Isnin, 22 Oktober 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


TG Nik Aziz pernah tolak jadi MB - Presiden PAS

Posted: 22 Oct 2012 01:26 AM PDT

KOTA BHARU: Hari ini genap 22 tahun usia kerajaan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI). Tanggal 22 Oktober 1990 kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah berjaya dibentuk.

DAP diwakili Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty merakamkan ucapan tahniah usia 22 tahun kepemimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Presiden PAS dan pelbagai pihak tidak ketinggalan merakam ucapan sama.

"Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan negeri sehingga melewati tahun ke-22 sekarang," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0 di peringkat Dun.

"Saya masih ingat selepas Umno dan BN berjaya ditumbangkan di Kelantan, Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Nor mengarah diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kota Bharu.

"Ketika itu diputuskan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menerima jawatan sebagai Menteri Besar.

"Namun pada awalnya beliau tidak mahu dan meminta dicari pemimpin lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras supaya beliau menerima juga jawatan Menteri Besar.

"Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia terbukti berjaya sekarang," katanya pada ceramah perdana sempena ulangtahun ke-22 kerajaan Kelantan di Dewan Jubli Perak malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Lim Kit Siang, Dr Muhd Nur Manuty, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Ceramah tersebut sepatutnya diadakan di padang perdana, namun disebabkan hujan lebat terpaksa dipindahkan ke dalam Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Orang ramai tetap hadir biar pun keadaan hujan yang mencurah-curah di Kelantan sejak Jumaat lalu.

Presiden berkata, kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri ini.

Katanya, Umno mewujudkan juga jawatan JKKK biar pun bidang kuasanya di bawah kerajaan negeri.

"Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat Kelantan untuk terus mempertahankan negeri ini ketika Pakatan Rakyat sedang bergerak ke Putrajaya sekarang.

"Kelantan yang menjadi guru kepada perubahan politik di negeri-negeri lain sekarang mesti terus dipertahankan," ujarnya.

Sementara Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur menjelaskan DAP tidak pernah berhasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Kristian.

"Mana boleh kerana perkara yang terkandung dalam  perlembagaan sudah jelas," katanya menjawab isu yang dibangkit media Umno sebelum ini.

Menurutnya juga kejayaan berganda Kelantan termasuk menjuarai Piala Malaysia seakan-akan memberi isyarat peluang Pakatan mara ke Putrajaya semakin jelas. -Hrkh

Pilihanraya Umum Ke13 Pada Mac 2013?

Posted: 22 Oct 2012 01:26 AM PDT


Klik untuk pembesaran

Pilihanraya Umum Ke 13 dijangkakan akan di adakan pada bulan Mac 2013. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap cuti sekolah penggal pertama tahun hadapan berbanding dengan tahun 2012 seperti yang disiarkan di atas.

Kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana biasanya premis sekolah akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi. Dan cuti sekolah pada penggal 1 tahun hadapan ialah pada 23.03.2013 - 31.03.2013.

Apa-apa pun bersiap siaga sentiasa bermula sekarang, PILIH PAKATAN RAKYAT, TOLAK BARISAN NASIONAL.

TERKNI! Siapa Arahkan Musa Hassan Batal Sidang Media?

Posted: 21 Oct 2012 07:42 PM PDT

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke Bangkok awal pagi tadi membatalkan hasrat tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang beribu pejabat di sana, menyatakan bahawa sidang media berhubung pendedahan serta maklumat terbaru membabitkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh pada 19 Oktober 2006 dibatalkan.

Bagaimanapun punca pembatalan sidang tersebut tidak dapat dipastikan.

Musa mendakwa memperolehi beberapa maklumat penting berhubung misteri pembunuhan tersebut dan bersedia untuk mengadakan sidang tersebut yang telah dimuat naik di laman web FCCT pada Sabtu lalu.

Semalam, laman web Asia Sentinel mendakwa Musa akan terbang ke ibu negara Thailand itu seperti yang dijadualkan.

Selasa lalu, Musa menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkenaan skandal mata lebam yang dilakukan bekas ketua polis negara, Rahim Noor pada 20 September 2008 selepas Anwar dipecat dari kerajaan pada 2 September tahun yang sama.

Difahamkan, Musa pada awalnya telah membuat persetujuan tersebut beberapa minggu lalu tetapi secara tiba-tiba mendakwa tidak mengetahui apa-apa tentang perkara tersebut ketika dihubungi awal pagi semalam.

Desas-desus berkenaan Musa yang kini dipercayai mahu menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat serta dikatakan diberikan arahan khas oleh pemimpin politik tertinggi Malaysia adalah punca utama mengapa ia tidak diadakan.

Ketika pembunuhan Altantuya, Musa adalah ketua polis negara ketika itu dan telah bersara wajib pada 13 September 2009 tetapi disambung kontrak selama setahun lagi setelah berkhidmat selama 41 tahun dan digantikan oleh Ismail Omar sehingga sekarang.
-JALAN PULANG

Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi!

Posted: 21 Oct 2012 07:40 PM PDT



Rempuh AES kerana Silau!

Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.

Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.

Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10 kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.

Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh? Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan tidak berkualiti.

Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.

Mai tengok siapa dibelakang Chua Soi Lek neh...

Posted: 21 Oct 2012 07:39 PM PDT

Ini lah orangnya dibelakang cercaan Chua Soi Lek terhadap hudud. Soi Lek dan kerabatnya menjadi angkuh dan begitu menggila menibai Hudud kerana Umno sudah terlalu lemah.
Tak dapat aku nak bayangkan camana malunya diri bilamana hudud dihina dan dicerca dihadapan batang hidung Najib sendiri tanpa sebarang bantahan dari Menteri Wanita Umno neh...
Diwaktu cina bangang dalam MCA berjuang habis-habisan menghina dan menentang hudud... rupanya masih terdapat sebahagian non-muslim yang berpandangan positif, menggunakan akal kurnia Tuhan dalam memberi pandangan terhadap undang-undang Islam.

Ini jelas membuktikan bahawa langkah MCA - sekutu Umno dalam Barisan Nasional hanya bertujuan memancing undi dalam usaha mereka mematahkan pengaruh DAP dalam masyarakat cina.

Rata-rata, Be End yang diterajui Umno kian longlai dan kini dipersimpangan dilema kerana mereka telah menyentuhi sensitiviti umat Islam malah turut tidak disenangi oleh non Muslim juga. Kini, MCA dilihat sebagai sebuah parti cauvinis yang ANTI-ISLAM, bukan lagi DAP.
Orang bukan Islam kebanyakannya rajin membaca dan punya sifat ingin mengetahui.... Orang melayu plak mungkin dah perasan sebab dah terlalu pandai, dengar Ustaz mengajar pun dah tak mau.. membaca jauh sekali. Ni bukan Islam yang faham keadaan sebenar dan menyuarakan kesedaran sebagai rakyat dan bukan ahli politik atau machai-machai yang dok putar belit...
Ini lah bahayanya puak-puak Umno bila depa hanya nampak bangunan yang tinggi-tinggi je.. Pembangunan aqidah umat Islam bukannya depa nak ambil peduli.
Tindakan apek Soi Lek dan kuncu-kuncunya yang kuat menentang, berserta kelunya lidah Najib bila hudud dihina ni lah yang merupakan sebab sebenar Islam gagal diletakkan ditempat yang sepatutnya dalam negara tercinta ini...sumber

Tiada ulasan: