namun, Azalina enggan memberi laluan kepada Nurul Izzah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah, dan kedengaran Nurul Izzah meminta beliau mengawal emosi ketika berbahas.

"Jangan emosi Pengerang, jangan emosi," celah Nurul Izzah berulang kali.

Azalina sebelum ini mencabar Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, bagaimanapun Salahuddin menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Abdul Ghani Othman, kerana hanya menteri besar yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah. ~harakahdaily



Iklan





Di Bawah Pemerintahan BN Tangki Air Plastik Berharga 5 Kali Ganda Dari Harga Pasaran

Posted: 04 Oct 2012 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

"Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,"

Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.

"Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?" soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.

"Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air," ujar Dr. Hiew.

Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.

"Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar." jelasnya lagi.

"Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin." ~roketkini


Iklan





JMM Dakwa Lebih 10 Pegawai Kerajaan Jadi Tali Barut

Posted: 04 Oct 2012 05:51 PM PDT

PETALING JAYA – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998. Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.

"Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.

"Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. ~sinar




Iklan




Tiada ulasan: