Anak Sungai Derhaka |
- Ito Blues Gang seru artis sokong Konsert Bersih
- Ibrahim Ali kata Najib bukan penakut tapi Anwar..
- Notis mesyuarat persiapan majlis kahwin anak Ali Rustam tersebar!!
- Akhirnya.. ada juga yang termakan hasutan NGO mesra UMNO itu...
- Gara-gara lebih banyak 'dislikes' dari 'likes' diterima video Live #TanyaNajib kini 'Private'..
Ito Blues Gang seru artis sokong Konsert Bersih Posted: 04 Oct 2012 04:00 AM PDT Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama Duduk Bantah pada 28 April 2012 jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat. 8 tuntutan BERSIH 2.0 dan 22 cadangan dari laporan JawatankuasaPilihan Khas Parlimen (PSC) masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Justeru itu BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert pada 13 Oktober di Stadium Kelana Jaya. Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang 8 tuntutan BERSIH yang masih belum ditunaikan. KUALA LUMPUR, 4 Okt — Lagenda Blues negara, Ito yang terkenal dengan kumpulannya Blues menyeru golongan artis untuk menyokong konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 13 Oktober akan datang. Ada pencacai UMNO kata ini adalah Konsert Maksiat "Bersih 2.0" Terbesar.. Maksiatlah kan sebab ianya bukan dianjurkan oleh NGO yang menyokong UMNO.. kalau dianjurkan oleh NGO mesra UMNO apapun boleh.. | ||
Ibrahim Ali kata Najib bukan penakut tapi Anwar.. Posted: 04 Oct 2012 12:32 AM PDT Kata Ibrahim Ali penakut yang sebenarnya ialah Anwar Ibrahim sebabnya Anwar sanggup terbang ke Paris ketika sesi perbahasan bajet sedang berlangsung. Kata dia lagi.. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir semasa Ketua Pembangkang itu berucap kerana sebagai pemimpin kerajaan, Najib sibuk dengan pelbagai tugas rasmi. Ibrahim juga menjelaskan, ketika Anwar berucap membahaskan Bajet 2013, Perdana Menteri berada di pejabatnya dan sentiasa mendengar perbahasan itu melalui siaran langsung di televisyen. Ini kenyataannya yang disiarkan oleh Utusan KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Paris, Perancis ketika sesi perbahasan Bajet 2013 sedang berlangsung menunjukkan beliau seorang pemimpin penakut yang `bercakap tidak serupa bikin'. Dah jadi Pembantu Khas kepada Najib pulak ke Ibrahim Ali nie?.. he..he.. Takut tak dipedulikan terus oleh Najib terpaksalah dia mempertahankan Najib seolah-olah dia adalah Pembantu Khas Najib sedangkan tidak adapun pemimpin UMNO/BN yang lain mempertahankan Najib yang dianggap sebagai pengecut oleh Anwar Ibrahim.. Nih!! Khas untuk Ibrahim Ali..
| ||
Notis mesyuarat persiapan majlis kahwin anak Ali Rustam tersebar!! Posted: 03 Oct 2012 09:09 PM PDT Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan. Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu! Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu. Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter menulis: @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? [ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ] Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut. Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan. Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu. Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam. Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu ( sila baca di SINI ) bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu ~ Jalan Pulang | ||
Akhirnya.. ada juga yang termakan hasutan NGO mesra UMNO itu... Posted: 03 Oct 2012 06:51 PM PDT Hujung September dua laporan polis telah dibuat oleh pegawai undang-undang PKNS, Silawati Bt Mat Jusoh dan pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid berikutan dengan pengedaran surat yang menghasut penduduk. Surat dari NGO Jaringan Melayu Malaysia diedarkan kepada penduduk bagi meminta Kerajaan negeri Selangor membeli hutang rumah penduduk dari Pihak Bank yang memberi pinjaman kepada penduduk. Kononnya ini adalah selaras dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada November 2009 dimana Kerajaan Negeri Selangor melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation (SIC) membeli hutang Talam Corporation, Unisel dan PNB. Bagaimanapun Pengurus perhubungan awam PKNS, Ishak Ibrahim dalam kenyataannya menuduh JMM cuba memberi tanggapan salah di mata umum. "Pengedaran surat ini satu tindakan berniat jahat dan menghasut," - laporan penuh sila baca di ( SINI ) Akhirnya satu demonstrasi secara aman berjaya juga diadakan pada 1 Oktober lalu untuk memberikan tekanan kepada pihak PKNS setelah ada penduduk yang termakan hasutan dari JMM itu.. Mengaku miskin.. tapi pakaian tak macam orang miskinpun.... | ||
Gara-gara lebih banyak 'dislikes' dari 'likes' diterima video Live #TanyaNajib kini 'Private'.. Posted: 03 Oct 2012 09:48 AM PDT Dipercayai gara-gara lebih banyak 'dislikes' yang diterima berbanding 'likes', kurang dari sejam sejam sesi hangout #TanyaNajib Budget 2013 tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton oleh warga internet telah di'private' kan. Sila lihat di ( SINI ) Ini berbeza dengan Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas yang masih boleh ditonton hingga sekarang di ( SINI ) Najib dilihat cuba menandingi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar. Malangnya apa yang diharapkan olehnya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya. Kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton .
Dan akhirnya bagi mengelakkan lebih banyak 'dislikes' diterima ianya telah di 'private' kan.. Malah program soal jawab tentang Bajet 2013 bersama Najib Razak ini nampaknya sekadar menjadi bahan lawak di Twitter .. sila lihat di ( SINI ) Tentu Najib kecewa.. biarpun telah digunakan rebat RM200 untuk membeli 'Smartphone' dan RM250 melalui BR1M 2.0 sebagai umpan beliau masih gagal memenangi hati golongan muda yang menguasai alam cyber ini... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan