Ahad, 7 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PAS minta UMNO tidak bimbang Himpunan 3 Nov

Posted: 07 Oct 2012 09:11 PM PDT

  
Monday, 08 October 2012 11:17
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Pix: Sinar HarianNaib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Pix: Sinar HarianSHAH ALAM: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, himpunan yang hendak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Nasional Bukit Jalil 3 November ini bertujuan meneruskan pendirian mereka berkenaan dengan lapan tuntutan Bersih 2.0.
Oleh itu katanya, dakwaan himpunan dibuat kerana mahu menutup kelebihan Bajet 2013, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 28 September lalu, adalah karut semata-mata.

Menurutnya, himpunan itu merupakan satu ruang demokrasi yang diamalkan dalam negara ini, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat dalam sistem pilihan raya negara ini.

"Tidak apa yang aneh mengenai himpunan 3 November ini, kalau benar Barisan Nasional (BN) rasa kuat, mengapa perlu bimbang dan keluarkan spekulasi yg mengarut?" katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa pambangkang sengaja mahu mengalih perhatian rakyat yang sedang gembira dengan Bajet 2013 dengan mengadakan himpunan 3 November ini.

Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, niat sebenar untuk mengadakan perhimpunan itu adalah bagi mengalih perhatian rakyat yang berasa senang dengan janji yang dikotakan kerajaan.

"Kalau mereka betul-betul yakin yang rakyat senang dan gembira dengan janji-janji BN, mengapa mesti takut dan tidak yakin hingga sanggup mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal ini?" bidas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau menambah, BN seolah-olah berhadapan dengan ancaman apabila PR mengadakan atau melakukan sesuatu.

"Apa saja yg kami cuba buat, akan diperbesar-besarkan.

"Saya yakin rakyat kini mempunyai dua pilihan sama ada terus yakin dengan BN atau beri peluang kepada kami (PR) bagi menerajui negara," ujarnya.

Ditanya mengenai persiapan perhimpunan yang akan diadakan di Bukit Jalil itu, katanya, pihak penganjur telah membuat permohonan bagi mengadakan himpunan dan berharap agar pihak stadium sudi memberi kerjasama dengan meluluskan permohonan.

"Setakat ini,jentera parti PR di setiap negeri juga telah digerakkan memberi penerangan mengenai himpunan ini,"katanya.

Beliau turut memberi jaminan tiada provokasi berlaku kerana jentera Pas sudah biasa dan berpengalaman dalam mengawal orang ramai dalam sesebuah himpunan besar. - SH

Surat kekanda kepada adinda George Soros

Posted: 07 Oct 2012 08:19 PM PDT


Kepada :
George Soros
Open Sciety Foundation/ Open Society Institute/ Open Society Initiatives,
6547-BCT – 12965 Pennsylvania Avenue,
New York City, United States of America
20 September 2012
Adinda-ku George,
Adalah kekanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kekanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adinda-ku seorang.  Kekanda sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andinda-ku berlebih-lebihan lagi. Amin.
Kekanda sekeluarga di Kuala Lumpur, baru selesai menyambut Hari Ulang Tahun Memasang Rambut isteri kekanda. Setiap tahun isteri kekanda akan mengadakan sambutan memasang rambut baru. Jemputan untuk Upacara Pasang Rambut ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri beberapa kali kekanda jemput. Sayangnya adinda-ku tidak ada masa terluang.

Berbesar hatilah kekanda memberitahu adinda-ku, pada tahun ini isteri kekanda menerima satu gumpalan rambut baru yang dihadiahi bekas Menteri Kerja Raya kekanda. Kekanda kurang arif dari mana bekas ahli kabinet kekanda dapat mengumpulkan rambut sebegini banyak. Kekanda sekeluarga amat gumbira. Agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.

Adinda-ku George,

Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kekanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kekanda sampai di New York 2002 dahulu. Kekanda masih ingat lagi bagaimana salji begitu tebal ketika pesawat kekanda mendarat di Lapangan Terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kekanda hampir-hampir tercabut.

Apakah adinda-ku ingat lagi bagaimana adinda memberi nasihat apabila kekanda merancang untuk bertemu Presiden George Bush pada 2002 dahulu. Kekanda ingat lagi bagaimana adinda-ku memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi bernama Jack Abramoff.

Adinda-ku, kekanda sedar Abramoff seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kekanda tahu Abramoff adalah pelobi Yahudi yang penting di Washington DC. Kekanda juga tahu peguam Yahudi itu bekerja melobi ahli Kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Isreal.

Adinda-ku George Soros,

Kekanda tiada pilihan. Macai dan Gurkha kekanda seperti Datuk Raba Raba telah berusaha kuat. Dengan hati terbuka kekanda telah bersetuju membenarkan Datuk Raba Raba untuk melanggan si Yahudi Abramoff dari syarikat Preston Gates & Ellis. Ini bertujuan memperbaiki imej kekanda yang dicemar Gerakan Reformasi.

Adinda-ku jangan risau. Memang hampir 2 juta dolar atau 6 juta ringgit duit Malaysia yang diminta si Yahudi pelobi itu. Harga ini amat mahal. Si Yahudi sengaja memberi tekanan harga kerana tahu kekanda amat 'desperate' untuk bergambar dengan George Bush.

Jangan adinda-ku risau. Wang 6 juta ringgit ini bukan datang dari duit poket kekanda sendiri. Ini ialah wang judi yang diberi tauke judi. Tauke judi ini memang kekanda pelihara sebagai orang yang akan mengumpul dana untuk kepentingan politik kekanda. Adinda wajib sedar, bukan George Bush yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim, tetapi Anwar banyak kawan dan kenalan di kalangan ahli Kongres dan Senator. Kawan-kawan Anwarlah yang sedang buat dasar 'regime change' terhadap kekanda.

Ketika itu, kekanda terpaksa melanggan seorang pelobi Yahudi penyokong Israel kerana kekanda amat terdesak hinggakan rambut kekanda gugur, tetapi tidaklah seperti rambut isteri kekanda.

Adinda-ku George yang dimuliakan,

Tujuan kekanda menulis surat ini ialah untuk mengulangi sekali lagi permintaan kekanda yang dahulu. Kekanda rasakan, Yayasan Perdana dapat bekerjasama dengan Open Society Institute. Seperti yang kekanda terangkan dahulu, Yayasan Perdana mahu bergerak di medan antarabangsa.

Yayasan Perdana yang kekanda tubuhkan bertujuan menjadi satu NGO supaya suara kekanda dapat didengar. Kekanda mahu Yayasan Perdana menjadi payung kepada idea, pandangan dan pendapat baru. Kekanda lihat Yayasan Perdana bukan seperti Yayasan Endon yang hanya berniaga kain batik. Yayasan Perdana akan jadi NGO antarabangsa. Bermain di persada dunia bukan hanya berkain batik.

Adapun bantuan yang kekanda perlukan ialah OSI dan Yayasan Perdana dapat mengikat kerjasama untuk menjalankan beberapa projek. Kerjasama ini penting untuk Yayasan Perdana. OSI sebagai sebuah yayasan yang berpengaruh dan lama berbakti, pasti dapat membantu melonjakkan nama Yayasan Perdana dan nama Mahathir Muhamad ke persada dunia.

Kekanda selalu bermimpi dan termimpi-mimpi, satu hari nanti Yayasan Perdana diiktiraf sama seperti Amnesty International, sama saperti Green Peace – bergerak dimedia antarabangsa sebagai sebuah NGO dari negara Dunia Ketiga. Dalam surat ini, kekanda tidak malu menulis, bahawa kekanda pernah termimpi-mimpi datang ke Istana Raja Sweden untuk menerima Hadiah Nobel bagi pihak Yayasan Perdana.

Adinda-ku George Soros,

Yayasan Perdana mula bergerak cergas apabila kerajaan Abdullah Badawi atas nasihat menantunya menutup semua ruang media untuk kekanda. Ketika Abdulah jadi Perdana Menteri, kekanda menjadi kucing kurap. Di luar negara, kekanda dianggap pembawa penyakit kusta.

Biar kekanda terangkan bagaimana kekanda dimalukan. Ini berlaku apabila nama kekanda tidak dicalon sebagai perwakilan ke persidangan tahunan parti yang kekanda sediri tubuhkan pada 1988. Bayangkan kad keahlian No: 1 ialah kekanda manakala No: 2 ialah isteri kekanda sendri.

Abdullah Badawi bersama menantunya berjaya menghalang kekanda dari hadir ke Perhimpunan Agung United Malays National Organisation. Ketika inilah Perdana Foundation menjadi sabun Breeze membersihkan muka kekanda.

Adinda-ku yang disayangi,

Ketika nama kekanda diketepi, kekanda rasa seolah-olah hidup ini tiada maknanya. Bayangkan kekanda menjadi Ketua Bahagian selama hampir 40 tahun. Kekanda menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut lebih 30 tahun. Dan kekanda adalah Menteri Perdana selama 22 tahun. Tetapi hendak datang ke persidangan tahunan parti yang kekanda tubuhkan sendiri, nama kekanda diketepi.

My Dear Soros,
Kekanda sedar ada rancangan jahat dari Amerika untuk menukar kekanda. Kekanda sedar di Amerika dan Eropah, ramai cemburu kerana kekanda berjaya mengumpul harta kekayaan. Tetapi nama kekanda tidak dapat disamakan dengan si Jebeng Suharto. Tidak dapat disamakan dengan Marcos. Kekanda tidak disiasat oleh pegawai Bank Swiss seperti yang dihadapi oleh Taib Mahmud. Atau seperti kebodohan Najib Razak yang akan dipanggil oleh Mahkamah Perancis.

Kekanda – kita berdua sama serupa. Kita berdua adalah sosok yang licik dan licin dalam hal dolar dan dinar. George Soros jaguh dalam hal jual beli dolar seantero alam. Mahathir Muhamad adalah jaguh dalam hal putar alam.

Adinda-ku George,

Adinda pernah bertanya bagaimana dengan sensitiviti orang Melayu terhadap dana dari seorang Yahudi. Dalam hal ini, adinda-ku jangan risau. Memang betul orang Melayu sensitif terhadap dana Yahudi tapi orang Melayu uga bodoh dan senang diputar. Mereka lupa, 24 dari 25 Nabi yang wajib mereka ketahui adalah orang Yahudi.
Adinda-ku jangan ketawa apabila kekanda beritahu, selama ini orang Melayu tidak sedarpun kekanda bukan orang Melayu. Inilah kebangangan orang Melayu. Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan risau tak ketentuan. Semua telah kekanda susun. Kekanda buka beberapa NGO sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu, Malaysia Peace Foundation adalah anak syarikat kekanda. Yayasan George Soros boleh salur dana kepada Malaysian For Peace.

Adinda George, projek 'naik kapal' ke Gaza yang sedang dirancang ini bertujuan supaya NGO baru ini dilihat Islamik. Mundar mandir ke Gaza untuk mengaburi mata orang Melayu. Orang Melayu akan 'naik stim' jika buka kisah Palestin dan Yahudi. Tanpa hujung pangkal orang Melayu akan hilang akal. Kalau selama ini kekanda sendiri berjaya menyamar sebagai Melayu, kekanda tidak hairan jika satu masa nanti George Soros boleh umum akan menganut agama Islam. Orang Melayu akan gumbira melangit.

Malah, kes kekanda bekerjasama dengan Abramoff itupun mati begitu sahaja walaupun ada 'puak-puak' yang cuba membuat bising. Kekanda berjaya memutar berita mengatakan, kekanda tidak tahu menahu siapa itu Abramoff. 
Adinda-ku,
Ingin kekanda akhiri surat ini dengan pertanyaan. Sudahkah surat dari Malaysia Aids Council sampai ke meja adinda? [TT]

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37485

[Artis] Siapa Emma Maembong? & Kontroversinya

Posted: 07 Oct 2012 07:00 PM PDT


GUA akui memang tidak kenal Emma Maembong sebelum ini. Tetapi sejak seminggu yang lalu, ada saja kontroversi tentang pelakon jelita yang memegang watak sebagai Munirah dalam drama 'Kau Yang Terindah' itu.

                         

Dari tidak mengenali langsung aktres baru itu, tiba-tiba terdetik di hati GUA untuk menyiasat lebih lanjut tentang dirinya. Begitulah penangan sebuah kontroversi yang mampu menolong melonjakkan nama sesiapa saja.



                         

Sedikit fakta asas terlebih dahulu. Nama sebenar Emma ialah Fatimah Rohani bt Ismail. Gadis berwajah Pan-Asian ini - kacukan Melayu dan Scottish; bagaimanapun, ibu bapanya sudah berpisah - dilahirkan pada 27 Mac 1992. [sumber]

                          

Emma merupakan panggilan manja kawan-kawannya. Nama Maembong pula, bukanlah nama glamor, gabungan Mael Lambong. Sebaliknya, ia cantuman nama ayah Emma, iatu pelukis terkenal negara, Ismail Embong dan datuknya. [sumber]
     

Mempunyai 10 orang adik-beradik [Sumber], salah seorang daripada adik perempuan Emma, Cha Cha juga pendatang baru dalam bidang lakonan. Terbarunya, Cha Cha tampil di slot Lestary TV3, 'Mimpi Cindarella'. Abang Emma pula, Bakri, pemain dram kumpulan Gerhana Ska Cinta dan pernah berkhidmat untuk Flop Poppy, Meet Uncle Hussain dan Azlan & The Typewriter.

      

Emma mula mendapat perhatian apabila tampil dalam drama 'Kau Yang Terindah', arahan Erma Fatima, di samping Nazim Othman dan Neelofa. Drama lakonan pertamanya adalah 'Facebook Ustazah Shamsiah'. Dia bakal muncul di dalam drama 'Rindu Rania' di slot Akasia TV3.

      

Selain berlakon, dia juga seorang model dan pelukis seperti ayahnya. Bersama ayah dan dua orang adik-beradiknya, mereka pernah mengadakan 'Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat'. [Sumber]

      

Tidak dapat disangkal, Emma adalah bintang baru yang harus diberi perhatian. Jika ada yang masih ragu-ragu terhadap popularitinya, satu laporan di akhbar News Straits Times bertajuk 'GOOGLE: Malaysia's Top 10 Fastest Rising Searches on Google' untuk minggu 21 - 27 Sept, nama Emma tersenarai apabila gambarnya berhijab tersebar.

                      
                      Kredit gambar: Facebook Emma
Dan buat anda yang tertanya-tanya, maaf, hati Emma sudahpun dimiliki oleh seorang jejaka bernama Adly Zaeem. [Sumber]

Kontroversi 1 - Dituduh "kaki propa"

- Selepas gagal menghadiri sesi fotografi dengan wartawan sebuah akhbar seperti yang dijanjikan. Malah dikatakan tidak memaklumkan kelewatannya kepada wartawan berkenaan.

      

Penjelasan Emma: 
Dia lewat sejam kerana sakit teruk dan telah memaklumkan perkara itu kepada wartawan. Tetap mengagahkan diri untuk ke sesi fotografi tersebut malah menawarkan untuk mencari jurusolek sendiri bila diberitahu jurusolek sudah balik. Tetapi sesi fotografi itu terpaksa dibatalkan juga bila wartawan berkenaan sibuk.

      

Setiap temujanji akan dihadiri tepat pada masanya, kata Emma. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan sesiapa dan mengakui kesalahan sendiri. [Sumber]

Kontroversi 2 - Gambar cium

- Beberapa kepingan gambarnya - di mana dia dilihat berpelukan dan bercium dengan lelaki, termasuk sekeping foto yang melihatnya berpakaian seksi - mula diedarkan di Internet.

                 
                       Kredit gambar: 
ohbulan

Penjelasan Emma: 
Gambar-gambar tersebut dirakam ketika percutian bersama keluarga dan teman-teman, termasuk teman lelakinya beberapa tahun dulu. Dan lelaki bercermin mata besar yang berpakaian merah sedondon dengannya ialah adik kandungnya. [Sumber]

                          
                          Kredit gambar: ohbulan

Dan di bawah, luahan Emma sendiri di Facebooknya:

"Sedih sgt dgn org2 skng. Lain yg emma ckp lain yg di tulis. Tp tak apa. Pasal gamba2 tu mmg la salah emma sbb ambik gamba mcm tu, tp tu masa budak2 bukannya ema ada otak sgt pon masa tu, dlm hidup kita masing2 ada kisah silam dan sejarah hidup pahit dan manis yg kita xblh padam tp ambik tu semua sebagai ajaran.
                        

           
           Kredit gambar: ohbulan

Masa zaman remaja apa kita buat semua xfikir guna otak asalkan kita puas hati dgn apa yg...kita buat xfikir pon pasal org lain. tp bila dah besar baru la kita mula berfikir mana salah mana betul. jadi ema mintak maaf pasal semua tu. semua manusia ada salah yg diorg buat xdpt di padam tp sama2 la kita kasi peluang dan tolong mereka berubah, bukan dgn cara mengata, mengutuk dan menghina.

ema manusia biasa sama je mcm korang semua. ema xpenah mengaku diri ema ni artis atau model atau apa2 pon. Bagi ema kita semua ni sama je level yg sama. sbb tu ema layan korang semua mcm kawan ema. Sapa nk kawn dgn ema,ema ok je sapa yg xsuka ema. Ema mintak maaf dan ampun kalau ada buat salah. May allah bless us. Salam :')

      

GUA suka dengan cara Emma dan diharapkan selepas ini tiada lagi kedengaran cerita-cerita kontroversi tentang dirinya. Sebagai pendatang baru, perjalanan masih jauh dan bakat yang ada harus diasah. Selamat berjaya! - GUA

Jangan mengintai ; Ini akibatnya ...

Posted: 07 Oct 2012 05:57 PM PDT


GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak. 


Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang.


Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan seorang saudaranya masuk dan terserempak seorang lelaki yang berada di tandas bersebelahan.




Suspek yang berusia 59 tahun dan juga seorang pengemis dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berang sebelum diserahkan kepada polis. - Metro

[Video] Jelajah Merdeka Rakyat - Simpang Pulai, Perak, 7 Okt 2012 : Kenapa Najib marah saya - DSAI

Posted: 07 Oct 2012 06:44 AM PDT

Najib ke Sabah lagi - BN dah dekat2 nak lingkup di sana

Posted: 07 Oct 2012 01:09 AM PDT

Buat kali kelima tahun ini, Perdana Menteri, Najib akan sekali lagi melawat Sabah selama dua hari, satu lagi bukti bahawa pergolakan politik dalaman Barisan Nasional (BN) negeri semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sebentar tadi, Najib dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober, lawatan selama dua hari Najib sebagai apa yang disifatkan "penderitaan kehilangan kredibiliti dan kehilangan aura seorang pemimpin yang lemah".
 

Dia akan disambut Ketua Menteri yang semakin hilang sokongan, Musa Aman, Naib Presiden Umno-APCO yang mengintai jawatan Musa, Shafie Apdal dan pemimpin parti komponen BN negeri lain seperti Joseph Pairin Kitingan dan Bernard Dompok.
 



Sebaik tiba, Najib dijangka terus melawat ke Kampung Inobong di Penampang untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri dan merasmikan pembukaan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Sungai Moyog.
 

Beliau kemudian akan menuju ke Kundasang untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Taman Kinabalu Kundasang di mana Kinabalu International Climbathon kali ke-26 akan diadakan pada hujung minggu dan akan melepaskan seramai 658 peserta dari 28 buah negara jam 7 pagi pada 14 Oktober.
 

Perdana Menteri kemudian akan terbang ke Kudat menggunakan helikopter dan melakukan sesi 'walkabout' di Kampung Ayer dan hanya akan tertumpu di sekitar bandar tersebut tanpa memasuki kawasan yang lebih terpencil.
 

Jadual akhir, Najib kemudiannya akan membuat lawatan ke Tuaran, parlimen yang menyaksikan bekas Timbalan Presiden UPKO, Wlifred Bumburing keluar dari BN awal Julai lalu untuk acara bertemu rakyat sebelum kembali ke Kuala Lumpur jam 5 petang pada hari yang sama.
 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu mesej di Twitternya menyebut bahawa kesemua kawasan parlimen yang bakal dijelajah Najib adalah antara paling bermasalah bagi BN untuk mengekalkan kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.
 

Pengalamannya selama dua minggu berada di negeri di bawah bayu itu semasa lawatan kerja awal bulan lalu membuktikan bahawa Najib kini terdesak mengembalikan sokongan kaum Kadazandusun dan Murut kerana kemaraan berterusan Parti Reformasi Sabah (STAR) yang diketuai adik Pairin, Jeffrey Kitingan semakin membimbangkan BN negeri.
 

Manakala isu pendatang tanpa izin yang sudah lama dibiarkan berlarutan dijangka terus menghantui Najib walaupun panel penubuhan Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) sudah memulakan siasatan mereka awal minggu ini.
 

Untuk rekod, parlimen Penampang yang diwakili Bernard Dompok cuma menang dengan majoriti 3,063 undi mengatasi calon KEADILAN, Dr Edwin Bosi dalam pilihanraya umum lalu berbanding majoriti yang diperolehi Peter Monjutin dari BN sebanyak lebih 12 ribu undi .
 

Sementara parlimen Putatan pula menyaksikan kemenangan Marcus Mojingoh susut lebih 1,200 undi menewaskan calon KEADILAN, Saukinah Yussof yang memperolehi 6,485 undi.
 

JALAN PULANG

Tiada ulasan: