edyesdotcom |
Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 03/2012 , Sekinchan Selangor Posted: 10 Oct 2012 12:12 AM PDT Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 03/2012 5-6 Oktober 2012 Sekinchan, Selangor Selepas Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan memasuki pusingan ketiga bagi tahun 2012 dengan giliran Selangor menjadi tuan rumah. Bertempat di sebuah hotel yang cukup sederhana sekitar Sekinchan, kelompok utama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dari seluruh negara berhimpun untuk sesi retreat sepanjang hari menyusun dan memperkemas gerakan anak muda. Rapat yang diadakan seharian bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.00 malam.
Rapat kali ini turut disertai oleh dua kelompok besar keluarga baru SAMM. SAMM Muadzam Shah yang menyertai SAMM sekitar April tahun ini dan juga SAMM Parit Buntar yang baru sahaja dilancarkan dengan gemilang awal September yang lalu. Seramai 28 Pengarah, Penyelaras Kebangsaan dan Penyelaras negeri, serta seramai 58 delegasi yang mewakili setiap negeri dari seluruh pelusuk tanahair hadir dalam Rapat Kebangsaan Selangor. Untuk rekod, Rapat Kebangsaan sebelum ini di Penanti, Pulau Pinang banyak mendatangkan hasil apabila SAMM di semua negeri bergerak hebat menganjur pelbagai program kemasyarakatan setempat mahupun program kebangsaan. Walaupun memasuki bulan Ramadhan ketika itu, seluruh negara digegar dengan nama SAMM di mana setiap SAMM negeri memainkan peranan menganjur pelbagai program. Kemuncaknya, SAMM dilihat sangat berjaya dalam penganjuran Sambutan Ambang Kemerdekaan Janji Demokrasi dan himpunan rakyat itu berlangsung tanpa sedikitpun penglibatan parti politik, ia adalah himpunan rakyat, ia juga himpunan anak muda dan SAMM sebahagian dari peneraju utama.
Rapat Kebangsaan di Selangor kali ini sesuai dengan cabaran anak muda menghadapi saat paling genting menentukan hala tuju negara. Tema kali ini berbunyi "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13″ dengan kesimpulan menumbangkan regim Barisan Nasional sebagai agenda utama selain penyusunan gerakan massa. Tidak dinafikan, hanya dengan menumbangkan regim ini sahaja mampu tanahair ini diselamatkan maka peranan SAMM menggerakkan massa ke arah reformasi dan revolusi ini menjadi perhitungan. SAMM perlu bukan sahaja dilihat kuat sebagai peneraju anak muda, tetapi SAMM perlu menjadi sandaran terpenting bagi anak muda meletakkan harapan dalam menyelamatkan negara ini. Rapat Kebangsaan ini Senario politik hari ini menyaksikan pertembungan besar bakal berlaku bagi meniti detik reformasi dan revolusi Malaysia baru. Percayalah samada regim yang zalim itu tumbang ataupun bertahan, revolusi tetap berlaku dan ia hanya dipisahkan oleh suatu detik iaitu pembubaran parlimen. Di sinilah perbincangan paling penting dan peranan SAMM ketika krisis memuncak ditentukan.
Berbalik kepada rapat kebangsaan, dimulakan dengan pembentangan program dan aktiviti setiap negeri di mana semua delegasi pengurusan berpeluang berkongsi modul dan mengaplikasikan di peringkat semua SAMM negeri. Pembentangan yang mengambil masa yang panjang saling berganti dengan slot jemputan yang telah diatur. Rapat kebangsaan kali ini begitu padat dengan kehadiran tiga tetamu jemputan yang diyakini mampu menjana idea yang memperkasa gerakan anak muda. Tepat jam 10.30 pagi jemputan pertama Cik Faekah Husin hadir memberikan ucapkata seterusnya merasmikan Rapat SAMM Kebangsaan (03/2012) Selangor. Cik Faekah yang bertugas sebagai S/U Politik MB Selangor cukup berbangga dengan kehadiran anak muda SAMM seluruh negara ke negeri Selangor sambil menyifatkan Kerajaan Selangor mampu diselamatkan dari serangan Umno dengan modul "Jelajah Anak Muda Selangorku" yang dibentang oleh SAMM Selangor.
Sebelum masuk waktu rehat tengahari, Prof Aziz Bari mengambil tempat untuk slot jemputan kedua. Perbincangan dua hala bersama Prof Aziz Bari lebih berkisar kepada hala-tuju negara dan nasib rakyat sekiranya BN terus memerintah negara. Juga turut dibincang persoalan pemimpin negara bermewah dalam aktiviti rasmi dan peribadi ketika kedudukan perbendaharaan negara menghampiri muflis.
Rapat Kebangsaan diteruskan dengan pembentangan SAMM Negeri memasuki fasa kedua iaitu peringkat akhir melengkapkan kertas kerja dan penyusunan gerakan. Antara gerak kerja program yang disusun adalah termasuk Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa 'Najib' Petualang Negara. Dengan usahasama SUARAM, jelajah ini penting bagi memberi pencerahan membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara. Slot jemputan terakhir diisi oleh sdr Haris Ibrahim yang menjadi sekutu utama SAMM dalam pergerakan ABU (Asalkan Bukan Umno). Kemunculan Haris di akhir petang sangat memberangsangkan dengan sesi soal jawab yang panas menyentuh perihal detik bubar parlimen sehingga ke detik pengumuman keputusan pilihanraya.
Semua tetamu jemputan diberikan cenderahati oleh tuan rumah Rapat Kebangsaan kali ini. Kepenglibatan ketiga-tiga tetamu jemputan dalam rapat kali ini memberikan banyak input dan output serta masing-masing antara delegasi SAMM dan jemputan banyak bertukar idea.
Rapat Kebangsaan SAMM masuk ke fasa terakhir yang juga fasa terpenting setiap kali rapat diadakan. Sesi terakhir iaitu sesi membentuk resolusi yang menjadi pedoman pergerakan SAMM diperdebatkan dan 8 resolusi terbentuk, adalah seperti berikut;
Tepat jam 10.00 malam, Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan (03/2012) Selangor ditangguhkan untuk kali ini dan rapat akan datang menyaksikan negeri pantai timur bakal menjadi tuan rumah. Syabas dan tahniah diucapkan buat penganjur SAMM Selangor yang menyediakan segala kemudahan dan keperluan dengan begitu lengkap selain penginapan yang selesa untuk anak muda, sajian makanan juga enak yang mana ia paling mendapat pujian. SAMM, bergerak cara anak muda, berbincang cara anak muda dan juga memasuki medan perlawanan sebagai anak muda kerana sesungguhnya dunia ini milik anak muda! SAMM terus berjuang menggerak massa meniti perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. Inilah "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13″! Laporan disediakan oleh Norazizi Abdul Aziz Pengarah Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) www.anakmudamalaysia.com |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan