RAKYAT MARHAEN |
- Satira : Surat kekanda kepada adinda George Soros
- Najib takut digulingkan Muhyiddin
- Hudud dan Qisas : Hukuman Sebat Di Acheh
- Terdesak Benar Nie : Snek 1Malaysia - Bajet 2013
- PR bukan hendak ambil alih Petronas
- Mahathir sedang mempertahankan dirinya
- Tangan kosong berjaya jatuhkan diktator
- Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 PKR Batu
- Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 - DAP Kepong
- Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 PAS Kuala Krai
- Internet Punca Masalah Mental Remaja
- Musuh Dalam Selimut Malaysia Yang Dikenali Ramai..!!!
- Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula
- Lensa : Anwar Ibrahim di Manjung. UMNO tak berani simbah cat!
- Pegawai kerajaan dihina 'talibarut', Ayuh bangkit bongkar penyelewengan selamatkan negara.
- Ketua pembangkang: Muhyiddin bakal cipta sejarah
- Betul ke? Undi pembangkang sama seperti undi Soros
- Ali Rustam's 'mega kenduri' now INTERNATIONAL NEWS!
- Migrants, church may end M'sia govt's Borneo vote bank
- Operasi Pemutihan sebenarnya Operasi MEMILIH Pendatang utk diberikan IC..!!
- Najib the Procrastinator: NO TIME LIKE TOMORROW
- REJECTED? Govt to ban PR's Nov 3 rally for clean polls - source
- Datuk Seri Lajim: 'Mengapa saya keluar Umno'
- Good one Ali! Kita orang M’sia!
- Pakatan’s budget ‘no better’
Satira : Surat kekanda kepada adinda George Soros Posted: 07 Oct 2012 08:51 PM PDT Kepada : George Soros Open Sciety Foundation/ Open Society Institute/ Open Society Initiatives, 6547-BCT – 12965 Pennsylvania Avenue, New York City, United States of America 20 September 2012 Adinda-ku George, Adalah kekanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kekanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adinda-ku seorang. Kekanda sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andinda-ku berlebih-lebihan lagi. Amin. Kekanda sekeluarga di Kuala Lumpur, baru selesai menyambut Hari Ulang Tahun Memasang Rambut isteri kekanda. Setiap tahun isteri kekanda akan mengadakan sambutan memasang rambut baru. Jemputan untuk Upacara Pasang Rambut ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri beberapa kali kekanda jemput. Sayangnya adinda-ku tidak ada masa terluang. Berbesar hatilah kekanda memberitahu adinda-ku, pada tahun ini isteri kekanda menerima satu gumpalan rambut baru yang dihadiahi bekas Menteri Kerja Raya kekanda. Kekanda kurang arif dari mana bekas ahli kabinet kekanda dapat mengumpulkan rambut sebegini banyak. Kekanda sekeluarga amat gumbira. Agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami. Adinda-ku George, Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kekanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kekanda sampai di New York 2002 dahulu. Kekanda masih ingat lagi bagaimana salji begitu tebal ketika pesawat kekanda mendarat di Lapangan Terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kekanda hampir-hampir tercabut. Apakah adinda-ku ingat lagi bagaimana adinda memberi nasihat apabila kekanda merancang untuk bertemu Presiden George Bush pada 2002 dahulu. Kekanda ingat lagi bagaimana adinda-ku memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi bernama Jack Abramoff. Adinda-ku, kekanda sedar Abramoff seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kekanda tahu Abramoff adalah pelobi Yahudi yang penting di Washington DC. Kekanda juga tahu peguam Yahudi itu bekerja melobi ahli Kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Isreal. Read More / Baca Lagi >> | ||
Najib takut digulingkan Muhyiddin Posted: 07 Oct 2012 08:36 PM PDT Shahbudin Husin Untuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020.Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib nampaknya secara terus-terang menyatakan hanya dengan mandat yang besar saja membolehkannya terus melaksanakan program-program yang sudah diramcang selama ini. Kebimbangan Najib terhadap mandat besar ini pada hakikatnya menyerlahkan pelbagai perkara. Sementara beliau merasakan mandat besar amat perlu untuk survival politiknya, rakyat pula beranggapan sebaliknya. Rakyat amat bimbang dengan perilaku Najib serta barisan kepimpinan UMNO sekiranya mandat besar terus diberikan kerana ia mungkin menggalakkan lebih banyak berlaku skandal, perbuatan rasuah dan amalan membolot kekayaan peribadi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hudud dan Qisas : Hukuman Sebat Di Acheh Posted: 07 Oct 2012 08:32 PM PDT Acheh dibenarkan mengamalkan hukum syariah oleh kerajaan pusat Indonesia (yang sekular) kerana ianya salah satu syarat pemerintahan autonomi mereka. Dengan terjalannya hukuman yang bertepatan dengan agama Islam. pihak kerajaan pusat Indonesia berharap dapat mengurangkan tentangan dari Gerakan Acheh Merdeka. Hukuman sebat biasanya dijalankan pada hari jumaat selepas solat jumaat. Ianya dijalankan di perkarangan Masjid Baiturrahman dan diperhatikan oleh orang ramai. Walaupun hukuman syariah ini mendapat sokongan ramai pihak, namum terdapat juga golongan yang merasakan perlaksanaan hukuman di Acheh adalah tidak adil. Ini adalah kerana mereka yang dihukum majoritinya terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Golongan perpendapatan tinggi dan berkepentingan dapat melepaskan diri dari dihukum skuad Polis Moral. Laporan asal JakartaGlobe | ||
Terdesak Benar Nie : Snek 1Malaysia - Bajet 2013 Posted: 07 Oct 2012 08:24 PM PDT | ||
PR bukan hendak ambil alih Petronas Posted: 07 Oct 2012 08:13 PM PDT Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, walaupun kerajaan PR menubuhkan syarikat berkenaan, kedudukan dan hak syarikat pengeluar minyak nasional Petronas tidak akan terjejas. Mustafa, pemimpin Pas dari Terengganu berkata, penubuhan syarikat itu tidak akan melibatkan kerja-kerja Industri Huluan Petroleum yang dijalankan oleh Petronas sebelum ini, sebaliknya hanya membabitkan kerja-kerja Industri Hiliran Petroleum. "PR hanya hendak menubuhkan syarikat dan bukannya mengambil alih tugas ataupun hak Petronas. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mahathir sedang mempertahankan dirinya Posted: 07 Oct 2012 08:12 PM PDT
Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan diri cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini. Read More / Baca Lagi >>Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli parlimen itu tertidur di hujung kakinya. Dia juga berjaya mengehelkan Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapa yang makan anak. Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadbir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat. Mahathir tidak pernah berhenti dari terus merasakan dia hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi seorang politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa? | ||
Tangan kosong berjaya jatuhkan diktator Posted: 07 Oct 2012 08:10 PM PDT Selepas Perang Dunia Kedua banyak negara dunia ketiga telah mencapai kemerdekaan, sama ada di Asia atau Afrika. Kemerdekaan dicapai melalui berbagai-bagai cara, sama ada penentangan secara bersenjata terhadap penjajah, melalui penentangan politik, melalui rundingan atau kuasa penjajah itu sendiri meninggalkan tanah jajahan mereka. Kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk selepas peninggalan penjajah, kebanyakannya melahirkan diktator baru yang menguasai negara berkenaan, sama ada di Afrika, negara-negara Arab dan juga Asia Tenggara. Bagaimanapun, di negara yang merdeka itu, demokrasi tidak berjalan dengan baik, pilihan raya hanya untuk mengesahkan pemerintah yang sedia ada. Lebih dahsyat lagi, apabila berlaku penolakan rakyat terhadap sesuatu pemerintah, maka untuk mempertahankan pemerintahan, kuasa luar (tentera) dijemput masuk. Campur tangan bagi mempertahankan sesuatu regim itu, sama ada dibuat secara langsung atau tidak langsung. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 PKR Batu Posted: 07 Oct 2012 08:04 PM PDT | ||
Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 - DAP Kepong Posted: 07 Oct 2012 08:03 PM PDT | ||
Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 PAS Kuala Krai Posted: 07 Oct 2012 08:03 PM PDT | ||
Internet Punca Masalah Mental Remaja Posted: 07 Oct 2012 08:02 PM PDT | ||
Musuh Dalam Selimut Malaysia Yang Dikenali Ramai..!!! Posted: 07 Oct 2012 07:54 PM PDT | ||
Sendiri yang tak pandai, salahkan Soros pula Posted: 07 Oct 2012 07:33 PM PDT Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau. Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum. | ||
Lensa : Anwar Ibrahim di Manjung. UMNO tak berani simbah cat! Posted: 07 Oct 2012 07:27 PM PDT | ||
Pegawai kerajaan dihina 'talibarut', Ayuh bangkit bongkar penyelewengan selamatkan negara. Posted: 07 Oct 2012 07:24 PM PDT Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada. Read More / Baca Lagi >>Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. Ini satu penghinaan. Ini juga boleh disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melebel ahli kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan mereka. Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang membocorkan maklumat penyelewengan kepada perbagai pihak. Malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar penyelewengan dalam negara. | ||
Ketua pembangkang: Muhyiddin bakal cipta sejarah Posted: 07 Oct 2012 07:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kini seorang yang gelisah kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia berdepan dengan mimpi ngeri akibat dua manusia, bosnya Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Read More / Baca Lagi >>Apakah mimpi ngeri itu? Iaitu Muhyiddin bakal mencipta sejarah sebagai Timbalan Presiden Umno yang pertama 'upgrade' ke Ketua Pembangkang pada sesi parlimen 2013. Umno kini di persimpangan yang amat meruncing. Muhyiddin tahu, bosnya Najib sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. Yang dipentingkan bosnya hanyalah untuk meningkatkan popularitinya sahaja. | ||
Betul ke? Undi pembangkang sama seperti undi Soros Posted: 07 Oct 2012 06:32 PM PDT KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam. Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan. Bagi Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada. ''Mungkin sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday Times hari ini. Dr. Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia. Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open Society Institute. Dr. Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang. ''Jelas sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam kerajaan Malaysia. ''Apa yang kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya. Tegas beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros. ''Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing," katanya. Menurut Dr. Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan Hungary. -utusan | ||
Ali Rustam's 'mega kenduri' now INTERNATIONAL NEWS! Posted: 07 Oct 2012 06:30 PM PDT An anti-corruption inquiry has been launched in Malaysia after reports that public funds were used to pay for the giant wedding of a top official's son. Some 130,000 guests poured into a sports centre in the southern state of Malacca for eight hours of revelry. Malacca's chief minister, Ali Rustam, insisted the function, where food alone reportedly cost $200,000 (£124,000), had been his "own family arrangement". Opposition politicians have asked how he could afford the cost on his salary. Malaysians are having to pay more for food and petrol as the government cuts back on subsidies during tough economic times, the BBC's Jennifer Pak reports from Kuala Lumpur. Corruption allegations are therefore becoming more sensitive. The governing coalition, Barisan Nasional, has been accused of being corrupt and arrogant after 55 years in power. | ||
Migrants, church may end M'sia govt's Borneo vote bank Posted: 07 Oct 2012 06:29 PM PDT Housewife Fawziah Abdul wants to thank former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohammad for making her a citizen 10 years after she illegally slipped into Borneo from the southern Philippines in search of a better life. Read More / Baca Lagi >>The 50-year-old lives on the outskirts of Kota Kinabalu, the capital of Malaysia's Sabah state, where her tin-roofed shack jostles for space with more than 1,000 others in a slum where children play beside heaps of rubbish. She is hopeful that her three children will get a new home and identity cards if she votes for the government again. With a general election due within seven months, the 13-party ruling Barisan Nasional coalition is banking on Sabah and neighbouring Sarawak state on Borneo island to prolong its 55-year grip on power. But its support in the two Borneo states, which account for a quarter of parliament seats, is showing signs of slipping. A large presence of Muslim immigrants, like Fawziah, has fuelled complaints of government discrimination against Christians who have also been a bedrock of government support. Fawziah said she was a beneficiary of a secret plan said to have been approved by Mahathir that has helped fuel a five-fold surge in Sabah's population since the 1970s and turned it into a vote bank for the ruling coalition. "I am part of Project Mahathir," she said, referring to the plan. "I was told to turn up at an office with two photographs and some money," added Fawziah, who showed her identity card that lists her as a Sabah-born citizen. | ||
Operasi Pemutihan sebenarnya Operasi MEMILIH Pendatang utk diberikan IC..!! Posted: 07 Oct 2012 06:26 PM PDT | ||
Najib the Procrastinator: NO TIME LIKE TOMORROW Posted: 07 Oct 2012 05:55 PM PDT THE prime minister, Najib Razak, fancies himself as the Tony Blair of Malaysian politics. Like the former British prime minister, Mr Najib purports to be a progressive reformer, on a mission to "modernise" his country. The British-educated Mr Najib also likes to pay as much attention to the spin on his policies as to their substance. He even hires former Blair advisers to make sure he gets it right. Read More / Baca Lagi >>For all that, Mr Najib increasingly resembles the hapless Gordon Brown, Mr Blair's nemesis and successor. For years Mr Brown agitated to push his rival aside. When at last he succeeded, Mr Brown blew it by missing the chance to call an early election while he was still relatively popular. Rather than winning his own mandate, Mr Brown, unelected and indecisive, watched his authority drain away until he was boxed into calling an election right at the end of his term—which he then lost. Similarly, Mr Najib took over after an internal party coup in April 2009 against the then prime minister, Abdullah Badawi. Talk of an early election for Mr Najib to secure his own mandate first surfaced towards the end of 2010. He himself began to talk up his chances the following June. Then an election was expected towards the middle of this year. All along, Malaysia has been on an election footing, with the cautious Mr Najib ponderously cultivating the voters. | ||
REJECTED? Govt to ban PR's Nov 3 rally for clean polls - source Posted: 07 Oct 2012 05:53 PM PDT KUALA LUMPUR - The management of the Bukit Jalil National Stadium is expected to turn down Pakatan Rakyat's (PR) application to hold a mammoth gathering of 50,000 supporters there on Nov 3. A source told theSun the Malaysian Stadium Corporation (MSC), which manages the stadium, cannot process or approve PR's application yet due to ongoing roofing repair works at the stadium. This also applies to applications from all other event organisers, the source said. The source told theSun today that it was not possible to hold any form of activity in the stadium as the construction works would endanger the public. Speaking on condition of anonymity, the source said: "The management recently received an application to hold the gathering from a PAS representative. However, it is not possible to accommodate the request or those from other organisers because of the current construction works here." PAS deputy president Mohamad Sabu, also known as Mat Sabu, had on Wednesday announced at the Parliament lobby that PR plans to hold a mass gathering on Nov 3. The gathering, themed "People's Uprising" calls upon the government to address the Coalition for Clean and Fair Elections' (Bersih) eight core demands, which include a clean-up of the electoral roll and free and fair access to the media. | ||
Datuk Seri Lajim: 'Mengapa saya keluar Umno' Posted: 07 Oct 2012 05:39 PM PDT DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya. Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim. Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang? Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya. | ||
Good one Ali! Kita orang M’sia! Posted: 07 Oct 2012 05:32 PM PDT The 130,000 guests who had the sponsored 'energy drink' must have had a jolly good time during and after the wedding – especially after the wedding. All those people who are calling for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate how Malacca Chief Minister Mohamad Ali Rustam could afford to invite 130,000 guests to his son's wedding are just suffering from the sour grapes syndrome! Now tell me, how else can Ali Rustam make the people of Malacca forget his stupidity in bringing the Eye on Malaysia from Tasik Titiwangsa to Kota Laksamana in 2008. That Eye of Malaysia had to be dismantled in October 2010 – there was that slight oversight to pay the Belgian based owner, Fitraco NV, 60% of the estimated ticket sales estimated at RM5 million a year. Ali Rustam said in February 2010 that: "We respect the decision of the court and Fitraco's right to do whatever it wants with the ferris wheel. If it does decide to remove it from Malacca, the state will get another one to replace it." I do not know if Fitraco was paid anything but I do not think Malacca got another ferris wheel to replace the Eye on Malaysia Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 07 Oct 2012 05:26 PM PDT Pakatan Rakyat for all its 'show' also delivered a equally inadequate shadow budget for 2013. Let us examine the two main items in the budgets of the two coalitions: i) Barisan Nasional budget – The expected revenue is RM208.6 billion and the projected expenditure is RM251.6 billion with a deficit of RM43 billion. ii) Pakatan budget – The expected revenue is RM197.1 billion and the projected expenditure is RM238 billion with a deficit of RM40.9 billion. a) Revenue Since 1997 when Malaysia was badly hit by the financial crisis that originated from Thailand, Malaysia's budget has been operating at a deficit . In plain language the government's annual revenue is insufficient to cover the cost of its expenditure. Surely if Pakatan wants to take over the government it should work out a plan to overcome this serious recurrent financial woe. A surplus revenue over expenditure reflects a government ability to deliver more goods and services to the people without borrowing. But this is not possible given Malaysia's long standing economic ills since the Mahathir era. Hence Pakatan should present a rescue budget plan to tackle the financial misfortunes of the country by tabling a budget with a much higher expected revenue than that of BN. Malaysia is blessed with many resources and with better governance the economy should be able to recover. Colossal illicit outflow Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan