Kelab Greenboc |
- Bukan Persepsi Tapi Realiti, Rumah MB Negeri Sembilan Dipecahmasuk!
- Khalid: Muhyiddin Tak Pandai Baca Angka!
- BN Menggelupur Lagi: Rating Musa Aman Turun Bawah 50% - Kajian Merdeka Center
- Lagi Artis Berhijrah Memakai TUDUNG
- Guan Eng Patut Saman Utusan Sekali Lagi
- Azalina Perlu Buktikan Demonstran Pengerang Dibayar RM30'
Bukan Persepsi Tapi Realiti, Rumah MB Negeri Sembilan Dipecahmasuk! Posted: 08 Oct 2012 12:34 AM PDT Seremban: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro. Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama. Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni. "Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang," katanya. -HM Ulasan GB Sudah berkali-kali KPN dan Menteri KDN menafikan bahawa kadar jenayah telah meningkat. Dikatanya itu hanya sekadar persepsi rakyat. Tetapi setiap kali penafian dibuat ada saja kes "terkena batang hidung" berlaku dimana jenayah menimpa kepada orang-orang penting di dalam negara. Kini rumah MB Negeri Sembilan dipecahmasuk. Jika rumah seorang MB pun dipecahmasuk oleh penjenayah, apatah lagi rumah rakyat marhaen? Masih tak seriuskan jenayah di negara ini? Teruskan menipu rakyat Malaysia. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap membuktikan bahawa kadar jenayah tidak menurun seperti yang dikatakan. Dan peningkatan kadar jenayah BUKAN persepsi, tetapi realiti, berita di atas sebagai bukti! |
Khalid: Muhyiddin Tak Pandai Baca Angka! Posted: 07 Oct 2012 10:22 PM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah 'terbaik' berbanding Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN. Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat. "Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka. "Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam. Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta. "Pada 2005 hingga 2007, harta selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang talam dan projek perumahan terbengkalai. "Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik," katanya. Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara. "Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus. "Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah," katanya. Ulasan GB Memang pu n Muhyiddin tak reti baca angka. Yang beliau tahu ialah bawa wang berguni-guni masa pilihanraya, tabur kepada rakyat untuk merasuah mereka. PRK Manek Urai menjadi saksi di satu masa. Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Helikopternya terhempas dan juruterbangnya, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang meninggal dunia. Dua insiden helikopter membawa rombongan Muhyiddin bermasalah, sekali di Tuaran, sekali di Sibu, pun tak mahu ambil iktibar daripada kejadian-kejadian itu. Lagi mahu cakap besar dan tak mahu akur dengan kebenaran dan keadilan. |
BN Menggelupur Lagi: Rating Musa Aman Turun Bawah 50% - Kajian Merdeka Center Posted: 07 Oct 2012 08:05 PM PDT Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam. Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah. Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009. Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno. Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas. Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009. Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu. Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti. Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini. BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara. "Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen 'Sabah-sentrik' yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat," kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik. Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009. Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan "persepsi" bahawa Sabah masih "ketinggalan" dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur. Umno Sabah pertikai laporan kajian populariti Musa Aman. Ulasan GB Demikianlah mengelupurnya UMNO BN. Jika kajian pihak yang sama, dalam kes ini Merdeka Center, berpihak kepada mereka, akan dilambungnya setinggu langit, tetapi apabila hasil kajian tidak memihak mereka macam-macam dikatanya kepada pihak yang membuat kajian. |
Lagi Artis Berhijrah Memakai TUDUNG Posted: 07 Oct 2012 05:00 PM PDT Langkah mulia artis-artis tempatan berhijrah memakai tudung bukan perkara baru dalam industri hiburan tanah air. Ia merupakan satu perubahan positif kerana dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang sering memerikan label yang negatif kepada artis. Kini seorang lagi artis yang boleh dikatakan masih baru dalam bidang seni, Anzalna Nasir, 24, didapati memaparkan profil memakai tudung di akaun Twitter miliknya. Manis sungguh wajah gadis yang berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu. Wajahnya yang mulus itu amat sesuai dikenakan dengan tudung berkenaan. Namun, persoalannya adakah Anzalna sudah benar-benar berubah atau ia sekadar lakonan semata-mata? Jika benar Anzalna sudah mula memakai tudung ataupun baru hendak berjinak-jinak dengan menutup aurat, penulis berharap ia kekal untuk selamanya dan bukan untuk sekejap pakai sekejap buka pula. Mungkin Anzalna mahu mencontohi beberapa artis yang sudah pun memakai tudung seperti Diana Amir, Sheila Hamzah, Farah Asyikin dan Yatt Hamzah. Ia satu perubahan yang sangat positif untuk Anzalna. Apa pun, yang penting, Anzalna diharap jangan cuba menjadikan tudung sebagai alat untuk meraih publisiti murahan atau perhatian dengan menyertai mana-mana politik. Kajap pakai, kejap tak pakai. Kalau pakai…pakai terus…kalau tak nak, jangan buat main (walaupun patutnya pakai jugak kalau tak nak pun). Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang popular; "Kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung…mu ingat masuk neraka kejap-kejap?". Ustaz Azhar juga pernah memberi komen mengenai perkara artis menutup aurat ini di dalam sebuah ceramahnya. Katanya penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam. "Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. "Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. itu yang kita kena jaga," kata Ustaz Azhar- mynewshub |
Guan Eng Patut Saman Utusan Sekali Lagi Posted: 07 Oct 2012 07:11 AM PDT Guan Eng: Utusan 'putar' kenyataan pemimpin gereja Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali lagi "memutar" fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu kelmarin. Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu. "(Bekas Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang. "Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang. "Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini. Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi. Utusan: Ucapan Guan Eng 'seakan semai kebencian'.Ulasan GB Tak sudah-sudah dan tak serik-serik Utusan melakukan kerja-kerja untuk membakar sentimen bangsa walhal dah pun kena saman pada penghujung tahun lalu dimana mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. GB lampirkan semula berita penghakiman itu: Mahkamah Tinggi Buktikan Kerajaan Pulau Pinang Adil Kepada Semua Kaum |
Azalina Perlu Buktikan Demonstran Pengerang Dibayar RM30' Posted: 07 Oct 2012 05:06 AM PDT Anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dituntut membuktikan dakwaannya bahawa peserta perhimpunan membantah projek petrokimia di kawasan itu pada 30 September lalu dibayar RM30 seorang. "Kita menuntut supaya Azalina mengemukakan bukti dengan tuduhan berkenaan, kalau tidak, tarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," tuntut gabungan 30 NGO yang mengelarkan diri mereka "Johor Yellow Front". Azalina kelmarin berkata di Parlimen, orang ramai, yang kebanyakannya didakwa orang luar, hadir ke perhimpunan itu kerana setiap peserta dibayar RM30. Beliau juga mendakwa kebanyakannya peserta yang hadir orang luar dan jumlanya hanya 3,000 orang sahaja dan bukan 7,000 seperti didakwa penganjur. Dalam kenyataan bersama 30 NGO itu hari ini, mereka juga mengkritik Azalina yang didakwa gagal mendengar suara rakyat tempatan yang menolak projek itu. "(Tetapi) Datuk (Azalina) bukan sahaja tidak menghadiri perhimpunan ini, yang lebih mengecewakan, Datuk membuat tuduhan yang mengelirukan rakyat jelata. "Ini termasuklah kenyataan 'orang tempatan/orang luar'," menurut kenyataan itu lagi. Mereka juga berkata, projek petrokimia itu ditolak kerana isu alam sekitar, pengambilan tanah penduduk dan terjejasnya rezeki mereka. "Kami hendak memastikan kehidupan hadapan anak-anak kita jauh dari pencemaran. Kesemua tindakan ini menunjukkan kita mencintai tanah air kita dan berhati suci untuk memeliharanya," kata gabungan NGO itu lagi. -mk |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan