Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO (Video Inside)
- Video Azalina Othman mengamuk dalam dewan tersebar!! Saksikan!!
- Video #TanyaNajib tidak terima 1,400 dislikes rupanya.. tapi...
- Chua Jui Meng dedahkan pemimpin UMNO rampas 22,500 ekar tanah milik Melayu..
PANAS!! Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO (Video Inside) Posted: 05 Oct 2012 06:58 AM PDT Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi. Ketua UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka. Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan. Ini perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang. Antara yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang. Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju. "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?" soal Talib. "Mereka sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang terpinggir dan merempat di tanah air sendiri" Dalam masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut. Antara kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit. Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO? Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!".. Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu.. Untuk pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!! |
Video Azalina Othman mengamuk dalam dewan tersebar!! Saksikan!! Posted: 04 Oct 2012 11:32 PM PDT Patutlah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian menolak untuk berdebat dengan Azalina Othman yang juga Ahli Parlimen Pengerang ini.. ganas rupanya penyampaian dia.. Apa yang disampaikan olehnya sebenarnya bukanlah sesuatu yang memedihkan telinga tetapi cara penyampaiannya kelihatan ganas sekali.. kalau tak percaya korang tengok dan 'mute' kan suaranya.. Ini sebahagian dari apa yang disampaikan olehnya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.. Mereka yang mengambil bahagian dalam Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing dibayar RM30, dakwa ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini. Tengoklah betapa ganasnya penyampaian dia.. Yang nak mencelah pulak ialah Nurul Izzah... maka semakin terserlahlah kejantanan Azalina Othman tu.. |
Video #TanyaNajib tidak terima 1,400 dislikes rupanya.. tapi... Posted: 04 Oct 2012 07:24 PM PDT Berdasarkan apa yang disiarkan oleh kebanyakkan blog Pro Pakatan Rakyat semalam, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon membuat kesimpulan bahawa kebanyakan orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri. Ini berdasarkan jumlah'dislike' yang jauh melebihi 'like' pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout. Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah 'dislike' penonton adalah 1,409 dan 'like' pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah 'dislike' adalah 1,774 berbanding 'like' sebanyak 90. Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu telah dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani. Bagi menutup malu dan mengelakkan menerima jumlah 'dislike' yang lebih besar video di Youtube rasmi milik Najib itu diprivatekan - sila baca di ( SINI ) Dan sebagaimana yang telah dijangkakan video #TanyaNajib 2013 akan menerima jumlah 'dislike' yang semakin banyak jika ianya tidak diprivatekan.. Ianya terbukti benar..lihatlah printscreen di bawah.. Kalau 1,774 'dislikes' dikatakan ditolak golongan muda.. tapi 11,131 ni kita nak kata apa pulak?.. Mungkin ditendang lebih sesuai kot?? Tunjukkanlah sokongan korang kepada Najib dengan mengundi video ini di ( SINI ) |
Chua Jui Meng dedahkan pemimpin UMNO rampas 22,500 ekar tanah milik Melayu.. Posted: 04 Oct 2012 06:06 PM PDT Menurut Jui Meng, ketika cadangan projek RAPID di Pulau Indah, Selangor, syarikat terbabit memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar tetapi di Pengerang, Johor 22,500 ekar diberikan.. 22,500 ekar tanah ini diambil melalui Akta Pengambilan Tanah 1960, ianya melibatkan 10 perkampungan Melayu dengan 25,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan. Jika perkara ini berlaku di Pulau Pinang pasti akan kelihatan pihak-pihak yang memperjuangkan nasib Melayu akan sibuk mengadakan demonstrasi.. 'Tanah milik Melayu dirampas dan penduduk diusir' pasti akan menjadi tajuk utama media yang dikongkong UMNO/BN.. Tetapi oleh kerana ianya berlaku dinegeri yang didakwa sebagai kubu kuat UMNO dan dilakukan pula oleh pemimpin dari parti yang mendakwa sebagai pejuang Melayu serta melibatkan tanah milik Melayu... maka "Takpe asalkan Melayu..." digunakan mereka? KEADILAN mendedahkan wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan