Jumaat, 19 Oktober 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ibrahim Ali ... nasib kau laa

Posted: 19 Oct 2012 11:23 PM PDT


Penegasan Presiden Umno Mohd Najib Razak dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MT hari ini di mana ahli Umno yang khianati parti dan sabotaj calon Umno tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, penegasan ini menyebabkan ahli parlimen Pasir Mas akan mati sambil berdiri - 'mati dalam cacang'.

Penjelasan Najib itu menamatkan teka teki yang kononnya Umno akan memberi laluan kepada ahli parlimen itu bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya umum nanti. Beliau diuar-uar akan diberi bye oleh Umno. Sebelum ini konco-konco ahli parlimen berkenaan sudah menyebarkan berita kemungkinan itu. Bahkan kononnya sudah ada kata putus dan surat hitam putih ditanda tangani oleh Najib memberi laluan itu.


Alasan Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tiket BN kerana ahli parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok, Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.


Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh PAS.


Seperti mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail.


Jika dinilai dari definisi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990 apabila bertanding atas tiket Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tiket Bebas menggunakan lambang payung berwarna kuning.


Ekoran tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang bulan atas ehsan PAS dan menang.


'Kelancauan' ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tiket PAS beliau cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium tangan bukan mahram, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan.


Katanya dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan, tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas.



Umno Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia diterima.


Dengan ketegasan Najib dan Umno bahagian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya.


Sebelum ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya. Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak memeliklah bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti. -http://msomelayu.blogspot.com/

Lagu Harapan Bangsa [cara halus penyebaran Kristian] Boikot Jaclyn Victor - PERKASA

Posted: 19 Oct 2012 06:07 PM PDT

Bekas pengacara bakal tinggalkan suami VIP untuk kahwin kerabat?

Posted: 19 Oct 2012 07:46 AM PDT


Melopong juga kami tidak percaya apabila membaca diskusi akan gossip ini yang sedang hangat di'beberapa buah forum hiburan tempatan. Terlalu panas rasanya.
Bekas pengacara ini sudah mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun bersama seorang VIP yang usianya hampir 2 kali ganda & kini khabarnya sudah failkan penceraian.
Si isteri menuntut  untuk bercerai kerana mendakwa suami'nya yang mempunyai pengaruh besar itu sudah pun beberapa kali curang sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama ini.
Dek kerana tidak tahan hidup dalam tekanan, bekas pengacara TV ini nekad untuk tinggalkan suami'nya bersama anak anak yang masih kecil untuk kehidupan lebih baik.
Di'sini kisah mula menjadi lebih menarik. Wanita ini yang masih muda & kelihatan cantik ini khabarnya sudah pun di'intai oleh seseorang bergelar kerabat dari negara seberang.
Negara sebelah mana kami sendiri tidak berani untuk menyebut memandangkan pengaruhnya yang bukan calang calang tetapi mereka berdua kini hanya menunggu masa untuk berkahwin.
Kadang kadang kami terfikir juga, adakah benar bercerai kerana si suami kaki perempuan atau bekas pengacara TV ini tidak puas hidup dalam kemewahan yang sedia ada dan mahukan lebih dari sekadar gaya hidup seorang VIP. Hmm. 

‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” - Robengah bekas amah Rais Yatim

Posted: 19 Oct 2012 04:38 AM PDT


(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 19 Oktober: Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.
"Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini)," katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.
Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.
"Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, 'saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya'," katanya lagi.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian  menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .
Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.
Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.
Fariz bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.
Memorandum itu, antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuannya sebelum ini.
Memorandum berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam empat petang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38213

PANAS TERKINI !!!! Gempar Rozita Che Wan berbogel ...

Posted: 19 Oct 2012 01:17 AM PDT


Cik Ta Nafi berbogel. 
Akui ada pondan menyerupai dirinya

GEMPAR: Rozita Che Wan Nafi Berbogel, Akui Ada 'Pondan' Menyerupai Dirinya!
KUALA LUMPUR –  Aktres Rozita Che Wan terkejut apabila ditanya mengenai gambar yang disiarkan portal murai.com.my ini.
Malah, pelakon Kiah Pekasam itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita di dalam foto berkenaan adalah dia.
"Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam.
"Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.
"Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini.
"Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya.
"Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengarnya.
"Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini," katanya ketika dihubungi murai.com.my, sebentar tadi.
Meneruskan penjelasan kepada murai.com.my, Rozita memberitahu gambar itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.
"Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.
"Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.
"Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya," jelasnya.
Difahamkan, gambar tersebut telah pun disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.
Malah, wanita yang berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana wajahnya menyerupai Rozita Che Wan. (Murai.com.my)

Robengah, bekas amah Rais Yatim bina rumah RM100ribu

Posted: 18 Oct 2012 11:40 PM PDT




     Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.



"Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah," kata Fariz.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.

"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.

Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung 'menyelamatkan' Rais daripada tuduhan itu.

"Adakah wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar menarik balik pengakuan diperkosa oleh Datuk Seri Rais Yatim?"

"Justeru kami desak Rais dengan jujur dan bertanggungjawab jelaskan sumber kemewahan Robengah sehingga mampu hidup sedemikian rupa," katanya lagi.

Sementara itu, Jingga 13 akan menghantar satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan di Jalan Raja, Kuala Lumpur jam 2.30 petang ini. -kD

Tiada ulasan: