Jumaat, 5 Oktober 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Peguam Perancis setuju perjelas pada Parlimen M'sia

Posted: 05 Oct 2012 08:02 AM PDT



 
Peguam Perancis William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes urus niaga Scorpene menyatakan kesediaannya untuk hadir memberi taklimat berhubung perkara itu kepada anggota Parlimen Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia dengan syarat pihak berkuasa daripada Umno dan kerajaan BN menjamin keselamatannya di negara ini.

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu Bourdon di Paris. Perkara itu dilaporkan di laman Facebooknya.

Anwar baru-baru ini dilaporkan ke Perancis untuk mengundang peguam itu dan DCNS untuk memberi taklimat kepada Parlimen Malaysia.

Bourdon tahun lalu hadir ke Malaysia untuk menghadiri jamuan makan malam untuk mengumpul dana tetapi kemudiannya dihantar pulang ke negara asal.

Noraniza Idris dipenjara 80 hari

Posted: 04 Oct 2012 08:35 PM PDT

Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu.Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang.
Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.

Tiada ulasan: