Jumaat, 12 Oktober 2012

.

.


Ada Bekas IGP Hendak Masuk Pas?

Posted: 12 Oct 2012 02:13 AM PDT

SUSUPAN PETANG                                                                                                                                 
Jumaat lepas semasa makan tengah hari bersama seorang tokoh politik dia membisikkan kepada saya; "Sayuti ini cerita menggemparkan!" katanya tidak menghabiskan kata-kata menyebabkan saya sedikit terkejut dan terganggu untuk menyenduk sop tulang ke dalam pinggan. "Apa dia?" tanya saya meletak semula sudu ke dalam manguk sop.

Dia menjeling kepada tetamu lain yang duduk sebaris dengan kami. Saya sengaja dia panggil duduk berdepanan dengannya bagi mudah untuk berbicara. "Ini masih belum diketahui sesiapa lagi, tetapi saya mendapat maklumat dari seseorang yang boleh dipercayai," katanya.

Pada masa itu juga tokoh politik itu menceritakan mengenai perihal Datuk Paduka Raja Terengganu yang akan mengumumkan menyertai Pas. Perkara itu sudah pun berlaku beberapa hari lepas. Kalau merujuk kepada maklumat mengenai Datuk Paduka Raja itu, maklumat mengenai bekas Ketua Polis itu juga ada kebenarannya.

Tokoh itu lantas membisikkan kepada saya. "*********"... katanya perlahan. Tetamu lain tidak mendengarnya dan ada yang menjeling anak mata cemburu kepada perbualan saya dengan tokoh berkenaan yang agak eksklusif.

Saya mengangguk-angguk kecil sambil memamah nasi dalam mulut. Ketika itu juga terbayang dalam mata akan wajah bekas ketua polis berkenaan. Entah kenapa segera itu juga saya digodam bimbang sekiranya benar bekas ketua polis yang satu ini benar akan menyertai Pas.

Entah kenapa juga saya rasa ini perkembangan cukup membimbangkan. Tidak seperti biasa kalau ada mana-mana tokoh baik dari Umno maupun pegawai kerajaan ingin menyertai Pas, saya merasa lega dan ia dianggap memberi suntikan semangat kepada Pas. Tetapi yang ini agak berlainan sedikit, hati saya rasa kurang selesa.

Selepas mendapat berita itu saya terus cuba merisik apakah pihak Pas sudah mendapat tahu akan hal ini. Apakah ianya sudah sampai keperingkat dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Harian Pas, ataupun ia hanya diketahui orang-orang tertentu sahaja.

Adalah malang sekali kalau penerimaan atau pun rancangan hendak membawa masuk bekas ketua polis ini tidak dibincang selumatnya dalam Dewan Harian Pas. Perkara besar begini elok dibincang secara menghalusi di dalam Pas dan tenguk baik dan buruknya serta kaji apakah tujuan dan maksudnya. Saya bimbang kalau rancangan itu tadi diterima secara mudah ia akan menyusahkan Pas.

Seseorang yang menganggotai pasukan polis sudah dilatih dengan berbagai ilmu dan juga tektik. Mereka diajar ilmu bagaimana hendak memecahkan sesuatu kumpulan atau pun melagakan di antara dua pihak agak bergaduh sesama sendiri. Natijahnya mahu melihat puak atau oragnisasi itu runtuh dan punah.

Dalam hal ini saya bukan prejusi atau busuk hati kalau niat kemasukan itu baik. Tetapi kalau ia adalah agenda dan nawaitu buruk, biarlah rancangan ini gagal. Kalaupun Pas ingin mendapatkan bekas ketua polis itu biarlah selepas selesai pilihan raya. Dan kalau beliau ikhlas dia benar-benar ikhlas untuk sertai Pas biarlah selepas pilihan raya. [wm.kl.5:07 pm 12/10/12]

Menunggu Ulasan Mahathir

Posted: 11 Oct 2012 05:44 AM PDT

SUSUPAN MALAM                                                                                                                  

Malam ini saya memaksa diri walaupun sakit mata dan hati untuk menonton Buletin Utama Tv3 semata-mata kerana Dr Mahathir IC Kandar. Inilah bisanya Mahathir ia berjaya menambat saya untuk terus berada di hadapan tv PB berkenaan. Apa yang saya hendak tahu ialah apakah ada laporan oleh tv itu berhubung pertemuan Najib Razak dengan George Soros.

Mahathir: Saya bersalam tetapi hati membencinya. Hehe..
Saya nak tahu bagaimana reaksi dan ulasan Mahathir. Mahathir alergik benar dengan Soros ini. Baginya Soros lebih daripada seorang penyangak atau penyamun. Kerana saking hebatnya kebencian Mahathir kepada Soros, sampai dia terlupa yang dia juga ada kalanya memuji Soros dan bersalaman dengan Soros.

Inilah sikap hipokritnya Mahathir yang masih diterima oleh orang Umno totok. Kalau orang lain berbaik dengan Soros beliau akan mengamuk macam dan marah kerbau dicucuk punggung. Bagai Mahathir si Yahudi itu adalah bapak penjahat didunia.

Apabila Soros dikatakan memberi dana kepada sebuah portal berita dan membantu Pakatan Rakyat, oi bukan main lagi dia marah dan menjaja isu itu ke serata negara. Sampai dia kata kalau bagi undi kepada Pakatan Rakyat, samalah memberi undi kepada Soros. Memberi undi kepada Soros bermakna sebuah kerajaan baru akan terbentuk di negara ini. Maka rakyat pun mempercayai kepada kata-kata Mahathir itu tanpa memeriksa lagi. Semua itu kerana terlalu taksub dan mempercayai Mahathir.

Kerana sikap taksub buta itulah menyebabkan Mahathir tidak ada masalah untuk melakukan apa-apa saja demi kepentingannya dan kroninya.

Berbalik kepada isu kenapa saya melangguk di hadapan TV3 sekarang ini ialah mahu mendengar ulasan dan pandangan Najib terhadap apa yang didedahkan hari ini. Mengenai perjumpaan Najib dengan Soros di luar negara. Saya mahu tahu apakah sikap Mahathir mengenai pendedahan ini. Apakah dia akan berkata satu undi untuk Najib (UBN) bermakna satu undi untuk Soros.

Mungkin pendedahan ini mengejutkan Mahathir kerana dia tidak tahu sebelum ini cerita Najib berjumpa dan berpelukan dengan Soros. Kalau Mahathir tahu cerita itu pasti dia tidak akan tergamak untuk mengkritik Soros dan memburukkan pembangkang kerana menerima bantuan Soros. Elok juga apa yang berlaku itu setidak-tidaknya Mahathir tahu bahawa bukan semua yang berlaku dalam pengetahuannya. Najib juga mungkin sudah berbulu dengan Mahathir sehinggakan tidak memberi tahu peristiwa itu kepada bekas presiden Umno baru itu.

Sekarang sudah pukul 8:33 malam... sudah hampir separuh berita di TV3 namun tidak ada apa-apa laporan komen Mahathir mengenai perjumpaan Najib dengan Soros itu. Apakah tv berkenaan tidak dapat menghidu berita itu yang didedah hari ini?  Atau apa?

Sekiranya Mahathir diam dan tidak memberi apa-apa komen terhadap berita itu, ia boleh menyebabkan Mahathir malu sendiri. Orang akan terus mentertawakan Mahathir yang kononnya terbuka tetapi sanggup menyembunyikan tikus dalam seluar dalamnya.

Saya tunggu ulasan Mahathir walaupun sepatah, saya sedia menerima kalau ulasan itu positif. Saya tunggu... Mat Maslan juga saya yakin sedang menunggu apa komen Mahathir bila Najib berpelukkan dengan Soros. Saya tunggu. [wm.kl.8:35 pm 11/10/12]

Bergurau Degan Pengomen Hantu

Posted: 11 Oct 2012 03:53 AM PDT

MARAH PETANG                                                                                                                    

Lama saya tidak memberi respons langsung atau bergurau beruk dengan penjenguk blog saya yang berotak kemetot. Petang ini untuk release tension kerana melayan panggilan telefon dan membalas sms dari rakan-rakan yang nak tempah buku, jadi saya melayan komen salah seorng penjenguk ini. Namanya Mamakkia. Sukar untuk saya tebak siapa dia ini sebenarnya. Mungkin SB. Selalunya yang menyembunmyi hidung tetapi boleh kesan kentutnya SB atau pun cyber trooper Umno.

Berikut adalah komen di Mamakkia ini yang cabar minta disiarkan dan sekaligus menyindir saya;

"kadang-kadang tuan terlalu emosi dan tidak boleh menerima perbezaan orang lain..yang tuan nampak anwar ibrahim adalah segala-galanya...Saya tidak pernah membaca tulisan tuan di dalam blog ini yang mengkritik tindak tanduk anwar yang bukan semuanya betul..Byk gelagat anwar yang merugikan pakatan..Harap disiar komen ini kerana posting-posting tuan sebelum ini pun bukannya ramai yg memberi komen".

Apakah maksud komennya ini. Dia lepaskan komen ini menerusi posting terbaru yang saya hentam dewan Pemuda Pas yang membengongkan saya. Apa yang hendak beliau gambarkan di sini bahawa saya menyokong Anwar yang kepadanya Anwar banyak menyusahkan Pakatan Rakyat. Saya tidak tahu apakah dia sengaja buat-buat tidak tahu atau dia ini memang "khulub". Apa maksud "khulub" fahamlah sendiri.

Saya percaya dia tidak membaca keseluruhan tulisan saya seperti mana terjadi mereka yang mengkritik saya. Saya menerima kritikan sesiapa saja. Tetapi kalau kritikan itu jelas bodoh dan bebal saya tidak melayannya. Seperti Mamakkia ini, mulanya saya enggan layannya tetapi saya ambil sebagai bahan penulis untuk memberti tahu manusia sewaktu dengannya.

Kalau kita hendak mengkritik orang kita perlu meluaskan pandangan dan melegakan ruang kepala kita. Kena memahami apakah konteks penulisan berkenaan dan jangan komen di luar konteks. Saya rasa orang yang tidak bodoh memahami apa yang saya hendak sampaikan dalam catatan berkenaan.  Begitu juga kalau kita nak komen kena berani tonjolkan identiti diri. Jangan jadi hantu yang berhalimkunan di rumah-rumah buruk.

Tidak benar kalau dia mengatakan saya tidak mengkritik Anwar. Mungkin dia tidak membaca semasa saya menibai Anwar di dalam blog ini. Apakah dia tahu bahawa saya telah membuat posting sebanyak 3,560.  Apakah dia membaca kesemua sekali? Itulah saya katakan kalau pandangan kita sempit jangan masuk dalam terowong gelap kerana dia akan menggelapkan seluruh diri kita.

Saya tidak kira apakah ramai atau tidak orang memberi komen di blog saya. Saya tidak gembira kalau komen-komen yang masuk yang nilainya sepreti komen si Mamakkia ini. Ia menyemakkan box komen blog saya saja. Saya tidak membuka ruang komen blog saya seperti rumah pelacur!

Untuk pengetahuan berpuloh komen seperrti ini yang masuk saya tidak melayaninya. Bagi saya melayani si pengomen yang pengecut, tidak bertanggungjawab menyebabkan saya jadi bodoh. Komen tidak bertanggungjawab, tidak ada nama dan profile tipu saya terus membuangnya. Tidak semua komen dapat masuk ke dalam blog saya. Saya hanya menerima komen yang sihat sahaja.

Semoga mereka yang terus memcuba untuk membawa bangkai ke dalam blog saya, maaflah. Saya tidak suka kepada orang yang hanyir dan otaknya busuk. [wm.kl.6:52 pm 11/10/12]

Tiada ulasan: