. |
- Buku Baru Saya Sudah Siap
- Kita Tengok Siapa Lebih Berani; Mat Maslan Atau Mazlan Aliman
- Nak Disebut Naik Birat, Dikenang Ketawa Sendiri
- Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin
Posted: 04 Oct 2012 03:36 AM PDT PEMAKLUMAN Setelah lama berihat dari menerbitkan buku, kini saya muncul kembali dengan buku baru berjudul: PRU: 13 Nyawa BN Di Hujung Pedang. Sewaktu berbicara dengan Tokguru Nik Abdul Aziz ketika beliau berihat di hospital HUSM, Kubang Kerian dua minggu lepas, beliau menegur judul itu dan kalau boleh minta ditukarkan. Katanya judul itu agak keras sikit. "Khabarnya sedang tulis buku, judul apa?" tanya Tok guru di hujung telefon. "Nyawa BN Di Hujung Pedang, Tokguru.." jawab saya penuh hormat. "Nyawa di hujung pedang, Ana rasa tajuk itu keras sikit, bolehkah ditukar menjadi, Nyawa BN di hujung tanduk..tak" cadang Tokguru. Ohp... saya terdegis sedikit mendengar permintaan Tokguru itu. Saya hanya mengangguk-angguk di hujung telefon tanda setuju dan sedikit serba salah. Bagi saya setiap teguran dan pandangan Tokguru terlahir dari dhamir yang suci. Begitulah Tokguru lembut dan amat bertimbang rasa dalam apa-apa juga. Walaupun hanya dengan judul buku tetapi beliau amat teliti dan perhati. Sebelum ini beberapa fakta didalam buku saya khasnya mengenai kesilapan memetik hadith ditegur direct kepada saya. Tokguru bukan saja pembaca tetapi pemberian ilham dan pengulas buku yang baik. Kerana teringat Tokgurudi wad, saya tidak mahu menjelaskan kenapa saya membubuh tajuk sebegitu. Jadi saya cepat-cepat menyanggup untuk membolehkan beliau permisi dari bercakap dengan saya. "InysaAllah tokguru kalau dan, ana akan pinda." balas saya. Beliau juga meminta saya mengirimkan senaskah untuknya. Sebenarnya ketika Tokguru menghubungi saya itu buku sudah dalam proses percetakan. Jadi saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan meneruskannya. InsyaAllah untuk cetakan kedua kalau ada rezeki akan saya pinda demi memantuhi nasihat Tokguru demi mendapat berkat. Di sini saya akan jelaskan justifikasi dan rasionalisnya kenapa saya menggunakan perkataan "pedang" bukan "tanduk". Mula-mulanya saya judulkan buku itu sebegini; PRU 13: Menanti Saat-Saat UBN Tumbang. Tetapi saya pinda kerana merasakan tajuk itu keras dan sadis untuk UBN. Maka saya perlembutkan dengan membubuh perkataan "pedang" Pedang yang saya maksudkan itu ialah kuasa rakyat. Rakyat akan bertindak menjadi senjata dalam pilihan raya akan datang. Rakyat akan membunuh UBN. Kemungkinan ini saya lihat kepada perkembangan sesama apa yang berlaku kini termasuk juga mood rakyat. Dalam analisa saya selera rakyat hari ini geram untuk melakukan 'pembunuhan' terhadap UBN. Ada dua bab penting dalam buku ini untuk melihat kenapa saya merasakan begitu. Iaitu di bab muqadimah dan juga penutup. Saya juga turut mengemukakan satu 'teori' atau andaian bagaimana UBN boleh hanyut kali ini. Teori ini apa dinamakan penggabungan tiga gelombang! Gelombang tsunami, gelombang highway dan gelombang laut China selatan. Terserah kepada pembaca untuk menilai dan membahas atau mencari logik dan munasabah disebalik apa yang saya kemukakan itu. Buku ini bersifat 4 dalam 1, di mana saya memfokluskan kepada empat orang tokoh, Anwar, Najib, Nik Aziz dan Tengku Razaleigh. Cuba pandang mereka dari hujung pena saya. Apapun terima kasih kepada Tokguru atas pandangan dan nasihat. Ternyata beliau mengambil perihatian terhadpa karya atau tulisan saya. Mulai minggu depan kekawan yang membuat tempahan awal demi menyatakan sokongan dan membantu saya akan mendapat buku berkenaan. Pengeposan akan dibuat pada Isnin ini, insyaAllah. Dan kepada mereka yang berhajat untuk mendapatkannya bolehlah membuat tempahan. (Sila rujuk kepada iklan disebelah) Mungkin pasaran di kedai terbuka agak lambat kerana saya mahu mencuba pasaran di internet, yang rengkas dan menyenangkan. Untuk tujuan itu penjengok sekalian boleh merujuk kepada iklan disertakan dalam catatan ini. Sekiranya ada masalah boleh call dinombor telefon nombor 013 233 6776 sama ada untuk berbicara atau menghantar pesanan (sms). Atas sokongan dan perhatian anda saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih. Allah jualah membalas segala kebaikan anda. Sesungguhnya naywa pena saya terletak di tangan ada. [wm.kl.6:26 pm 04/10/12] | ||
Kita Tengok Siapa Lebih Berani; Mat Maslan Atau Mazlan Aliman Posted: 03 Oct 2012 11:07 PM PDT LINTANG PETANG Mat tidak payah cakap banyak, tidak perlu memberi amaran tidak perlu bersabar saman saja Mazlan Aliman apa nak tunggu-tunggu lagi. Mat mana, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Rakyat mahu tengok siapa benar dan siapa tidak benar. Mat Maslan kata Mazlan Aliman pemimpin yang celupar kerana banyak membuat fitnah terhadap Felda.
Saya yakin dengan pendirian dan maklumat yang ada kepada Mazlan Aliman. Dia ini juga berani. Apa keturunan saya tidak tahu, mungkin bugis sama keturunan dengan Najib Razak. Tetapi Najib penakut pula. Selalunya orang bugis berani dan cekal. Mazlan tidak akan membuat fitnah kerana partinya bukan paeti membuat fitnah. Pas bukan parti putar cerita atau tabur cerita fitnah dan mendedahkan keaiban orang sampai ke seluar dalam. Itu bukan parti Mazlan. Parti Mazlan ialah parti Pas yang berjuang berladaskan Quran dan Hadith. Pas tidak suka memfitnah atau memutar belit cerita. Logiknya kalau Mazlan membuat fitnah, tidak payah sampai Mat Mazlan tegur, Pas akan menegurnya dulu. Ini mana Pas ada tegur, support lagi adalah... Tidak usah cakap banyak kita hendak tengok sejauh mana keberanian Mat Maslan. Beliau harus tampil menyaman Mazlan sendiri jangan berharap kepada mana-mana pihak. Kalau beliau memberi alasan tidak ada lokas standi... bermakna Mat Maslan selama ini bercakap bermodalkan angin yang tentu berak bernajiskan asap sahaja. Saya juga yakin Mazlan Aliman bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan saman Maslan. Harap Mat Maslan berani seperti Azlina Othman Said. Kalau tidak berani bolehlah Mat Maslan bertukar jantina dengan Azalina dalam menghadapi Mzlan Aliman ini. Keberanian dan kesediaan Mazlan untuk menghadapi tindakan undang-undang Azlina dialu-alukan dan diucapkan syabas. Begitulah anak jantan pantang dicabar dan undur apabila digertak. Dan kita orang luar pula inilah masanya untuk melihat orang Johor bergaduh sesama sendiri. Kita tenguk orang Johor mana yang menang. Kalau orang Johor yang dulu 80 peratus menganut Umno sudah mula bergaduh ini bermakna kedudukan Umno di Johor sudah tidak stabil lagi. Kalau dikubu sediri sudah ada pergaduhan, cabar mencabar, apa lagi ditempat lain. Barang kali benarlah "teori" yang saya kemukakan dalam buku baru saya; Nyawa BN dihujung pedang, ada kebenaran bahawa Johor akan menyambut gelombang di Sabah dan Sarawak untuk meranapkan UBN di Semenanjung. Steady Mat... khabarnya saham Felda merudum lagi. [wm.kl.2:01 pm 04/10/12] | ||
Nak Disebut Naik Birat, Dikenang Ketawa Sendiri Posted: 03 Oct 2012 09:07 PM PDT ULSASAN Bukan dengki dan bukan juga hendak khianati. Apa yang diperkatakan kerana ia agak ganjil dan luar biasa dan jarang-jarang terbuat dan berlaku dalam kehidupan orang lain. Begitulah yang dapat difahami dari majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam menjadi buah mulut dan percakapan umum kini. Bukan kerana Ali terus mempertahankan adat dan budaya Melayu yang berunsur hindu itu, tetapi apa dipersoalkan mengenai kegahan kenduri berkenaan.
Seperti mana dakwa Mahfuz Omar majlis perkahwinan anak Ali itu dibincang dalam mesyuarat sebuah perbadanan negeri Melaka. Dakwa Mahfuz majlis kenduri itu dibincang oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Perkara ini terbongkor apabila minit mesyuaratnya tercicir kepada media massa. Apakah keperluan dan ada peruntukan untuk perbadanan berkenaan menguruskan majlis perkahwinan itu? Bukankah ini satu penyalahgunaan kuasa? Kalau kenduri itu diuruskan sendiri oleh pihak Ali dan keluarganya ataupun keluaga Umno tanpa membabitkan kakitangan kerajaan dan sebuah perbadanan tidak menjadi masalah. Ali boleh berbelanja berapa juta ringgit pun untuk kenduri itu kerana dunia Umno mengetahui siapa dia Ali. Ali ialah ketua menteri Melaka yang dunia semua tahu bagaimana hebat dan kayanya sesiapa yang menjadi ketua menteri Melaka bermula era Mahathir. Misalnya orang juga tahu bagaimana bekas KM, Rahim Tamby Chik mempunyai aset dan wang ratusan juta. Jadi tidak pelik kalau Ali juga kaya atau kekayaannya melebihi kekayaan Rahim Tamby Chik. Kalaupun bekas KM Melaka yang tidak kaya ialah Encik Ghabar Baba atau Allahryaham Mohd Zain. Ali juga adalah bekas calon timbalan presiden yang dibatalkan pertandingannya kerana terbabit dengan rasuah? Faham-fahamlah sendiri. Rasuah boleh dilakukan oleh mereka mempunyai wang untuk mendapat sesuatu seperti kedudukan dan pangkat. Dan rasuah juga berlaku kepada mereka yang lemah iman atau tidak mempercayai adanya yaumi masyhar. Cerita pagi ini Pagi ini saya tidak mahu bercerita panjang soal Ali Rustam dengan majlis kenduri kahwin anaknya yang kononya majlis itu mencerminkan sokongan padu rakyat Melaka kepada Ali dan juga UBN. Wajarlah kalau rakyat Melaka menyokong BN sampai ke mati kerana negeri itu tidak ada raja di mana mereka berajakan kepada UBN. Adat istiadat UBN berbeza dengan adat istiadat dan resam orang Melayu. Tidak menghairankan. Namun dalam pada itu terdapat juga segolong rakyat negeri cancaluk itu yang sudah berhijrah kepada Pakatan Rakyat. Kenduri kahwin anak Ali itu tidak dapat lari dari ianya bermatlamat politik. Ali sangat mengharapkan sambutan meriah itu untuk difahami oleh pihak atasan. Kononnya beliau masih popular dan mendapat kepercayaan rakyat. Mungkin juga apa tertusuk dari kenduri itu ia akan menjadi legasi kepada Ali yang mungkin selepas ini tidak lagi menjadi KM Melaka. Jadi sebagai pegakhiran khidmat dan meraikan rakyat Ali adakan kenduri itu dengan kepastian ianya meriah dan hebat. Apa yang saya hendak bawa dalam ulasan pagi ini ialah mengenai sebuah lagi kenduri kahwin politik yang bakal diadakan. Kita mahu tengok apa akan terjadi kepada kenduri kahwin yang satu ini. Apakah ianya sehebat kenduri kahwin anak Ali atau pun lebih hebat ataupun tidak diadakan langsung? Logiknya dan kalau mengikut aliran nafsu kenduri kahwin yang satu ini akan lebih hebat dan gah lagi dari kenduri kahwin anak Ali itu. Masalahnya apakah kenduri kahwin itu sempat diadakan? Ini satu tanda tanya yang boleh kita sama-sama bayangkan. Kenduri kahwin yang dimaksudkan itu ialah kenduri kahwin anak perdana menteri dengan isteri baru, Rosmah Mansor. Anaknya akan berkahwin dengan anak seorang raja dari Kazakstan. Majlis pertunangan anak Najib ini sudah pun diadakan secara eksklusif di mana hanya kerabat-kerabat terdekat dan kerabat raja di undang. Kalau majlis pertunangan sudah hebat dan gah pastilah majlis kenduri - naik pelamin lagi hebat. Apa lagi nama anak perdana menteri dengan bini baru, lagi hebatlah. Kalau anak Ali diarak dengan beca roda tiga, tentulah anak Rosmah akan diarak menaiki gajah putih bunting sulung. Rakyat sudah mengenali citarasa dan nafsu besar Rosmah bin Mansor. Kehebatan kenduri Ali itu mencabar Rosmah dan seterusnya akan mencabar Najib. Sudah pasti Rosmah mahukan nilai kenduri itu lebih mahal dari nilai perkahwinan anak Ali. Rosmah tidak perlu kepada jumlah tetamu 100 ribu tetapi cukup dua tiga ratus sahaja tetapi yang penting harga kenduri itu mahal. Yang hadirnya pembesar seluruh negara dan raja-raja Melayu. Dalam soal ini kuaniti tetamu tidak penting tetapi kualiti (price) kenduri itu penting. Sebagai isteri perdana menteri Rosmah boleh menarik seberapa banyak wang untuk majlis itu kelak. Selagi dia bergelar Wanita Pertama yang beliau nobatkan ke atas dirinya sendiri, wang akan sampai. Rosmah tidak perlu memecah tabungnya peribadinya yang dibuka sedari kecil, tetapi cukup beliau berdaham sahaja. Kalau sebuah perbadanan dikatakan boleh menguruskan perkahwinan anak seorang ketua menteri, perkahwinan anak Rosmah tentulah ada pihak agensi atau GLC lebih besar dari itu. Sebelum ini pun majlis klenduri perkahwinan anak perdana menteri itu katanya sudah diurus bayar (sekruang-kurangnya bil dialamatkan ke Jabatan Perdana Menteri), apakah mustahilnya kalau untuk majlis perkahwinan nanti Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Kewangan menguruskannya. Mungkin Mohamad Nor Yaacob boleh dipanggil menjadi bendahara ... bendehara gat zaman moden ini menteri kewangan lah... bagi membincang dari mana dan berapa banyak wang hendak diadakan. Zahid Hamidi dan Hishmuddin Hussein pula boleh memastikan lalu lintas udara dan darat serta laut berjalan lancar untuk upacara itu. Zahid boleh arah satu paltun askar untuk menjaga keselamnatan manakala Hishamuddin boleh arahkan Ketua Polis Negara memberi sekian banyak anggota polis lalu lintas dan juga FRU untuk mengawal majlis berkenaan. FRU boleh menjamin agar tidak ada gangguan daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM) ataupun dari warga Rupblik Bangsar dari membuat kacua ganggu majlis berkenaan. Pendeknya selagi kuasa masih berada di tangan dan rakyat berada di hujung kuku kaki, Rosmah dan Najib boleh lalukan apa-apa sahaja. Kalau Ali Rustam hanya sebagai seorang ketua menteri sebesar dua belah telapak tangan boleh berbuat begitu mengapa tidak dengan Najib yang menguasai sebuah negara bernama Malaysia? Cuma saya hendak ingatkan Rosmah dan Najib disini kalau diadakan majlis kenduri perdana itu nanti jangan lupa ajak sama Hasan Akidah untuk menjadi tukang pantun manakala Nasharudin Mat Isa sebagai pembaca doa. Jangan lupa ini. Hasan Akidah yang petah dengan motivasi akan dapat mengarang pantun-pantun yanh indah dan gah memuji pengantin dan juga ibu pengantin. Misalnya begini; Membina rumah tanpa andang, Daun jendela kayu meranti; Puan Rosmah wanita budiman, Menjadi raja ditahkta Perdana Menteri. Manakala Nasharudin pula yang fasik dalam bahasa Arab termasuk Arab Mesir, Iran, Irak, Arab Saudi dan segala macam boleh membaca doa-doa indah dan mengasyikkan. Kalaulah mereka tercicir dari senarai jemputan orang-orang besar maka kempunan dan hinalah mereka dalam martabat bangsa politik negara ini. Persoalannya kini apakah kenduri kahwin itu akan diadakan atau lebih tepat lagi sempatkah ianya diadakan? Inilah merisaukan Rosmah dan juga pemerhati politik yang mahu melihat peristiwa itu berlaku. Kebimbangan inilah mengaru-garu kepala Rosmah. Melihat kepada masa depan UBN yang suram temaram menyebabkan Rosmah mungkin bimbang takut kenduri itu tidak sempat diadakan di masa dia berada di takhta kekuasaan hari ini. Manakala untuk menyegerakan pula kenduri yang besar-besaran itu bimbang ia akan dijadikan isu dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya UBN sudah tidak berkuasa dan Najib sudah tidak menjadi perdana menteri (tidak makan telor) sudah pastilah kenduri yang gah diharapkan itu tidak akan menjadi lagi. Hari ini Rosmah sedar kenapa rakyat (Umno) menghormatinya dan suaminya bukan lain melainkan kerana jawatan PM itu. Apabila sesudah tidak menjadi PM, nescaya mereka tidak akan disebut-sebut lagi. Bak kata bidalan saya, kalau sebut mulut naik birat, jika diingat akan tertawa sendiri. Ah... Mat Maslan tentu faham bidalan saya, sebab Mat Said sakit telinga. [wm.kl.11:56 am 04/10/12] | ||
Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin Posted: 03 Oct 2012 04:01 AM PDT SUSUPAN SENJA Elok rasanya kalau semua pihak dalam parti yang berikat dalam Pakatan Rakyat tidak bercakap soal siapa yang akan menjadi perdana menteri, menteri ataupun menteri besar ataupun tokoh-tokoh bakal dilantik memegang GLC kalau pakatan itu menang kelak. Percakapan seperti itu tidak membawa kebaikan sebaliknya memberi keburukkan. Semua pemimpin dan orang dalam Pas, PKR dan DAP tidak perlu mengira atau menamakan sesiapa untuk memegang jawatan itu dan jawatan ini. Apa yang lebih afdal dan diutamakan ialah kemenangan. Yang perlu difikir dan menjadi fokus ialah kemenangan. Cuba berfikir macam mana untuk memastikan pakatan itu menang bukannya terlebih dahulu mengisi kemenangan dengan menlantik orang itu dan orang ini. Tidak ada guna menamakan orang itu dan orang ini kalau kemenangan masih kabur. Yang akan boleh membawa kepada perkiraan untuk memilih siapa ialah kemenangan. Bercakap untuk melantik orang itu dan orang ini samalah seperti petani yang bercadang untuk memelihara lembu yang belum dibelinya, sudah berkhayal sama ada lembu itu hendak simpan dalam kandang, di kondo ataupun diletak dalam lori. Perbuatan itu sia-sia saja. Bahkan dengan bercakap mengenai jawatan dan kedudukan ia boleh menyebabkan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri sebelum sampai ke pertengahan jalan. Anda semua kini dalam mengatur langkah menuju ke Putrajaya. Walaupun untuk menghilangkan rasa katup dan menghamba keletihan dalam perjalanan itu dengan berangan-angan begitu, tetapi ia tidak berapa bagus. Kalaulah ada dua tiga ahli dan penyokong bengong akan bergaduh sesama sendiri. Kalau untuk menghilangkan bosan dalam perjalanan itu carilah cerita lain yang lebih selamat. Ahli Pas yang bengong sudah tentu mahukan Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri, begitu juga dengan ahli PKR yang bebal tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Kedua ada hujah masing-masing. Yang mahukan Abdul Hadi mendakwa kekuatan Pakatan Rakyat disebabkan Pas, manakala di pihak PKR pula akan mendakwa kekuatan PR kerana Anwar. Itu tidak termasuk kalau-kalau ada yang tidak berapa sihat dalam DAP akan berpendapat jawatan PM patut diberikan kepada DAP kerana kemenangan PR itu disebabkan sokongan Cina. Apakah kalau ketiga-tiga tokoh parti dalam Pakatan itu termakan pula dengan dakwa dakwi itu, haru jadinya. Jadi sebaik-baiknya semua pihak jangan bercakap dulu fasal ini. Kalau pun masing-masing ada calon masing-masing diamkan saja. Biarlah keadaan selepas kemenangan nanti akan menentukan. Semua pihak perlu menerima fitrah politik itu penuh dengan serba mungkin. Selebihnya siapa bakal memegang jawatan apa kena serahkan kepada Allah s.w.t. Kita hanya merancang mengikut kadar akal fikir kita tetapi yang menentunya nanti adalah Tuhan kita. Hakikat inikita semua kena terima dengan penuh redha. Manalah tahu tiba-tiba orang lain suku sakat yang akan menjadi PM nanti bukan Anwar atau Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang. Siapa tahu? Semua boleh jadi dan serba mungkin. Secara peribadi saya cukup bimbang cakap-cakap atau angan-angan orang Pakatan Rakyat itu akan menjadi seperti Mat Jenin yang jatuh dan mati dari pokok kelapa sebelum berbuat apa-apa, hatta membeli kambing yang kemudian didagangkan sehingga dia membayangkan akan berkahwin dengan anak raja. Elaklah jadi macam Mat Jenin. [wm.kl.6:59 pm 03/10/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan