pemuda cheh |
Kabinet Bayangan PR Tiada Cacat Cela Posted: 04 Oct 2012 06:49 AM PDT 'PEMBONGKARAN' sebuah blog pro UMNO semalam mengenai keanggotaan kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang dipetik secara meluas oleh semua media arus perdana, sebetulnya tidaklah begitu mengejutkan. Memang itupun tujuannya – untuk mendapat publisiti meluas dan percuma. Maklum sajalah, bukan senang maklumat berkaitan Pakatan Rakyat menjadi bahan siaran dalam media arus perdana. Maka itu dengan tersebar luasnya maklumat kabinet bayangan itu semalam, maka Pakatan Rakyat hanya perlu melihat tahap sokongan rakyat terhadap cadangan kabinet tersebut dan membuat jajaran yang sepatutnya (kalau perlu). Semua ini telah dirancang dengan baik. Bermula dari kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudiaannya diperincikan oleh YB Shuhaimi Shaffei, sehinggalah dipetik blog dan media pro UMNO. Cuma yang menjejaskan sedikit ialah kenyataan sinis Timbalan Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Kepong , Dr. Tan Seng Giaw. Kenyataan itu hampir-hampir sahaja mengagalkan perancangan yang telah diatur dengan begitu teliti. Memang Pakatan Rakyat mahu maklumat itu disebar luaskan, dijadikan muka depan dan dimasukkan dalam slot Buletin Utama jam 8.00 malam. Biar semua rakyat tahu bahawa Pakatan Rakyat ada perancangan dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan kabinet bayangan. Selama hari ini Pakatan Rakyat terutama Anwar, dituduh takut nak mengumumkan kabinet bayangan kerana takut kehilangan undi, sekarang, dunia pun boleh menilai sama ada Pakatan Rakyat takut atau tidak. Kabinet bayangan yang disebar luaskan itu sebenarnya belum muktamad. Masih lagi bergantung kepada perkara yang penting iaitu Pakatan Rakyat perlu menang dalam pilihanraya umum yang akan datang dan calon-calon yang disenaraikan itu juga perlu menang untuk layak dilantik sebagai anggota kabinet. Walaupun masih layak bergelar Menteri dengan menjadi Senator tapi lebih cantik kalau menjadi Menteri ikut pintu depan, bukan pintu belakang. Bagaimanapun, kalau senarai itu masih kekal, tidak ada salahnya dengan semua calon yang dinamakan. Masing-masing punya kelebihan yang boleh dimanfaatkan dalam menguruskan kementerian yang bakal diamanahkan kepada mereka nanti. Orang Melayu juga tidak perlu bimbang kerana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri masih lagi orang Melayu, begitu juga Menteri Pertahanan (tentera) dan Menteri Dalam Negeri (polis), pun masih orang Melayu. Hanya Menteri Kewangan 1 sahaja diserahkan kepada wakil dari DAP, Tony Phua. Keputusan ini sangat tepat kerana bangsa cina memang diketahui sangat bijak dalam menguruskan wang dan ekonomi. Sepatutnya dari dulu lagi jawatan ini diserahkan kepada orang cina, tidaklah ekonomi kita jahanam seperti sekarang. Orang Melayu juga tidak perlu bimbang bila kunci perbendaharaan dipegang oleh orang cina. Ini bukan kali pertama berlaku, pada zaman Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri dulu, beliau telah melantik Tun Henry Lee sebagai Menteri Kewangan pertama sebelum digantikan oleh Tun Tan Siew Sin sebagai Menteri Kewangan yang kedua. Pakatan Rakyat hanya memulangkan semula jawatan tersebut kepada mereka yang bukan setakat berhak, tapi juga layak. |
PKNS Tak Perlu Bayar Hutang Rumah Penduduk Miskin Posted: 03 Oct 2012 11:59 PM PDT KEBELAKANGAN ini, penulis perasan seakan ada gerakan halus yang menghasut rakyat Selangor untuk menentang kerajaan negeri pimpinan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk membawa kes ke Mahkamah. Penulis tidak mahu menuduh kerana tidak ada bukti tapi penulis yakin UMNO adalah dalang kepada semua gerakan tersebut. Kalau dalam isu air percuma 20m3, penulis boleh faham justifikasinya kerana perkara tersebut memang disebut dalam Manifesto 2008, begitu juga dengan beberapa perkara lain dalam manifesto tersebut yang masih tertunggak sehingga sekarang. Yang penulis tidak faham ialah, kenapa dalam isu 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang gagal menjelaskan pinjaman perumahan masing-masing pun, kerajaan negeri perlu menjelaskan hutang tersebut bagi pihak mereka? Adakah Pakatan Rakyat pernah membuat janji untuk menyelesaikan masalah ini? Kalau ada sila tunjukkan dimana, sebab penulis rasa tidak ada. Logiknya juga, pinjaman perumahan tersebut dibuat antara siapa, bank dengan kerajaan negeri atau bank dengan pembeli rumah terbabit? Kalau bank dengan kerajaan negeri, mungkinlah tapi sekarang bank dengan pembeli tersebut secara individu, kenapa pula kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang perlu membayar hutang tertunggak? Menurut sumber, penulis dimaklumkan bahawa tindakan ini ada kaitan dengan keputusan kerajaan negeri mengambil alih hutang Talam pada 2010 bernilai RM 392 juta!! Kononnya kalau kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh mengambil alih hutang Talam, kenapa tidak hutang perumahan mereka? Dimana persamaan antara kedua kes ini sehingga kerajaan negeri perlu mengeluarkan wang lagi untuk membayar hutang pemilik rumah terbabit? Kes Talam adalah kes berbeza, ia kes korporat yang melibatkan wang milik kerajaan negeri yang banyak. Kalau nak dijelaskan satu persatu disini, macamlah semua orang faham pun. Cukuplah sekadar penulis menyatakan ianya adalah kes berbeza dengan kegagalan penghuni rumah PKNS gagal membayar hutang perumahan, macam langit dengan bumi. Lagipun, kalau kes ini kerajaan negeri bayar, bukan setakat 350, beribu yang lain pun kerajaan negeri perlu tanggung juga!! PKNS pun yang penulis tahu, bukan sebuah badan kebajikan tapi anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan negeri tersebut. Pada zaman BN, PKNS membina rumah-rumah mampu milik untuk dibeli rakyat berpendapatan rendah sebelum fungsi tersebut diambil alih oleh pihak swasta dibawah Pakatan Rakyat. Langkah tersebut dibuat kerana tindakan kerajaan BN dahulu amat tidak munasabah dan merugikan negeri. Ramai tidak tahu bahawa dibawah pentadbiran BN, tanah untuk tujuan perumahan dijual kepada pemaju pada kadar serendah RM 1.00 sekaki persegi sahaja!!! Ini menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian kerana hasil yang diperolehi tidak sepadan dengan nilai tanah. Berbanding dengan sekarang, tanah untuk pembinaan rumah dijual pada harga pasaran yang mana menguntungkan rakyat dan kerajaan negeri Selangor dari segi kutipan hasil. Walaupun tindakan itu menyebabkan harga rumah naik berlipat kali ganda, tapi itu tidak mengapa kerana sebagai negeri maju, memang sepatutnya begitu. Yang penting rakyat masih mampu membeli. Balik pada cerita penghuni rumah PKNS ini tadi. Melihat kepada harga hartanah di Selangor sekarang, penulis mencadangkan agar mereka menjual sahaja rumah masing-masing kalau tidak mampu membayar balik pinjaman. Duit hasil jualan itu nanti boleh digunakan untuk membeli rumah di negeri yang kurang membangun atau tidak semaju Selangor seperti Pahang, Melaka, Negeri Sembilan atau mana-mana sajalah. Di negeri-negeri yang penulis sebutkan di atas, masih ramai orang yang mempunyai mentaliti terdesak seperti mereka yang boleh dikongsikan bersama 'kebodohan' yang ditunjukkan sekaran di Selangor. Terus terang, kalau sesiapa berkesempatan melihat sendiri keadaan rumah PKNS sekarang yang dibina pada zaman BN dahulu, penulis rasa ramai bersetuju bahawa keadaan rumah tersebut hanya mencacatkan pemandangan di Selangor yang pesat dengan pembangunan sejak diambil alih oleh Pakatan Rakyat. Memang dah patut diruntuhkan untuk dibina kondominium atau apartmen yang lebih selesa dan sesuai dengan status Selangor sebagai negeri maju di Malaysia ini. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan