Paradigma Berani |
'Maka undi Najib bermakna undi Soros?' Posted: 11 Oct 2012 08:24 AM PDT MP Pakatan Rakyat berkata sekiranya dakwaan hubungan NGO Suaram dan jutawan George Soros terbukti benar, maka undi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga merupakan undi kepada pedagang matawang tersebut. "Saya mahu lihat bagaimana media arus perdana memainkan perkara ini. Seperti yang kita tahu ada satu pertemuan rahsia di mana Najib meminta sokongan Soros ke atas gerakan global moderat. "Maka, jika Soros dipersalahkan, maka satu undi untuk Najib juga merupakan satu undi untuk Soros," kata MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli kepada Malaysiakini. Hatta menekankan bahawa Pakatan Rakyat tidak ingin membangkitkan isu tersebut. Namun, dakwaan kaitan Soros yang ditimbulkan BN itu kini nampaknya menjadi "senjata makan tuan", kata Hatta. Jadi, mereka perlu jelaskan kepada rakyat sekarang," katanya. Hatta berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuan peribadi antara Najib dan Soros di sebuah hotel terkemuka di New York, sejurus sebelum perdana menteri menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dua tahun lalu. Sementara itu MP Batu Tian Chua pula memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan Najib itu merupakan petunjuk utama kepada "hipokrasi" BN. |
You are subscribed to email updates from Paradigma Berani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan